Dengan Nama Allah SWT...
Wahai saudara2ku yang dihormati,
Sesungguhnya Allah SWT telah mengharamkan kezaliman atas diriNya dan Dia menjadikannya sebagai sesuatu yang diharamkan diantara kita. Oleh kerana itu, hendaklah kita tidak saling menzalimi.
Sesungguhnya kita semua dalam keadaan sesat, kecuali orang2 yang diberiNya petunjuk. Oleh kerana itu, mintalah petunjuk dariNya, nescaya Dia akan memberikanya kepada orang2 yang meminta dariNya.
Sesungguhnya kita semua dalam keadaan lapar, kecuali orang2 yang diberiNya makan. Oleh kerana itu, mintalah makan dariNya, nescaya Dia akan memberikannya kepada orang2 yang meminta dariNya.
Sesungguhnya kita semua dalam keadaan telanjang, kecuali orang2 yang diberiNya pakaian. Oleh kerana itu, mintalah pakaian dariNya, nescaya Dia akan memberikannya kepada orang2 yang meminta dariNya.
Dan sesungguhnya kita semua melakukan kesalahan pada malam dan siang hari, sedangkan Allah Maha Pengampun. Oleh kerana itu, mintalah ampunan dariNya, nescaya Dia akan mengampuni segala kesalahan dan dosa2 kita.
Maha Suci Allah SWT.....!

Assalamualaikum tuan
BalasPadamtime kasih komen di blog ana
leh tak tuan buat post pasal keburukan minuman berkarbonat yg anda tau
mdh2an sy akan tgglkan trus Insya ALLAH
doakan ana
Assalamualaikum
wa alaikum salam.
BalasPadamtelah saya tuliskan dlm komen di blog saudara, moga2 bermanafaat. :)