kerana perintah Allah SWT dan untuk sukakan Allah, aku berpesan pada diriku sendiri dan pada saudara2ku sekalian bahawasanya Tiada Tuhan Selain Allah, Tiada Yang Berkuasa melainkan Allah, tiada yang memudaratkan dan bermanafaat melainkan dari Allah.. Ya Allah, masukkanlah kalimah HAQ ini kedalam hati-hati kami...
Halaman
▼
Sabtu, 10 April 2010
Bagaimana Para Nabi Bekerja..? Kerja, kerja kerja!!!...
Dengan Nama Allah SWT...
Saudara2ku,
Sekali lagi aku datang bukan sekadar untuk bercerita kosong semata, tetapi aku sangat berharap agar kalian semuanya mendapat menafaat dari apa2 yang aku sampaikan..
Dakwah itu adalah kerja para nabi. Kerja para nabi ini tidak berhajat kepada harta benda meskipun wang ringgit. Allah SWT telah sebarkan HIDAYAH hanya setelah para nabi menjalankan 'kerja' ini.
Rasulullah saaw telah menjalankan kerja ini tanpa adanya apa2 asbab kebendaan atau dalam kata lain, mereka bekerja tidak minta UPAH.. Dan maksud kerja mereka adalah mengajak manusia dengan ucapan, "ya ayyuhannas qulu laa ilaaha illallaah tuflihu = Wahai manusia, ucapkanlah, tidak ada tuhan yang layak disembah kecuali Allah, pasti kamu akan berjaya!"
Sebaik saja Rasulullah saaw menjalankan kerja ini, maka para lelaki, perempuan dan kanak2 telah mendapat hidayah. Sekiranya baginda rasulullah tidak menjalankan kerja ini, maka boleh jadi Khadijah rha, Abu Bakar ra dan Ali kw tetap menjadi kenangan lampau penduduk Mekah yang musyrik.
Dan apabila Khadijah rha, Abu Bakar ra dan Ali kw beriman kepada Allah SWT, maka seluruh pemikiran dan gerak kerja mereka telah berubah dari berkeyakinan terhadap makhluk kepada berkeyakinan terhadap Khaliq, dari beramalkan agama nenek moyang mereka kepada beramalkan agama yang haq dan dari memandang ke dunia kepada memandang ke akhirat.
Dan apabila Abu Bakar ra beriman, maka keyakinannya telah menjadikan asbab orang2 lain di sekitarnya beriman pula. Bagaimana boleh terjadi sedemikian? Ini adalah kerana dia telah menjalankan kerja yang sama dengan kerja para nabi, bukan pula setelah dia benar2 mantap imannya, bahkan dia telah menjalankannya justru pada hari yang sama dengan hari pernyataan keimanannya.
Maha Suci Allah SWT.....!
2 ulasan:
Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, terimakasih saya ucapkan kerana telah sudi meluangkan masa di sini, semoga kehadiran kalian berakhir dengan manafaat. Walau bagaimanapun, saya tetap insan yang lemah, segala kesilapan saya silalah ditegur, dikritik dan dinasihati ..

Assalamualaikum
BalasPadamaku copy ko nye entry ni bro
Jazaka Allah Khir ye
Assalamualaikum
moga dakwah maksud hidup
Assalamualaikum
Wa alaikum salam saudaraku Hainur Hapis, silakan dicopy n paste artikel ini kerana ianya tiada hak milik yang terpelihara hanya sila berikan kredit untuk blog ini saja. Semoga bermanafaat buat semua.. Wassalam.
BalasPadam