Halaman

Ahad, 6 Disember 2009

Mata Panah Dalam Tubuh Rafi' Bin Khadij...








Dengan Nama Allah SWT....



Saudara2ku yang dikasihi,


Ini adalah kisah seorang sahabat Rasulullah saaw yang sanggup menanggung kesakitan di tubuhnya, bukannya sebulan dua, tapi bertahun2 lamanya sehinggalah ke akhir hayatnya. Kesanggupannya dalam menanggung kesakitan yang sedemikian rupa  adalah kerana dia memiliki keyakinan yang jitu terhadap janji2 Allah dan rasulNya...



Yahya bin Abdul Hamid meriwayatkan dari datuknya bahawa Rafi' bin Khadij ra pernah terkena panah dalam perang Uhud atau dalam perang Hunain.



Kata Rafi' bin Khadij ra kepada Rasulullah saaw, "Ya Rasulullah, tolong cabutkan anak panah yang menancap dalam tubuh saya ini."



Rasulullah saaw menjawabnya, "Wahai Rafi', yang mana kamu inginkan, adakah panah beserta mata panahnya ataukah panahnya saja? Apabila yang kamu inginkan hanya panahnya saja dan membiarkan mata panahnya, maka pada hari kiamat nanti, mata panah tersebut akan memberi kesaksian bahawa kamu adalah seorang yang syahid."



Mendengar hal itu, Rafi' bin Khadij ra menjawab, "Cabutlah panahnya saja dan biarkan mata panahnya agar jadi saksi bagi saya pada hari kiamat bahawa saya gugur sebagai syahid."



Maka Rasulullah saaw melaksanakan permintaannya. Selanjutnya Rafi' bin Khadij ra hidup hingga zaman khalifah Mu'awiyah ra. Luka bekas panah itu membusuk dan dia meninggal dunia selepas waktu Ashar....



Sebahagian riwayat mengatakan bahawa Rafi' bin Khadij ra meninggal setelah zaman khalifah Mu'awiyah.

Demikian disebutkan sebagaimana tertulis dalam kitab al Ishabah jilid I halaman 496.



Maha Suci Allah SWT...!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, terimakasih saya ucapkan kerana telah sudi meluangkan masa di sini, semoga kehadiran kalian berakhir dengan manafaat. Walau bagaimanapun, saya tetap insan yang lemah, segala kesilapan saya silalah ditegur, dikritik dan dinasihati ..