Halaman

Ahad, 13 Disember 2009

Berita Ganjil....! Telor Itik Ada Imej Lelaki Berjubah...

Imam Terkejut Telur Itik Ganjil




















KUALA KRAI, 12 Dis -- Seorang imam surau di Kampung Pahi, dekat sini, terkejut apabila mendapati seekor itik betina yang dipelihara sejak tujuh bulan lepas mengeluarkan telur ganjil berwarna hitam selain mempunyai gambar berbentuk orang berpakaian jubah putih.



Sim Mamat, 73, berkata beliau hanya menyedari kejadian itu setelah seekor daripada sepasang itik yang dibelinya di Pasar Sabtu, Kuala Krai sejak tujuh bulan lepas, mula bertelur sebanyak enam biji dan tiga daripadanya berwarna hitam dan tiga lagi berwarna perang.



Menurutnya, beliau hairan bagaimana itik betina mengeluarkan telur berwarna ganjil, seminggu lepas.



"Apa yang memaranjatkan saya, tiga telur itik itu berwarna hitam, tiga lagi berwarna perang, termasuk sebiji daripadannya sudah pecah," katanya ketika ditemui di rumahnya, hari Sabtu.



Katanya, lebih menghairankan lagi pada kulit telur itu pula terdapat gambar menyerupai lembaga seorang lelaki berpakaian jubah dan gambar wajah seorang wanita dan tulisan Cina.



Menurutnya, beliau sudahpun menemui beberapa orang lebih tua untuk mendapat nasihat dan pandangannya berhubung kejadian itu yang menyifatkan kejadian itu sebagai anih.



Sehubungan itu, katanya, beliau dan isterinya Che Esah Ahmad, 67 tidak akan menjual telur itu kepada sesiapa selain disimpan untuk dijadikan kenangan kerana ia mempunyai nilai estotika yang menakjubkan.



"Biasanya setiap telur itik berwarna putih atau kelihatan sedikit kebiruan apabila seseekor itik itu sudah tua," katanya.



-- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, terimakasih saya ucapkan kerana telah sudi meluangkan masa di sini, semoga kehadiran kalian berakhir dengan manafaat. Walau bagaimanapun, saya tetap insan yang lemah, segala kesilapan saya silalah ditegur, dikritik dan dinasihati ..