kerana perintah Allah SWT dan untuk sukakan Allah, aku berpesan pada diriku sendiri dan pada saudara2ku sekalian bahawasanya Tiada Tuhan Selain Allah, Tiada Yang Berkuasa melainkan Allah, tiada yang memudaratkan dan bermanafaat melainkan dari Allah.. Ya Allah, masukkanlah kalimah HAQ ini kedalam hati-hati kami...
Halaman
▼
Khamis, 19 November 2009
Semangat Jihad dari Utsman bin Affan..
Dengan Nama Allah SWT....
Abu Shalih ra, hamba sahaya Utsman bin Affan ra yang telah dibebaskan berkata, "Aku pernah mendengar Utsman bin Affan berkhutbah di atas mimbar."
Wahai manusia, sesungguhnya aku telah menahan sebuah hadis yang pernah aku dengar dari Rasulullah. Aku melakukan hal itu kerana aku bimbang kalian akan meninggalkan aku setelah mendengar hadis tersebut. Tetapi sekarang hatiku menginginkan untuk menyampaikan hadis tersebut kepada kalian.
Aku mendengar Rasulullah saaw bersabda, "Ribat (menjaga garis depan) di jalan Allah satu hari lebih baik di sisi Allah daripada seribu hari (melakukan amal2) selainnya yang dilakukan di rumah."
HR Imam Ahmad dalam Musnadnya jilid I halaman 65.
Mus'ad bin Tsabit bin Abdullah bin Zubair berkata, "Pernah Utsman bin Affan ra berkhutbah diatas mimbar."
Katanya, Aku akan menyampaikan suatu hadis yang pernah aku dengar dari Rasulullah saaw yang sampai saat ini belum pernah aku sampaikan. Aku sengaja belum menyampaikannya kerana bimbang kalian akan menjauhiku. Sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah saaw bersabda, "Berjaga satu malam di jalan Allah lebih utama daripada seribu malam lain yang (diisi dengan) tahajud secara terus menerus pada malam hari dan berpuasa pada siang harinya."
HR Imam Ahmad dalam Musnadnya jilid I halaman 61.
Maha Suci Allah SWT....!
2 ulasan:
Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, terimakasih saya ucapkan kerana telah sudi meluangkan masa di sini, semoga kehadiran kalian berakhir dengan manafaat. Walau bagaimanapun, saya tetap insan yang lemah, segala kesilapan saya silalah ditegur, dikritik dan dinasihati ..

salam kenal..
BalasPadamterima kasih sudi singgah blog saya..
salam kenal, moga2 perkenalan ini akan membawa manafaat buat kita semua.. Trimas kerana engkau juga sudi membalas kunjungan..
BalasPadam