Halaman

Rabu, 18 November 2009

Semangat Jihad dari Abu Bakar ra...













Dengan Nama Allah SWT...



Qasim bin Muhammad ra meriwayatkan suatu hadits yang panjang yang di dalamnya diceritakan bahawa Abu Bakar ra berkhutbah sambil berdiri di hadapan orang ramai.



Setelah mengucapkan tahmid dan shalawat kepada Rasulullah saaw, dia berkata, "Sesungguhnya bagi setiap perkara itu ada maksud2 kebaikannya. Barang siapa menyampaikannya, maka Allah akan memberinya pahala. Dan barang siapa yang beramal kerana Allah, maka Allah akan melindunginya."



Oleh kerana itu, hendaklah kalian bersungguh2 dalam berusaha dan bersikap sederhana, kerana sesuatu itu akan jadi lebih mudah dicapai dengan kesederhanaan.



Ingatlah! Seseorang tidak akan sempurna agamanya tanpa iman. Seseorang tidak akan mendapatkan pahala dalam amalnya jika tidak ikhlas. Dan tidak akan sempurna amal seseorang jika tidak disertai dengan niat.



Ketahuilah bahawa di dalam kitabullah telah diterangkan tentang pahala bagi orang yang mahu berjihad. Dan seharusnya setiap muslim mempunyai keinginan dalam hatinya untuk keluar berjihad. Jihad adalah suatu perdagangan yang disebutkan Allah SWT di dalam Al Quran yang dapat menyampaikan manusia kepada keselamatan di dunia dan di akhirat."




Diriwayatkan oleh Ibnu Asakir dalam kitab Kanzul 'Ummal jilid VIII halaman 207.



Maha Suci Allah SWT......!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, terimakasih saya ucapkan kerana telah sudi meluangkan masa di sini, semoga kehadiran kalian berakhir dengan manafaat. Walau bagaimanapun, saya tetap insan yang lemah, segala kesilapan saya silalah ditegur, dikritik dan dinasihati ..