kerana perintah Allah SWT dan untuk sukakan Allah, aku berpesan pada diriku sendiri dan pada saudara2ku sekalian bahawasanya Tiada Tuhan Selain Allah, Tiada Yang Berkuasa melainkan Allah, tiada yang memudaratkan dan bermanafaat melainkan dari Allah.. Ya Allah, masukkanlah kalimah HAQ ini kedalam hati-hati kami...
Halaman
▼
Jumaat, 13 November 2009
Dia Yang Maha Agong...
Dengan Nama Allah SWT...
Saudara2ku,
Allah, tidak ada tuhan yang layak disembah selain Dia. Dialah Tuhan yang berkuasa mendatangkan mudarat diantara kita, sebagaimana Dia berkuasa untuk memberi segala manafaat yang diperlukan oleh seluruh makhlukNya.
Seandainya semua orang terdahulu dari kita hingga orang terakhir yang dilahirkan sebelum kiamat, dari golongan jin mahupun manusia, berkumpul dan meminta kepada Allah pada waktu yang sama, lalu Dia memenuhi permintaan setiap orang, nescaya hal itu tidak akan mengurangi khazanah yang ada di sisiNya, kecuali hanya seperti setitis air di hujung jarum yang dicelupkan ke dalam lautan.
Semua amal kebaikan pasti dan pasti dicatat dan diperhitungkan oleh Allah SWT Yang Maha cepat hisabNya. Yang sedemikian itu adalah agar Dia membalas setiap kebaikan betapapun kecil nilainya.
Oleh kerana itu, barang siapa yang memperolehi suatu kebaikan, maka hendaklah dia memujiNya dan barang siapa yang memperolehi selain dari itu, maka janganlah dia mencela kecuali terhadap dirinya sendiri...
Maha Suci Allah SWT....!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, terimakasih saya ucapkan kerana telah sudi meluangkan masa di sini, semoga kehadiran kalian berakhir dengan manafaat. Walau bagaimanapun, saya tetap insan yang lemah, segala kesilapan saya silalah ditegur, dikritik dan dinasihati ..