Assalamu Alaikum,
Dengan Nama Allah SWT..
Saudara2ku yang dihormati,
Sesuatu yang sederhana selalunya mudah difahami, mudah dikerjakan, mudah dibina, mudah dinikmati, mudah dijaga, mudah dirawat, mudah dibawa, mudah disimpan, mudah dikeluarkan, mudah dipindahkan dan segala kemudahan lain yang menyertainya.
Kesederhanaan yang mendatangkan kemudahan ini tidak saja berlaku pada benda2, tetapi juga berlaku pada cara dan gaya hidup kita.
Dari pelajaran matematik, kita tahu bahawa orang yang pandai itu adalah dia yang dapat menyederhanakan persoalan matematis yang rumit sekaligus menerangkannya. Dari penalaran yang sama, maka orang2 yang pandai itu adalah dia yang dapat menyederhanakan masalah2 hidupnya sekaligus dapat pula membantu orang2 yang di sekitarnya untuk hidup sederhana.
Pemimpin yang pandai itu adalah dia yang dapat menyederhanakan masalah orang2 yang ada di bawahnya. Sebaliknya, pemimpin yang tidak dapat menyederhanakan hidupnya sendiri, malahan membuatkan masalah yang sederhana itu menjadi lebih rumit pula adalah orang yang sangat jauh untuk dapat dikatakan pandai. Jadi, padanan kata yang tepat untuk orang2 ini adalah orang2 yang bodoh.
Maha Suci Allah SWT!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, terimakasih saya ucapkan kerana telah sudi meluangkan masa di sini, semoga kehadiran kalian berakhir dengan manafaat. Walau bagaimanapun, saya tetap insan yang lemah, segala kesilapan saya silalah ditegur, dikritik dan dinasihati ..