Assalamu Alaikum,
Dengan Nama Allah SWT....
Saudara2ku,
Engkau tentunya sangat mengerti betapa pentingnya mata bagi dirimu dan engkau memahami bahawa fungsi mata itu tidak pernah dapat digantikan dengan mulut.
Engkau tentunya sangat mengerti betapa pentingnya mulut bagi dirimu dan engkau sudah tentu memahami bahawa fungsi mulut itu tidak akan pernah dapat digantikan dengan telinga.
Engkau tentunya sangat mengerti betapa pentingnya telinga bagi dirimu dan engkau tentu memahami bahawa fungsi telinga itu sudah pasti tidak akan pernah dapat digantikan dengan tangan.
Engkau tentunya sangat mengerti betapa pentingnya tangan bagi dirimu dan engkau juga pasti memahami bahawa fungsi tangan itu tidak akan pernah dapat digantikan dengan kaki.
Engkau tentunya sangat mengerti betapa pentingnya setiap anggota tubuh buat dirimu dan engkau pastinya memahami bahawa fungsi yang satu ini tidak akan pernah dapat digantikan dengan anggota tubuh yang lainnya.
Oleh kerananya, engkau hendaklah bersyukur kepada Allah SWT apabila engkau menyedari bahawa engkau memiliki anggota tubuh yang sempurna. Dan pada kenyataannya engkau tentu mendapati bahawa tiada satu anggota pernah mencela anggota tubuh yang lainnya. Bahkan sebaliknya, setiap anggota akan membantu apabila yang lainnya menjadi lemah dan tak berdaya.
Maka hanya dengan cara pengertian yang sama saja, kita akan dapat bersyukur kepada Allah SWT, manakala kita menyedari bahawa ternyata orang2 yang beriman memiliki pekerjaan, keahlian, kedudukan dan aktiviti yang beragam.
Sesungguhnya, orang2 beriman itu ibarat satu tubuh.
Maha Suci Allah SWT..!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, terimakasih saya ucapkan kerana telah sudi meluangkan masa di sini, semoga kehadiran kalian berakhir dengan manafaat. Walau bagaimanapun, saya tetap insan yang lemah, segala kesilapan saya silalah ditegur, dikritik dan dinasihati ..