kerana perintah Allah SWT dan untuk sukakan Allah, aku berpesan pada diriku sendiri dan pada saudara2ku sekalian bahawasanya Tiada Tuhan Selain Allah, Tiada Yang Berkuasa melainkan Allah, tiada yang memudaratkan dan bermanafaat melainkan dari Allah.. Ya Allah, masukkanlah kalimah HAQ ini kedalam hati-hati kami...
Halaman
▼
Selasa, 8 September 2009
Tanpa Iman, Kejayaan di Dunia adalah Kebinasaan di Akhirat...!
Dengan Nama Allah SWT...
Salam Alaikum,
Wahai saudara2ku sekalian, semoga Allah SWT sentiasa merahmati kalian..
Ketahuilah,
Jika engkau yakin bahawa tanpa adanya usaha atas kebendaan, manusia akan binasa, maka engkau akan menjumpai bukti2 yang akan menyokong keyakinanmu itu. Selanjutnya engkau akan bertambah meyakininya dan menghabiskan waktu untuknya. Namun demikian kaum2 terdahulu juga telah mengusahakannya malam dan siang. Ternyata kejayaan mereka itu kini telah menjadi sebahagian dari masa lalu.
Jika engkau yakin bahawa untuk sampai kepada kejayaan yang hakiki tidak ada cara lain selain menjadikan usaha atas iman teratas dari segala usaha kebendaan, maka engkau akan menjumpai banyak hal yang akan menambah keyakinanmu. Selanjutnya engkau akan bertambah yakin dengannya dan menghabiskan hidupmu untuknya. Dan inilah jalan dimana kejayaan akan menjadi sebahagian dari masa depan.
Sesungguhnya para sahabat Rasulullah telah membuktikan bahawa kebendaan datang setelah mereka berkorban habis-habisan demi iman mereka. Dan ketika keduniaan datang kepada mereka seperti air yang ditumpahkan dari langit, maka sebahagian dari mereka menangis kerana mereka bimbang jangan2 sebahagian kejayaan masa depan mereka akan menjadi sebahagian dari masa lalu.
Saudara2ku yang dikasihi,
Rasulullah saaw memberi kebendaan kepada orang2 yang masih lemah imannya dan beliau tidak memberi sedikitpun darinya kepada orang2 yang kuat imannya yang telah menolongnya dalam banyak keadaan. Sebagai ganti dari kebendaan, beliau menyerahkan dirinya sendiri kepada mereka, tinggal dan dikebumikan dimana mereka dilahirkan.
Yang sedemikian itu adalah kerana Rasulullah saaw memahami bahawa kepemilikan keatas kebendaan itu merupakan taraf penilaian bagi orang yang keyakinannya belum cukup sempurna. Adapun orang yang kuat iman dan benar keyakinannya terhadap agamanya, maka cukuplah bagi mereka memiliki Allah dan rasulNya!
Kaya tidak semestinya dengan memiliki kebendaan. Buktinya, betapa banyak orang yang dapat menikmati berbagai makanan yang lazat2 tanpa harus memiliki tanah, sawah dan ladang. Betapa banyak orang yang dapat pergi kemana saja, padahal mereka tidak memiliki satupun kendaraan darat, laut dan udara. Dan betapa banyak orang yang memiliki ilmu, padahal mereka tidak mempunyai tv, komputer dan benda2 lain yang seumpama dengan itu.
Saudara2ku yang dimuliakan Allah SWT,
Dunia merupakan lumpur sehingga kaki2 mudah tergelincir. Dunia (juga) merupakan satu rumah kehinaan. Puncak kemajuan dunia adalah kebinasaan, para penghuninya harus pergi ke alam kubur seorang diri, perjumpaannya berakhir dengan perpisahan, kelapangannya ditujukan ke arah kesempitan, kelebihannya mendatangkan kesusahan dan kekurangannya membawa kepada kemudahan.
Jadi wahai saudara2ku, bertumpulah selalu kepada Allah SWT dan puas hatilah dengan rezeki yang diberikanNya. Jangan meminjam apa2 dari simpananmu di akhirat demi dunia. Yang demikian adalah kerana kehidupan di dunia seumpama bayang2 yang tidak lama lagi akan lenyap. Dan kehidupan dunia itu ibarat satu dinding yang sudah goyang (miring) yang segera akan runtuh. Oleh kerana itu, perbanyakanlah amal sholeh dan kurangkanlah berangan2.
Perumpamaan dunia ketika ini seumpama sebuah kedai yang akan ditutup kerana bangkrup, dimana pemiliknya menjual barang2nya dengan harga murah. Maka siapa saja yang memahami tahapan suatu kebangkrupan, dia akan menyedari bahawa dunia ketika ini adalah berada pada tahap itu, demikianlah keadaannya sehingga hal2 yang masih tersimpan pun dikeluarkan dan diperlihatkannya.
Dunia akan bangkrup. Dan jika tiba masanya dimana dunia benar2 bangkrup, maka setiap orang juga akan bersamanya dalam kebangkrupan. Sesungguhnya, tidak akan ada yang berjaya kecuali orang2 yang hatinya tidak terpaut dengan dunia!
Maha Suci Allah SWT..
Wallahu a'lam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, terimakasih saya ucapkan kerana telah sudi meluangkan masa di sini, semoga kehadiran kalian berakhir dengan manafaat. Walau bagaimanapun, saya tetap insan yang lemah, segala kesilapan saya silalah ditegur, dikritik dan dinasihati ..