kerana perintah Allah SWT dan untuk sukakan Allah, aku berpesan pada diriku sendiri dan pada saudara2ku sekalian bahawasanya Tiada Tuhan Selain Allah, Tiada Yang Berkuasa melainkan Allah, tiada yang memudaratkan dan bermanafaat melainkan dari Allah.. Ya Allah, masukkanlah kalimah HAQ ini kedalam hati-hati kami...
Halaman
▼
Jumaat, 9 Disember 2011
Sampah......!
Assalamu Alaikum,
Wahai saudara2ku,
Ketika engkau mendapatkan segala benda2 dengan cara membuatnya, menciptanya, membelinya atau dengan cara apa sekalipun, maka engkau akan memahami bahawa yang mana satu dapat dimakan, mana pula yang dapat dipakai, dan yang mana pula selayaknya disimpan atau ada pula mana2 bahagian yang semestinya dibuang. Yang demikian ini adalah kerana engkau telah terbiasa dan telah terlatih dengan apa2 kemanafaat atau kemudharatan yang ada pada benda2 itu.
Ketahuilah saudara2ku,
Sesuatu yang tidaklah jauh bezanya dengan hal tersebut adalah kata2, ucapan2 atau perkataan2; sama saja samaada yang diucapkan oleh lisan seseorang ataupun yang disampaikan melalui tulisan, sama saja samaada ianya ditulis dengan cara yang sederhana atau yang dibantu dengan teknologi terkini, termasuk email dan dilaman2 sosial yang berlambakan dimasa kini.
Tulisan2 yang mewakili perkataan2 yang memberi petunjuk, penjelasan dan penerangan adalah seumpama benda2 berharga yang layak untuk pelajaran rohani; sama saja sebagaimana makanan yang menyihatkan atau sebagaimana pakaian yang tidak seorangpun yang mengenakannya kecuali akan menambahkan keindahan, keanggunan atau kewibawaannya.
Tulisan2 yang tiada manafaat atau yang mengandungi permusuhan atau yang sejenis dengannya adalah seumpama barang2 cacat yang tidak dapat digunakan atau seumpama pembungkus yang diperlukan hingga masa tertentu untuk menjaga atau melindungi benda2 yang baik. Setelah itu, barang2 cacat atau pembungkus adalah sampah.
Sesungguhnya, tidak ada perlakuan yang lebih bijaksana terhadap sampah selain dengan membuangnya...
Maha Suci Allah.......!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, terimakasih saya ucapkan kerana telah sudi meluangkan masa di sini, semoga kehadiran kalian berakhir dengan manafaat. Walau bagaimanapun, saya tetap insan yang lemah, segala kesilapan saya silalah ditegur, dikritik dan dinasihati ..