Halaman

Selasa, 1 September 2009

Perjalanan Para Sahabat.. Sesungguhnya Kita telah berDusta..!


Dengan Nama Allah SWT...,

Salam Alaikum saudara2ku yang dihormati,




Tahukah engkau bahawasanya para sahabat Rasulullah saaw (rhum) menolong agama Allah dan berjuang di dalamnya adalah lebih dicintai mereka daripada hal2 yang selainnya?



Tahukah engkau bahawa sesungguhnya para sahabat Rasulullah saaw (rhum) merasa bangga dengan pembelaan mereka terhadap agama Allah sebagaimana orang2 lain merasa bangga dengan kemuliaan dunia?



Tahukah engkau sesungguhnya para sahabat Rasulullah saaw (rhum) telah meninggalkan kenikmatan dunia adalah kerana kesibukan mereka yang tak kenal lelah dalam menolong dan membela agama Allah?



Tahukah engkau bahawasanya tidaklah para sahabat Rasulullah saaw (rhum) melakukan semua itu kecuali adalah kerana mereka itu lebih mengutamakan redha Allah dan rasulNya daripada kesenangan mereka sendiri?

Maka sesungguhnya hal-hal yang sedemikian itu sudah cukup menjadi bukti bahawa kecintaan mereka kepada Allah dan rasulNya adalah kecintaan yang HAQ!




Oleh kerana itu, siapa saja yang mendakwa bahawa dia mencintai Allah dan rasulNya, namun dia enggan menempuh jalan yang telah dilalui oleh para sahabat Rasulullah saaw (rhum), maka hendaknya dia takut akan Allah SWT kerana pada hakikatnya dia telah pun berdusta!




Sesungguhnya dusta itu bukanlah sifat orang2 beriman!!



Maha Suci Allah SWT..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, terimakasih saya ucapkan kerana telah sudi meluangkan masa di sini, semoga kehadiran kalian berakhir dengan manafaat. Walau bagaimanapun, saya tetap insan yang lemah, segala kesilapan saya silalah ditegur, dikritik dan dinasihati ..