kerana perintah Allah SWT dan untuk sukakan Allah, aku berpesan pada diriku sendiri dan pada saudara2ku sekalian bahawasanya Tiada Tuhan Selain Allah, Tiada Yang Berkuasa melainkan Allah, tiada yang memudaratkan dan bermanafaat melainkan dari Allah.. Ya Allah, masukkanlah kalimah HAQ ini kedalam hati-hati kami...
Halaman
▼
Rabu, 30 September 2009
Hadiah.....
Salam Alaikum,
Dengan Nama Allah SWT...
Wahai saudara2ku yang dikasihi,
Hadiah adalah pemberian khusus dari engkau untuk orang2 yang memiliki prestasi tertentu. Jika pada masa yang lalu adikmu belum mahu sholat, tiba2 pada hari ini beliau rajin melakukannya, maka beliau berhak mendapat hadiah dari engkau. Jika selama ini bapa kita menjaga sholatnya, maka keistiqomahannya juga merupakan satu prestasi yang patut dihargai. Dengan cara seperti itu engkau akan memahami prestasi sekaligus kelebihan2 yang ada pada ahli keluargamu dan yang ada pada orang2 lain di sekitar engkau.
Dan jika engkau termasuk orang yang suka memberi kepada orang lain, maka itu bererti bahawa engkau termasuk dalam golongan orang2 yang telah membahagi2kan rezeki kepada orang2 yang pada hakikatnya dikehendaki oleh Allah SWT. Apabila sudah demikian, maka Dia yang Maha Mensyukuri pasti akan memberikan engkau lagi dan lagi, sebagaimana ketika engkau merasa gembira atas tindakan seseorang yang mendorong engkau untuk berterima kasih dan berkeinginan untuk memberi sesuatu kepadanya.
Dalam memberi, hendaknya engkau tidak takut menjadi miskin. Ini adalah kerana perasaan takut menjadi miskin itu hanya layak dimiliki oleh orang2 yang tidak yakin kepada Allah SWT.
Sesungguhnya, Dia adalah al Ghani [Yang maha kaya], al Wahab [Yang maha memberi] sekaligus asy Syakur [Yang maha mensyukuri]. Dan jika Allah SWT memberi, maka pemberianNya itu seringkali di luar dugaan kita, berlimpah dan luar biasa nilainya.
Maha Suci Allah SWT!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, terimakasih saya ucapkan kerana telah sudi meluangkan masa di sini, semoga kehadiran kalian berakhir dengan manafaat. Walau bagaimanapun, saya tetap insan yang lemah, segala kesilapan saya silalah ditegur, dikritik dan dinasihati ..