Oleh pendetagempita
Kisah pergolakan di tanah semerah padi yang dijadikan fiksyen layar perak dalam sekitar tahun 1981 mungkin boleh dijadikan panduan. Adi Putra yang tinggi penghayatan agamanya boleh terpesong apabila akal tidak disuluh dengan jiwa dan hati yang tulus ikhlas. Setelah berjaya menawan semula Semerah Padi daripada pengganas yang telah membunuh ayahnya Demang Satria, Adi Putra memerintah Semerah Padi dengan hukum Islam.
Tapi sayang, dek kerana hasutan dan adu domba, Adi Putra menghukum adiknya sendiri Kesumawati atas tuduhan zina dengan kekasihnya, yang merupakan kawan karib Adi Putra iaitu Andika. Setelah Kesumawati dan Andika yang tidak bersalah tersebut disebat hingga longlai, balasan tuhan tiba apabila bumi menelan Adi Putra yang menghukum mengikut akal.
Hmmm, Itulah sumpah Semerah Padi yang memakan diri tuannya. Bagaimana pula Sumpah Malaysia. Agaknya siapakah Adi Putra, siapakah Andika dalam kes Malaysia. Anwar Ibrahim (melalui Balasubramaniam) menuduh Najib berzina dengan Altantuya, Najib pula (melalui Saiful Bukhari) menuduh Anwar meliwat.
Siapa yang benar, siapa yang salah masih jadi tanda tanya. Hari ini, Saiful (mangsa liwat) pula mencabar Anwar untuk bersumpah secara mubahalah, menambah tekanan kepada Anwar untuk bersumpah seperti mana dicadangkan Mufti Perlis Al-Asriyah. Najib, Saiful dan Rosmah pula bagaimana? Beranikah mereka bersumpah.
Walau apapun hujahan tentang Mubahalah, ingatlah Al-Quran bukanlah untuk dipersenda. Kalau individu yang terlibat berani bersumpah dengan Al-Quran, maka sememangnya persepsi masyarakat akan terus bertukar terhadapnya.
Tapi kalau tidak berani bersumpah, maka masyarakat akan mudah melabel sebagai ”bacul”"menyembunyika n sesuatu’”tidak berani” dan sebagainya. Takut- takut ada orang yang percaya pula bahawa sebenarnya perkara liwat atau zina tersebut benar-benar berlaku. Hanya Tuhan Maha Mengetahui.
Persoalannya, kalau Najib dan Anwar, kedua-duanya boleh disamakan seperti Adiputra, siapa pula Andika dan siapa pula nanti Kesumawatinya?… Sama-samalah kita nantikan cerita Sumpah Malaysia heheheh!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, terimakasih saya ucapkan kerana telah sudi meluangkan masa di sini, semoga kehadiran kalian berakhir dengan manafaat. Walau bagaimanapun, saya tetap insan yang lemah, segala kesilapan saya silalah ditegur, dikritik dan dinasihati ..