Halaman

Isnin, 10 Mac 2025

Hidup Yang Kekal

      Hidup yang kekal

Semua anggota badan akan hancur 

Dalam kubur akan hancur

Di hari berbangkit akan hancur

Tapi cahaya deria dan roh tidak hancur

Mereka yang meninggal dunia bukanlah tidak ada

Mereka dalam serapan sifat-sifat Allah Taala

Ibarat bintang di langit tinggi

Tidak kelihatan apabila terbitnya matahari

Begitulah orang mati

Sifatnya menyerap dalam sifat illahi

Jika anda mahukan penerangan

Bacalah Al Qur'an

Surah 36 ayat 53

Renungkanlah ayat ini supaya dapat pandangan

Roh yang terhalang dari hidup yang kekal

Adalah azab dan sesal

Roh yang bersatu dengan Tuhan yang kekal

Bebas dari halangan dan sesal


ORANG YANG BERPALING KE BELAKANG DALAM PERJALANAN KE NERAKA 

     Malaikat yang mengawalnya, yang di dunia dulu tidak kelihatan, sekarang kelihatan nyata terzahir seperti polis yang mengiringi orang yang bersalah. Malaikat itu menghalaunya bengis menuju neraka sambil berteriak,

     "pergi kau anjing! Ke tempatmu!"

     Orang itu memalingkan wajahnya ke belakang menghadap Allah SWT. sambil air mata kesesalan dan ketakutan bercucuran mengalir di pipinya, putus harapannya kecuali mengharapkan kasih sayang Allah SWT.

     Kemudian kedengaran Allah SWT berfirman, "wahai orang yang berdosa, kamu telah melihat sendiri senarai hitam dosa dan kesalahan yang telah kamu lakukan. Apa yang kamu harapkan? Apa yang kamu tunggu lagi?"

     Si manusia berdosa itu menjawab, " Tuhan, Engkau lebih tahu bahawa saya ini sangat kotor, penuh debu dan lumuran dosa. Namun begitu, di sebalik amal buruk dan jahatku, di sebalik iman dan kufurku, di sebalik derhaka dan ingkarku, saya sangat berharap kepada kasih dan sayang-Mu. Saya menghadap kepada-Mu. Saya tidak memandang dan mengira amal perbuatanku. Engkau beri saya wujud sebagai pakaian kehormatan. Saya sentiasa bergantung kepada-Mu, ya Tuhanku."

     Setelah dia mengaku salah dan dosa, Tuhan berfirman kepada Malaikat, "bawa dia ke mari kerana dia tiada putus harapan kepada-Ku. Aku akan selamatkan dia dari azab neraka dan mengampunkan dia. Aku akan hidupkan api rahmat-Ku dan dengan api itu terbakar musnahlah semua dosa, ikhtiar dan ketetapan untuknya. Duri di sekelilingnya akan Aku jadikan jambangan bunga yang indah!"