kerana perintah Allah SWT dan untuk sukakan Allah, aku berpesan pada diriku sendiri dan pada saudara2ku sekalian bahawasanya Tiada Tuhan Selain Allah, Tiada Yang Berkuasa melainkan Allah, tiada yang memudaratkan dan bermanafaat melainkan dari Allah.. Ya Allah, masukkanlah kalimah HAQ ini kedalam hati-hati kami...
Halaman
▼
Rabu, 25 Disember 2024
Kepulangan
Aku menginap di rumah ibu kandungku sudah hampir setahun lamanya. Di sini aku merasa bahagia dan terus berazam untuk meninggalkan segala kelakuan buruk dan perbuatan jahatku sebelum ini. Aku sudah kenal benar dengan jiran-jiran di sini. Keadaan di kawasan taman perumahan ini terasa damai kerana kejiranan ini dapat menjalani kehidupan yang rukun dan damai. Di rumah ini, selain ibuku, ada abangku yang masih belum berkahwin, tetapi dia jarang ada di rumah, siang hari dia bekerja dan pada malam hari pula entah ke mana dia melepak, kecuali hari ahad, dia berada di rumah. Kemudian ada anak kakakku yang bernama Norita. Dia sejak kecil lagi tinggal di rumah ini dalam jagaan ibuku. Ayahku pula hanya seminggu sekali pulang ke rumah ini, masanya banyak di habiskan di rumah isteri mudanya.