Halaman

Rabu, 18 September 2024

Gadis Desa Terpencil..

      Perjalanan ke Desa Terpencil


     Pada suatu hari dalam tahun 1985 aku dan Abin membuat keputusan untuk lari dari rumah. Keputusan ini kami buat kerana kami berdua sudah tidak betah lagi untuk tinggal di rumah. Kami merasakan bahawa diri kami tidak lagi di perlukan di sini.

     Hubungan aku dan ibuku tidak begitu baik. Kami jarang berkomunikasi. Aku sering di marah kerana hal-hal kecil. Kesalahan adik-adikku selalu akulah yang menanggung akibatnya. Aku merasakan perkara ini tidak adil. Aku memberontak dengan sering keluar rumah untuk menenangkan jiwa. Banyak masa yang ku habiskan dengan melepak di sebuah rumah bujang yang terletak jauh di hujung kampung.

Khamis, 12 September 2024

Kakak Sepupuku Lela - Sahabat penaku.

     Pada suatu pagi, aku dan temanku mulakan perjalanan ke kampungku, Bota Kiri. Kami akan ke majlis perkahwinan kakak sepupuku yang bernama Manorlaila atau lebih mesra di panggil Lela. Perjalanan ini mengambil masa selama empat puluh minit. Setibanya di sana kami melihat sudah ramai tetamu yang hadir. Setelah berehat beberapa ketika, aku masuk ke rumah untuk bertemu dengan Kak Lela. 

Khamis, 5 September 2024

Kenangan Mengusik Jiwa - Tulisan tanpa noktah, jalan tanpa hujung.

     Ranjau Kehidupan

     Sesungguhnya kehidupan ini banyak cabarannya, banyak ragamnya serta di penuhi dengan tipu daya. Aku hanyalah insan kerdil di antara berbilion-bilion umat manusia. Dalam tempoh dua puluh enam tahun rasanya sudah terlalu banyak onak dan duri yang aku redah. Dari kehidupan penuh kegelapan ke kehidupan penuh cahaya. Dari dunia kejahatan ke dunia kebaikan. Alam cinta palsu yang penuh khayalan hingga mencapai cinta sejati yang penuh nikmat telah kuselami. Kini aku sedang alami kehidupan yang kurasakan aneh dari sudut gerak-geri, aneh dalam fikiranku dan aneh pada zahir dan batinku. Oh! Suatu kehidupan yang misteri dan luar biasa.