kerana perintah Allah SWT dan untuk sukakan Allah, aku berpesan pada diriku sendiri dan pada saudara2ku sekalian bahawasanya Tiada Tuhan Selain Allah, Tiada Yang Berkuasa melainkan Allah, tiada yang memudaratkan dan bermanafaat melainkan dari Allah.. Ya Allah, masukkanlah kalimah HAQ ini kedalam hati-hati kami...
Halaman
▼
Khamis, 14 Mei 2015
Kota dan Istana Raja Melayu; Bagaimanakah Pihak Berwajib Menanganinya?
Jika kita melihat kepada nama tempat yang terdapat di Malaysia, terdapat banyak tempat lama yang menggunakan perkataan KOTA. Kenapakah perkataan kota tersebut digunakan? Adakah saja suka-suka perkataan kota tersebut digunakan? Adakah memang ada sebuah kota di situ pada suatu masa dahulu? Dari apa yang diperhatikan, memang terdapat kota pada kesemua tempat yang menggunakan perkataan kota. Cerita turun temurun masyarakat setempat menjurus kepada kewujudan sesebuah kota bagi setiap nama yang menggunakan perkataan kota. Tetapi kebanyakannya telah lenyap dan diabaikan, diruntuhkan, diratakan, ditimbuskan, ditenggelamkan dan dihilangkan dari pengetahuan umum. Apakah motif sebenar tindakan tersebut, AGENDA siapakah ini?