Halaman

Isnin, 25 November 2013

Tunaikan Hak Saudaramu..



Telah berkata Abdullah bin Amru ra,

Seseorang telah bertanya kepada Rasulullah saw, Apakah sifat yang paling baik dalam Islam? Rasulullah saw bersabda, Memberikan makanan serta memberi salam samada kepada orang yang engkau kenali atau pun tidak.

Hadis Riwayat Muslim




ulasan :




Hadis di atas menganjurkan kita agar berlaku baik terhadap orang lain dan juga mengajak kita bersama2 membantu mereka yang kurang bernasib baik seperti Firman Allah swt, 'tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan yang baik dan bertaqwa'.










Dari Uqbah bin Amir ra. katanya,

Wahai Rasulullah! Engkau mengutuskan kami, lalu kami pergi kepada suatu kaum, tetapi mereka tidak melayani kami, apa pendapat mu? Rasulullah saw. menjawab dengan bersabda kepada kami, Sekiranya kamu pergi kepada suatu kaum, lalu mereka melayan kamu sebagaimana yang sepatutnya dilakukan terhadap tetamu, maka terimalah. Sekiranya mereka tidak melakukannya, maka kamu berhak menuntut daripada mereka hak tetamu yang diwajibkan ke atas mereka.

Hadis Riwayat Muslim.




ulasan :




Kita wajib melayani tetamu selama 3 hari, selebihnya menjadi amalan sedekah. Ini adalah antara adab dan kemuliaan dalam agama Islam. Islam telah mengajarkan umatnya agar berkasih sayang sesama manusia dan kita umat Islam ini antara satu sama lain adalah bersaudara. Kiranya saudara kita dalam kesusahan maka menjadi tanggung jawab kitalah untuk membantunya. Umpama mencubit peha kiri, peha kanan menanggung sakit juga.




Firman Allah dalam ayat 10 surah Al-Hujurat, 'Sesungguhnya orang2 mukmin itu sebagai satu saudara'