Halaman

Khamis, 16 Jun 2011

Gerhana Bulan vs Gempa Bumi....





Assalamu alaikum,

Semoga semua saudara2ku diluar sana sentiasa dalam keadaan sihat wal afiat dan gembira selalu..



Sembang2 di Twitter, ramai juga yang terkejut dengan gegaran yang berlaku disekitar Lembah Kelang pada 14 Jun lalu. Apakah ianya ada kaitan dengan fenomena Gerhana Bulan pada awal pagi tadi, Khamis 16 Jun? Dan ditambah lagi dengan gempa bumi kuat di Papua New Guinea yang berlaku sebaik saja selesai gerhana bulan sebentar tadi.. Gempa bumi ini diikuti dengan amaran tsunami oleh pemerintah tempatan. Apakah ianya benar2 ada kaitannya??

Aku pernah diberitahu oleh yang pakar dalam hal ini, fenomena gerhana bulan ini sememangnya ada kaitan rapat dengan trajedi gempa bumi. Pada waktu itu kedudukan matahari, bumi dan bulan adalah selari.Dalam keadaan ini, kuasa graviti bumi dikatakan meningkat dan tidak setabil. Wallahu a'lam..

Inilah kebesaran Allah SWT yang mesti kita diam sesaat memikirkan sebagaimana sabda Rasulullah Saaw : Sesungguhnya matahari dan bulan adalah tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan matinya seseorang atau disebabkan lahirnya. Tetapi kedua duanya merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah menakutkan hamba-hambanya. Apabila engkau melihat perkara tersebut hendaklah engkau solat dan berdoa sehingga gerhana itu hilang pada padangan”. (HR. Bukhari dari Abi Barkah).



Aku bukan hendak menakut2kan korang semua tetapi aku patut berkata, hendaklah kita semua bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar2nya takwa. Bumi ini sudah lanjut usia, sudah hampir sampai masanya untuk kembali ke asalnya. Gempa bumi akan semankin kuat gegarannya seolah2 seorang tua yang uzur terbatuk2 menahan keuzurannya... Dijangkakan menjelang tahun 2012 nanti kebanyakan gempa adalah berukuran 9 sr keatas... Seramnya.... Wallahu a'lam..








**^^** **^^** **^^** **^^**   Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..

3 ulasan:

  1. subhanallah..meremang bulu roma..
    namun bila lihat msh ramai yg tk mahu kembali pd landasan yg benar,tk mahu beramal..sedih sgt. takut..klau kte ditmpt mereka..bgaimana agaknye..
    moga Allah banjirkan hidayat ke seluruh alam.. doakan kami..

    BalasPadam
  2. Salam @ank_ayah, msh ramai d antara kita yg trlupa bhw bumi ni sudah 'tua', maka krn itulah mrk tetap leka dlm memburu impian yg panjang. Ssungguhnya dunia ni d penuhi tipudaya, hanya yg 'sedar' akan trselamat. Smoga Allah banjirkan hidayahNya. *ameenn* Terimakasih ats komen engkau..

    BalasPadam
  3. Salam @Anak Pendang Sekeluarga, terimakasih krn sudi menjengok teratak buruk hamba.. InsyaAllah kuakan brkunjung ke 'taman syakinah' jagaan tuan pula..

    BalasPadam

Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, terimakasih saya ucapkan kerana telah sudi meluangkan masa di sini, semoga kehadiran kalian berakhir dengan manafaat. Walau bagaimanapun, saya tetap insan yang lemah, segala kesilapan saya silalah ditegur, dikritik dan dinasihati ..