Halaman

Sabtu, 21 November 2009

Semangat Jihad dari Ali bin Abi Thalib..





















Dengan Nama Allah SWT...




Zaid bin Wahab menceritakan, "Pada suatu hari Ali ra berkhutbah di hadapan orang ramai"



Segala puji bagi Allah. Tidak akan ada orang yang dapat melakukan sesuatu yang tidak dikehendaki oleh Allah SWT. Dan apabila Allah berkehendak, pasti tidak akan ada seorangpun yang berselisih dengan saudaranya, dan tidak akan ada seorangpun dari seluruh umat ini yang mempertentangkan sesuatu, dan tidak akan ada seorangpun yang merasa iri hati terhadap kenikmatan yang diberikan oleh Allah (kepada orang lain). Inilah takdir yang menarik kita untuk berkumpul di sini.



Allah Maha Melihat segala yang kita lakukan dan Maha Mendengarnya. Sesungguhnya, apabila Allah berkehendak, pasti Allah menurunkan azabNya yang dengannya keadaan berubah dan Allah menampakkan orang2 yang bersalah. Akan tetapi hal itu tidak terjadi kerana dunia ini dijadikanNya sebagai tempat untuk beramal, sedangkan akhirat dijadikan sebagai tempat pembalasan dan tempat yang kekal selama2nya. Allah SWT akan membalas dengan kejahatan bagi mereka yang berbuat jahat dan membalas dengan kebaikan bagi orang2 yang berbuat baik.



Ketahuilah, esok engkau akan berhadapan dengan musuh. Oleh kerana itu, gunakanlah sepanjang malam untuk melakukan sholat dan membaca Al Quran. Mintalah kepada Allah pertolongan dan kesabaran. Hadapilah musuh kalian dengan bersungguh2 dan dengan sekuat tenaga. Dan jadilah kalian orang2 yang benar!



"Setelah itu, Ali bin Abi Thalib ra pun pergi."



HR Thabrani dalam kitabnya jilid IV halaman 9.



Maha Suci Allah SWT.....!

1 ulasan:

Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, terimakasih saya ucapkan kerana telah sudi meluangkan masa di sini, semoga kehadiran kalian berakhir dengan manafaat. Walau bagaimanapun, saya tetap insan yang lemah, segala kesilapan saya silalah ditegur, dikritik dan dinasihati ..