kerana perintah Allah SWT dan untuk sukakan Allah, aku berpesan pada diriku sendiri dan pada saudara2ku sekalian bahawasanya Tiada Tuhan Selain Allah, Tiada Yang Berkuasa melainkan Allah, tiada yang memudaratkan dan bermanafaat melainkan dari Allah.. Ya Allah, masukkanlah kalimah HAQ ini kedalam hati-hati kami...
Halaman
▼
Jumaat, 8 Mei 2009
Inilah Malapetaka Yang Menimpa Negeri Perak..
KERAKUSAN, KETAMAKAN, KEANGKUHAN, KEKERASAN kini menjadi santapan rakyat negeri perak.. Maka marilah kita semua bersantap dengan sepuas2nya, sebelum Perak jadi bubur....!
2 ulasan:
Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, terimakasih saya ucapkan kerana telah sudi meluangkan masa di sini, semoga kehadiran kalian berakhir dengan manafaat. Walau bagaimanapun, saya tetap insan yang lemah, segala kesilapan saya silalah ditegur, dikritik dan dinasihati ..
apakah sebenarnya yg sedang berlaku di perak?boleh tkg ceritakan pd saya?
BalasPadamSalam saudara iqbal, saya fikir saudara tentunya sudah tahu akan hal yang terjadi melalui media masa dan dari bloggers yang lain kan? Jika benar demikian maka saya berpendapat mungkin saudara ingin melihat kisah yang terjadi dari kacamata saya pula, betul ker? Baiklah saya akan ceritakan dengan serba ringkas sahaja dari apa yang saya ketahui.
BalasPadamPada pandangan sayalah, rentetan trajedi yang menimpa Negeri Perak ini adalah bermula ketika Anwar Ibrahim menjawat sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen. Kemudian apabila beliau dengan penuh yakin akan 'menawan' Malaysia pada tarikh 16 september 2008 dengan cara menukar beberapa orang Wakil Rakyat menjadi 'katak'.. Namun tiada berjaya jua. Sebaliknya di Negeri Perak pula yang muncul katak tetapi bukanlah katak-katak yang di idamkan oleh saudara Anwar Ibrahim, tetapi itu adalah katak-katak yang bakal meracun makanannya..
Maka katak-katak inilah yang menyebabkan akhirnya menumbangkan kerajaan Anwar Ibrahim di Negeri Perak yang sebenarnya baru saja nak belajar berjalan. Maka kecohlah seantero dunia bahwa kerajaannya yang masih seciput ini telah dirampas kekuasaannya oleh lawannya yang jauh lebih berpengalaman dalam hal kelentong sana sini dan lebih pula bala tentera bantuannya.
Begitulah serba ringkas cerita yang dapat saya ceritakan dalam nada merapu meraban ni.. Namun kisahnya masih panjang dan belum tahu masa penamatnya. Teruskan menonton... Tetapi sebenarnya masih ada kekosongan watak dalam cerita ni, mahukah saudara mengisi kekosongan ini?