tag:blogger.com,1999:blog-71949380134654306942024-03-05T14:31:07.063+08:00arizWan merahskerana perintah Allah SWT dan untuk sukakan Allah, aku berpesan pada diriku sendiri dan pada saudara2ku sekalian bahawasanya Tiada Tuhan Selain Allah, Tiada Yang Berkuasa melainkan Allah, tiada yang memudaratkan dan bermanafaat melainkan dari Allah.. Ya Allah, masukkanlah kalimah HAQ ini kedalam hati-hati kami...arizWanmerahshttp://www.blogger.com/profile/02407384074787546856noreply@blogger.comBlogger230125tag:blogger.com,1999:blog-7194938013465430694.post-31852090978111868302018-08-26T06:52:00.000+08:002018-08-26T06:52:43.642+08:00Mengenangkan Sahabat Masa Nan Lalu..Assalamualaikum.

Jika korang perhatikan beberapa artikel aku yang lepas, tentunya korang tahu ianya adalah artikel yang mengenangkan peristiwa-peristiwa masa lalu yang terjadi keatas diriku. Dalam artikel yang ini aku perturunkan beberapa karyaku yang merupakan beberapa keping gambar aku dan sahabat-sahabatku beserta kisah imaginasiku bersama mereka.

Ini aku bersama angan-anganku. Kononnya nak jadi ahli bela diri seperti pelakon Hollywood terkenal zaman 70an, Chuck Norris. Aku pun menyertai Persatuan Seni Silat Gayong Ghaib Malaysia. Tetapi itu semua hanyalah hangat-hangat tahi ayam sahaja..

Inilah aku dan adik aku sedang bergurau senda berlaku sebagai hero dan taiko atau pendekar dan penjahat.. hahahaa..

Ini adalah gambar aku dan adikku, Badrulhisham. Kami sangat 'kamcin' yakni sering melakukan aktiviti-aktiviti rahsia bersama sahabat-sahabat yang lain. Cuma dia tidak pernah menyertai PSSGGM bersama kami kerana dia ada caranya sendiri dalam mempertahankan dirinya, begitu katanya, hihihiii...

Gambar pertama dalam imej ini, yang sedang duduk diatas batu disebelah aku itu, namanya Zainuddin. Dia adalah sepupu Jamaluddin. Berkawan dengannya paling best kerana dia ni agak gila-gila perangainya. Cuma dalam bab duit belanja tu dia lah yang paling kemut (kedekut) hahahaa. Gambar ke-dua pula adalah Jamaluddin yang pakai baju celoreng, sahabatku yang paling rapat sekali. Kisahnya telah aku tulis dalam 2 artikel yang lepas. Boleh rujuk di artikel 'buat jahat jangan sekali' dan 'sahabatku digilis kereta'.

Gambar yang sedang duduk sendirian itu namanya Zizi tetapi terkenal dengan panggilan gelaran 'Wok'. Dialah yang paling pemurah dikalangan kami. Selalu sangat belanja aku makan.

Gambar sedang berdiri tegak itu pula adalah ayah saudaraku bernama Muhammad Haron. Sebenarnya dia ini tinggal di Negeri Pahang, tetapi sering menghabiskan masa cutinya disini bersama kami. Dia ini juga berperangai gila-gila macam Zainuddin juga. Bila bersama mereka ini, aku jadi serba tak kena, malu ada, ketawa berdekah-dekah selalu sangat, rasa nak marah juga ada.. Adoi!

Akhir sekali gambar sedang duduk berdua itulah Jamaluddin bersama sepupunya Zainuddin. Hubungan kedua mereka ini sebenarnya taklah seberapa baik selalu juga bertengkar kerana saling bertentangan tindakan.

Demikianlah serba sedikit aku coretkan tentang persahabatan aku. Semua kisah antara aku dan mereka ini hanya tinggal kenangan. Kini masing-masing membawa haluan hidup sendiri dan ada juga yang telah dijemput kembali menemui Tuhannya. Semoga roh sahabatku di Rahmati Allah SWT.

Sekian. Wassalam.

Perkongsian ilmu amat digalakkan, semoga bermanafaat buat semua pembaca, untuk teruskan membaca, silalah berkunjung ke teratak hamba. arizwanmerahs. damai tanpa perang.
arizWanmerahshttp://www.blogger.com/profile/02407384074787546856noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7194938013465430694.post-6637809520396123132018-08-26T06:24:00.000+08:002018-08-26T06:26:59.993+08:00Kerinduan Yang Mendalam.....Assalamualaikum.

Bertemu kembali para pembaca sekalian. Diharapkan semuanya berada didalam keadaan sihat walafiat. Aku mula menulis kembali di dalam blog ini sejak seminggu yang lalu. Namun haluan penulisan aku sudah berubah 360 darjah dari tema utama blog ini. Kali ini aku hanya sekadar menyalin kembali penulisan lamaku dari format 'buku harian' ke format 'blog'. Ya, begitulah, daripada blog ini terus menyepi, adalah lebih baik ianya terisi dengan yang sebegini.

Kerinduan, kesepian, kekecewaan, suasana jiwa inilah yang sering bertandang, bukan hanya sekali tetapi berkali-kali. Mengenangkan peristiwa manis bersama si dia yang telah jadi kenangan. Dari pertemuan pertama dan terjadinya perpisahan, begitu juga pertemuan kedua juga terjadinya perpisahan. Dan seterusnya yang ketiga dan keempat, tetap juga perpisahan yang terjadi. Mungkin kerana aku terlalu mudah jatuh cinta, tetapi tidak mudah untuk melafazkannya. Demikianlah aku dimasa-masa yang lalu dan juga dimasa kini, sama saja keadaannya..

Sekian. Wassalam.

Perkongsian ilmu amat digalakkan, semoga bermanafaat buat semua pembaca, untuk teruskan membaca, silalah berkunjung ke teratak hamba. arizwanmerahs. damai tanpa perang.
arizWanmerahshttp://www.blogger.com/profile/02407384074787546856noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7194938013465430694.post-21892120374751845702018-08-22T04:56:00.000+08:002018-08-22T04:56:38.291+08:00Tayangan Larut Malam.Assalamualaikum.

24 Ogos 1984

Duit hanya ada seringgit, member pula mengajak menonton wayang tayangan larut malam. Kata mereka ada cerita menarik, filem Indonesia dalam kategori pencak silat. Pasti menarik. Aku pun bersetuju untuk menonton bersama mereka. Masaalahnya aku tak cukup duit ni. Tapi tak mengapa, aku akan usahakan untuk dapatkannya. Aku minta pada emak tetapi gagal. Akhirnya member aku kata bahawa mereka akan belanja aku tiket wayang. Ini sudah bagus, terima kasih kawan..

Pada pukul 8 malam, aku, Joi, Zaki dan Abin mengayuh basikal menuju ke Pekan Ipoh. Tetapi sebelum itu kami singgah di Pasar Malam Seri Kinta. Di situ kami menemui Hisham untuk mengajaknya menonton bersama kami tetapi dia enggan. Kami pun meneruskan perjalanan menuju ke destinasi.

Sampai Ipoh kami bertembung dengan Eddy dan kawan-kawannya. Kami bersetuju mengikut mereka masuk kabiret (pusat hiburan) sebelum tayangan larut malam itu bermula. Di situ kami hanya duduk menyaksikan muda-mudi menari dan berpelokan dalam menikmati irama muzik yang bergema kuat.

Setelah hampir waktu tengah malam, kami bergerak masuk panggung wayang. Tepat pada waktunya tayangan pun bermula. 'Tongkat Sakti' tajuk filemnya. Kisah seorang lelaki yang menuntut bela di atas pembunuhan seluruh keluarganya.

Selesai menonton filem itu, kami pun bergerak untuk pulang. Kami berjalan kaki ke Jubli Park untuk mengambil basikal yang telah kami letakkan di situ. Aku terasa mahu buang air besar lalu aku masuk ke dalam tandas yang berada tidak jauh dari situ. Selesai melepaskan hajat, aku kembali ke tempat parking basikal dan mendapati semua rakan-rakanku telah meninggalkan aku sendirian. Betapa kecewanya aku dengan sikap mereka ini. Aku pun mencapai basikalku tetapi dengan tiba-tiba ada beberapa orang menghalang pergerakanku.

"Ah! Kenapa pula ni?" tanyaku.

"Ini basikal adik aku!" Jawab seorang daripada mereka itu.

Aku terkejut mendengarnya, "apa? Ini basikal akulah!" Tegasku. Padahal yang sebenarnya basikal ini telah aku curi dikawasan ini juga pada beberapa minggu yang lalu.

"Kami fikir," ucap seorang lelaki lain yang lagaknya seperti ketua dari kumpulan lelaki ini, "kamu telah mencuri basikal ni di Kuala Pari kan?"

"Tak la.." aku menafikannya, "ini basikal akulah! Bila masa pula aku mencuri. Korang jangan main tuduh je!" Tegasku.

Kemudian dia membelek-belek basikal ini untuk mendapatkan kepastian. Aku terasa mahu lari saja dari situ. Sebaik saja aku mendapati basikalku bebas dari sentuhan sesiapa, aku pun segera menyorongnya sambil berlari meninggalkan tempat ini. Mereka mengejarku, seorang dapat menhampiriku lantas menolakku. Hampir saja aku jatuh. Aku pun melepaskan basikal dan aku hayunkan penumbuk ke arahnya tetapi tidak mengenai sasaran. Kemudian giliran dia pula menumbukku tepat pula mengena cermin mataku lalu ianya jatuh dan pecah!

Pada masa itu datang pula beberapa orang yang lain. Mereka bertanya apa yang berlaku. Lelaki yang menumbukku tadi menjawab, "dia ni dah curi basikal adik saya!" Katanya sambil menunjuk ke arah aku. Aku balas dengan berkata, "dia tipu la, mana ada saya curi.."

"Emm.." Seorang bersuara, "gini la, jom kita bercerita kat balai polis je.."

Oh! Rupa-rupanya mereka yang baru sampai ni anggota polis. Alaa.. naye la aku.. bisik hatiku.

Kami pun bergerak ke balai polis yang berdekatan. Di situ kami telah diminta memberi keterangan. Setelah selesai semuanya, kami pun disuruh pulang.

Namun aku menghadapi masaalah. Basikalku itu bukan lagi milikku. Anggota polis itu telah menyerahkannya kepada mereka. Jadi aku terpaksa pulang tanpa kenderaan. Aku bingung apa nak buat. Duit pun tak ada. Cermin mata pula dah pecah, yang membuatkan pandanganku menjadi kabur. Aku fikir aku terpaksa berjalan kaki untuk pulang ke rumah. Walaupun tidaklah berapa jauh jaraknya yakni lebih kurang 5 kilometer, namun dalam keadaan badan letih, fikiran berserabut, aku terasa tak mampu untuk menghadapinya. Kemudian datang satu perancangan yang jahat. Aku naik sebuah teksi. Aku minta pemandu teksi itu membawa aku ke kampung Pasir Putih. Sampai di satu kawasan yang berhampiran tanah perkuburan, aku pun turun. Tanpa membayar tambangnya, aku terus berlari kearah tanah perkuburan tersebut.

Beberapa minit kemudian aku tiba di rumah ibu kandungku. Dia terperanjat kerana aku datang di awal pagi sebegini. Aku baru sedar rupanya sudah jam 3 pagi. Aku pun ceritalah apa yang telah terjadi kecuali babak di balai polis. Petang esoknya, ayahku datang untuk mengajak aku pulang ke rumah.

Selama seminggu aku tidak keluar rumah kerana pandanganku yang terlalu kabur. Selama itu juga aku merasa rindu terhadap gadis kesayanganku setelah lama tidak bertemu. Akhirnya semuanya pulih semula setelah emakku membelikan sebuah cermin mata baru untukku. Lebih cantik dan bergaya. Syukur alhamdulillah..

Sekian. Wassalam.

Perkongsian ilmu amat digalakkan, semoga bermanafaat buat semua pembaca, untuk teruskan membaca, silalah berkunjung ke teratak hamba. arizwanmerahs. damai tanpa perang.
arizWanmerahshttp://www.blogger.com/profile/02407384074787546856noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7194938013465430694.post-2660269236993096562018-08-18T22:47:00.000+08:002018-08-20T01:29:47.487+08:00Dari Kerana Rambut..Assalamualaikum.

Inilah gaya rambut David Bowie dari tahun 1965 hingga 1983. Dia adalah seorang penyanyi rock yang terkenal. Lagunya yang berjudul 'Last Dance' telah menjadi kegemaran ramai dan berjaya masuk dalam senarai carta "top ten" di U.S.A. dan juga U.K. Dia juga seorang pelakon yang tidak kurang hebatnya sejak tahun 1978.

David Bowie adalah seorang artis yang suka menyamar. Apabila dia mengubah gaya rambutnya serta wajahnya, pasti ramai orang yang tidak akan mengenalinya lagi.

Aku: Botak pada 19.10.1983, akan datang nak cuba gaya rambut 'punk' dan selepas itu 'vok' yakni gaya rambut panjang yang menutupi sebelah mata.. Hahahahaa!

Sekian. Wassalam.
Perkongsian ilmu amat digalakkan, semoga bermanafaat buat semua pembaca, untuk teruskan membaca, silalah berkunjung ke teratak hamba. arizwanmerahs. damai tanpa perang.
arizWanmerahshttp://www.blogger.com/profile/02407384074787546856noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7194938013465430694.post-48201480823336403742018-08-18T21:27:00.000+08:002018-08-18T21:27:49.428+08:00Sahabatku Digilis Kereta.Assalamualaikum.

Jam ditangan telah menunjukkan sudah pukul sepuluh. Aku masih tidak mahu tidur. Menonton tv pula terasa bosan. Tiada cerita yang menarik. Kemudian aku keluar. Malam itu bulan bersinar terang. Seperti yang telah dijanjikan siang tadi, aku menanti kepulangan rakan-rakanku, Jamaluddin dan Shafie dari kampung Penjeh. Di Kampung Penjeh itu mereka beserta beberapa orang pemuda kampung itu sedang mempelajari ilmu mempertahankan diri Gayung Ghaib Malaysia.

Waktu hampir pukul sebelas malam. Kebiasaannya ahli--ahli silat itu sudah pun pulang. Tetapi pada malam tanggal 24hb January tahun 1982 mereka masih belum pulang. Aku dan mereka telah berjanji untuk menyambak (mencuri) buah rambutan cina. Namun nampak gayanya aku terpaksa memungkiri janji kerana mata aku ini tidak lagi dapat menahan ngantuk. Aku kembali ke rumah untuk tidur.

Apabila aku terjaga pada keesokan harinya, adik aku bercerita bahawa Jamaluddin cedera parah dilanggar kereta. Aku terperanjat mendengarnya dan ingin tahu apa sebenarnya yang telah berlaku. Aku keluar menemui Shafie dan dia mula bercerita;

Pada malam tadi mereka telah pulang lewat. Meskipun telah lewat, Jamaluddin dan Shafie pergi juga ke kebun rambutan itu untuk mencurinya. Mereka makan sepuasnya di situ juga. Namun masih ada untuk dibawa pulang. Dalam perjalanan pulang, mereka nampak ada sebuah kereta sedang bergerak menuju kearah kawasan berhampiran kebun rambutan itu. Ada satu tanah lapang di situ dan di situlah kereta itu berhenti. Diwaktu siang harinya, tanah lapang itu adalah tempat kami para pemuda kampung bermain bola.

"Ni tak lain lagi la, nak beromen le dorang tu..", ujar Jamaluddin. Shafie mengangguk saja.

"Aku nak intai mereka dekat-dekat." Ucap Jamaluddin lagi. Shafie melarangnya, "sabarlah dulu, mereka tu belum buat apa-apa lagi.."

"Tak pe. Aku nak tengok dorang tu main raba-raba." Ucap Jamaluddin masih bersikeras.

"Suka hati ko la Din.." kata Shafie dalam nada tak puas hati.

Jamaluddin lantas bergerak menghampiri kereta tersebut. Dia berjalan terbongkok-bongkok sehinggalah dia betul-betul berada disisi kereta itu. Matanya tepat memandang ke dalam kereta dan nampaklah pasangan dua sejoli di dalamnya. Mereka sedang leka berpelokan, begitu menghairahkan. Berdebar jantong Jamaluddin dibuatnya. Perasaan marahnya mula meruap.

"Sial!" Degus hatinya sambil tangan kanannya mencapai segenggam pasir. Kemudian dia membuka pintu kereta itu lalu melemparkan pasir tersebut kemuka mereka berdua.

Apatahlagi terkejut beruk lah merpati dua sejoli tersebut. Tiba-tiba injin kereta dihidupkan dan bergerak mundur. Jamaluddin hanya berdiri memerhati. Tanpa diduga, kereta tersebut bergerak pula kearah Jamaluddin yang sedang berdiri terpaku. Sebegitu lajunya, tau-tau dah melanggarnya. Jamaluddin tercampak beberapa meter kebelakang. Namun dia masih mampu bangkit semula. Melihatkan itu. Kereta itu terus melanggarnya lagi. Kali ini Jamaluddin jatuh terlentang. Pemandu kereta itu mengambil peluang untuk terus menggilis badan Jamaluddin dan ianya berjaya mengheretnya dalam jarak beberapa meter.

"Oh! Matilah aku kali ini," keluh Jamaluddin sendirian. Pandangannya mulai pudar.

Shafie yang berada tidak jauh dari situ berfikir sahabatnya itu akan mati. Dia hanya mampu melihat saja Jamaluddin yang berada di bawah kereta dan sedang diseret. Setelah paniknya hilang baru dia dapat berfikir untuk bertindak. Dia mencari-cari sesuatu yang dapat dijadikan senjata. Tiba-tiba kereta tersebut kelihatan sedang bergerak menuju kearah dirinya pula. Pada saat itu juga dia mengutip beberapa ketul batu dan membaling ke arah kereta tersebut, lantas mengena pada cermin depan kereta itu. Tindakan ini berjaya membuatkan kereta itu berpaling arah dan akhirnya meninggalkan tempat kejadian. Shafie merasa lega.

Shafie berlari mendapatkan Jamaluddin, bimbang benar dia akan keadaan diri sahabatnya itu. Namun kelihatannya Jamaluddin sudah berdiri tegak seolah-olah tiada apa-apa yang terjadi pada dirinya.

"Din, ko ok ke?" tanya Shafie dalam keadaan cemas.

"Aku ok je.." jawab Jamaluddin sambil tersengih.

Shafie menghampiri Jamaluddin dan menepuk belakang badannya.

"Adoh!" Tiba-tiba Jamaluddin menjerit kesakitan. Shafie dapat melihat belakang badannya mendapat luka yang parah. Shafie berasa ngeri melihatnya, "ini ko kata tak ada apa-apa? Parah ni Din..!" ucapnya separuh menjerit. Jamaluddin pula mengerang kesakitan setelah kepedihan mulai terasa.

Shafie memimpin Jamaluddin berjalan pulang ke rumahnya. Ibu bapanya terkejut melihat keadaannya yang parah lantas menghubungi pihak hospital. Jamaluddin telah dibawa ke hospital menaiki van ambulan.

Sekian. Wassalam.

Perkongsian ilmu amat digalakkan, semoga bermanafaat buat semua pembaca, untuk teruskan membaca, silalah berkunjung ke teratak hamba. arizwanmerahs. damai tanpa perang.
arizWanmerahshttp://www.blogger.com/profile/02407384074787546856noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7194938013465430694.post-54645701138686568932018-08-17T01:20:00.001+08:002018-08-17T01:20:36.339+08:00Buat Jahat Jangan Sekali..!

Assalamualaikum.

Bulan January tahun 1982 beberapa tragedi telah menimpa diriku dan sahabatku. Ini berkaitan dengan kegiatan kami pada setiap malam, iaitu mencuri rambutan cina dan mengombet (mengintai orang beromen). Semuanya kami lakukan di satu tempat berdekatan dengan kebun rambutan itu. Memang setiap malam ada saja pasangan yang melakukan maksiat di kawasan itu. Kami cuma menumpang tengok saja. Ada pula seorang rakan kami yang lebih berani. Dia itu bukan saja hendak mengintai saja, tetapi telah menghampiri pasangan tersebut lalu memukul mereka dan menyambak (mencuri) wang mereka. Itulah akibatnya orang-orang yang melakukan maksiat di kawasan itu. Rakan kami itu cukup rasa gembira melakukan perkara itu kerana katanya, "itu sajalah caranya untuk mengajar pasangan-pasangan itu.."

Aku ingin menceritakan satu peristiwa yang telah berlaku keatas diriku dan Jamaluddin. Suatu senja selepas waktu maghrib, kami merancang untuk mencuri buah rambutan cina. Kami pun mula bergerak ke sana. Setelah hampir 20 minit kami berada didalam kebun rambutan itu, Jamaluddin mengajak pulang. Kami berjalan pulang dengan membimbit sekarung buah rambutan ditangan masing-masing. Didalam perjalanan pulang (berjalan kaki) kami bertemu dengan seorang pakcik yang kami tidak kenali. Dia menegur kami,

"Kome ni dari mane?"

Jamaluddin pun menjawab, "saja jalan-jalan pakcik."

"Hah? Jalan-jalan je? Itu rambutan mane kome dapat?" Tanya pakcik tu lagi.

Aku dan Jamaluddin tersengih-sengih, "ini ha... Kami minta kat cina kebun tu tadi.." kata Jamaluddin.

"Kome jangan nak tipu pakcik. Pakcik dah tahu semuanya..." Bidas pakcik tu. Aku dan Jamaluddin terpinga-pinga malu.

"Kome tahu sape pakcik?" Pertanyaan itu tak berjawab.

Lantas dia mengeluarkan sesuatu dari dalam poket seluarnya. Ditunjukkannya kepada kami.

"Kome tengok ni!"

Aku dan Jamaluddin melihat sekeping kad kuasa seorang pegawai polis. Oh! Rupa-rupanya pakcik ni seorang pegawai polis. Oh! Tuhan, apa sudah jadi ni? Mungkin aku akan ditangkap dan menerima hukumannya.. ataupun aku akan dibawa pulang ke rumah lalu ibubapa ku akan tahu tentang kegiatanku ini. Sudah tentu mereka akan memarahi aku dan mengenakan tindakan atas diriku. Inilah perkara yang aku tak suka, tapi apa boleh buat lagi, semuanya salah aku sendiri. Mungkin Tuhan telah memberikan balasan terhadap perbuatan jahat yang sedang aku lakukan ini.

Tiba-tiba lamunan ku diganggu oleh suara garau pakcik itu. Dia bertanyakan dimanakah kedua rakanku yang lain. Kami mengatakan bahawa kami ini hanya berdua. Namun dia masih bertegas dengan mengatakan kami ni sebenarnya berempat dan terus mendesak kami untuk memberitahu dimanakah kedua mereka yang lain. Namun kami terus meyakinkan pakcik itu bahawa kami ini cuma berdua sahaja.

"Baiklah kalau begitu biar pakcik cari deme. Pakcik nampak deme menyorok kat situ ar..!" Putusnya. Dia kemudiannya menyeberangi jalan dan menuju ke arah semak samun tidak jauh dari kawasan kebun rambutan itu.

"Apa dah jadi ni? Mimpi ke pakcik polis tu?", ucapku hampir berbisik. "Entahlah..." Jamaluddin mengeluh.

Terfikir difikiranku untuk melarikan diri saja dari sini tetapi Jamaluddin enggan berbuat demikian. Apa nak jadi, jadilah.

Beberapa minit kemudian Pakcik Polis itu kembali semula. Kedengaran dia merungut sendirian. Kemudian dia memandang kami dengan tajam dan bersuara, "betul ke kome ni berdua aje?".

"Ya. Kami memang berdua je ni..." jawab Jamaluddin.

"Tapi... Pakcik yakin betul tadi ada empat orang berjalan kemari, tetapi yang dua orang tu melincung kearah semak sana sebaik sampai hujung jalan ni..", cerita pakcik tu membuatkan jantung kami berdebar-debar.

"Pakcik agak lah mungkin deme tu setan!" Ucapannya lagi menambahkan rasa seram pada diriku.

Pakcik itu meneruskan kata-katanya, "biasanya kegiatan sepertimana yang kome lakukan ni sememangnya sering disertai setan! Apatah lagi waktu senja dan magrib macam ni.."

Kami mendiamkan diri saja sementara bulu roma kami mula meremang. Dalam hatiku membenarkan apa yang dia katakan.

Kemudian pakcik itu meminta bungkusan buah rambutan yang ada ditanganku. Aku agak keberatan memberikannya.

"Kome nak makan rambutan ni? Makan hasil curian ni benda haram yang akan menjadi darah daging kome.. Kome nak ke macam tu?"

Aku diam. Angguk tidak, ngeleng pun tidak. Rasa hendak melawan tetapi masih berfikir tak baik melawan orang tua, bisik hatiku. Lantas aku pun menyerahkan bungkusan buah rambutan itu kepadanya.

Tiba-tiba aku rasa marah dan sakit hati apabila pakcik itu mencampakkan bungkusan rambutan itu ke tanah menyebabkan habis semua buah rambutan tersebut bertaburan lalu bercampur dengan segala sampah sarap yang sememangnya banyak di situ.

"Lain kali jangan mencuri lagi!", Bentaknya.

Ini merupakan satu amaran kepada kami dan kami pun akur, "baik pakcik." Ucap kami serentak.

"Kali ini pakcik lepaskan kome tapi lain kali kalau pakcik nampak lagi kome berdua mencuri, pakcik takkan maafkan lagi, terus bawak balai. Kome ingat tu ye.."

"Ya pakcik kami akan ingat tu. Kami janji kami tak akan mencuri lagi."

"Baguslah kalau macam tu..." Ujar pakcik itu sambil mencapai basikalnya. Dia pun berlalu pergi meninggalkan kami berdua. Aku berbunga gembira dan kami pun bergerak untuk pulang.

"Nasib baik pakcik tu tak buang rambutan aku", ucap Jamaluddin dalam nada gembira. Aku mencebik bibir tanda geram. Huh! Sungguh tak adil pakcik tu.. Aku mengeluh dalam hati.

Beberapa hari kemudian, kami mengulangi lagi perbuatan mencuri buah rambutan tersebut. Masakan tidak, sedangkan kelazatannya sentiasa mengamit kami untuk melakukannya lagi. Kami sering kekenyangan sehinggalah kelarut malam. Sesungguhnya kami ini tidak pernah serik...

Sekian. Wassalam.

Perkongsian ilmu amat digalakkan, semoga bermanafaat buat semua pembaca, untuk teruskan membaca, silalah berkunjung ke teratak hamba. arizwanmerahs. damai tanpa perang.
arizWanmerahshttp://www.blogger.com/profile/02407384074787546856noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7194938013465430694.post-41742418317907446142018-08-16T02:43:00.000+08:002018-08-16T02:43:01.033+08:00Dari Kerana Mata...Assalamualaikum.

Ini adalah Petua dari orang tua-tua.

Petuanya tentang 'mata'. Mata banyak hikmahnya. Kita ini kaya kerana memiliki mata. Buta mata gelaplah dunia. Ops! Dunia sebenarnya tak gelap, tetapi pandangan kitalah yang gelap.

Ada juga 'mata' yang lain yakni mata air, mata hati, matahari dan lain-lain lagi.

Dari kerana mata, kita boleh jadi gila yakni 'gila bayang'. Dari kerana mata, kita boleh jatuh cinta. Dari kerana mata, kita boleh meramal apa yang bakal terjadi, yakni begini;

1) Sekiranya mata kiri bergerak-gerak, maknanya anda akan didatangi orang jauh.

2) Sekiranya mata kanan pula yang bergerak-gerak, maknanya anda akan menangis.

Bagi diriku sendiri memiliki sepasang mata yang rabun. Jadi untuk mendapatkan pandangan yang normal, kena lah pakai cermin mata..

Sekian. Wassalam.
Perkongsian ilmu amat digalakkan, semoga bermanafaat buat semua pembaca, untuk teruskan membaca, silalah berkunjung ke teratak hamba. arizwanmerahs. damai tanpa perang.
arizWanmerahshttp://www.blogger.com/profile/02407384074787546856noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7194938013465430694.post-24670976286530377582018-08-14T01:49:00.000+08:002018-08-14T01:49:11.184+08:00Aku kembali dalam mod baru..

Assalamualaikum.

Bertemu kembali para pembaca sekalian. Terlebih dahulu aku mohon maaf kerana telah telah terlalu lama tidak menulis diblog ini. Hari ini baru terasa ingin menulis di blog ini lagi. Namun pada kali ini dalam versi yang berbeza.

Kali ini aku menulis melalui aplikasi telefon pintar. Mungkin hasilnya tak akan sebagus menulis di komputer riba, laptop dan seumpamanya, namun kelebihan yang ada, pastinya aku akan dapat menulis dari mana saja aku berada..

Diharapkan kalian dapat mengambil menafaat dari blog ini sekiranya ada, atau setidaknya kalian mendapat sedikit pengajaran daripadanya.

Sekian. Wassalam.

Perkongsian ilmu amat digalakkan, semoga bermanafaat buat semua pembaca, untuk teruskan membaca, silalah berkunjung ke teratak hamba. arizwanmerahs. damai tanpa perang.
arizWanmerahshttp://www.blogger.com/profile/02407384074787546856noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7194938013465430694.post-69657979618927812872015-05-14T15:59:00.000+08:002015-05-14T15:59:57.889+08:00Kota dan Istana Raja Melayu; Bagaimanakah Pihak Berwajib Menanganinya?Jika kita melihat kepada nama tempat yang terdapat di Malaysia, terdapat banyak tempat lama yang menggunakan perkataan KOTA. Kenapakah perkataan kota tersebut digunakan? Adakah saja suka-suka perkataan kota tersebut digunakan? Adakah memang ada sebuah kota di situ pada suatu masa dahulu? Dari apa yang diperhatikan, memang terdapat kota pada kesemua tempat yang menggunakan perkataan kota. Cerita turun temurun masyarakat setempat menjurus kepada kewujudan sesebuah kota bagi setiap nama yang menggunakan perkataan kota. Tetapi kebanyakannya telah lenyap dan diabaikan, diruntuhkan, diratakan, ditimbuskan, ditenggelamkan dan dihilangkan dari pengetahuan umum. Apakah motif sebenar tindakan tersebut, AGENDA siapakah ini?

Foto 1: Binaan batu bata di Sungai Batu, Merbuk Kedah merupakan tapak arkeologi terawal di Asia Tenggara dibina sekitar 100 Masihi. Jika pengetahuan binaan kota batu bata telah wujud pada 100M kenapa di dalam teks sejarah wujud dakwaan kota-kota dahulu dibina dari kayu dan buluh? Hanya setelah kedatangan Portugis kota batu dibina, seolah-olah kita belajar dari pihak penjajah!? Tidak logik jika pada 100M sudah ada binaan batu bata tetapi pada 1500M masih berkotakan kayu.

Foto 2: Peta lama bertarikh 1598 (sumber, Wendy Khadijah Moore, 2011, Malaysia A Pictorial History 1400-2004) menunjukkan kota-kota yang wujud di sepanjang pantai semenanjung tanah air kita. Dimanakah kota-kota tersebut sekarang?

Foto 3: Kampong Kota di Beruas, Perak di mana terdapatnya makam purba raja Melayu yang bernesankan Batu Acheh terukir ayat Al Quran. Kenapa sejarah mainstream menjunjung pengaruh Hindu-Budha di Bruas Gangga Negara, tetapi kisah rajanya yang beragama Islam seolah-olah diketepikan sahaja?

Foto 4: Istana Raja Bersiong di Kepala Batas Alor Star Kedah. Istana yang didakwa asalnya milik Raja Bersiong kemudian diwarisi oleh Tengku Kudin. Lihat sahajalah terbiar dan turut dijadikan tempat pembuangan sampah. Kenapa Kelly Castle dipelihara, tetapi Istana Raja Bersiong ini terbiar hina sebegini rupa?

Foto 5: Gambar ini didakwa sebagai Istana Sultan Ismail di Belanja Perak. Gambar ini berjaya mencetuskan persepsi Melayu itu berdinding buluh dan beratap rumbia. Adakah ini sebenarnya istana atau sekadar tempat persinggahan atau pondok di dalam dusun atau tempat persembunyian ketika diburu penjajah? Jika sememangnya istana tempat bersemayam, bagaimana agaknya kalau gajah baginda yang berpuluh ekor itu menggeselkan badan pada dinding istana tersebut? Bagaimana agaknya kalau baju besi baginda digantung pada dinding istana tersebut?

Foto 6: Kota Ngah Ibrahim di Matang, Perak. Pernah dijadikan markas oleh Inggeris dan Jepun. Menjadi mahkamah untuk mengadili mereka yang dituduh terlibat dengan pembunuhan J.W. Birch, mungkin disebabkan itu ianya masih kekal tidak diruntuhkan

Foto 7: Kota Long Jaafar di Bukit Gantang, Perak. Terbiar bersemak tanpa penjagaan rapi. Menurut sejarah mainstream, Long Jaafar merupakan Penghulu Larut yang kaya raya serta kekayaannya itu mengatasi kekayaan Sultan Perak pada ketika itu. Persoalannya, logik kah penghulu lebih kaya dari sultan pada masa tersebut, dan logik kah seorang penghulu memiliki sebuah kota yang dilengkapi dengan meriam?

Foto 8: Kota Kuala Muda, sebahagian kecil sahaja sisa binaan kota yang masih tinggal. Terdedah kepada vandalism dan pencerobohan, diharapkan symbol-simbol yang masih ada dapat kekal untuk tatapan generasi akan datang

Foto 9: Kota Kuala Kedah, lihatlah keunikan senibinanya. Pernah dijadikan markas Inggeris dan mungkin disebabkan itu ianya selamat dari diruntuhkan sama seperti Kota Ngah Ibrahim yang pernah dijadikan markas Inggeris

Foto 10: Kota Star, binaan asalnya pernah dirobohkan atas alasan untuk membina Wisma Persekutuan. Logikkah alasan tersebut diberikan dalam masa yang sama Kota A Famosa dipertahankan? Namun begitu replica kota tersebut dibina semula pada tahun 2008 tetapi didapati berlaku sedikit perubahan pada corak ukiran pada kota

Foto 11: Kota Indera Kayangan, tapak kota telah diratakan dan dijadikan tempat parking kereta untuk pelawat yang berkunjung ke Muzium Kota Indera Kayangan. Logikkah tapak sebuah kota dijadikan tempat parking kereta?

Foto 12: Istana Nagara, foto ini diambil pada 1897 (sumber, Wendy Khadijah Moore, 2011, Malaysia A Pictorial History 1400-2004). Lihat la seni binaannya yang jelas bermotifkan Merong dan Teratai. Telah dirobohkan pada 1930 dan diganti dengan istana yang baru di atas tapak asal yang kemudiannya dikenali sebangai Istana Iskandariah. Kenapa istana secantik ini dirobohkan, tiada lagikah tapak lain selain dari tapak binaan asal untuk dibina istana baru? Kenapa sejarah mainstream cuba melenyapkan maklumat tentang istana ini? Kenapa istana ini diberi nama Istana Nagara? Nagara manakah yang dimaksudkan?

Banyak lagi kota-kota dan istana lain yang tidak dipaparkan disini, apa yang dipaparkan sebagai bahan untuk dikongsi dan difikirkan bersama. Jika Melayu mempunyai kota maka ini amat bertentangan sekali dengan momokan selama ini apabila Melayu dikaitkan dengan rumah kayu beratap rumbia. Jika Melayu memiliki kota, kemanakah perginya pewaris kota tersebut? Jika pewaris sebenar kota tersebut adalah mereka yang berkuasa sekarang, adalah tidak logik jika mereka yang berkuasa ini membiarkan sahaja kota warisan nenek moyang mereka terabai, dirobohkan dan dilenyapkan begitu sahaja. Jadi siapakah sebenarnya yang empunya dan pewaris sebenar kota-kota tersebut?

kredit untuk penulis artikel asal catitan santai

Perkongsian ilmu amat digalakkan, semoga bermanafaat buat semua pembaca, untuk teruskan membaca, silalah berkunjung ke teratak hamba. arizwanmerahs. damai tanpa perang.
arizWanmerahshttp://www.blogger.com/profile/02407384074787546856noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7194938013465430694.post-16616228333778926612015-04-02T22:39:00.000+08:002015-04-02T22:39:33.855+08:00Dedahan Che Det Berat! UMNO dan PRU 14

1. Ramalan oleh masyarakat sekarang ialah UMNO dan BN akan kalah Pilihanraya Umum ke-14 kerana terlalu banyak tuduhan yang dibuat terhadap Najib yang tidak dijawab olehnya.

2. Ia bermula dengan kes pembunuhan Altantuya, wanita Mongolia yang terlibat dengan skandal pembelian kapal selam.

3. Dua orang anggota polis dituduh menembak mati wanita berkenaan, dibicara, didapati bersalah, kemudian didapati tidak bersalah dan dibebaskan. Kemudian dibicara semula dan dikena hukum bunuh.

4. Seorang daripada mereka berada dalam tahanan tetapi Sirul seorang lagi berada di Australia. Dia membuat kenyataan bahawa dia diarah untuk membunuh.

5. Rakyat tertanya-tanya siapa yang memberi arahan. Sebagai pengawal peribadi Dato Sri Najib, dakwaan Sirul perlu disiasat untuk menentukan siapa yang memberi arahan. Tetapi selain daripada Najib berkata Sirul “merepet”, tidak ada siasatan yang dibuat. Ini adalah nyawa manusia. Amatlah zalim jika Sirul dibunuh kerana menjalankan arahan.

6. Kemudian kes 1MDB. Tuduhan penyelewengan dalam urusan wang berbillion Ringgit oleh Jho Low telah dibuat dengan bukti-bukti yang jelas. Tuduhan ini tidak dijawab selain dari berkata ia adalah pembohongan.

7. Kononnya aset 1MDB berjumlah 52 billion sedangkan hutang hanya 42 billion. Aset tidak jadi keuntungan sebelum dijual (dicairkan). Kenapa untuk membayar faedah sebanyak 2 billion pun terpaksa hutang dari Ananda Krishnan. Kalau 1MDB tidak rugi kenapa terpaksa hutang. Kenapa wang Kerajaan sebanyak 1 billion diberi kepada 1MDB setelah hutang dibayar?

8. Kononnya wang yang disimpan di Cayman Island sudah dibawa balik. Tetapi separuh disimpan dalam bank Swiss (BSI) di Singapura. Di mana pergi separuh lagi dari 6 billion? Kenapa wang ini tidak diguna untuk bayar faedah 2 billion.

9. Kononnya disimpan di Singapura kerana Bank Negara akan menyoal simpanan lebih dari 50 juta. Jikalau duit itu duit kita yang hanya disimpan di Cayman, apa masalahnya menjelaskan kepada Bank Negara punca wang itu. Lagi pun duit ini dimiliki oleh 1MDB yang dikuasai penuh oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan.

10. Soalan-soalan lain berkenaan 1MDB tidak dijawab selain daripada berkata asetnya besar. Soal harga tanah Kerajaan yang dibeli oleh 1MDB tidak dijelas. Sudah tentu jika dibeli dengan harga yang murah dan dinaik nilai berkali ganda, aset ini menjadi besar. Tetapi Kerajaan rugi banyak dengan tanah miliknya dijual dengan harga yang tidak mencermin harga pasaran.

11. US$700 juta dibayar kepada Petro Saudi untuk apa? Sudahkah ditentukan Petro Saudi memiliki konsesi kawasan minyak dan gas di Argentina dan Turkmenistan sebelum membayar wang yang begitu banyak.

12. Jho Low dilapor dalam New York Times, London Times dan Sarawak Report terlibat dalam pengurusan berbillion Ringgit duit 1MDB. Siapa dianya Jho Low yang begitu dipercayai oleh Dato Sri Najib. Pegawai Malaysia yang dilantik mengurus dana 1MDB mengaku mereka diarah oleh Jho Low yang mendakwa ia mendapat kepercayaan penuh dan arahan dari Dato Sri Najib.

13. Gambar-gambar Jho Low dan kelakuannya, umurnya yang amat muda serta cara hidupnya tidak menggambarkan peribadi yang menyakinkan orang ramai. Tetapi dia dilapur membeli rumah di New York dan Hollywood beratus juta Ringgit. Kemudian rumah-rumah ini dijual kepada anak tiri Najib dengan harga ratusan juta Ringgit bagi setiap satu kerana kononnya Jho Low telah jumpa rumah yang lebih indah di Hollywood yang harganya lebih tinggi.

14. Dari mana datangnya duit beratus juta kepada Riza Aziz tidak dapat dijelas. Keluarga Tun Razak termasuk Najib menafikan duit ini adalah dari keluarga. Pelaburan ratusan juta dalam filem “Wolf of Wall Street” oleh Riza datang dari mana?

15. Dan banyaklah lagi tuduhan dan soalan terhadap 1MDB yang ditubuh oleh Dato Sri Najib dan dikuasai sepenuh olehnya sebagai penasihat yang tidak dijelas dan dijawab selain dari menafi dan mendakwa semuanya bohong belaka. Laporan-laporan dalam akhbar di New York dan London amat memalukan negara.

16. Sementara itu, walaupun Kerajaan menghadapi kekurangan wang yang besar dan terpaksa hutang, Dato Sri Najib sebagai Perdana Menteri membeli sebuah lagi pesawat mewah. Umum mengetahui pesawat ACJ319 yang sedia ada diguna bukan sahaja untuk tugas rasmi tetapi sebagai kenderaan peribadi untuk Dato Sri dan Datin Sri.

17. Dalam keadaan ekonomi tidak menentu, dalam keadaan rakyat terpaksa bayar cukai yang lebih tinggi, dalam keadaan nilai Ringgit yang menurun teruk, dalam keadaan kos sara hidup meningkat dan rakyat dilanda banjir dan kehilangan ratusan juta Ringgit, Kerajaan membazirkan wang ratusan juta untuk pesawat mewah walaupun sudah ada pesawat-pesawat milik Kerajaan.

18. Cara pembelian tidak dapat menyembunyi bahawa akhirnya Kerajaan terpaksa menanggung beban pembelian ini. Jika syarikat bukan Kerajaan yang secara rasmi membeli, bayaran melalui lease (sewa) lebih tinggi daripada belian secara langsung kerana terpaksa memberi keuntungan kepada pemilik dan faedah yang dimasukkan.

19. Selain daripada ini dasar-dasar pemerintahan Dato Sri Najib terhad kepada pemberian wang percuma, menimbul kemarahan orang Melayu dengan mengenepikan Dasar Ekonomi Baru kerana ingin mendapat sokongan orang Cina. Namun penolakan BN dalam PRU 13 membuktikan orang Cina tolak pemerintahan Najib.

20. Sesungguhnya rakyat, baik Melayu, Cina, India atau suku kaum Sabah dan Sarawak sudah tidak percaya lagi kepada Dato Sri Najib. Ahli UMNO dan pemimpinnya perlu sedar bahawa UMNO dan dengan itu BN akan kalah jika Dato Sri Najib memimpin UMNO hingga PRU 14. Apabila UMNO kalah, orang Melayu akan kutuk kepimpinan yang menjadikan parti keramat ini begitu lemah sehingga ditolak oleh bangsa Melayu sendiri. Sekali UMNO kalah, ia tidak akan dapat dipulih semula.

21. Ramai juga ahli dan pemimpin UMNO yang setia secara buta tuli kepada pemimpin. Saya juga setia tetapi kesetiaan saya ialah kepada parti dan orang Melayu yang diwakili olehnya. Bukanlah mudah bagi saya menulis blog ini. Tetapi demi bangsa dan Negara saya terpaksa dedah semua ini.

22. Saya belum nyanyok walaupun umur hampir 90 tahun. Sesiapa yang berkata saya nyanyok sebenarnya menipu diri.

23. Melayu hanya akan selamat jika bersikap bangsa lebih utama daripada diri sendiri.

che det

Perkongsian ilmu amat digalakkan, semoga bermanafaat buat semua pembaca, untuk teruskan membaca, silalah berkunjung ke teratak hamba. arizwanmerahs. damai tanpa perang.
arizWanmerahshttp://www.blogger.com/profile/02407384074787546856noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7194938013465430694.post-89586165308914673632014-07-26T05:00:00.000+08:002014-07-26T05:00:03.832+08:00Surah Al-Kahfi - Pelindung dari Dajjal..

Assalamu Alaikum saudara2ku sekalian.

Semoga korang semua sentiasa berada dalam Rahmat Allah SWT. Bertemu kita lagi dalam blog yang biasa2 saja ni. Dikesempatan ini, saya nak bawa korang semua memperhatikan satu surah di dalam Al-Quran yang mulia, Al-Kahfi, yakni antara surah2 yang sangat baik untuk kita beramal dengannya dalam kehidupan seharian kita yang mengaku tunduk patuh kepada-Nya, Pemelihara makhluk sekalian alam..

Surah Al-Kahfi ini merupakan sebuah surah yang diturunkan di Mekah dan mempunyai 110 ayat. Di dalamnya terdapat mesej-mesej aqidah yang didatangkan sebahagiannya dalam bentuk cerita. Antara cerita atau penjelasan kisah yang dibawa di dalam surah ini ialah tentang kisah beberapa pemuda Ashabul Kahfi yang mempertahankan aqidah mereka tatkala diburu oleh pemerintah yang zalim, kisah si kafir yang memiliki dua kebun dan sahabatnya seorang yang beriman kepada Allah, kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir, dan kisah Zulqarnain membantu kaum yang berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh Yakjuj dan Makjuj. .Surah ini juga mengajar ummat Islam agar apabila berjanji, hendaklah mengatakan 'InsyaAllah'. Ia suatu kalimah sangat penting...

Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah saw bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi. Antara kelebihannya adalah:

1. Abu Sa`id al-Khudri ra. beliau berkata bahawa Rasulullah saw bersabda:
“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah terangi ia dengan cahaya di antara dua Jumaat.”
(HR al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani)

2. Daripada Ali ra. yang meriwayatkan daripada Rasulullah saw, Baginda bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar Dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya.”
(Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)

3. Daripada Abu al-Darda’ ra. bahawa Nabi saw telah bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada dajjal.”

Demikianlah beberapa diantara kelebihannya. Semoga Allah SWT memberikan kita semua dengan kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat. Dan semoga dijauhkan dari azab api neraka, amin…Wallahu a'lam.

Untuk bacaan selanjutnya sila ke surah al-kahfi

Perkongsian ilmu amat digalakkan, semoga bermanafaat buat semua pembaca, untuk teruskan membaca, silalah berkunjung ke teratak hamba. arizwanmerahs. damai tanpa perang.
arizWanmerahshttp://www.blogger.com/profile/02407384074787546856noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7194938013465430694.post-51201670343711643962014-07-18T02:11:00.002+08:002014-07-18T02:11:38.061+08:00Wirawati Melayu pemimpin tentera wanita Seri WijayamalaAssalamu Alaikum;

Tersebutlah sebuah kesah yang menjadi lagenda Bangsa Melayu. Kisah kepahlawanan Puteri Melayu yang berani dan tegas. Beliau ialah yang digelar Cik Siti Wan Kembang I, pengasas dan pemerintah kerajaan Serendah Sekebun Bunga (Kisaran Payung) pada tahun 1335-1345. Nama beliau adalah Adruja Wijayamala Singa. Inilah puteri kesayangan baginda Raja Sang Tawal, pemerintah ke 3 dan terakhir kerajaan Grahi (Jawaka) pada tahun 1267-1325. Datuknya pula adalah Raja Sakranta yang memerintah Negeri Grahi pada tahun 1253-1267. Leluhur Adruja ini sampai kepada Maharaja Srivijaya-Malayu (Palembang-Jambi) yakni yang di kenali sebagai Demang Lebar Daun atau nama rasminya Srimat Trailokyaraja Maulibhusana Warmadewa.

Adapun telah dikatakan orang bahawa puteri perkasa inilah yang telah memenggal leher raja negeri Siam Sukhothai yang terkenal kejam dan zalim, Raja Rama Khamhaeng (1247-1317). Inilah kemenangan bangsa melayu yang mengejutkan bangsa siam sukhothai pada masa itu. Bukan itu saja, malah telah memberi malu orang siam sukhothai itu sehingga mereka menaruh dendam yang tak berkesudahan terhadap orang melayu.

Beginilah ianya bermula, Raja Rama Khamhaeng itu dikatakan mahu meluaskan tanah jajahannya ke arah selatan (Semenanjung Tanah Melayu) tetapi telah dihalang oleh nenda Adruja, Raja Sakranta. Setelah Raja Sakranta mangkat, takhta kerajaan Grahi telah diserahkan kepada ayahanda Adruja, Raja Sang Tawal. Sebagai Maharaja Grahi yang baharu, Raja Sang Tawal telah mengarahkan supaya dibina sebuah kota yang teguh demi menghalang tentera Siam Sukhothai dari menceroboh masuk ke Semenanjung Tanah Melayu. Setelah siap, kota tersebut diberi nama Kota Grahi.

Sejak dari usia kanak-kanak lagi, Adruja dikatakan pandai menunggang kuda dan bermain senjata seperti kelewang. Meskipun perilaku baginda menyerupai lelaki, namun Adruja dikatakan amat menyukai wangian kayu cendana yang telah dicampurkan ke dalam minyak wangi yang diperbuat daripada bunga melur. Ia adalah satu kesukaan khas yang menunjukkan bahawa Adruja masih ada sifat kewanitaan.

Setelah umurnya mencecah belasan tahun, Adruja sentiasa menjadi pembantu ayahandanya di medan perang. Puteri tersebut biasanya dibenarkan membawa bendera kerajaan Grahi ketika Raja Sang Tawal pergi berperang dengan tentera Siam Sukhothai. Pengalaman berada di medan perang telah membantu Adruja membiasakan diri dengan melihat keganasan perang dalam segala aspek.

Setelah perang berakhir, Adruja akan membantu membalutkan luka dan memberi minuman kepada mana-mana tentera ayahandanya yang cedera. Melihatkan keadaan tentera Grahi yang kurang semangat juang serta rakyatnya yang sentiasa berundur, maka tergeraklah di hati puteri tersebut untuk membentuk satu pasukan khas yang terdiri dari kaum wanita.

Selain untuk membantu kaum lelaki di medan perang, tujuan pasukan khas wanita tersebut ditubuhkan adalah untuk membela nasib kaum wanita Melayu di Grahi yang sering diperkosa oleh tentera Siam Sukhothai tatkala mereka menyerang kampung-kampung yang jauh dari Kota Grahi. Selain itu, Adruja juga mahu membuktikan bahawa kaum wanita juga setanding dengan kaum lelaki walaupun di medan perang.

Cadangan Adruja untuk membentuk satu pasukan khas wanita telah diusulkan kepada ayahandanya, Raja Sang Tawal. Pada mulanya, Raja Sang Tawal enggan memperkenankan cadangan puterinya itu kerana tugas kaum wanita pada zaman tersebut hanya terhad kepada kerja memasak dan membantu merawat kecederaan tentera di medan perang sahaja.

Namun begitu, Raja Sang Tawal berubah fikiran dengan serta-merta setelah mengenangkan tindakan puteri kesayangannya itu yang pernah beberapa kali mempertahankan bendera kerajaan Grahi ketika di medan perang. Raja Sang Tawal akur lalu memperkenankan cadangan Adruja itu. Pada masa yang sama, baginda cuba untuk menyelamatkan Adruja dengan mengahwinkan puteri tersebut. Walau bagaimanapun, Adruja terus menolak rancangan ayahandanya itu.

Setelah cadangan tersebut diperkenankan oleh Raja Sang Tawal, maka Adruja pun berusaha untuk membentuk sebuah pasukan khas yang dianggotai kaum wanita. Adruja telah berusaha mendapatkan segala bekalan senjata untuk pasukan khasnya. Baginda telah menempah senjata ringan dengan mengarahkan agar dibentuk busur panah yang kecil tetapi lebih cekap. Selain itu, puteri tersebut juga telah membeli puluhan ekor kuda, kain serta keperluan wanita dari para saudagar Arab dan Turki di pelabuhan yang berhampiran dengan Kota Grahi. Dari mereka jugalah, Adruja mempelajari bahasa Arab dan Turki. Selain itu, Adruja juga telah membeli seekor kuda putih untuk dirinya sendiri. Kuda tersebut diberi nama Halilintar dan ianya sentiasa mendahului sesiapa sahaja, termasuklah pelatih Adruja yang berbangsa Turki bernama Inologlu.

Pada suatu hari, Adruja Wijayamala Singa masuk menghadap Raja Sang Tawal yang sedang sibuk bermesyuarat dengan para panglima perang. Ketika itu, mereka sedang melihat selembar peta. Setelah salam diberi, Adruja terus membuka daun-daun tingkap istana lalu mengajak Raja Sang Tawal dan para panglima perang supaya melihat ke luar tingkap. Puteri itu seraya berkata:

“Itulah pasukan khas patik. Hanya 41 orang. Kebanyakannya janda dan

hamba abdi serta budak suruhan, untuk berperang bersama ayahanda kelak”.

Setelah melihat pasukan khas tersebut, para panglima bertanya kepada Adruja tentang kemampuan mereka - sama ada mereka mampu memikul tombak serta memanah atau pun tidak. Malah, ada juga di antara mereka yang memperlekehkan kemampuan pasukan khas tersebut dengan tersengih-sengih dan ketawa kecil.

Tindakan para panglima tersebut telah membuatkan dada Adruja membara, lalu ditariknya salah seorang dari kumpulan panglima tersebut dan membawanya ke ruang tingkap. Adruja segera memberi arahan kepada Puspa, salah seorang pengikutnya yang berdiri puluhan ela di bawah istana supaya terus memanah panglima tersebut.

Anak panah yang dilepaskan Puspa berdesing membelah udara lalu melekat pada daun tingkap - hanya sejengkal dari muka panglima tersebut. Adruja lantas berkata kepada para panglima yang memperlekehkan pasukan khasnya:

“Jika itu belum memuaskan kalian, silalah tunggu di tingkap itu untuk perintahku yang kedua”.

Tindakan berani Adruja dan pengikutnya, Puspa telah menyebabkan semua orang terdiam. Adruja terus menyembah Raja Sang Tawal lalu turun dari istana. Menurut catatan sejarah, peristiwa tersebut berlaku pada tahun 1317 Masihi.

Pada suatu hari, angkatan tentera Siam Sukhothai telah mula bergerak ke arah selatan untuk menyerang kerajaan Grahi dan ibu kotanya, Kota Grahi. Pada asalnya, penduduk Kota Grahi sememangnya sudah lama bersedia untuk menghadapi serangan dari tentera Siam Sukhothai. Walau bagaimanapun, penantian yang terlalu lama telah menyebabkan mereka menjadi leka.

Namun begitu, Adruja dan pasukan khas Seri Wijayamala sentiasa bersiap sedia. Sifat waspada mereka telah berhasil apabila pada suatu malam, salah seorang pengawalnya telah ternampak panah berapi menembusi angkasa. Pengawal tersebut lantas memaklumkan kepada Adruja mengenai sebuah kampung di sebelah utara yang mula diserang oleh tentera Siam Sukhothai.

Dengan serta-merta, Adruja dan semua anggota pasukan khas Seri Wijayamala berlengkap lalu menunggang kuda mereka dan menyerbu keluar mengikut rakan-rakan yang membawa obor. Setelah tiba, Adruja mendapati tentera Siam Sukhothai sedang mengganas. Mereka membakar kampung, membunuh segala lelaki dan mengheret wanita keluar dari kampung itu.

Seorang panglima Siam Sukhothai telah merebahkan seorang perempuan muda ke tanah untuk mencabulnya. Melihat keadaan tersebut, Adruja segera menebas leher panglima tersebut dengan kelewang panjang miliknya yang dinamakan Kilatan. Kemudian, baginda seraya memberi arahan kepada pasukan Seri Wijayamala:

“Bunuh kesemuanya! Jangan biarkan sesiapapun terlepas! Cincang yang masih bernafas!”

Arahan tersebut segera dipatuhi. Ada di kalangan para pengikut Adruja yang mengalami muntah-muntah serta pengsan setelah melihat darah, kepala musuh terpelanting dan terdengar jeritan tatkala musuh disembelih.

Pada malam itu, Adruja berjaya menyelamatkan ramai wanita Melayu. Tiada seorang pun tentera Siam Sukhothai yang berjaya pulang ke markas mereka. Adruja dan para pengikutnya pula hanya mengalami luka-luka kecil. Mereka berjaya membuktikan kecekapan mereka di medan perang.

Semua pihak di negeri Siam Sukhothai telah mula berasa gentar setelah angkatan perang mereka tidak pulang ke markas. Namun begitu, tidak sedikit pun terguris di hati Raja Rama Khamhaeng walaupun telah kehilangan ratusan tenteranya.

Sebaliknya, raja zalim itu telah mengambil keputusan untuk menyerang Grahi dan Kota Grahi sekali lagi. Pada kali ini, baginda sendiri yang akan mengetuai bala tenteranya.

Sementara di Kota Grahi pula, Raja Sang Tawal telah mendapat maklumat mengenai bala tentera Siam Sukhothai yang sudah menghampiri sempadan Grahi. Baginda segera mengarahkan semua menteri dan panglima perang (kecuali Adruja Wijayamala Singa) datang berunding.

Selesai mesyuarat, Raja Sang Tawal telah menitahkan supaya Adruja tinggal di dalam Kota Grahi sementara baginda dan para tentera Grahi keluar menentang musuh. Arahan ayahandanya itu telah membuatkan Adruja berasa begitu geram kerana tidak dibenarkan untuk turut serta berperang.

Selepas Raja Sang Tawal dan para tenteranya keluar dari Kota Grahi untuk menentang tentera Siam Sukhothai, seorang perempuan penduduk kota yang mengenali Adruja datang bertanya:

“Wahai Dewi Durga, kenapa tidak turut serta?”

“Raja fikir aku perempuan biasa. Layak menunggu di dalam kota sahaja”.

Kata Adruja kepada perempuan tersebut. Lantas perempuan tersebut berkata:

“Tapi… kami dengar cerita dari orang Tuan Puteri sendiri,

banyak kampung di utara Grahi telah Tuan Puteri selamatkan”.

Setelah mendengar kata-kata perempuan tersebut, maka tersenyumlah sang puteri seorang diri. Adruja mula menyedari bahawa perihal itu tidak pernah dilaporkan kepada Raja Sang Tawal dan sememangnya ingin dirahsiakan.

Sepanjang pagi tersebut, Adruja berasa gelisah. Tatkala tengah hari pula, nalurinya mengatakan ada sesuatu yang tidak kena. Lalu diarahnya Puspa supaya pergi selidik di luar Kota Grahi.

Alangkah terkejutnya Puspa apabila melihat tentera Siam Sukhothai telah berjaya mencerobohi kota. Mereka membunuh dan bertindak ganas terhadap orang-orang tua, kanak-kanak dan wanita di dalam Kota Grahi.

Ternyata Rama Khamhaeng seorang yang licik. Raja tersebut telah membahagikan angkatan tenteranya kepada dua ketumbukan - satu untuk berperang dengan angkatan tentera Raja Sang Tawal di medan perang manakala yang satu lagi pula untuk menyerang Kota Grahi secara senyap dan mengejut.

Puspa segera memaklumkan kepada puterinya. Adruja lantas mengarahkan semua anggota Seri Wijayamala bertindak. Kehadiran mereka telah mengejutkan pihak musuh.

Pencerobohan itu akhirnya berjaya dihindari dan Kota Grahi terselamat. Namun begitu, itulah pertama kali hati Adruja berasa amat hiba dan remuk-redam kerana perbuatan pihak musuh yang amat zalim terhadap orang-orang yang lemah.

Pasukan Seri Wijayamala menangis teresak-esak, sambil mendakap para wanita dan kanak-kanak yang meraung. Air mata Adruja jatuh berlinangan.

Benarlah jangkaan Adruja. Di medan perang, segala pasukan bergajah Siam Sukhothai sedang meredah dan merempuh apa sahaja di hadapan mereka. Orang dan kuda habis dibelit dengan belalai, dipijak dengan kaki atau dirodok oleh gading gajah.

Lima anggota Seri Wijayamala telah bersiap-sedia dengan tombak bercangkuk. Mereka turut dibantu oleh pasukan berpanah dan pasukan yang memakai kusa - sejenis alat yang ditakuti gajah.

Sementara itu, Puspa pula diarahkan untuk memegang bendera khas Adruja Wijayamala Singa, iaitu corak helang merah berlatarkan kuning. Tiba-tiba, mata Puspa terpandang ke arah pasukan bergajah Siam Sukhothai yang juga mengibarkan bendera pihak musuh.

“Tuan Puteri! Itu dia, Rama Khamhaeng!”

Adruja terus memecut kuda putihnya ke arah gajah hitam khas milik Rama Khamhaeng tanpa menghiraukan segala hiruk-pikuk di sekitarnya. Api kemarahan dari lubuk hati Adruja telah mengalir ke tangannya yang menggenggam erat Kilatan yang berkilauan disambar matahari petang.

Adruja mengarahkan pasukan berpanahnya supaya memanah semua askar di sekeliling Rama Khamhaeng. Setelah kesemuanya mati terbunuh, baginda lantas mengarahkan pengikutnya supaya membaling tombak ke arah Rama Khamhaeng. Beberapa tombak telah terkena pada tubuh raja tersebut lalu meragut nyawanya. Jasadnya terkeluar dari rengga gajah lalu jatuh rebah ke bumi.

Adruja dengan pantas terus merodok pusat Rama Khamhaeng dengan Kilatan, lalu ditusuknya ke atas hingga ke tenggorok. Pecahlah jantung dan terburailah segala tali perut dengan semburan darah membuak-buak. Kelewang dicabut, lalu leher raja tersebut ditebas hingga terpisahlah kepalanya dari tubuh. Kemudian, Puspa mengambil kepala Rama Khamhaeng dan menancapnya pada hujung tombak lalu diberikan kepada Adruja.

“Heret bedebah ini ke laut! Cincang sesiapa yang cuba menghalang!”

Jerit Adruja kepada pasukan Seri Wijayamala. Dua orang wirawati segera mengangkat kedua-dua belah kaki Raja Siam Sukhothai itu lalu mengheretnya dengan kuda menuju ke pantai.

Perbuatan tersebut telah menyebabkan tentera Siam Sukhothai bersikap seperti orang gila. Mereka cuba untuk mendapatkan kembali kepala Rama Khamhaeng. Adruja dengan segera mencantas dan menebas mereka. Para tentera Siam Sukhothai yang cuba mendapatkan badannya pula terus dipanah oleh pasukan berpanah Seri Wijayamala.

“Seroja, bawa balik kepala ini. Biar beta selesaikan saki-baki anjing-anjing ini.”

Para tentera Siam Sukhothai mula hilang semangat setelah menyaksikan kematian raja mereka. Tiada apa yang boleh mereka lakukan selain berlutut meratap menyembah bumi. Itulah hari bencana besar bagi bangsa Siam (Thai) dari negara Sukhothai kerana tidak menjangka yang mereka akan mati dibunuh oleh seorang puteri raja dengan pasukan khas wanitanya yang bengis.

Adruja mengarahkan semua wirawati supaya mencantas belalai gajah-gajah milik tentera Siam Sukhothai. Pada mulanya, mereka tidak sampai hati hendak membunuh haiwan-haiwan tersebut. Setelah melihat Adruja sendiri mencantas belalai gajah hitam milik Rama Khamhaeng, akhirnya mereka turut berbuat demikian.

Habis semua gajah jatuh merempuh pihak musuh. Barisan hadapan tentera Siam Sukhothai yang berlutut meratapi kehilangan raja mereka turut diranap oleh gajah mereka sendiri. Saki-baki tentera Siam Sukhothai yang lainnya habis dibunuh oleh Adruja dan pasukan khas Seri Wijayamala.

Sementara itu, badan Raja Rama Khamhaeng yang sedang diheret ke pantai pula terus ditombak dan dicincang sepanjang jalan sehingga hanya tinggal rangka dan cebisan daging sahaja. Setelah tiba di tepi pantai, badannya dicampak lalu dihanyutkan ke Laut China Selatan.

Perbuatan tersebut dilakukan di hadapan tentera Siam Sukhothai yang mengiringi mayat raja mereka. Akibat terlalu takut, maka larilah saki-baki tentera musuh untuk menyelamatkan nyawa mereka.

Setelah berakhirnya perang, pasukan khas Seri Wijayamala membantu rakan-rakan mereka yang tercedera dan membawa mereka pulang ke Grahi. Adruja adalah orang terakhir yang meninggalkan medan perang, ketika merah senja mewarnai langit di sebelah barat. Menurut catatan sejarah, peristiwa Adruja memenggal kepala Raja Rama Khamhaeng ini berlaku pada tahun 1317 Masihi.

Beberapa bulan kemudian, datanglah rombongan dari negara Siam Sukhothai untuk menebus kembali kepala raja mereka. Rombongan tersebut terdiri daripada puluhan sami berjubah kuning pinang masak, berkepala botak, berkaki ayam sambil membawa 10 pedati berisi emas dan perak. Mereka memohon kepada Raja Sang Tawal untuk bertemu dengan Adruja.

Setelah Raja Sang Tawal tiba di halaman istana bersama Adruja, semua sami berkenaan berlutut lalu menyembah kedua-dua raja dan puteri tersebut. Ketua sami terus menyampaikan hasrat mereka. Setelah kepala Raja Rama Khamhaeng diberikan, mereka terus pulang ke negara Siam Sukhothai sambil meratap.

Ketika saat kemangkatan Raja Rama Khamhaeng, puteranya yang bernama Loethai sedang berada di tanah besar China untuk menghadap Maharaja China. Alangkah terkejutnya Loethai setelah mengetahui ayahandanya mangkat dibunuh oleh seorang puteri Melayu. Setelah pulang ke tanah air, Loethai telah ditabalkan sebagai pemerintah yang baharu dengan gelaran Raja Loethai.

Meskipun mengalami kekalahan teruk, namun pihak Siam Sukhothai tidak pernah belajar dari kesilapan. Sebaliknya, Raja Loethai dan bangsa Siam (Thai) telah bersumpah akan menghapuskan seluruh bangsa Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Mereka nekad mahu menjajah Grahi serta bumi Semenanjung demi menuntut bela di atas kematian Raja Rama Khamhaeng.

Setiap kali pasukan tentera dari kedua-dua belah pihak bertembung di medan perang, tentera Siam Sukhothai sentiasa mencabar pahlawan Melayu untuk beradu ketangkasan satu lawan satu di hadapan kedua-dua angkatan perang.

Adruja adalah individu yang sering dicabar keluar kerana pihak musuh sememangnya berniat mahu membunuh puteri tersebut demi menuntut bela di atas kematian bekas raja kesayangan mereka. Setelah pertarungan hebat satu lawan satu berakhir, hanya Adruja seorang sahaja yang tinggal dengan Kilatan berlumuran darah.

Setelah sekian lama bertahan dari serangan tentera Siam Sukhothai, akhirnya kerajaan Grahi dan Kota Grahi jatuh juga pada tahun 1325. Kekalahan tersebut menandakan bermulanya zaman pencerobohan bangsa Siam (Thai) di bumi Semenanjung Tanah Melayu.

Kejatuhan kerajaan Grahi dan ibu kotanya, Kota Grahi telah memaksa Raja Sang Tawal berundur ke arah selatan. Pengunduran secara besar-besaran itu turut disertai oleh seluruh kerabat diraja Grahi, para menteri, panglima perang, rakyat jelata dan juga pasukan khas Seri Wijayamala.

Dari Kota Grahi, Raja Sang Tawal dan rombongan pelariannya telah berundur ke Merdalong. Setelah tiba di Merdalong, mereka menuju pula ke Sanjura. Ketika di Sanjura inilah, Raja Sang Tawal telah mengarahkan supaya dibina sebuah kota di Langkasuka untuk dijadikan sebagai pusat pemerintahan yang baharu.

Setelah siap, kota tersebut diberi nama Kota Mahligai. Raja Sang Tawal dan seluruh ahli keluarganya telah berpindah ke Langkasuka lalu bersemayam di Kota Mahligai. Baginda telah ditabalkan sebagai Raja Langkasuka dan memerintah negeri tersebut selama 10 tahun.

Sebelum Raja Sang Tawal mangkat pada tahun 1335, baginda telah menyerahkan takhta kerajaan Langkasuka kepada salah seorang puteranya iaitu Raja Bharubhasa. Di bawah pemerintahan Raja Bharubhasa inilah, Langkasuka telah bertukar menjadi sebuah kerajaan Islam dan semakin ramai penduduknya yang memeluk Islam.

Pada masa yang sama, Raja Sang Tawal juga telah menganugerahkan sebuah negeri kepada Adruja sebagai mengenang jasa puteri kesayangannya itu yang telah berperang demi tanah air serta mencantas kepala Raja Rama Khamhaeng. Negeri tersebut diberi nama Serendah Sekebun Bunga atau nama lainnya, Kisaran Payung.

Setelah kemangkatan Raja Sang Tawal pada tahun 1335, Adruja Wijayamala Singa telah ditabalkan sebagai pemerintah pertama di negeri Serendah Sekebun Bunga atau Kisaran Payung. Pusat pemerintahan negeri tersebut terletak di Kuala Krai (kini Jajahan Kuala Krai di Kelantan). Pasukan khas Seri Wijayamala turut tinggal bersama Adruja.

Dalam tempoh yang singkat, Serendah Sekebun Bunga (Kisaran Payung) telah berubah menjadi sebuah negeri yang sungguh indah di bawah pemerintahan Adruja. Baginda juga diberi gelaran 'Cik Siti Wan Kembang' oleh rakyat tempatan.

Lama-kelamaan, gelaran tersebut telah menjadi satu gelaran rasmi bagi semua raja perempuan yang memerintah negeri tersebut. Menurut sumber pensejarahan di negeri Kelantan, Adruja Wijayamala Singa ialah Cik Siti Wan Kembang yang pertama.

Selepas 10 tahun memerintah, Adruja Wijayamala Singa mangkat pada tahun 1345. Meskipun makam raja perempuan tersebut tidak pernah ditemui hingga ke hari ini, namun baginda dipercayai telah dimakamkan di sekitar Jajahan Kuala Krai di Kelantan.

Adruja merupakan seorang ratu dara (the virgin queen) kerana baginda tidak pernah berkahwin seumur hidupnya. Ini sekaligus bermakna baginda tidak mempunyai waris keturunan. Oleh sebab itulah, Raja Bharubhasa iaitu saudara kandung Adruja yang juga merupakan Raja Langkasuka telah bertindak mengambil alih negeri tersebut.

Sebagai pemerintah yang baharu, Raja Bharubhasa mula menggunakan gelaran Sultan Mahmud Syah. Kemudian, baginda telah menyerahkan takhta kerajaan Langkasuka kepada saudara kandungnya yang bernama Raja Singhadiraja atau Raja Sulaiman.

Kesultanan Serendah Sekebun Bunga atau Kesultanan Kisaran Payung terus diperintah oleh keturunan Raja Bharubhasa (Sultan Mahmud Syah) selama beberapa generasi.

Demikianlah kisah seorang wirawati melayu yang pernah menggegarkan bangsa siam sukhothai suatu masa dahulu. Wahai bangsaku, ingatilah kisah wirawati ini, janganlah dilupakan. Kita ini bangsa yang penuh dengan perjuangan. Berjuanglah demi agama, bangsa dan juga tanah air kita yang tercinta ini.

Wallahu A'lam.

Sumber rujukan;

Sejarah Bangsa Melayu yang hilang

101 Puteri Dunia Melayu - Sejarah dan Legenda.
Pensejarahan Patani.
Ahlul-Bait (Keluarga) Rasulullah S.A.W & Kesultanan Melayu.
Hikayat Seri Kelantan.
Tun Seri Lanang : Sejarah dan Warisan Tokoh Melayu Tradisional.
Perkahwinan dan Kekeluargaan Raja-raja Melayu dalam Sejarah Melayu.
Kesultanan Melayu Kedah.
Laman web Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP
Institusi Bendahara; Permata Melayu Yang Hilang ; Dinasti Bendahara Johor-Pahang.
‘Jiwa kental Sheikh Mahmud’ - Laman web Berita Harian Online (20/08/2011).
Perkongsian ilmu amat digalakkan, semoga bermanafaat buat semua pembaca, untuk teruskan membaca, silalah berkunjung ke teratak hamba. arizwanmerahs. damai tanpa perang.
arizWanmerahshttp://www.blogger.com/profile/02407384074787546856noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7194938013465430694.post-6982317969890597282014-07-11T21:49:00.000+08:002014-07-11T21:49:00.773+08:00Bangsa yang hilang..Dengan Nama Allah SWT,

Assalamu Alaikum;

Apa khabar saudara2ku? Aku berharap agar semuanya berada dalam keadaan yang sihat dan mengembirakan. Sekian lama aku tidak menulis di blog ini, sunyi dan sepi namun masih ada yang sudi mampir untuk membaca di sini, terimakasih. Aku berharap segala maklumat yang korang peroleh dari blog ini memberikan banyak manafaat, segala yang baik itu datangnya dari khazanah Allah SWT, aku cuma perantaraan Nya sahaja.

Oh! ya, tak lupa juga aku ucapkan selamat berpuasa. Di bulan yang mulia ini memang seharusnyalah kita semua memperhebatkan amal dan takwa kita kepada Allah SWT.. Moga2 kita mendapat Rahmat dariNya, insyaAllah.

Pada kesempatan kali ini aku ingin bercerita sedikit berkenaan suatu bangsa yang hilang. Bangsa apakah itu?

Adakah Bangsa Melayu merupakan salah satu bangsa yang dicari-cari oleh Yahudi selama ini kerana menurut kitab Yahudi di akhir zaman nanti bangsa Yahudi akan disembelih oleh saudara mereka yang lain iaitu Bangsa Jawi!

Tanah Jawi – ialah gelaran kepada Tanah Melayu

Orang Jawi – ialah gelaran orang Arab kepada orang Melayu

Tulisan Jawi – ialah tulisan yang digunakan oleh orang Melayu

Masuk Jawi – berkhatan iaitu salah satu amalan yang diajar Nabi Ibrahim dan menjadi amalan orang jawi zaman berzaman.

Terdapat satu kajian bahawa...

Bangsa Melayu adalah berasal dari keturunan Nabi Ibrahim dari isteri ketiga yang bernama Siti Qaturah@Keturah@Kuntura (jika nahu Malaysia akan jadi "Kuntuman", ia merujuk kepada penjodoh bilangan jamak/banyak kepada makhluk Allah bernama 'Bunga"-simbol kewanitaan)...

Siapakah Melayu? Dari manakah asal usulnya bangsa Melayu itu? Ketika ramai pengkaji memperdebatkan kaum-kaum yang hilang seperti The Lost Tribe of International communities against Israel, Atlantis, Lemuria, Sodom and Gomorrah malah masih mencari-cari siapakah Gog and Magog ,rahsia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam Kotak Tabut rahsia sejak beribu-ribu tahun.Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini. Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia,'di penghujung dunia'. Bangsa yang hilang masih tidur dan ditidurkan 'Di hujung dunia', setelah penat mengembara, bangsa misteri berehat dan berehat...tidur dengan lenanya...senyap sunyi tanpa siapa mengganggu walaupun Hitler telah pergi ke Tibet menjejak bangsa misteri ini, tetapi dia juga kehilangan jejak mereka...dimanakah bangsa misteri ini meneruskan perjalanan mereka? Masih adakah masa lagi untuk menjejaki mereka? Di hujung Dunia' bangsa ini masih nyenyak bertapa.

-SERUAN UNTUK BANI JAWI

Wahai Bani Jawi,wahai keturunan kaum yang hilang. Ketahuilah bahawa kehadiran kita di bumi Jawi ini adalah ketentuan Ilahi yang diwahyukan kepada Nabi Ibrahim a.s.Sebelum meninggal dunia Nabi Ibrahim a.s. telah mewasiyatkan kepada anak-anaknya untuk mencari satu tanah semenanjung di hujung dunia. Kerana di sana nanti akan zahir dari keturunan ini satu Raja akhir zaman bernama Al-Mahadi. Diceritakan juga Imam Mahadi akan pulang semula ke tanah asal bersama kaumnya dan akan memusnahkan bangsa Yahudi sesat. Wasiyat ini dilaksanakan oleh anak-anak Nabi Ibrahim dan kisah ini dicatit dalam kitab-kitab Yahudi.

Sejarah berlalu zaman berzaman. Kisah ini juga diceritakan oleh Rasulullah saw kepada para sahabat. 60 para sahabat mengembara ke Timur mencari Bani Jawi. Akhirnya Bani Jawi menerima Islam tanpa peperangan.Bani Jawi terkenal dengan akhlak dan kelemahlembutan mereka kerana mereka berdarah bangsawan dan kesatria perang yang dihormati.

Manakala kaum Yahudi sejak sekian lama, mencari merata-rata lokasi kaum yang hilang ini. Bani Jawi mesti dicari dan dihapuskan.Imam Mahadi adalah sasaran utama yang mesti dimusnahkan. Mereka meracuni keturunan Rasulullah saw supaya tiada zuriat akan diperturunkan pada generasi suci dan dengan itu Mahadi tidak dilahirkan. Ketentuan Ilahi tiada siapa boleh menghalang. Mahadi tetap dizahirkan oleh Allah swt. Yahudi laknatullah tahu Mahadi telah ujud dan zahir di tanah jawi ini tetapi di negeri mana, di daerah mana, di kampong mana dan di rumah mana?

Untuk mencari Mahadi,Yahudi telah membuat pengkalan di Singapura.Telah berapa puluh tahun Yahudi bertapak di Singapura.Dari situ berbagai rancangan dan teknik pencarian dijalankan.Rancangan jangka panjang telah dan sedang dilaksanakan.Manakala di Israel,Yahudi telah mula membina Kuil Suci untuk meyambut kedatangan Dajjal.Yahudi telah menanam pokok Ghardaqah untuk bersembunyi andai bala tentera Imam Mahadi menyerang. Yahudi diberitakan juga telah menempah pedang-pedang titanium dari United Kingdom untuk peperangan menentang tentera Mahadi.

Masa sudah amat singkat pada perkiraan Yahudi.Di mana Mahadi? Mahadi mesti di jejaki walaupun ke lobang cacing.Terhapusnya Mahadi maka akan selamatlah seluruh bangsa Yahudi di Israel.Jika tidak penyembelihan Yahudi tidak dapat dielak lagi.

Sejarah adalah cerminan masa lalu sabuah bangsa yg menjadi spirit dlm membangun kegemilangan masa kini&juga masa depan.Bangsa yg tidak memiliki masa lalu akan sulit utk menentukan masa depannya@terpaksa mengkait-kaitkan dgn sejarah masa lalu bangsa lain.Sebuah bangsa yg tidak mengetahui sejarah masa lalunya sama dengan seseorang yg tidak mengetahui asal usul nenek moyangnya.

Para kolonialis&orientalis barat seperti Snouck,raffles,Arnord&Van Leur.dgn segala ambisinya sebagai penjajah telah merancang berbagai strategi utk tetap menjadikan bangsa jajahannya sebagai masyarakat yg bodoh,tertinggal,terkebelakang&tidak memiliki harkat&martabat.salah 1 cara efektif yg dilakukannya adalah dgn memanipulasikan sejarah bangsa yg dijajahnya,memisahkannya dari pengetahuan generasi muda supaya hilang jati diri!

TAK MELAYU HILANG DIDUNIA, begitulah kata Laksamana Hang Tuah, pahlawan melayu Melaka yang terbilang itu.

Jadi, apa kata korang pula? Mahu percaya? Atau tidak? Itu terpulanglah, aku hany menyampaikan cerita ini, hanya dengan maksud agar kita semua bangkit bersemangat melawan segala tingkah mereka yang cuba hendak menjatuhkan kita..

Wassalam.

Perkongsian ilmu amat digalakkan, semoga bermanafaat buat semua pembaca, untuk teruskan membaca, silalah berkunjung ke teratak hamba. arizwanmerahs. damai tanpa perang.
arizWanmerahshttp://www.blogger.com/profile/02407384074787546856noreply@blogger.com0Menglembu, Perak, Malaysia4.61175 101.113506000000034.3585139999999996 100.79078250000003 4.864986 101.43622950000002tag:blogger.com,1999:blog-7194938013465430694.post-79222658984266251142013-11-25T14:43:00.000+08:002013-11-25T14:43:10.495+08:00Tunaikan Hak Saudaramu..

Telah berkata Abdullah bin Amru ra,

Seseorang telah bertanya kepada Rasulullah saw, Apakah sifat yang paling baik dalam Islam? Rasulullah saw bersabda, Memberikan makanan serta memberi salam samada kepada orang yang engkau kenali atau pun tidak.

Hadis Riwayat Muslim

ulasan :

Hadis di atas menganjurkan kita agar berlaku baik terhadap orang lain dan juga mengajak kita bersama2 membantu mereka yang kurang bernasib baik seperti Firman Allah swt, 'tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan yang baik dan bertaqwa'.

Dari Uqbah bin Amir ra. katanya,

Wahai Rasulullah! Engkau mengutuskan kami, lalu kami pergi kepada suatu kaum, tetapi mereka tidak melayani kami, apa pendapat mu? Rasulullah saw. menjawab dengan bersabda kepada kami, Sekiranya kamu pergi kepada suatu kaum, lalu mereka melayan kamu sebagaimana yang sepatutnya dilakukan terhadap tetamu, maka terimalah. Sekiranya mereka tidak melakukannya, maka kamu berhak menuntut daripada mereka hak tetamu yang diwajibkan ke atas mereka.

Hadis Riwayat Muslim.

ulasan :

Kita wajib melayani tetamu selama 3 hari, selebihnya menjadi amalan sedekah. Ini adalah antara adab dan kemuliaan dalam agama Islam. Islam telah mengajarkan umatnya agar berkasih sayang sesama manusia dan kita umat Islam ini antara satu sama lain adalah bersaudara. Kiranya saudara kita dalam kesusahan maka menjadi tanggung jawab kitalah untuk membantunya. Umpama mencubit peha kiri, peha kanan menanggung sakit juga.

Firman Allah dalam ayat 10 surah Al-Hujurat, 'Sesungguhnya orang2 mukmin itu sebagai satu saudara'
Perkongsian ilmu amat digalakkan, semoga bermanafaat buat semua pembaca, untuk teruskan membaca, silalah berkunjung ke teratak hamba. arizwanmerahs. damai tanpa perang.
arizWanmerahshttp://www.blogger.com/profile/02407384074787546856noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7194938013465430694.post-25965518874003538532013-10-06T13:05:00.001+08:002013-10-06T13:05:14.266+08:00IKLAN Perniagaan : Wakil Jualan Seluruh Negeri di Malaysia diKehendaki..!DIKEHENDAKI!

Wakil jualan ( Agen ) di setiap negeri termasuk Sabah dan Sarawak!

Sila call/sms 019 5511893

Wakil jualan di setiap negeri diperlukan untuk mengedar minuman kesihatan ini;

KURMA PEGAGA
( lihat gambar yang tertera )

Khasiat jus Kurma Pegaga ini; jus kurma pegaga ini dibina daripada 7 bahan makanan yang terbaik yakni,

= KURMA, mengembalikan tenaga dengan segera.
= PEGAGA, menguatkan sel otak.
= HABBATUS SAUDA, menurunkan kadar gula dalam darah.
= ZAFRAN, awet muda.
= KISMIS, menajamkan minda.
= MADU, menghindarkan kesejukan di dada.
= HALIA, membuang angin.

Sesuai untuk diminum seisi keluarga.

Sesiapa yang berminat untuk menyertai perniagaan ini, cepat, jadilah yang pertama di negeri anda..! Sila hubungi/sms talian ini, 019 5511893

Sekian..
Perkongsian ilmu amat digalakkan, semoga bermanafaat buat semua pembaca, untuk teruskan membaca, silalah berkunjung ke teratak hamba. arizwanmerahs. damai tanpa perang.
arizWanmerahshttp://www.blogger.com/profile/02407384074787546856noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7194938013465430694.post-64778550392607051952013-09-02T22:30:00.001+08:002013-09-03T00:39:02.784+08:00A Samad Said - Pejuang Kesusasteraan Melayu.

Siapa yang tidak kenal dengan sasterawan negara Datuk A Samad Said?

Seorang sasterawan yang penuh kontroversi. Beliau pernah meledakkan kejutan dengan mogok seni lebih sepuluh tahun lalu dan tidak kurang pula dianggap oleh sesetengah pihak sebagai berperangai kebudak-budakan apabila ‘bersuara’ kerana tidak memenangi Hadiah Sastera Perdana di suatu ketika dulu.

Walau apapun kontraversi yang berlaku, Datuk A Samad Said yang lebih senang berimej jambang panjang mengurai ini, turut menarik perhatian apabila menerbitkan sendiri novel tulisannya Adik Datang pada tahun 2003.

Jasa pena Datuk A Samad Said ini amat pelbagai kepada budaya dan bangsa Malaysia. Mari kita telusuri biografi dan sejarah insan tersohor ini.. Selamat membaca.. :)

A. SAMAD SAID, seorang pengarang Melayu yang agak unik dan tersendiri dalam perkembangan penulisannya yang dimulai dengan puisi dan cerpen, kemudian meningkat kepada penulisan novel, drama dan kritikan sastera. Sejak giat mengarang dalam tahun 1950, beliau telah memperlihatkan kekuatan daya kreatif yang sentiasa berkembang dan lebih bersifat meneroka. Sumbangan A. Samad Said kepada kesinambungan kesusasteraan Melayu kelihatan cukup menyerlah kerana beliau ialah penulis yang begitu menonjol dalam perkembangan kesusasteraan Melayu yang menyambungkan ASAS 50 dengan angkatan sesudahnya.

Semasa berumur enam bulan, Samad dibawa oleh keluarganya ke Singapura dan beliau mendapat pendidikan asas dan menengahnya di sana. A. Samad Said belajar di Sekolah Melayu Kota Raja hingga lulus darjah IV (1940 – 1946) sebelum meneruskan pengajiannya dalam kelas petang di Victoria Institution. Dari situ, beliau belajar sendiri hingga memperoleh sijil Senior Cambridge (1956).

Sejak di bangku sekolah menengah lagi, Samad sudah mulai berkenalan dengan kesusasteraan di dalam dan luar negeri. Malah, pengarang-pengarang penting di Singapura pun seperti Asraf, Usman Awang, dan Han Suyin telah diketemuinya. Sajak dan cerpennya mula tersiar sewaktu beliau masih di bangku sekolah. Sebelum terbitnya novel Salina yang mengharumkan namanya, Samad membaca karya-karya Ajip Rosidi, Rendra, Pramoedya, Achdiat, Hamzah dan Wijaya Mala. Beliau juga membaca novel-novel Barat seperti Oliver Twist, Wuthering Height dan Almayer’s Folly. Beliau menggunting cerpen-cerpen daripada akhbar tempatan dan mengkajinya sebelum menghasilkan cerpennya. Kegiatan menterjemah beberapa karya sastera asing juga secara tidak langsung memperkuat minatnya terhadap kesusasteraan. Segalanya ini membulatkan tekad dan fikirannya untuk berkecimpung dalam bidang penulisan, dan hasilnya, Samad berupaya menghasilkan pelbagai genre: sajak, novel, drama, esei/kritikan dan terjemahan. Kecenderungannya terhadap dunia sastera telah berakar dan berkembang dalam dirinya sejak kecil lagi apabila beliau selalu mendengar cerita-cerita daripada ibunya. Daripada pengakuannya yang merendah diri, Samad berkata : “... kalaulah saya diterima sebagai penulis – saya lahir daripada “Batu Belah batu Bertangkup”. Saya masih tetap mendengar cerita ini walaupun orang yang menceritakannya ketika memandikan saya, menyuapkan makan saya dan menidurkan saya sudah tidak ada lagi.”

Pekerjaan pertama Samad Said ialah sebagai kerani di Hospital Umum Singapura. Beliau berasa beruntung bekerja di hospital itu kerana amat sukar baginya mendapat kerja di mana-mana pun pada waktu itu. Tetapi, di hospital itu, beliau tidak lama bekerja dan hanya dapat bertahan selama enam bulan saja. Samad kemudian berpindah ke Kuala Lumpur untuk bekerja dengan akhbar Fikiran Rakyat di bawah pimpinan Ahmad Boestamam. Selepas enam bulan di Kuala Lumpur, beliau kembali semula ke Singapura dan bekerja dengan akhbar mingguan Utusan Zaman di bawah Usman Awang. Apabila Syarikat Utusan Melayu berpindah ke Kuala Lumpur dan Usman Awang, Said Zahari, Pengarang Utusan Melayu waktu itu berpindah sama, Samad Said juga turut berhijrah. A. Samad Ismail, Pengarang Berita Harian ketika itu, telah memujuk Samad Said agar menyertai Berita Harian. Di sekitar tahun 1960-an Samad sekali lagi bertukar kerja. Apabila A. Samad Ismail diberikan tugas lebih besar dalam surat khabar The New Straits Times, Samad Said pula dilantik menjadi Pengarang Berita Harian. Semasa A. Samad Ismail berada dalam tahanan, beliau telah dilantik menjadi penolong khas kepada Pengarang Kumpulan The New Straits Times di samping menjalankan tugasnya sebagai Pengarang Berita Harian. Tetapi Samad menyedari bahawa minatnya dalam bidang penulisan dan tanggungjawab yang besar yang diamanahkan kepadanya boleh merugikan, bukan sahaja bakat dan kreativitinya, tetapi dunia kesusasteraan umumnya. Justeru, Samad Said minta dibebaskan daripada menjadi Pengarang Berita Harian dan mulai 8 Mac 1978 Samad bertugas sebagai seorang daripada enam orang penolong khas dengan tugas-tugas tertentu seperti menulis rencana pengarang dan artikel feature. Sejak akhir 1981, beliau bertugas sebagai Ketua Pengarang akhbar Warta Teberau. Jawatan terakhir A. Samad Said ialah sebagai Ketua Pengembangan Sastera dalam Kumpulan Akhbar The New Straits Times, Kuala Lumpur. Kini A. Samad Said menumpukan seluruh masa dan perhatiannya kepada bidang penulisan.

Isterinya, penyair Salmi Manja, seorang penulis yang cukup dikenal oleh peminat-peminat sastera. Seperti Samad, Salmi juga menulis sajak dan cereka.

Kejayaan A. Samad Said sebagai sasterawan ialah hasil daripada pengalamannya dan berkat kerajinannya membaca karya-karya orang lain. Dalam karya Samad kita melihat ketelitian dan kecermatannya sebagai pengarang. Beliau bukan sahaja begitu cermat dan teliti menghadapi dan membentuk watak-watak, tetapi juga terhadap alam, benda hidup dan mati, yang menjadi latar ceritanya. Beliau seolah-olah mencari erti dalam semuanya itu. Samad juga sedar bahawa untuk melahirkan karya yang bererti, seseorang tidak hanya bergantung kepada bahan dan bakat kekuatan fikiran sahaja, tetapi pembacaan dan pengalaman yang luas amatlah penting. Kerana itu, Samad meluaskan pembacaannya kepada bidang politik, sosiologi, ekonomi dan psikologi serta karya-karya besar Li Po, Tu Po dan Rabindranath Tagore. Cara beliau membaca agak aneh, yakni dengan menggaris atau menanda ayat-ayat, dialog-dialog atau ungkapan-ungkapan yang menarik dalam prosa, novel, dan malahan puisi. Ini memperlihatkan betapa teliti pembacaan dan pemerhatiannya. Sikap telitinya ini terpancar juga pada deskripsi dan dalam dialog-dialog karyanya.

Sungguhpun Samad sangat mengutamakan nilai sastera, beliau tidak pula menolak konsep “Seni untuk Masyarakat”, malah puisinya yang pertama diberinya judul “Untuk Angkatan 50” yang tersiar dalam Utusan Zaman (1950). Samad sendiri pernah menjadi anggota ASAS 50, badan penulis yang bergerak dengan slogan, “Seni untuk Masyarakat “, tetapi pendekatan Samad berbeza daripada penulis-penulis lain. Beliau berhasil memadukan tugas sastera dengan nilai yang diperlukan. Beliau dianggap sebagai tokoh yang menghubungkan sasterawan-sasterawan 50-an yang mementingkan tema dan mesej dengan sasterawan-sasterawan generasi kemudiannya yang lebih cenderung menekankan nilai dalam kesusasteraan.

Meskipun Samad lahir di tengah-tengah Angkatan 50, tetapi daya ciptaannya berbeza daripada tokoh-tokoh ASAS 50 yang lain. Hal ini demikian kerana, beliau dibesarkan di kota kosmopolitan Singapura, terdidik secara formal dalam bahasa Melayu dan Inggeris, dan tidak pernah secara aktif terlibat dalam perjuangan politik atau ideologi yang menentang penjajah. Tokoh-tokoh lain itu terlibat dengan perjuangan membebaskan masyarakat, karya mereka berlatarbelakangkan daerah pedesaan dan rakyat, lebih banyak terdedah kepada bahan bacaan dari Indonesia, dan yang secara sedar, menjadikan sastera sebagai alat kedua dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Walaupun Samad bergaul dengan mereka dalam satu periode yang sama dan mempunyai latar belakang dan pendidikan yang berbeza, namun Samad cuba menyamakan cita-cita sasteranya dengan mereka tetapi membezakan dirinya dari segi stail dan pencapaian.

Novel pertamanya, yang asalnya berjudul Gerhana kemudian diterbitkan dengan judul Salina ialah sebuah novel yang tebal dan berjaya mengangkat martabat kesusasteraan Melayu ke tahap yang disifatkan oleh Profesor A. Teeuw dan sesetengah sarjana sebagai bertaraf antarabangsa. Novel yang hanya memenangi hadiah penghargaan dalam peraduan penulisan novel anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (1958) dan yang dihasilkan oleh Samad sewaktu beliau baru berusia 23 tahun ini, akhirnya menjadi sebuah karya yang menjadi garis pemisah antara karya-karya penulis lama dengan baru dan antara Samad dengan penulis-penulis 50-an.

Salina menceritakan kehidupan masyarakat terutama orang Melayu di Kampung Kambing, Singapura selepas Perang Dunia Kedua. Ia menggambarkan kemiskinan, keruntuhan moral di kota, dan pergelutan untuk mempertahankan peribadi di tengah-tengah kebobrokan. Ini bukanlah persoalan yang sama sekali asing dalam kesusasteraan Melayu, tetapi Samad telah memperlihatkan kebolehan seninya dengan melukiskan semua hal ini secara artistik melalui dialog-dialog dan tingkah laku watak-wataknya. Manusia yang lahir dalam Salina ialah manusia yang natural bukannya yang menjelma sebagai boneka dengan sifat-sifat hitam putihnya. Novel ini telah diadaptasi menjadi bentuk teater oleh dramatis Johan Jaaffar dan dipentaskan sempena Pesta Kesenian Kuala Lumpur (1986), dan kemudiannya di Singapura.

Seperti Salina, novelnya Sungai Mengalir Lesu juga menampilkan pengalaman langsung Samad dalam masyarakat yang menderita akibat perang. Pemerintahan Jepun yang singkat di Singapura dan penderitaan masyarakat akibat perang, memberikan kesan yang cukup kuat dalam diri Samad yang pada masa itu masih kanak-kanak lagi. Beliau mengutip kembali butir-butir pengalaman itu untuk menceritakan keadaan orang Melayu dan orang Indonesia yang hidup melarat dan menjadi buruh di Singapura.

Di samping novel, Samad juga memperlihatkan kekuatannya dalam penulisan puisi seperti yang terkumpul dalam kumpulan Liar di Api. Beliau antara penulis yang terawal melakukan eksperimen dalam sajak-sajak bebas. Selepas itu, beberapa buah lagi kumpulan puisinya telah diterbitkan seperti Benih Harapan (1973), Daun Semalu Pucuk Paku (1975) dan Benih Semalu (1984).

Samad memberikan banyak waktu untuk menulis beberapa buah lagi novelnya seperti Di Hadapan Pulau. Langit Petang dan Daerah Zeni. Sebuah buku tentang latar belakang pengalamannya menulis Salina, Sungai Mengalir Lesu dan Langit Petang telah diterbitkan, berjudul Dari Salina ke Langit Petang. Ia merupakan hasil tulisan bercorak autobiografi, rakaman pengalaman Samad yang menceritakan bagaimana beliau lahir menjadi seorang pengarang dan proses penghasilan tiga buah novelnya yang penting itu.

Pencapaian dan sumbangan Samad Said dalam memperkaya dan meninggikan nilai kesusasteraan Melayu telah mendapat penghargaan pemerintah apabila pada 29 Mei 1976, bersama-sama beberapa pengarang lain, beliau diiktiraf sebagai Pejuang Sastera. Tahun 1979, juga turut memberi erti kepada Samad, apabila beliau dilantik oleh Perdana Menteri sebagai salah seorang anggota panel Anugerah Sastera dan dalam tahun yang sama, beliau telah dipilih menerima Hadiah Penulisan Asia Tenggara (S.E.A. Write Awards). Kemuncak pencapaian Samad sebagai sasterawan ialah apabila beliau dinobatkan sebagai Sasterawan Negara 1985. Dalam majlis penganugerahan itu, telah dipentaskan sedutan drama terbaru A. Samad Said berjudul Wira Bukit. Dalam tahun 1993, A. Samad Said menerima Anugerah ASEAN 1993 (Kategori Sastera) daripada Negara Brunei Darulsalam.

Selain pengiktirafan dalam bidang sastera, A. Samad Said juga telah dianugerahkan darjah kebesaran Negeri Melaka yang membawa gelaran `Datuk’ dalam tahun 1997 oleh Yang Dipertua Negeri Melaka.

KARYA

Novel

- Salina, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 1961, 495 hlm.

- Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikir, Melaka: Penerbitan Abbas Bandung, 1966, 103 hlm.

- Sungai Mengalir Lesu, Kuala Lumpur: Pustaka Gunung Tahan, 1967, 135 hlm. Diterbitkan kembali oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, 137 hlm.

- Di Hadapan Pulau, Kuala Lumpur : Pustaka Sistem Pendidikan, 1978, 129 hlm.

- Adik Datang, Kuala Lumpur: Penerbitan Adabi Sdn. Bhd., 1980, 220 hlm.

- Langit Petang, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980, 143 hlm.

- Daerah Zeni, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.; 1985, 182 hlm.

- Hujan Pagi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, 418 hlm.

- Cinta Fansuri, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.; 1994, 156 hlm.

Novel Remaja Kanak-kanak

- Bendera Merah di Atas Bukit, Kuala Lumpur: Pustaka Melayu Baru, 1968, 79 hlm.

- Lima Kawan ke Rumah Rahsia, Kluang: Pustaka Pendidikan Sdn. Bhd., 1968, 101 hlm.

- Jangan Ikut Jalan Ini, Singapura: Pustaka Nasional, 1969, 101 hlm.

- Mengejar Tetamu di Waktu Senja, Kuala Lumpur: Pustaka Melayu Baru, 1974, 94 hlm.

- Yang Berat Sama Dipikul, Singapura: Pustaka Nasional, 1969, 85 hlm.

- Keledang, Kuala Lumpur; Mac Millan Publishers Ltd., 1979, 143 hlm.

- Antara Kabus ke Kabus, Kuala Lumpur: Pustaka Melayu Baru, 1980, 67 hlm.

- Di Simpang Jalan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980, 95 hlm.

- Jalan Retak, Kuala Lumpur: Pustaka Melayu Baru, 1980, 65 hlm.

Cerpen

- Liar di Api, Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad. t.th., 183 hlm.

- Daun-daun Berguguran (bersama Salmi Manja), Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad, 1962, 152 hlm.

- Debar Pertama, Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad, 1964, 76 hlm.

- Ke Mana Terbangnya Si Burung Senja?, Kuala Lumpur: Pustaka Melayu Baru, 1966, 118 hlm.

- Panorama (Peny.), Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad, 1966, 112 hlm.

- Bunga Gunung (Peny.) Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd., 1982, 153 hlm.

- Angin Pulau (antologi bersama), Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn. Bhd. 1985, 153 hlm.

- Angin Pulau (antologi bersama), Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 339 hlm.

- Titisan Indah di Bumi Merkah (antologi bersama), Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1985, 405 hlm.

- Hati Muda Bulan Muda: Kumpulan Cerpen 1954 – 1992 (Peny. Othman Puteh), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993,495 hlm.

Puisi

- Liar di Api, Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad. t.th., 183 hlm.

- Puisi Baru Melayu 1942 – 1960 (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1961, 26 hlm.

- Daun-daun Berguguran (bersama Salmi Manja), Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad, 1962, 152 hlm.

- Sajak-sajak Melayu Baru 1946 – 1961/Modern Malay Verse 1946-1961 (dwibahasa), (antologi bersama), Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1969 (cetakan keempat), 135 hlm. Cetakan pertama 1963.

- Benih Harapan, Kuala Lumpur: Grafika Sendirian Berhad, 1973, 24 hlm.

- Daun Semalu Pucuk Paku, Kuala Lumpur: Balai Penerbitan Nusa, 1975, 39 hlm.;

- Kuala Lumpur (antologi bersama), Kuala Lumpur: GAPENA, 1975, 57 hlm.

- Pilihan Puisi Baru Malaysia-Indonesia (anatologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980, 314 hlm.

- Puisi-puisi Nusantara (antologi bersama), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981, 294 hlm.

- Benih Semalu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, 69 hlm. (cantuman dua antologi: Benih Harapan dan Daun Semalu Pucuk Paku).

- Bintang Mengerdip (antologi bersama), Kuala Lumur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, 75 hlm.

- 100 Sajak Malaysia (antologi bersama), Kuala Lumpur: Tra-Tra Publishing & Trading Sdn. Bhd., 1984, 141 hlm.

- Bunga Gerimis (antologi bersama), Petaling Jaya, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1986, 132 hlm.

- Puisirama Merdeka (antologi bersama), Kuala Lumpur: PENA, 1986, 141 hlm.

- Malaysia dalam Puisi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, 316 hlm.

- An Anthology of Contemporary Malaysian Literature (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, 413 hlm.

- Kumpulan Puisi Malaysia/Malaysian Poetry (1975 – 1985) (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, 167 hlm.

- Puisi Baharu Melayu (1961-1986) (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, 941 hlm.

- Balada Hilang Peta, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993, 69 hlm.

- Suara Rasa/Voice from Within (antologi bersama), Kuala Lumpur: Maybank, 1993, 228 hlm.

Drama

- Di Mana Bulan Selalu Retak, Singapura: Malaysia Publication Ltd. 1965, 135 hlm.

- Ke Mana Terbangnya Si Burung Senja, Kuala Lumpur: Pustaka Melayu Baru, 1966, 118 hlm.

- Wira Bukit, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986, 92 hlm.

- Lantai T. Pinkie, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996, 137 hlm.

- Lazri Meon Daerah Zeni, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, 138 hlm.

Esei/Kritikan

- Tema dan Tugas Sastera Melayu Moden (bersama Usman Awang), Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad, 1963, 199 hlm.

- Damai (kata pengantar), Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad, 1966, 136 hlm.

- Laungan (Kata pengantar), Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad, 1962, 152 hlm.

- Tangan yang Simpatik, Kuala Lumpur: Penerbitan Adabi Sdn. Bhd., 1981, 279 hlm.

- Between Art and Reality (Selected Essays),Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994, 479 hlm.

Autobiografi

- Dari Salina ke Langit Petang,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979, 83 hlm.

Umum

- Warkah kepada Salmi Manja,Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad, 1965, 68 hlm.

- Antara Bulan dan Wira,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989, 632 hlm.

- Warkah Eropah,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, 235 hlm.

- Koleksi Terpilih A. Samad Said(Peny. Sarah Sadon), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1995, 510 hlm.

Pautan

- Koleksi/direktori penulis: A. Samad said

- Dunia Penyair: biografi

- Dunia penyair: Syair Pesanan Ayahanda

- Syair oleh A. Samad Said: Tetamu senja

- A. Samad Said: Karya

- Buku dari kaca mata ku: cinta baru

Gerakan Mansuh PPSMI

‘Luka Hang Kasturi’.

... dan kerana kini bahasaku

tak begitu dihirau laksamana,

dan abjad jituku luruh dan

tercungap di sisi pusara

Dato' A Samad Said bersama-sama pejuang bahasa lain telah melancarkan Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) yang menentang Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Beberapa siri tunjuk perasaan telah diadakan seperti pada 31 Januari 2009 dan 7 Mac 2009. Beliau bersama lebih 8,000 penyokong bahasa Melayu berjaya menghantar memorandum Anti PPSMI ke Istana Negara untuk diserahkan pula kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin. Polis dan FRU telah digunakan untuk menghalau orang ramai. Beliau turut terkena gas pemedih mata.

Pada 15 Mac 2009, beliau mencabar menteri dan pemimpin Barisan Nasional/UMNO berceramah dalam bahasa Inggeris ketika kempen dalam pilihan raya kecil di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai. Perhimpunan Agung UMNO 2009 yang diadakan pada 24-28 Mac 2009 diharap akan membincangkan untung nasib bahasa Melayu di tanahairnya. Dalam perhimpunan UMNO itu, semua peringkat pemimpin yang mengagung-agungkan bahasa Inggeris hendaklah menggunakan bahasa Inggeris sahaja, jangan bahasa Melayu. Bahasa Melayu bukan milik mereka, bukan milik UMNO.[1] Dalam kebanyakan majlis , beliau akan mendeklamasikan sajak berbau politik seperti di Dewan Majlis Perbandaran Kajang.

A Samad Said melancarkan program "Kembara Kasih Bahasa" ke seluruh negara.

Himpunan Bersih

A Samad Said hadir semasa pelancaran Perhimpunan Bersih 2011

Beliau juga antara pemimpin Perhimpunan Bersih 2011. Pada 5 Julai 2011, Beliau bersama pengerusi Bersih Dato Ambiga Sreenevasan dan anggota jawatankuasa Zaid Kamaruddin menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara ekoran kenyataan Agong agar Bersih dan kerajaan kembali ke meja rundingan[2]. Beliau mendeklamasikan sajak bertajuk 'Unggun Bersih' di Kuala Lumpur pada 19 Jun 2011. Sajak itu disiasat di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan dan Seksyen 27(5) Akta Polis kerana pengucapan puisinya.[3]

A. Samad Said juga menjadi pengerusi bersama Perhimpunan Bersih 2012 pada 28 April 2012. Semasa perhimpunan itu, beliau 'terperangkap' di jambatan menghubungkan Pasar Seni dengan bangunan Dayabumi.

Lihat Wikipedia

Begitulah perjalanan hidup Datuk A Samad Said. Ternyata perjuangannya masih belum selesai meskipun usia sudah melewati 'senja'. Namun selagi nyawa masih melekat dibadan, selagi itu beliau akan terus berjuang...

Perkongsian ilmu amat digalakkan, semoga bermanafaat buat semua pembaca, untuk teruskan membaca, silalah berkunjung ke teratak hamba. arizwanmerahs. damai tanpa perang.
arizWanmerahshttp://www.blogger.com/profile/02407384074787546856noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7194938013465430694.post-73885992355296409522013-02-17T00:31:00.000+08:002013-02-17T00:31:17.664+08:00Di Mana Tuhan?

Ada seorang pemuda yang lama sekolah di luar negeri, kembali ke tanah air. Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru agama, kiyai atau sesiapa sahaja yang boleh menjawab 3 pertanyaannya.

Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut, seorang kiyai.
Pemuda: Anda siapa? Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.
Pemuda: Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Kiyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan:-

1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan wujud Tuhan kepada saya?

2. Apakah yang dinamakan takdir?

3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama.. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba kyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan kuatnya.

Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa anda tampar muka saya? Marah dengan saya ker?

Kiyai : Saya tidak marah¦Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda: Saya tak faham¦Apa maksud anda?

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit.

Kiyai : Jadi anda percaya bahwa sakit itu ada?

Pemuda: Ya!

Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Kiyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama¦kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat

Kiyai : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda: Tidak.

Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?

Pemuda: Tidak.

Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.

Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?

Pemuda: Kulit.

Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda: Kulit.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Sakit.

Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.
Perkongsian ilmu amat digalakkan, semoga bermanafaat buat semua pembaca, untuk teruskan membaca, silalah berkunjung ke teratak hamba. arizwanmerahs. damai tanpa perang.
arizWanmerahshttp://www.blogger.com/profile/02407384074787546856noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7194938013465430694.post-89921262953690875762013-02-13T03:14:00.000+08:002013-02-13T03:14:14.711+08:00Persoalan Tentang HARI KIAMAT..Assalamu Alaikum,

Apa khabar saudaraku sekalian? Lama benar kita tak bertemu di arena maya ini.. Diharapkan kalian semua sentiasa berada dalam pemeliharaan Pemelihara makhluk sekalian alam, Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Penyayang terhadap sekalian hamba-hamba-Nya. Dalam artikel kali ini aku hendak paparkan sebuah soalan yang kata empunya soalan, ini adalah soalan ilmiah dan memerlukan jawapan yang berilmiah juga... Soalan yang dimaksudkan adalah sebagaimana di bawah ini;

Pada hari kiamat seluruh manusia mati akan dibangkitkan dari kubur, ertinya kita keluar dari dalam tanah.. bererti kita akan keluar secara jasmaniah bukan roh.. sebab jika ROH yg keluar bererti bukan kebangkitan melainkan "PENGANGKATAN", yang jadi pertanyaan adalah:

1. jika kita nanti dihadapkan pada mahkamah kerajaan ALLAH pada kiamat apakah surga dan neraka ada dibumi?

2. ataukah surga dan neraka ada di planet lain yg jumlahnya bertriliun triliun itu?

3. adakah yg selamat dari kiamat bumi akan berpindah ke planet lain? atau manusia tetap dibumi lalu membentuk peradaban baru?

4. apakah bumi masih berbentuk bulat setelah hancur leburnya?

mohon jawaban secara ilmiah dari pikiran anda (bukan secara agama)..

Demikianlah persoalan yang dikemukankannya. Jadi, apakah jawaban saudara2ku sekalian? Mampukah dijawab dalam kategori yang diminta?

Di bawah ini adalah jawaban yang telah diterimanya yang telah cukup memuaskan hati si yang bertanya. Mari kita sama2 meneliti dan membuat penilaian sejauh mana kebenarannya;

Ilmiah kan? Aku cuba jawab sesuai yang aku tahu menurut beberapa teori fisika dimensi ya. Tapi mohon maaf kalau kurang begitu jelas, kerana aku akan ringkaskan.

Teori asas dimensi semesta alam, Semesta alam yang ada memiliki dimensi tak terbatas, tapi yang Allah beritahukan dalam Al-Qur'an ada 7 lapis langit yang mengandung 9 dimensi. (diteliti secara matematik Qur'an, akan sulit menerangkannya di sini tapi semua pastinya sudah paham tentang adanya 7 lapis langit)

Langit lapis 1: mengandung 3 dimensi (manusia hidup di langit 1 dan alamnya berdimensi 3)

Langit lapis 2: Alam 4 dimensi, yaitu alam Jin.

Langit lapis 3: Alam 5 dimensi, yaitu alam Roh. Di alam inilah terdapat batas yang bernama Barzakh.

Langit lapis 4: Alam 6 dimensi, yaitu alam Roh.

Langit lapis 5: Alam 7 dimensi, yaitu alam Roh.

Langit lapis 6: Alam 8 dimensi, yaitu alam Roh.

Langit lapis 7: Alam 9 dimensi, yaitu alam Malakut atau alamnya para Malaikat.

Langit lapis 8 ke atas (dimensi 10 - dst...) : Hanya Allah yang tahu.

Catatan : Barzakh adalah batas dunia Roh dengan dunia Fana. Barzakh disebut juga Alam Kubur. (Jadi bukan di dalam tanah) Barzakh dalam bahasa manusia dapat diertikan sebagai "sesuatu yang sulit tertembus". Jadi Roh orang mati yang sudah melewati Barzakh tidak akan kembali ke dunia Fana. Semua orang yang mati akan menuju alam Roh. Tingkatan Roh yang menuju alam Roh tergantung amal perbuatan dia di dunia, semakin tinggi derajatnya, semakin tinggi pula dimensi yang akan mereka tempati.

Kembali ke pertanyaan:
> pada hari kiamat seluruh orang mati akan dibangkitkan dari kubur, artinya kita keluar dari dalam tanah.. berarti kita akan keluar secara jasmaniah bukan roh.. sebab jika ROH yg keluar berarti bukan kebangkitan melainkan "PENGANGKATAN"?

Jawab: Hanya Allah yang tahu. Tetapi menurutku tidak akan keluar dari dalam tanah, karena konsep Roh dan Dimensi saja manusia belum mengetahuinya secara jelas kecuali yang aku jelaskan di atas.

1. jika kita nanti dihadapkan pada mahkamah kerajaan ALLAH pada kiamat apakah surga dan neraka ada dibumi?

Jawab: Menurut Teori Fisika Antimatter yang ditemukan oleh Paul Dirac, jika sebuah partikel materi bertemu dengan partikel anti materi, maka akan memusnahkan satu sama lainnya (teori kiamat). Yang lebih unik dari teori ini adalah, ditemukan dalam perhitungan Antimatter kalau dunia yang tercipta dari ledakan tersebut (alam Anti Material) memiliki sifat yang apapun yang ada di alam tersebut akan berkali-kali lipat sifatnya (konsep surga dan neraka).
Jadi sesuai dengan teori tersebut, bisa jadi alam semesta yang kita tempati ini setelah kiamat akan berubah menjadi surga dan neraka, sesuai dengan Teori dari Antimatter.

2. ataukah surga dan neraka ada di planet lain yg jumlahnya bertriliun triliun itu?

Jawab: Sudah terjawab di atas, surga dan neraka kemungkinan tercipta setelah musnahnya alam semesta.

3. adakah yg selamat dari kiamat bumi akan berpindah ke planet lain? atau manusia tetap dibumi lalu membentuk peradaban baru?

Jawab: Jika sesuai dengan teori Antimatter, maka mustahil akan ada yang selamat.

4. apakah bumi masih berbentuk bulat setelah hancur leburnya?

Jawab: Tidak. Jika sesuai dengan teori Antimatter, maka akan terbentuk alam dimensi baru.
Kiamat itu jangan dipandang secara alam dunia manusia (3 dimensi) tapi dipandang secara alam dimensi yang lebih tinggi. Seperti kita ketahui kalau di alam 3 dimensi berlaku hukum Materi, Energi, dan Waktu. Jadi di dimensi 4 atau lebih kemungkinan tidak akan ditemukan konsep yang sama, karena konsep waktu di alam kita dengan alam dimensi lainnya berbeza jauh. Bahkan jika ditelaah dengan teori konsep Antimatter, maka akan ditemukan bahwa setelah alam semesta musnah, dunia ini akan menjadi alam yang lama waktunya berkali-kali lipat dibandingkan saat ini. Bisa jadi 1 hari di sini sama dengan 10000 tahun di sana.

Waullahu'alam... (hanya Allah yang tahu)

Semoga penjelasanku bisa membantu. :)

materi referensi: Lembaga Penelitian Agama-Agama Dunia

Demikianlah jawaban yang terbaik yang telah diperolehinya sebagaimana di atas. Bagaimana dengan saudara2ku sekalian? Adakah berpuas hati dengan jawaban secara berilmiah di atas? Atau masih hanya menerima jawaban dari kuliah agama yang lalu?

Untuk membaca jawaban2 lain dari persoalan yang tersebut di atas, silalah saudara2ku sekalian merujuk di halaman ini di sini

Sekian saja buat kali ini, dilain masa kita bertemu kembali InsyaAllah...

Wassalam.
Perkongsian ilmu amat digalakkan, semoga bermanafaat buat semua pembaca, untuk teruskan membaca, silalah berkunjung ke teratak hamba. arizwanmerahs. damai tanpa perang.
arizWanmerahshttp://www.blogger.com/profile/02407384074787546856noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-7194938013465430694.post-31352953877860988462012-10-16T12:29:00.000+08:002012-10-16T12:38:13.198+08:00Asal 4 Buah Sungai Di Syurga

Semasa aku israk dan naik ke langit yang tinggi, malaikat Jibril telah memberi kesempatan kepada aku untuk melihat ke dalam semua Syurga Allah. Aku lihat didalamnya terdapat 4 buah sungai yang besar-besar dan airnya bermacam-macam. Ada air susu, air madu, air arak dan air yang tidak masin.”

Aku bertanya kepada Jibril :

“Wahai Jibril, dari manakah asalnya sungai-sungai ini dan ke manakah akhirnya?"

Jibril menjawab :

“Wahai Rasulullah, aku hanya tahu ia mengalir ke dalam Telaga al-Kausar sahaja dan aku tidak mengetahui dari mana asalnya.”.

Aku pun memohon petunjuk Allah dan muncullah seorang malaikat dengan memberi salam.

Setelah aku menjawab salamnya, dia menyuruh aku memejamkan mataku.

Lalu aku memejamkan mata.

Apabila aku membuka mata, aku berada dekat sepohon pokok yang besar dibuat daripada permata yang putih berkilauan manakala pintu-pintunya daripada yakut hijau dan kunci-kuncinya daripada emas.

Aku melihat empat batang sungai sedang mengalir dari bawahnya.

Aku mahu kembali tetapi ditahan oleh malaikat dengan bertanya :

“Tidakkah engkau ingin melihat didalamnya?”

Aku pun bertanya :

“Bagaimana aku dapat masuk sedangkan pintunya berkunci? Dimanakah kuncinya?”

Jawab malaikat itu :

“Kunci didalam tanganmu.”

Tanyaku lagi “Dimana?"

Jawabnya :

“Cukup engkau membaca Bismillahirahmanirrahim.”

Lalu aku pun ucapkan dan pintu terbuka dengan sendirinya dan aku pun masuk ke dalam.

Sungguh hebat ciptaan Allah, sungai-sungai itu memancutkan airnya dari empat buah tiang yang besar.

Melihat aku mahu keluar, malaikat bertanya lagi kepadaku :

“Apakah engkau sudah cukup puas melihat pemandangan ini? Sesungguhnya masih ada yang engkau belum lihat. Cubalah engkau perhatikan sekali lagi dengan baik-baik, dari apakah sungai-sungai itu memancutkan airnya."

Lalu aku pun perhatikan sekali lagi.

Aku lihat terdapat kalimah Bismillahirahmanirrahim di antara empat batang tiangnya.

Dari huruf mim perkataan Bismillah, keluar air sungai tawar.

Dari lubang ha’ perkataan Allah, keluar air sungai susu.

Dari lubang huruf mim perkataan ar-rahman, keluar air sungai arak.

Dan dari lubang mim dari perkataan ar-rahim, keluar air sungai madu.

Dari itu, barang siapa dari umatku membaca Bismillahirahmanirrahim, pasti akan dapat minum air sungai ini di akhirat kelak.

Perkongsian ilmu amat digalakkan, semoga bermanafaat buat semua pembaca, untuk teruskan membaca, silalah berkunjung ke teratak hamba. arizwanmerahs. damai tanpa perang.
arizWanmerahshttp://www.blogger.com/profile/02407384074787546856noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7194938013465430694.post-14665380655087776972012-05-31T15:02:00.000+08:002012-05-31T15:02:46.580+08:00Peperangan Yang Meragut Banyak Nyawa...Assalamu Alaikum;

saudara2ku sekalian, pada kali ini aku ingin memaparkan sebuah artikel yang kuambil dari blog bahabian  yang mengisahkan bahana peperangan yang pernah terjadi di atas dunia yang kita diami ini. Lihatlah betapa hancur luluhnya ummat manusia yang berada di dalamnya.. Begitu jugalah yang bakal berlaku sekiranya peperangan demi peperangan terus berlaku.. Namun apakah manusia mahu mengambil ikhtibar darinya? Nampaknya jawapan yang kutemui adalah TIDAK! Meskipun bahana kehancuran harta benda dan ummat manusia terjadi di depan mata, apa yang penting untuk mereka fikirkan hanyalah KEPENTINGAN DIRI dan Kuasa yang bakal mereka dapatkan apabila Menang Perang. Begitulah daifnya manusia2 ini, bersikap rakus dimana2 saja mereka berada. Sampai bilakah hal ini harus manusia sejagat mahu hadapi? Hanya Allah SWT yang mengetahui hikmah disebalik segala peperangan2 ini...

Hidup ini adalah perjuangan. Oleh itu wahai saudara2ku pejuang agama, majulah untuk tegakkan Agama Allah SWT.. Kerana hanya dengan Iman dan Islam yang mampu memberikan KEAMANAN di atas muka bumi ini... InsyaAllah.. Sekarang marilah kita mentelaah sedikit kejadian2 perang yang pernah terjadi itu pada artikel dibawah ini;

Terjadi dari tahun 1948 saat Inggris yang merampas tanah Palestina dari Kesultanan Turki Ottoman memberikannya kepada kaum Yahudi dalam rangka membangun kembali “tanah air” sejak mereka terusir dari wilayah tersebut karena “membangkang” kepada Tuhan sejak ribuan tahun yang lalu. Negara-negara Timur Tengah dengan mayoritas penduduk muslim yang tidak menyetujui hal tersebut langsung mengangkat senjata melawan Israel dalam Perang Arab-Israel 1948. Namun perang ini berakhir dengan kemenangan Israel. Perang kemudian berlangsung kembali pada tahun 1967, dikenal juga dengan Perang Enam Hari. Perang ini disebabkan masih tidak relanya negara Arab menerima Israel.

Perang ini kembali dimenangkan Israel. Meski perang terbuka tidak ada lagi sesudahnya, namun konflik dengan intensitas rendah masih berlangsung hingga saat ini. Pada 13 September 1993 melalui kesepakatan Oslo, Palestina dan Israel sama-sama mengakui kedaulatan masing-masing. Namun faksi Hamas tidak menyetujui keputusan tersebut sehingga terus mendapatkan tekanan dari Israel hingga saat ini. Ratusan ribu orang tewas akibat konflik ini.

Perang Salib

Merupakan perang untuk merebutkan Yerussalem yang meluas menjadi konflik antar agama paling dahsyat sepanjang sejarah, dimulai sejak kaum Kristiani yang direstui Paus atas nama agama Kristen berusaha merebut kembali wilayah Yerussalem dan “Tanah Suci” dari kekuasaan Islam. Perang ini berlangsung selama beberapa periode dari abad ke-9 hingga abad ke-16 Masehi. Perang Salib pertama dilancarkan pada 1095 oleh Paus Urban II.

Perang ini mencuatkan nama Salahudin Al Ayyubi dan Richard “The Lion Heart” sebagai pahlawan di kedua belah pihak. Perang ini sedikit banyak memberikan pengaruh dalam mengantarkan Eropa menuju zaman Renaissance. Hingga saat ini, istilah Perang Salib masih dipakai untuk menunjukkan konflik antar agama yang berlangsung hingga saat ini.

Ekspansi Mongol

Ekspansi Mongol adalah sebuah ekspansi besar bangsa Mongol yang dipimpin oleh Genghis Khan untuk menaklukan wilayah Eurasia pada awal abad ke-13. Dengan membawa pasukan berkuda dalam jumlah besar dan amat terlatih, Genghis Khan berhasil menebar teror di seantari Eurasia selama 1 dasawarsa.

Genghis Khan berhasil menguasai Tiongkok, mengalahkan Rusia, menghancurkan kekaisaran Persia, mencaplok Polandia dan Hongaria, serta meluluh-lantahkan Baghdad sebagai pusat kekhalifahan Islam pada masa itu. Cara dan tujuan Ekspansi Genghis Khan berbeda dengan kaisar-kaisar sebeumnya. Ia menghancurkan apa saja di depan mata, tanpa pandang bulu. Ia menyerang bukan untuk memerintah, melainkan untuk menjarah, memerkosa, dan menculik gadis-gadis untuk mereka bawa ke negerinya, hal inilah yang membuatnya di takuti di seluruh Eurasia.

Perang Dunia II

Berlangsung dari tanggal 1 September 1939 sampai tanggal 14 Agustus 1945 ditiga benua: Asia, Afrika, dan Eropa. Di Eropa, Adolf Hitler sebagai kanselir Jerman yang berusaha membangkitkan kembali kejayaan Jerman melalui fasisme terlebih dahulu menyerang Polandia. Selanjutnya dengan dibantu oleh Italia dan Uni Soviet, Jerman terus memperluas wilayah pendudukannya.

Di Asia, Jepang secara mendadak menyerang pangkalan laut AS di Pearl Harbour pada 7 Desember 1941, menyeret Asia sebagai medan Perang Dunia II. Amerika Serikat yang semula tidak ikut berperang mulai mengangkat senjata melawan blok Axis, bergabung bersama Inggris dan Perancis. Uni Soviet yang tiba-tiba diserang oleh sekutunya sendiri, Jerman melalui Operasi Barbarossa pada 1941 balik memusuhinya dan memulai rangkaian kekalahan Jerman. Perang berakhir pada 14 Agustus 1945 dengan menyerahnya Jepang kepada sekutu setelah dua kotanya, Hiroshima dan Nagasaki dijatuhi bom atom oleh Amerika Serikat. Perang ini mengakibatkan 50.000.000 tewas, lahirnya PBB, dan munculnya Uni Soviet dan Amerika Serikat sebagai negara adidaya.

Perang Dunia I

Perang ini berlangsung dari 28 Juli 1914 hingga 11 November 1918 dilatarbelakangi Pangeran Franz Ferdinand dari Austria dibunuh anggota kelompok teroris Serbia, Gavrilo Princip di Sarajevo. Perang ini menghadapkan blok sentral (Austria, Jerman, Turki, Bulgaria) dengan blok sekutu (Rusia, Perancis, Inggris, Kanada, Italia, Amerika Serikat).

Perang ini menjadi tonggak runtuhnya kekuasaan monarki absolut di seluruh dunia. Selain itu empat dinasti, Habsburg, Romanov, Ottoman dan Hohenzollern, yang mempunyai akar kekuasaan hingga zaman Perang Salib, seluruhnya jatuh setelah perang. Perang ini menewaskan 40.000.000 orang di seluruh dunia dan munculnya depresi ekonomi 1929.

Perang Napoleon

Perang ini timbul selama Napoleon Bonaparte memerintah Perancis dari 1799 hingga 1815 dan berdampak luas di Eropa. Napoleon Bonaparte yang berhasil merebut kekuasaan di Perancis melalui sebuah kudeta 18 Brumaire menata ulang sistem kemiliteran di Perancis dan secara mengejutkan berhasil memperluas kekuasaan Perancis hingga menguasai hampir seluruh wilayah Eropa.

Namun Perancis tidak berdaya melawan Inggris dan Rusia. Perang Napoleon berakhir ketika ia mengalami kekalahan dalam Pertempuran Waterloo (18 Juni 1815) dan disepakatinya pakta Paris yang kedua. Jumlah korban sekitar 3.250.000 sampai dengan 6.500.000 juta jiwa.

Artikel asal dari blog bahabianconeri.blogspot.com

Wallahu a'lam.

Maha Suci Allah SWT.....!

Perkongsian ilmu amat digalakkan, semoga bermanafaat buat semua pembaca, untuk teruskan membaca, silalah berkunjung ke teratak hamba. arizwanmerahs. damai tanpa perang.
arizWanmerahshttp://www.blogger.com/profile/02407384074787546856noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7194938013465430694.post-45496906156439520562012-05-08T01:42:00.000+08:002012-05-08T02:16:28.686+08:00Kisah Penghuni GuaAssalamu Alaikum,

Bertemu kembali saudara2ku sekalian yang sudi datang bertandang serta membaca di blogku ini. Ampun maaf kiranya ada ketidakselesaan yang korang hadapi disini. Dalam entry ini aku mengajak korang mengimbas kembali sebuah kisah yang telah tercatat di Al Quran yang mulia.. Sebuah kisah perjuangan orang2 muda demi menyelamatkan IMAN mereka. Ikuti kisahnya dibawah ini;

ASHABUL KAHFI

Sudah menjadi adat yang lazim bagi penduduk Upsus merayakan suatu hariraya,

dimana mereka sama-sama menghiasi berhala-berhala dan patung-patung, lalu

mereka berdiri disekitar patung-patung itu dengan riang gembira, sambil memuja-muja dan menyembahnya, bahkan memberikan korban-korban yang berharga kepada patung-patung dan berhala-berhala itu. Suatu adat kebiasaan yang tidak dapat diubah dan dilanggar oleh siapa juga.

Tetapi ditengah-tengah golongan penduduk yang ramai itu, ada seorang pemuda

termasuk golongan bangsawan dan mulia, nampaknya tidak begitu gembira ditengah-tengah semua orang yang sedang bergembira itu. Dia termenung seorang diri, jiwanya nampak gelisah.

Ketika semua orang sudah sama-sama menyembah kepada berhala-berhala yang dirayakan sebesar-besarnya itu, pemuda itu nampak keengganannya untuk menundukkan kepalanya. Nampak pula keraguan dan kebingungan hatinya untuk turut menyembah dan bersujud kepada batu-batu berhias itu.

Keraguan dan kebingungannya, segera berubah menjadi ketetapan hati untuk menyanggah apa yang dilihatnya itu. Akal dan fikirannya berontak rupanya, sehingga dia terpaksa keluar dari barisan orang ramai dengan diam-diam dan sembunyi-sembunyi,berjalan meninggalkan tempat perayaan besar itu untuk menjauhkan diri. Akhirnya dia berhenti dibawah sebatang pokok kayu, lalu melepaskan kelelahan fikirannya. Mukanya tampak merah padam, menunjukkan jiwanya yang sedang berontak keras.

Perasaan yang demikian itu rupanya tidak timbul dalam jiwa pemuda itu saja.

Tidak lama sesudah dia tertunduk dibawah pokok kayu itu, ia disusul oleh seorang pemuda lain yang sebaya dengannya, sama-sama bangsawan kaumnya. Dia pun kerana jiwanya memberontak, tidak sudi lagi memuja dan memuji-muji batu itu. Dua orang pemuda ini segera disusul oleh seorang pemuda lainnya berturut-turut, sehingga mereka sekarang berjumlah tujuh orang.

Ketujuh pemuda ini segera berkenalan, mereka bercakap-cakap mengemukakan pendirian dan fikiran masing-masing. Ternyata kesemuanya mempunyai pendapat yang sama, fikiran yang bulat, sekalipun pada mulanya mereka tidak kenal-mengenal.

Mereka itu sepakat dan berjanji, tidak akan menyembah dan memuja patung-patung itu lagi, sebagai umumnya bangsa mereka sendiri. Lalu mereka menerawang ke alam yang luas, ke langit yang biru, ke matahari yang sedang bersinar, ke gurun yang luas tidak berpinggir itu.

Mereka berkeyakinan bahawa kesemuanya itu tentu ada yang menjadikan dan menguasai, iaitu Allah SWT. "Ya, Allah, inilah yang harus kita sembah," kata

mereka.

Mereka bersumpah akan menyembah Allah dan akan memegang teguh agama mereka ini. Jiwa mereka mulai tenang kembali dan mereka sepakat pula akan menyembunyikan apa yang terkandung dalam jiwanya masing-masing itu, terhadap bangsanya yang masih sesat dan fanatik, takut kalau-kalau hal itu diketahui rajanya, yang pasti akan memaksa mereka untuk kembali ke agama yang sesat itu. Hal ini tak dapat mereka pertahankan, kerana mereka tidak ramai dan tidak mungkin kuat untuk melawannya.

Demikianlah beberapa waktu lamanya, mereka hidup diantara bangsanya, ke hulu sama ke hulu, ke mudik sama ke mudik, namun dalam jiwanya bertentangan seratus peratus. Tetapi bila pemuda-pemuda itu sedang seorang diri, masing-masing bersembahyang menyembah Allah SWT berdoa dan bermunajat kepadaNya.

Pada suatu malam, ketujuh pemuda ini berkumpul disuatu tempat. Dalam pertemuan itu, salah seorang diantara mereka lalu berkata dengan berbisik: "Saudara-saudara, kelmarin saya mendengar khabar yang amat mengecewakan kita, bila benar orang yang membawa khabar ini, iaitu ada persiapan untuk merosakkan agama kita, serta membahayakan jiwa kita. Saya dengar, bahawa raja sudah mengetahui akan hal kita ini. Bukan main marahnya setelah dia mengetahui. Raja telah memutuskan akan menghukum kita dengan hukuman yang seberat-beratnya, bila kita tidak kembali dari agama kita ini. Saya khuatir sekali kerana menurut khabar itu juga, bahawa tindakan kejam terhadap kita itu akan dijalankan besok pagi dengan memanggil kita semua. Kalau kita benar-benar hadir dihadapan raja, sudah pasti kita akan mengalami hal-hal yang tidak diinginkan. Marilah kita fikirkan bersama apa yang harus kita jalankan."

Mendengar keterangan ini, lalu berkata pula yang lainnya: "Khabar ini sudah

lama pula saya mendengarnya. Mula-mula saya kira hanya khabar bohong saja.

Tetapi tanda-tanda semuanya menunjukkan bahawa khabar itu benar-benar adanya. Nyata sudah, bahawa kita tidak akan dapat meninggalkan agama kita, sekalipun apa juga yang akan terjadi. Matahari timbul setiap pagi dan tenggelam setiap petang, menjadi bukti adanya Tuhan yang kita sembah. Segala yang ada ini menjadi bukti kebenaranyang kita sembah."

Sebelum dapat memutuskan apa-apa yang harus mereka lakukan, tiba-tiba mereka sudah didatangi pengawal diraja. Ketujuh pemuda itu digiring mengadap raja, diceraikan dari keluarganya masing-masing. Raja lalu berkata kepada mereka: "Kamu sudah mencuba menyembunyikan apa yang terkandung dalam hatimu masing-masing. Tetapi apa yang kamu sembunyikan itu sudah ku ketahui semuanya, baik yang lahir, mahupun yang batin. Kamu telah melemparkan agama raja dan agama rakyat, lalu menganut agama baru yang tidak ku ketahui bagaimana cara datangnya kepadamu.

"Aku mahu menghukum kalian dengan hukuman yang seberat-beratnya. Tetapi hukuman ini ku tangguhkan, memandang kehormatan keluarga dan kebangsawananmu sekalian.

"Aku memberi tempoh kepadamu sekalian untuk berfikir: Kamu harus kembali ke agama yang lama, iaitu agama raja dan agama rakyat, atau kamu akan dilihat

orang ramai untuk digantung, dipenggal lehermu dan dibunuh mati."

Kepada masing-masing pemuda yang tujuh orang itu, diberikan Allah hati yang tetap, keimanan yang teguh; mereka lalu menjawab: "Ya raja, kami menyembah Tuhan kami ini bukan dengan meniru, tetapi sebagai penyelidikan dan pemikiran kami yang sedalam-dalamnya. Adapun orang ramai yang menyembah patung-patung itu adalah semata-mata dengan meniru saja, tidak dengan menjalankan akal dan fikirannya sedikit juga. Kalau kami kembali menyembah agama mereka, bererti kami menipu diri sendiri dan menipu raja pula. Sebab itu kami akan tetap memegang teguh agama kami ini, terserahlah kepadamu untuk menjalankan tindakan apa saja yang engkau kehendaki."

Raja lalu menjawab: "Janganlah kamu menjawab sekarang. Pulanglah dahulu, besok pagi datang lagi menghadap. Pilihlah salah satu di antara dua hal yang

sudah ku kemukakan itu. Terserah kepadamulah untuk menentukannya."

Di saat itu juga mereka lalu bermusyawarah di salah suatu tempat yang agak

jauh dari kota. Salah seorang lalu berkata: "Raja memang sudah tetap dengan keputusannya, kita pun sudah tetap pula dengan keputusan kita, iaitu dua putusan yang bertentangan. Kalau kita datang lagi esok, bererti kita menyerahkan jiwa kita untuk dicabut. Sebab itu guna mempertahankan agama kita marilah kita menyembunyikan diri dalam gua yang terletak di gunung itu. Sekalipun gua itu sempit dan gelap keadaannya, tetapi iman dapat melapangkan dada dan menenangi fikiran kita. Sebaliknya kita berada di alam yang lapang dan ditenangi oleh matahari, kita tidak merdeka beragama dan menyembah Tuhan kita. Marilah kita berhijrah ke sana dengan agama dan kepercayaan kita. Apa gunanya kita hidup di sini, di mana kita dipaksa beragama yang tidak sama dengan fikiran kita sendiri !"

Ketika itu juga mereka bersiap menyediakan bekalannya masing-masing, lalu berangkat meninggalkan kampung halaman dan keluarga masing-masing, menuju ke gunung yang jauh letaknya, ke gua sempit di tengah hutan. Mereka pergi tanpa senjata dan pengawal. Untung di tengah jalan mereka disusul oleh seekor anjing kepunyaan salah seorang di antara mereka. Anjing inilah yang menjadi penunjuk jalan menuju ke gua yang terpencil itu.

Setelah mereka memasuki gua itu, anjing itu tetap berdiri, di muka gua, berjaga dengan merentangkan kedua kakinya.

Di tepi gua itu mereka temui buah-buahan, lalu dimakannya dan ada pula sedikit air, lalu diminumnya. Setelah itu mereka duduk melepaskan lelahnya, setelah lama berjalan, mendaki dan menurun. Baru saja mereka sama-sama merebahkan dirinya untuk menenangkan perasaan letihnya, tiba-tiba mereka itu semua

nya tertidur senyenyak-nyenyaknya.

Malam berganti siang, siang pun berganti malam, tahun berganti tahun dan abad berganti abad, sedang pemuda-pemuda itu tetap tidur dengan nyenyaknya. Mereka tidak mengetahui samasekali akan penggantian malam dengan siang, penggantian tahun, penggantian musim dan penggantian abad. Hujan dan angin taufan pun tidak mereka ketahui, begitu jua guruh dan petir tidak mereka dengar.

Dengan takdir Allah, jalannya matahari agak membelok sedikit, sehingga tepat di pintu gua tempat mereka bersembunyi itu. Dengan keadaan cahaya matahari yang sangat terik itu, mereka terbangun.

Tiga ratus sembilan tahun lamanya mereka tidur. Di kala terbangun itu keadaan mereka sudah jauh berubah. Mereka merasakan lapar yang bukan kepalang hebatnya, tetapi masing masing tidak mengetahui berapa lamanya mereka tertidur itu.

Salah seorang lalu berkata: "Saya menduga lama benar tidur kita ini. Cuba kamu katakan berapa lamakah gerangan?"

Seorang lagi lalu menjawab: "Berdasarkan letihnya badan dan laparnya perut

kita, maka saya kira kita sekalian tertidur sehari lamanya."

Berkata pula orang yang ketiga: "Kita mulai tidur di waktu pagi dan itu matahari masih belum terbenam. Kalau begitu kita tidur hanya setengah hari sahaja."

Berkata pula yang keempat: "Apa gunanya kita bertengkar tentang lamanya tidur. Tuhanlah yang lebih mengetahui berapa lamanya kita tidur. Tetapi kerana saya terlalu lapar, sebab tidak makan dahulu sebelum berangkat, maka siapakah di antara kita ini yang mahu pergi ke kota (pasar) untuk membeli makanan? Inilah wangnya; tetapi harus berhati-hati jangan sampai diketahui orang atau raja, bahawa kita berada dalam gua ini, sebab sudah pasti raja dengan kakitangannya sedang mencari kita dimana mana."

Salah seorang dari mereka lalu keluar menuju ke pasar mencari makanan, dengan perasaan khuatir dan takut, akhirnya sampailah dia ke dalam kota Upsus, iaitu negerinya sendiri. Alangkah hairannya ia bahawa negeri itu benar-benar negeri Upsus. Tetapi segala pemandangan yang dilihatnya berubah semuanya. Berubah tanda tandanya, berubah bentuk rumah dan gedung-gedungnya. Banyak pula dilihatnya bekas gedung-gedung yang sudah tua yang sudah runtuh. Tiap-tiap orang lalu lalang diperhatikannya, seorang pun tidak ada yang dikenalinya. Dia berkata dalam hatinya: "Negeri ini seakan-akan negeri kami sendiri tetapi penduduknya bukanlah bangsa kami sendiri, jauh berbeza keadaan mereka ini."

Dia berjalan terpinga pinga, makin bertambah banyak juga tolehnya ke kiri dan ke kanan. Nyata kebimbangan dalam setiap langkahnya, sehingga setiap orang yang melihat kepadanya, dapat mengetahui bahawa dia adalah orang asing yang baru sekali melalui negeri ini. Salah seorang penduduk yang melihat akan keadaannya, lalu bertanya kepadanya: "Apakah engkau orang asing di negeri ini? Dari manakah asalmu dan apa yang sedang menggoda fikiranmu? Siapakah yang sedang kau cari?"

Mendengar pertanyaan itu, dia lalu menjawab: "Saya bukan orang asing. Saya

sedang mencari makanan untuk saya beli, di manakah tempat orang menjual makanan?"

Orang itupun lalu membawanya ke tempat orang menjual makanan. Makanan diambilnya dan penghuni gua ini pun mengeluarkan wang yang ada dalam sakunya. Alangkah terkejut sipenjual makanan itu, setelah dilihatnya matawang yang dibayarkan pemuda itu, adalah matawang lama, yang beredar tiga abad yang silam, yang sudah tidak laku lagi di saat itu. Sipenjual makanan itu mengira, bahawa pemuda itu pasti mendapat barang pendaman dan pasti fikirannya bahawa selain matawang yang dilihatnya itu tentu ada banyak lagi harta kekayaan lainnya. Orang ramai yang sama melihat matawang itupun berkerumun melingkari pemuda itu. Mereka ingin tahu di mana pemuda itu menyimpan hartabenda pendaman itu.

Dengan rasa tercengang dan penuh hairan akan maksud mereka, pemuda gua itu lalu berkata: "Saya bukan mendapat barang pendaman sebagai yang kamu sangkakan, wang ini adalah wang yang kudapat dari temanku kelmarin. Dengan wang ini saya berniat untuk membeli makanan. Kenapa kamu merasa terkejut melihat wangku ini? Kenapa kamu menyangka yang bukan-bukan terhadap diriku?"

Pemuda gua itu segera berpaling hendak melarikan diri, kerana takut akan terbuka rahsia teman-temannya yang sedang bersembunyi, menyembunyikan diri dari tangkapan raja negeri itu.

Tetapi orang ramai menghalangnya. Dengan kata-kata yang sopan-santun, mereka ingin mendengarkan cerita selanjutnya.

Dalam percakapan selanjutnya, maka terbuktilah kepada orang ramai itu, bahawa pemuda ini adalah pemuda yang lari dari kepungan raja pada tiga abad yang silam. Mereka mengetahui akan peristiwa itu, dari cerita yang telah masyhur dan diketahui orang ramai. Larinya pemuda-pemuda itu kerana tidak sudi menjual agamanya kepada raja yang ganas, yang memaksa mereka untuk menyembah batu.

Salah seorang di antara mereka itu berkata kepada pemuda itu: "Janganlah engkau khuatir kepada raja ganas yang engkau katakan tadi. Raja itu sudah mati pada tiga abad yang silam. Raja yang memerintah sekarang ini, adalah seorang raja yang mukmin dan baik hati. Raja kami yang sekarang ini orang beriman seperti yang kamu imani. Di manakah teman-temanmu yang lainnya? Bawalah mereka ke mari semuanya "

Barulah pemuda itu insaf akan apa sebenarnya yang sudah terjadi. Dengan ketenangan yang amat jelas serta dengan alasan dan bukti-bukti yang cukup terang, maka terbuktilah bahawa mereka berada dalam gua bukan semalam atau setengah hari, tetapi sudah tiga abad lamanya. Segera pemuda itu minta izin untuk memberitahukan teman-temannya yang masih bersembunyi dalam gua, agar keluar dari persembunyiannya dan menerangkan kepada penduduk negeri itu akan keadaan yang sebenarnya; apalagi mereka sedang menunggu dengan kelaparan dalam gua, serta ingin mengetahui keadaan di luar gua.

Laporan peristiwa ini segera sampai kepada raja yang soleh, yang sedang berkuasa di negeri itu. Raja sendiri tampil turut menyambut pemuda-pemuda beriwayat itu dari dalam gua tempat persembunyian mereka. Raja pun ingin mengetahui akan riwayat dan wajah mereka, selama ini mereka senantiasa menjadi bualan orang ramai saja.

Setelah mereka keluar dari gua itu, mereka disambut raja dan penduduk negeri. Raja membawa mereka ke dalam istana dan diberinya tempat di istana yang indah itu. Para pemuda tadi lalu berkata kepada raja: "Kami ini sudah tidak

mengharap hidup yang lebih panjang lagi, kerana kami sudah melewati beberapa keturunan dan kesemuanya telah meninggal dunia, bahkan negeri dan gedung-gedung besar yang dahulu pun sudah runtuh semuanya; yang kami lihat sekarang ini adalah serba baru. Kami pun sudah puas melihat raja dan penduduk yang hidup di negeri ini sudah sama-sama beriman kepada Allah."

Para pemuda itu lalu bersujud dan berdoa ke hadhrat Allah agar menurunkan rahmatNya dan agar Allah mengizinkan mereka pulang ke rahmatullah. Tidak lama kemudian sesudah mengucapkan doa itu mereka lalu menghembuskan nafasnya yang terakhir, dengan tenang dan tenteram.

Keadaan dan kejadian itu, menjadi dasar yang kuat sekali bagi mereka untuk tetap iman dan tunduk kepada Allah, Tuhan yang Maha Kuasa. Mereka makin percaya bahawa janji Allah itu benar semuanya, serta Hari Qiamat dan akhirat itupun benar semuanya. Sepeninggalan mereka, orang lalu bertengkar cara bagaimana pemuda-pemuda suci itu dapat diperingati. Ada yang mengusulkan agar di atas kubur mereka itu didirikan sebuah tugu besar, rumah dan gedung yang dapat menunjukkan kebesaran mereka itu. Tetapi ada juga satu golongan dari orang-orang yang cinta terhadap pemuda-pemuda itu berkata, agar jangan tugu yang didirikan tetapi dirikanlah masjid di atas gua mereka itu, supaya dari dalam masjid itu dapat orang sama sama menyembah dan membesarkan nama Allah dan selalu insaf akan kebesaran Allah. Sebab apa ertinya sesuatu peringatan dan penghormatan, bila peringatan dan penghormatan itu tidak dapat membawa orang kepada menghormati dan membesarkan Allah, Tuhan yang Maha Terhormat dan Maha Kuasa.*

Saudara-saudaraku sekalian, memang tidak dapat dielakkan, peristiwa itu kini berulang lagi. Pada hari ini para remaja Islam harus sedar bahawa di persekitaran mereka telah dipenuhi dengan segala macam gejala kemaksiatan. Kemana saja korang pergi pastinya korang akan melihat maksiat, malahan ucapan lidah juga terpaut pada maksiat. Ke mana lagi yang korang hendak lari? Maksiat itu sentiasa akan mengejar korang sehingga ke dalam rumah-rumah korang. Bukan saja di Malaysia ni, malahan di seluruh dunia juga berkeadaan yang sama.

Oleh kerana itu, tiada cara lain lagi untuk menyelamatkan diri, melainkan korang harus pautkan hati dan jiwa raga korang di Masjid.. Jangan berseorangan diri kerana bala tentera Dajjal (kemaksiatan) itu masih tetap mengikuri korang. Berjemaahlah, insyaAllah akan selamat dari kejaran kemaksiatan.

Sebagaimana pemuda-pemuda Ashabul Kahfi dari cerita di atas, selamatkanlah Iman korang dari di baham Singa kemaksiatan, namun bukan ke dalam gua, tetapi ke dalam Masjid secara berjemaah pada setiap masa yang telah ditentukan...

Wallahu A'lam..

Maha Suci Allah SWT....!!!

c

Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..
Perkongsian ilmu amat digalakkan, semoga bermanafaat buat semua pembaca, untuk teruskan membaca, silalah berkunjung ke teratak hamba. arizwanmerahs. damai tanpa perang.
arizWanmerahshttp://www.blogger.com/profile/02407384074787546856noreply@blogger.com0Ipoh, Perak, Malaysia4.61175 101.1135064.485132 100.9555775 4.7383679999999995 101.2714345tag:blogger.com,1999:blog-7194938013465430694.post-90117225316926987032012-05-05T00:46:00.000+08:002012-05-05T12:22:20.001+08:00Adakah Kanak:kanak Harus diheret ke SAF paling belakang?

Assalamu Alaikum,

dengan izin Allah SWT aku kembali lagi menulis di blog yang telah sekian lama kutinggalkan ni. Aku yang selama ni perasan sibuk tiba2 saja tergerak untuk menulis kembali, itu pun kerana ada suatu perkara yang tersangat mengganggu jiwa ragaku setelah usai bersholat jumaat siang tadi.. Apakah perkara tersebut? Sila ikuti tulisanku yang seterusnya di bawah ni..

Pada hari ini aku rasa agak tertekan dgn sikap seorg pengawal masjid yg telah menghalau kanak2 yg berada di saf org dewasa.

Adakah dia belum tau lagi hadis sahih dari Rasulullah saaw tentang dibenarkan kanak2 berada dibarisan hadapan?

Apakah dia masih lagi mengamalkan hadis daif berkenaan dengan hal ini? Baiklah biar aku paparkan disini hadis daif yg dia dan yang serupa dengan dia telah baca atau korang tak pernah lihat dan baca pun, mungkin perbuatan tu sekadar ikut-ikutan saja.. Aku dulu pun sama juga suka beramal ikut-ikutan tanpa merujuk mana2 hadis pun.. Tapi skrg ni insyaAllah apa2 amal yang aku dlm keraguan akan aku usaha cari hadisnya..

''Jauhilah masjid2 kamu dari kanak-kanak kamu, orang gila, jual beli kamu, pertengkaran kamu ketinggian suara kamu perlaksanaan Hudud dan mempamerkan pedang kamu. Jadikan tempat membasuh dan wudhu' berdekatan dengan pintunya dan mewangikannya pada hari Jumaat" [Riwayat Ibn Maajah #750].

Menurut Ibn al-Jauzi Munziri, Haitaimi, Ibn Hajar al Asqalani dan Busyairi. Syeikh Abdul Haqq al-Ishbeli hadif ni DAIF. Maka hadith ni tak bolehlah dijadikan dalil untuk melarang kanak-kanak dari pergi ke masjid.

Sekarang mari baca pula hadis yg menjadi rujukan aku;

Ini hadis pertama diriwayatkan oleh Imam Bukhari rh. ; “Daripada Anas bin Malik katanya neneknya, Mulaika telah menjemput Rasulullah saaw. untuk makan makanan yang disediakannya. Lalu Rasulullah saaw. makan sebahagaian darinya kemudian bersabda:

“Bangunlah, saya akan mengimamkan sembahyang kamu. Lalu sayamendapatkan sekeping tikar kami yang berwarna hitam kerana sudah lama digunakan kemudian saya merenjiskannya dengan air. Rasulullah saaw.berdiri, seorang anak yatim berdiri bersama saya dan nenek di belakang kami. Baginda bersembahyang mengimami kami sebanyak dua rakaat.”

Hadis kedua juga diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari (nombor 823); Daripada Ibn Abbas katanya:

“Saya datang dengan menunggang keldai betina, pada ketika itu belum lagi baligh (hampir baligh. Rasulullah saaw. sedang bersembahyang dengan tidak menghadap dinding. Lalu saya ,melalui di hadapan beberapa saf dan saya turun dan membiarkan keldai itu memakan rumput. Saya masuk ke dalam saf dan seorang pun tidak membantah saya.''

Kedua-dua hadis ini, Imam al-Bukhari memasukkan di bawah tajuk: Bab: Wuduk kanak-kanak, bilakah mereka wajib mandi dan bersuci, kehadiran mereka untuk sembahyang berjemaah, sembahyang hari raya dan jenazah dan bagaimana saf-saf mereka.

Hadis seterusnya; ''Jadikan dibelakangku mereka yang di kalangan kamu yang alim dan matang" [Hadith Riwayat Muslim, #432]

Sekarang mari kita baca apa kata ulama, Syeikh Ibn Baaz rh semasa menjelaskan hadith ni mengatakan bahawa ini bermakna orang yang alim dan matang digalakkan datang awal dan melakukan solat dihadapan jemaah- jemaah lain. Cuba korang fikir masak2 hadith ni tidak menunjukkan larangan kepada kanak-kanak untuk duduk di saf awal. Korang yang salah datang lambat2 ke masjid, lepas tu halau kanak-kanak ke saf jauh ke belakang, ada ke patut?

Malah Imam al-Nawawi rh. juga menjelaskan bahawa adalah harus bagi seorang kanak-kanak berdiri diantara dua orang dewasa agar dia dapat mempelajari pergerakan solat dari mereka. Al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani juga menjelaskan bahawa Ibn Abbas bersama-sama dengan jemaah bersolat jenazah semasa Nabi saaw melakukan Haji Wadaa' sedangkan beliau belum baligh.

Dan lagi, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz rh mengatakan bahawa perbuatan ini (menghalau kanak-kanak ke belakang saf) menyalahi hadith sahih dimana Abdullah bin Umar ra, meriwayatkan bahawa Nabi saaw bersabda; "Tidak boleh seorang lelaki menyuruh seorang lelaki yang lain berdiri dari tempat duduknya, kemudian dia pun duduk (menggantikannya ditempatnya" [Hadith Sahih Riwayat al-Bukhari, al-Jaami' al-Sahih, no: 6269]. Syiekh bin Baaz rh menegaskan bahawa jika kanak-kanak itu telah duduk disaf depan, mereka tidak boleh dipindahkan ke saf yang yang belakang, dan makmum tersebut pula menggantikan tempat mereka. Adalah menjadi hak kepada sesiapa saja yang sampai awal untuk duduk disaf yang hadapan. Syiekh Ibn Utsaimin rh. pula mengatakan bahawa pandangan mengalihkan kanak-kanak yang telah duduk di saf awal perlu dikaji semula. Beliau berpandangan bahawa kanak-kanak datang awal ke masjid dan duduk di saf yang awal perlulah dihargai perbuatan mereka. Mereka mempunyai hak untuk duduk dimana-mana ruang yang dibenarkan didalam masjid.

Kedua-dua Syiekh ni menyatakan beberapa implikasi kepada perbuatan mengalihkan kanak kanak ini, berkemungkinan akan mengakibatkan perkara berikut :

1. Kanak-kanak akan patah semangat untuk pergi ke masjid.

2. Kanak-kanak akan membenci orang yang memindahkan mereka

3. Ibn Utsaimin mengatakan bahawa kanak-kanak ini akan ingat peristiwa yang berlaku keatas mereka. Perbuatan ini juga akan menjejaskan semangat berlumba-lumba untuk pergi ke masjid. Ibn Utsaimin menyatakan bahawa jika kanak-kanak yang di tempatkan di bahagian belakang, ada kemungkinan juga mereka akan bermain-main dan membuat bising kerana tiada orang dewasa disebelahnya.

Maka sekali lagi aku tegaskan disini kepada korang yang masih beramal dengan hadis daif tersebut di atas,sebagai Dalil yang Haq, Rasulullah saaw telah meletakkan Ibn Abbas di sebelahnya di dalam Solat Berjamaah dan Baginda saaw tak pernah menempelak, menghalau & menengking anak yang sudah berada di dalam Saf (berada di dalam Saf hadapan, bersama orang dewasa), seperti yang kerap berlaku di kebanyakan Masjid di negara kita ini. Lebih menyedihkan lagi ialah sesetengah jemaah (orang dewasa) mencadangkan supaya kanak-kanak ditempatkan di dalam satu saf yang berlainan (lazimnya di bahagian belakang, agak jauh dari Saf bersama orang dewasa). Lepas tu mula buat kecoh kanak-kanak di belakang tu buat bising hingga mengganggu para jemaah.. Di atas salah satu sebab ni lah Baginda Rasulullah saaw sendiri menggalakkan kanak-kanak (anak-anak) mereka berada hampir dan bersama ibubapa atau penjaga mereka, supaya mereka tidak mengganggu Solat berjamaah yang sedang dilakukan.

Maka pada korang yang masih enggan merubah hala pandang korang seeloknya segera lah bertukar ke Mazhab Hanafi kerana hanya ulama dari Mazhab ni yang mengamalkan hal yang diperbincangkan ni, yakni melarang kanak-kanak dari berada dalam saf orang dewasa, itu pun dorang tak lah main halau-halau gitu...

Ingatlah jika nak beramal dengan Mazhab yang lain, wajiblah mempelajari dan beramal keselurhan segala ajaran Mazhab tersebut. Ini memang tak salah,

yang salahnya adalah kita ambil Safie sikit, Hanafi sikit, Hambali sikit dan yang parahnya ambil ajaran Syiah sikit yakni dalam bab Nikah Muta'ah..... Amboi! Amboi! Sukanya dia...

Emm.. Ok lah dah melalut-lalut pula aku ni..

Semoga tulisan aku kali ni bermanafaat buat semua. Jika ada yang tersinggung perasaan, harap dapat dimaafkan..

Wallahu a'lam

c**^^** **^^** **^^** **^^**
Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..
Perkongsian ilmu amat digalakkan, semoga bermanafaat buat semua pembaca, untuk teruskan membaca, silalah berkunjung ke teratak hamba. arizwanmerahs. damai tanpa perang.
arizWanmerahshttp://www.blogger.com/profile/02407384074787546856noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7194938013465430694.post-88974070523040037252012-02-13T11:36:00.000+08:002012-02-13T11:52:13.886+08:00Bukti Teknologi Canggih Manusia Zaman SilamDengan Nama Allah SWT..

Assalamu Alaikum,

saudara2ku sekalian, bertemu kembali di arena maya ini dengan harapan korang semua sentiasa mendapat perlindungan dari Pemelihara kita yang Pengasih dan Penyayang. Dibawah ini adalah sebuah artikel yang aku salin semula dari blog Irwan007.. Ku paparkan disini sekadar buat pengentahuan aku sendiri dan juga korang semua. Selamat membaca, semoga ada manafaatnya buat semua..

Oleh; Irwan007

Mafhum firman Allah: At-Taubah 009:70. Bukankah telah datang kepada mereka berita orang-orang yang terdahulu daripada mereka, iaitu kaum Nabi Nuh dan Aad dan Thamud dan kaum Nabi Ibrahim dan penduduk negeri Madyan serta negeri-negeri yang telah dibinasakan? (Semuanya) telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka dengan membawa keterangan yang jelas nyata, (lalu mereka mendustakannya dan Tuhan pula membinasakan mereka), Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.

Jonathan Gray dalam bukunya berjudul Dead Men’s Secret ada mencatat: “Pada 17 November, 3398 SM, sejumlah 2 bilion manusia, bersama teknologi canggih mereka, pupus daripada muka bumi. Kaum hebat yang hilang ini telah mengalahkan kita dari sudut pendaratan ke bulan, komputer dan perang nuklear. Anak-cucu kaum canggih ini (yang terselamat dari taufan Nuh a.s. dengan menaiki bahtera) tersebar dari banjaran Ararat (Gunung Judi) di Armenia untuk memulakan semula tamadun yang kurang canggih dari sudut teknologi, tapi masih punya sedikit pengetahuan dari tamadun asal mereka.

Teori evolusi (ciptaan Darwin) tidak dapat bertahan bila berdepan dengan fakta ini. Bukti-bukti wujudnya bandar-bandar maju dan teknologi maju zaman silam sukar dinafikan. “Orang gua” boleh memakai baju seperti kita? Manusia tahu rahsia terbang sebelum kurun ke dua puluh? Tamadun silam telah melakukan pembedahan jantung? Tamadun silam menggunakan elektrik yang kini sudah tidak diketahui teknologinya untuk menerangi bandar-bandar mereka (fluoroscopy). Sebenarnya senarainya tidak mengenal tandus, dan ia menjurus kepada kewujudan satu tamadun hebat, dan bukti ini tidak lagi boleh dinafikan. Bukti arkeologi dan antropologi menunjukkan bahawa suatu kejadian besar telah berlaku di planet bumi di zaman silam. Suatu kejadian yang amat besar hinggakan ia telah memusnahkan hampir segala-galanya yang berada di permukaan bumi. Dari seluruh dunia, ciptaan-ciptaan silam yang dianggap “mustahil” telah muncul satu demi satu, dan sebahagiannya dari teknologi yang sama maju dengan apa yang ada pada kita sekarang ini. Hampir semua catatan kaum zaman silam menceritakan kisah yang sama, iaitu pupusnya “Zaman Emas” (Golden Age), dan bahawa satu malapetaka telah memusnahkan tamadun yang maju tersebut. Kajian masa kini mendapati bahawa catatan-catatan silam ini selaras dengan fakta yang sebenar”.

Sebuah tapak bernama Medzamor di Soviet Armenia telah dilaporkan dalam laporan saintifik yang diterbitkan pada tahun 1969. Ia adalah sebuah tapak yang menjadi bukti satu kemajuan teknologi silam yang misteri. Medzamor adalah sebuah tapak yang dipelopori oleh bijakpandai zaman silam. Mereka ini mempunyai ilmu pengetahuan tinggi dan layak dipanggil ilmu pengetahuan saintifik dan industri. Koriun Megurtchian dari Soviet Union telah menemukan sebuah kilang logam skala besar di tapak ini. Kira-kira 4,500 tahun lampau, satu kaum yang berteknologi tinggi telah menggunakan lebih 200 buah relau untuk menghasilkan berbagai pasu bunga, pisau, mata panah, cincin, gelang dan lain-lain lagi. Tukang-tukang di Medzamor memakai penutup mulut serta sarung tangan bila melakukan kerja-kerja membentuk berbagai bekas yang dibuat dari tembaga, lead, zinc, besi, emas, timah, manganese dan 14 jenis bronze. Mereka juga telah menghasilkan berbagai jenis cat metalik, seramik dan kaca. Pakatan saintis dari Soviet Union, Amerika, Britain, Perancis dan Jerman mengesahkan bahawa beberapa “tweezers” yang ditemui di sana telah dibuat dari besi (steel) bermutu tinggi dan ianya diambil dari lapisan bumi yang berusia 1,000 tahun SM.

Pada tahun 1965, seorang ahli arkeologi bernama Dragoslav Srejovic telah menemui binaan misteri di sebuah tapak yang sekarang ini dikenali sebagai Starveco, terletak di Sungai Danube, sempadan antara Yugoslavia dan Rumania. Apabila menggali tebing sungai Yogoslavia, pada mulanya Srejovic menemui sebuah jalan kaum Rom, di bawahnya pula terdapat serpihan-serpihan tembikar proto-Greek, di bawahnya lagi terdapat berbagai artifak Neolithic dan Mesolithic. Bila terus menggali, Srejovic bertemu pula sesuatu yang lebih mengejutkan, iaitu lantai simen. Lebih spesifik lagi, ianya adalah campuran batu kapur, pasir dan air. Simen ini dianggap oleh pengkaji sebagai satu kemajuan kimia dan binaan itu dianggap ribuan tahun lebih maju berbanding zamannya. Permukaan simen itu telah dibina dengan begitu teliti dan ia merupakan tapak asas binaan rumah-rumah. Srejovic mendapati bahawa tapak-tapak simen tersebut ada berlapis-lapis, menunjukkan bahawa bangunan-bangunan telah dibina dan dibina semula di situ untuk jangkamasa yang tidak diketahui. Namun terdapat satu persamaan iaitu arah rumah-rumah yang dibina kemudiannya adalah serupa dengan arah rumah yang dibina sebelumnya. Tamadun yang ada mempunyai persamaan dengan tamadun yang disangka paling awal iaitu di Timur Tengah yang hanya bermula beribu-ribu tahun setelah Starveco.

Pada tahun 1847 Henry Layard, seorang ahli arkeologi British telah menemui satu cermin optik ketika membuat penyelidikan di Nimrud, ibu negara Assyria. David Brewster seorang ahli fizik telah meneliti artifak itu dan memaklumkan pada tahun 1853 bahawa ia adalah cermin optik yang bagus buatannya. Sebenarnya terdapat 75 cermin optik seperti ini telah ditemui di kawasan-kawasan bermula dari tengah Turki membawa ke Crete hingga ke Troy.

Pada tahun 1956, sebuah kepingan kaca buatan manusia seberat 8.8 tan telah ditemui di Beth She’arim, barat-daya Galilee. Sebenarnya kaca seberat itu pun pernah dihasilkan di zaman moden, tapi amat jarang, dan jika dihasilkan pun, ia hanya untuk tujuan khas, contohnya untuk membina cermin teleskop yang amat besar. Malah telah ditemui juga dalam piramid Dahshur yang telah dibina oleh Snefru (2613-2498 SM), sebuah kepingan kaca berwarna ungu seberat 35 tan.

Kepingan tembikar (clay tablet) yang ditemui di Babylon telah mencatat mengenai ujian kehamilan. Ianya melibatkan proses memasukkan satu kapas yang berisi herba ke faraj wanita berkaitan, dan apabila dikeluarkan semula dan diletakkan larutan alum, maka kapas itu akan bertukar warna merah jika wanita itu sedang hamil. Kaum Maya di Amerika Selatan pula tahu bagaimana untuk menebuk (drill) gigi dan menampalnya menggunakan penampal logam.

Manusia telah menjahit pakaian mereka seawal 20,000 SM. Alat-alat yang mereka gunakan juga sudah ditemui. Kerja-kerja menggali tiga tapak perkuburan di Sunghir, Rusia pada tahun 1964 menunjukkan bahawa mereka yang ditanam di situ telahpun memakai topi, baju dan seluar. Kerja menggali sebuah busut zaman silam di Catal Huruk, tengah Turki telah menemukan sisa tekstil, dipercayai dari pakaian seorang gadis. Manusia yang tinggal dalam Gua Spirit di utara Thailand telahpun menanam kekacang dan sayuran lain sekitar 9,000 SM.

Teknologi melukis peta telahpun bermula sekurang-kurangnya 12,000 tahun lampau. Sebuah peta telah ditemui di Mezhirich, Ukraine pada tahun 1966 diukir di atas gading gajah purba (mammoth). Ianya berusia 10,000 SM dan ia menunjukkan sebuah sungai dengan sederetan rumah-rumah. Jag tembikar telah ditemui di Gua Ishigoya, di Honshu, Jepun. Usianya 10,000 SM. Lain-lain bekas tembikar juga ditemui di situ, dan usianya pula 11,000 SM. Boomerang adalah alat memburu yang mempunyai sifat unik dan aerodinamik, boomerang yang pertama ditemui telah berusia 21,000 tahun dan ianya ditemui di Poland, bukan di Australia.

Lampu minyak telahpun digunakan seawal 20,000 tahun lampau. Ia mungkin telah digunakan untuk menyuluh operasi pembedahan otak manusia, yang telahpun bermula pada zaman yang sama. Begitu juga penggunaan pelali (anesthetics) seperti penggunaan mandrake secara terkawal, yang akan menyebabkan pesakit tidak bergerak dan tidak merasa sakit.

Lombong tembaga (rujuk kisah Zulkarnain) zaman silam telah ditemui di Serbia, Lake Superior di California, Arkansas, New exico, Missouri, Illinois, Indiana, Georgia, New Jersey dan Ohio. Relau untuk mencairkan besi di zaman silam juga telah ditemui. Lebih menarik, manganese telah dilombong di Broken Hill, Zambia. Bukti “carbon dating” mendapati bahawa lombong ini telah berusia 28,130 tahun.

Ahli arkeologi yang menggali tapak di New Caledonia dan Isle of Pines di barat-daya Pasifik telah menemui lebih dari 400 silinder yang dibuat dari simen. Diameternya 40 hingga 75 inci, panjangnya hingga 100 inci. Silinder ini telah ditatah dengan silica dan kerikil besi. Kegunaannya tidak diketahui. Ujian karbon mendapati bahawa usianya sekitar 13,000 tahun.

Terdapat 170,000 batu saluran air bawah tanah di Iran. Terdapat pula satu tangki air di Sri Lanka yang mana keluasan permukaannya adalah sebesar Tasik Geneva. Yang terbesar dari sistem ini bernama Parakrama Samudraya atau Laut Parakrama. Ia adalah tangki air yang amat besar hinggakan biasanya ramai orang terkeliru kerana menganggapnya sebuah lautan. Pada tahun 1932 Kapten G.E.H. Wilson telah menulis mengenai satu tamadun silam di Rift Valley, Afrika Timur. Kesan-kesan tamadun ini merentangi Tanganyika, Ethiopia, Uganda, Kenya dan Utara Zimbabwe. Mereka ini ada membina terusan, sistem saliran, jalanraya dan telah juga memesongkan aliran air sebuah sungai.

Pada tahun 1940, Froelich G. Rainey dan Magnus Marks telah menggali tapak Neolithic berdekatan Ipiutak di Arctic Circle. Mereka menemui kesan 600 rumah, dan dijangka sebanyak 200 rumah lagi akan ditemui. Mereka telah menemukan sebuah metropolis zaman silam. Artifak dan kerja tangan yang ditemui di situ adalah bermutu tinggi. Mereka berpendapat bahawa manusia yang membina rumah-rumah ini bukanlah bangsa Eskimo tapi datang dari tempat lain.

Pada tahun 1988, penyelam-penyelam skuba diketuai oleh Kihachiro Aratake telah menemui struktur batu yang amat besar di dasar laut berhampiran pantai Yonaguni, barat-daya Okinawa. Struktur ini berada 75 kaki di bawah paras laut. Ianya 600 kaki panjang, 450 kaki lebar dan 90 kaki tinggi. Orang tempatan menganggap ianya adalah semulajadi. Profesor Masaki Kimura dari Universiti Ryuku, Okinawa telah meneliti struktur ini dan mendapati bahawa ianya mempunyai 5 lapisan yang jelas, dan memutuskan bahawa ia tentu telah dibina oleh manusia.

Saya boleh teruskan catatan-catatan penemuan teknologi silam ini, namun saya fikir cukuplah catatan-catatan di atas untuk berfungsi memperbetulkan persepsi kita yang mungkin menganggap manusia zaman silam itu adalah manusia “kuno”. Pada hemat saya, semuanya yang telah dicatat di atas dapat membuatkan kita merenung betapa lalainya kita dalam mengkaji makhluk yang bergelar anak-anak Adam ini. Semakin hari semakin banyaklah bukti yang akan terserlah. Itu sudah tentu.

Mari kita sama-sama renungkan mafhum firman Allah: Yusuf 012:109. Dan tiadalah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki dari penduduk bandar, yang kami wahyukan kepada mereka. Maka mengapa orang-orang (yang tidak mahu beriman) itu tidak mengembara di muka bumi, supaya memerhatikan bagaimana akibat orang-orang kafir yang terdahulu dari mereka? Dan (ingatlah) sesungguhnya negeri akhirat lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, mengapa kamu (wahai manusia) tidak mahu memikirkannya?

Sama ada anak-anak Adam zaman ini mahu percaya atau tidak, hakikatnya jelas, iaitu sebenarnya tamadun sentiasa lahir dan mati, kemudian diganti dengan tamadun yang lain. Malah, apabila kita sentuh tamadun sesuatu kelompok anak Adam, ianya bermula dari bawah, kemudian tamadun itu mengalami kemajuan yang pesat, lantas sebahagian orang dalam kelompok itu menemukan teknologi yang mampu memusnahkan, dan terjadilah peperangan yang dahsyat hingga melenyapkan tamadun tersebut bersama masyarakatnya dan ilmu-ilmu yang ada pada mereka. Sebenarnya sesuatu tamadun itu musnah kerana kederhakaan mereka terhadap Allah, sepertimana yang terjadi kepada kaum Luth, penduduk Pompeii, kaum ‘Ad, kaum Tsamud dan banyak lagi. Dalam artikel ini kita fokus terhadap kemajuan teknologi yang telah terdaya dicapai oleh sesebuah tamadun silam dan mengapa manusia zaman ini sukar percaya bahawa terdapat tamadun yang amat maju teknologinya di zaman silam.

Saya berpendapat bahawa antara dua tamadun yang bersilih-ganti, terdapat satu jangkamasa (period) kemuraman teknologi dan kemuraman ini mungkin berlangsung lebih dari 1,000 tahun. Maksudnya, tamadun yang baru lahir perlu bermula dari bawah, dan ini memerlukan masa yang agak lama. Olehkerana tamadun sebelum itu telah pupus bersama umatnya, generasi tamadun yang kemudian telah kehilangan bukti-bukti kewujudan tamadun silam yang maju itu. Akibat dari kecuaian untuk mengkaji tamadun-tamadun silam dengan bersumberkan agama, anak-anak Adam yang hidup di tamadun mutakhir menganggap umat zaman dahulu berfikiran kolot serta amat mundur. Maka timbullah anggapan bahawa semakin kita menggali sejarah, makin jelaslah bahawa manusia zaman silam itu mundur, hinggalah dianggap bahawa mereka hanya menggunakan batu sebagai senjata dan peralatan-peralatan. Apabila dilakukan kajian yang lebih terperinci, barulah manusia moden tahu bahawa sebenarnya sebelum mereka telah ada tamadun berteknologi tinggi, malah teknologinya lebih canggih berbanding yang ada pada mereka. Sebahagian dari pengkaji ini tidak mahu menerima hakikat ini (akibat pengaruh teori Darwin), lantas mencari “alasan” bahawa sebenarnya teknologi canggih zaman silam itu bukan dipelopori oleh anak-anak Adam di planet bumi tapi ianya telah diajar oleh “alien” dari “outer space”. Ini semua berpunca dari kelalaian manusia itu sendiri kerana tidak mengkaji apakah yang telah diberitakan dalam kitab-kitab terutamanya Al-Qur’an.

Antara detik ketika yang amat jelas terjadinya “sempadan waktu antara dua tamadun” ialah ketika berlakunya taufan atau banjir besar Nuh a.s. Dan jangan lupa, besar kemungkinan juga telah berlaku sekali lagi pemisahan tamadun ini apabila Zulkarnain membina tembok yang memisahkan kaum Yakjuj dan Makjuj dari penghuni atas muka bumi.

Bagi kes pertama, iaitu wujudnya “sempadan waktu antara dua tamadun” ketika berlakunya taufan Nuh a.s. kita dapat saksikan sekarang bagaimana manusia moden tidak dapat menjelaskan berbagai misteri di sebalik berbagai penemuan berkaitan teknologi silam. Contohnya, manusia moden tidak tahu mengapa dan bagaimana piramid dibina. Mereka juga jadi hairan bila menemukan berbagai lukisan atau artifak yang berbentuk pesawat-pesawat terbang dalam gua-gua yang diyakini tidak pernah didatangi apatah lagi dihuni oleh manusia moden. Mereka hairan lagi bila menemukan bangunan-bangunan teguh lagi canggih yang telah tenggelam di dasar-dasar laut. Bahkan mereka hairan bagaimanakah umat terdahulu membina tembok-tembok batu dengan memotong batu-batu besar sebegitu jitu, dan bagaimanakah batu-batu itu dilekatkan antara satu sama lain. Sebahagian pengkaji mengambil jalan mudah dengan memberi alasan bahawa itu adalah “teknologi dari angkasa lepas”.

Bagi kes kedua, iaitu terbinanya tembok pemisahan tamadun antara kaum Yakjuj Makjuj dan anak-anak Adam yang berada di atas muka bumi, ianya berlaku mungkin sekitar 1,000 hingga 2,000 tahun setelah taufan Nuh a.s. Pada hemat saya, bagi kes pertama, mungkin kesemua umat silam berteknologi tinggi itu telah pupus kerana banjir Nuh a.s. telah menenggelamkan kesemua daratan dan “mungkin” juga mana-mana tempat kediaman di bawah bumi. Saya catat “mungkin” setelah mengambilkira berita mengenai “dabbatul ‘ard” iaitu binatang-binatang besar (sebagaimana dinosaur) yang akan muncul ke permukaan bumi di akhir zaman. Mungkin tidak meleset jika saya catat di sini bahawa dalam kes kedua ini, ada sebilangan kecil dari kaum Yakjuj dan Makjuj ini yang sekali-sekala datang ke permukaan bumi melalui jalan-jalan yang masih tidak diketahui oleh kita semua. Tapi mereka ini datang ke permukaan bumi hanya dalam tempoh yang singkat untuk tujuan tertentu, contohnya untuk mencuri sesuatu, atau menculik haiwan atau manusia, dan beberapa tujuan lain yang tidak kita ketahui. Tapi di manakah lubang-lubang tempat keluar-masuk kaum Yakjuj dan Makjuj ini? Sudah pasti bahawa lubang utama tempat mereka datang ke permukaan bumi telah ditembok oleh Zulkarnain. Namun mereka mungkin punya lubang-lubang lain untuk keluar, dan ini hanya diketahui oleh segelintir dari mereka. Mungkin yang segelintir ini adalah dari golongan yang paling maju teknologinya berbanding yang lain, dan mereka mempunyai pesawat-pesawat terbang yang canggih.

Ada juga pendapat yang menyatakan mungkin kaum Yakjuj dan Makjuj ini telah dikepung dengan tembok dan mereka sebenarnya berada di dimensi lain, bukan di alam nyata. Saya berpendapat bahawa mereka ini adalah makhluk alam nyata, dan kaum Yakjuj dan Makjuj adalah anak Adam a.s., bukan dari golongan jin. Mereka hidup beranak-pinak sebagaimana anak-anak Adam di permukaan bumi, tapi mungkin rupa mereka agak berlainan kerana beberapa faktor. Pertama kerana makanan yang mereka makan adalah terdiri dari haiwan atau tumbuhan yang kurang mendapat cahaya matahari. Kedua kerana faktor oksigen dan kandungan galian yang terdapat pada air yang ada di bawah bumi. Andai ditemui makhluk yang botak, atau tiada berbulu roma, matanya agak besar, kulitnya agak kehijauan, maka ada kemungkinan mereka ini datang dari satu tempat yang jarang terdedah kepada cahaya matahari dan mungkin inilah gambaran kaum Yakjuj dan Makjuj yang masih menjadi misteri hingga ke saat artikel ini ditulis. Telah banyak laporan (sama ada benar atau tidak, sukar untuk ditentukan) terserempaknya anak-anak Adam di atas muka bumi ini dengan makhluk yang seperti itu (digelar Grey). Mereka ini didakwa datang menaiki pesawat-pesawat terbang. Pesawat-pesawat terbang ini (kebanyakannya berbentuk piring terbang atau curut) biasanya dilihat berlegar-legar di sekitar empangan air, sungai atau laut, dan ianya boleh terbang dengan amat laju. Ada yang melihatnya masuk ke dalam laut, dan muncul dari dalam laut. Ini semua perlukan kajian yang selanjutnya dari pakar-pakar.

Apa pun rupa kaum Yakjuj dan Makjuj tidaklah sepenting hakikat bahawa mereka ini benar-benar wujud. Malah, hampir pasti bahawa mereka inilah yang selama ini didakwa oleh Barat sebagai “extra-terresterials” atau makhluk dari angkasa lepas jika benar kisah-kisah “close-encounters” ini berlaku. Apa yang mereka makan ketika berada di bawah tanah juga bukan persoalan yang boleh menyebabkan kita menjadi golongan skeptik. Ini kerana dalam bumi sendiri terdapat cukup banyak makanan yang boleh dimakan. Cacing, sebagai contoh, adalah salah satu makanan yang dianggap berkhasiat untuk manusia, dan ia telah dicatat dalam kitab-kitab lama. Cuma kita sebagai Muslim di atas muka bumi mempunyai pilihan makanan-makanan yang jauh lebih menyelerakan dan suci, bukan semata-mata bersih.

Besar kemungkinan bahawa kaum Yakjuj dan Makjuj adalah saki-baki keturunan anak Adam yang masih mewarisi sebahagian besar dari teknologi tamadun maju sebelum berlakunya taufan Nuh a.s. Dengan menggunakan teknologi-teknologi tersebut mereka telah melakukan banyak kerosakan di muka bumi pada zaman silam dan mereka masih membangunkan teknologi hingga ke saat ini. Untuk memahaminya kita boleh kiaskan dengan apa yang kita lihat dilakukan oleh Amerika pada waktu sekarang. Mungkin inilah gambaran yang dilakukan oleh kaum Yakjuj dan Makjuj ke atas kaum yang meminta pertolongan dari Zulkarnain agar dibina tembok pemisah tersebut. Kini kaum Yakjuj dan Makjuj mungkin masih melakukan kerosakan di bawah bumi, cuma kita mungkin tidak tahu bahawa mereka yang menyebabkan berlakunya sesetengah gempa bumi dan tsunami di permukaan bumi akibat ledakan bom atau ujian-ujian senjata yang mereka lakukan di bawah sana.

Untuk renungan bersama: Yunus 010:13. Dan sesungguhnya Kami telah membinasakan umat-umat yang terdahulu daripada kamu semasa mereka berlaku zalim padahal telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka membawa keterangan-keterangan dan mereka masih juga tidak beriman. Demikianlah Kami membalas kaum yang melakukan kesalahan.

Wallahua’lam.

Artikel asal korang boleh baca di irwan007.wordpress.com/

Komen dariku;

Aku juga terfikir gak mungkin makhluk Alien, yakni yang datang dari luar bumi itu sebenarnya tidak ada. Yang ada hanyalah makhluk super genius berasal dari planet bumi juga. Dan makhluk super genius itu mungkin darahnya bercampur manusia + jin, atau manusia + iblis, atau ketiga2nya sekali... Ini cuma tiori aku aje ar.. :)

Dibawah ini pula adalah komen seterusnya dari para pembaca blog tersebut;

>>>>>>>>DAJJAL TERLEPAS DARI RANTAI IKATANNYA

Kekasih Allah ialah Nabi Muhammad saw. Tiba-tiba ada satu hari Dajjal bangun dari tidurnya, dia lihat rantai yang mengikat kedua tangan dan kakinya sudah cair bagaikan garam terkena air. Besi yang mengikatnya menjadi karat seakan-akan berumur 63 tahun, yang merupakan keseluruhan umur Nabi Muhammad saw.

Dajjal yang mengaku diriya sebagai tuhan baru ini mendapati dirinya bebas dari ikatan yang pada dulunya amat kuat itu. Tiba-tiba binatang berbulu lebat itu berada di hadapannya dan berkata/’Selamat tinggal, wahai orang yang paling jahat di muka bumi. Engkau menuju ke dunia yang penuh kepalsuan, sementara aku menujur kepada kerajaan Allah. Tuhanku, Tuhanku dan Tuhan bagi segala-galanya. Aku menuju Barzakh yang hanya diketahui oleh Allah swt.” “Ke mana?” tanya Dajjal “Apakah engkau tidak ingat? Sesungguhnya ajalku akan tiba apabila sampai waktu untuk engkau Keluar! Saat engkau keluar bersama dengan tenggelamnya pulau ini. Keluar menuju dunia yang fana. Segala ukuran adalah milik Tuhan semesta alam ini, yakni Allah. Tiada tuhan selain Dia. Sementara itu, engkau hanya seorang hamba yang diciptakan.

Engkau telah memilih qadarmu sendiri. Laknat Allah akan menimpa ke atasmu dan atas orang yang melindungimu di rumahnya.” Binatang itu pun pergi ke hutan belentara. Dan Dajjal yang sesat itu menaiki perahunya ke negeri baru yang belum pernah dia dengar dan sampai sewaktu di zaman Fir’aun sebelum Nabi Musa.>>>>>>>

>>>>>>>http://tawakkaltu.blogspot.com/2007/09/dajjal-terlepas-dari-rantai-ikatannya.html

najmuddin says:

assalamulaikum.saya ni bukan apa, saya amat berminat dengan perkara2 macam nih,lagi2 yang berkaitan dengan teknologi.saya boleh bersetuju jika teknologi itu datangnya dari manusia pada zaman dulu.tapi kalau teknologi itu asalnya dari yakjuj makjuj saya tak boleh nak terima.kenapa pula yakjuj makjuj.padahal Allah AzzaWajjalla telah pun berfirman dalam al-quran bahawa yakjuj dan makjuj akan keluar dari seluruh pelosok dunia melalui tempat2 yang tiggi.jika begitu yang termaktub dalam al-quran.kita sebagai manusia tidak boleh menafikannya.ada bantahan?

lagipun dalm al-quran pun ada termaktub bahawa yakjuj dan makjuj akan muncul pada akhir zaman

saya pun percaya bahawa ada makhluk lain yang sama2 menetap di alam semesta ni yang besar ni.kita tak boleh nak menafikan ni sebabnya kita punya ilmu terhad.cuba kita fikirkan balik. mungkin makhluk yang digelar alien tu pun menyembah Allah seperti kita .tapi teknologinya mendahului kita.saya rasa juga mereka tidak sempurna seperti kita kerana kitalah makhluk Allah yang paling sempurna sekali.

ada kemungkinan ufo yang banyak dilihat di barat tu datang sebab nak tengok setiggi manakah teknologi yang telah kita kecapi.

saya bukan apa, saya ingin menyuarakan pendapat saya yang tak ada sorang pun yang nak dengar waktu saya bercerita mengenai ufo di sekolah

saya juga telah memebaca sebuah buku mengenai dajjal.dalam buku tu terkandung yang ufo mungkin salah satu daripada fitnah dajjal.semua yang melalui segi tiga bemuda akan disedut.mungkin itu salah satu agenda dajjal untuk mengelirukan umat manusia

ustaz saya pun pernah cakap yang teknologi jin tu 1000 tahun lebih maju daripada kita.dalam banyak2 jin, jin ifrit la yang paling pintar

aiza says:

salam,saya tidak terkejut dgn rencana di atas.mmg benar apa yg diutarakan mengenai tamadun yg musnah dan akan wujud tamadun yg lain selepasnye dan begitula seterusnya.kite akan melalui seperti tamadun terdahulu kerana kemungkaran yg dilakukan manusia terhadap Allah SWT. baru2 ni suami saya ada bercerita berkenaan tamadun ini.

xde alien..Allah telah berfirman:Tidak Aku ciptakan Jin dan Mnusia melainkan untuk beribadat kepadaKu..

Ader Allah sbut makhluk lain mksudnye ALIEN..xde kan..Die pencipta,Die pentadbir,Dia lah Raja Segala Sesuatu..Dia lebih mngetahui yg ader di dlm terang,di dalam gelap..pndanglah pada realiti..Yakjud n Makjud itu anak2 adam A.S..lihat hari ini..Bangsa apa yg tidak terkalah,Tamadun apa yg mengusai dunia sehgga tidak ad yg dapat mnjatuhkan..Lihat Bnagsa apa melakukn kerosakan di sana sini..Bangsa apa yg membunuh sana sini..Merosakkan Alam,,Mencetuskan Perang..Pertumpahan Darah..Merosakkn gunung..Mncemarkan air di muka bumi,Merosakkn hutan..Dan bangsa apa yg mengunakan tasik galilee hari ini..dlm istilah lain..meminum tasik galilee shgga kering..Kerajaan Zionis mngunakan tasik itu bgi mnghijaukn padang pasir di israel..paras tasik Galilee semkin lama smkin rendah..Buknkah apabila yakjud makjud mncul ..Mereka akn minum tasik tersebut..Lihatlah hari ini.

suib says:

kita cuma manusia biasa. kita mempercayai apa yang nyata atau yang tidak memeningkan kepala. Sains dan ugama adalah dua dunia yang berbeza. Manusia diberi akal dan fikiran.Menyembah allah ialah satu agama dan mencipta ialah sains dan fizik. Bumi berusia 150 billion tahun. Tuhan telah mencipta makhluk awal dan makhluk akhir. Tuhan telah mencipta langit dengan seluas-luasnya dan bumi yang sekecil-kecilnya dan menaburkannya dengan makhluk merata. Perkataan Alien itu ialah sebenarnya makhluk. Sekiranya anda diberi oleh allah umur yang sepanjang-panjangnya dan pesawat yang selaju-lajunya untuk mencari penghujung langit sudah tentu anda tidak akan menjumpainya melainkan allah. Allah mencipta kita untuk menyembahnya. Manusia tercipta bersama-sama sains.

rimau_malaya says:

Salam kepada semua yang telah memberikan komen di atas. Saya tertarik dengan topik yang di bincangkan mengenai teknologi pada zaman dahulu. Di sini saya ingin berkongsi dengan semua mengenai teknologi zaman Nabi Sulaiman. Pernahkan anda mendengar kisah istana Balqis yang ingin di pindahkan oleh Nabi Sulaiman? Dalam surah An-Namli, ayat 38-40

“Hai pembesar-pembesar siapakah diantar kamu sekelian sanggup membawa singgahsananya kepada ku sebelum mereka datang kepada ku sebagai orang-orang yang berserah diri.”

“Berkata Ifrit (yang cerdik) itu dari golongan jin, aku akan datang kepada ku dengan membawa singgahsana itu kepada mu sebelum kamu berdiri dari tempat dudukmu; sesungguhnya aku benar-benar kuat untuk membawanya lagi dapat dipercayai. Berkatalah seorang yang mempunyai ilmu dari al-Kitab; “Aku akan membawa singgahsana itu kepada mu sebelum matamu berkedip.”

“Maka tatkala Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di hadapannya, ia pun berkata; “Ini termasuk kurniaan Tuhanku untuk menguji aku, apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan nikmat-Nya) . Dan barang siapa bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri. Dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia.”

Di sini dapat di lihat bahawa Nabi Sulaiman bertanya dengan bersahaja kepada pembesar atau pegawai kerajaannya pada waktu itu. Tidak ada sebarang perancangan yang terperinci yang berlaku pada waktu ini.Pada mulanya Ifrit memberitahu Nabi Sulaiman bahawa beliau boleh membawa istana itu pada kadar sebelum Nabi Sulaiman berdiri dari tempat duduk beliau. Tetapi seorang imuwan dan ahli kitab menyatakan bahawa beliau iaitu Asif Bin Barqiya boleh memindahkan istana Balqis pada kadar sekelip mata.Jika dilihat semula, Asif Bin Barqiya dengan yakin dan bersahaja mengatakan beliau boleh memindahkan istana Balqis itu pada kadar yang amat pantas. Jadi, apa yang saya boleh katakan bahawa teknologi pada zaman Nabi Sulaiman telah melangkaui teknologi yang kita kecapi pada masa kini. Ada yang mengatakan bahawa Asif Bin Barqiya hanya menggunakan niat tetapi niat yang berkaedah iaitu menggunakan cara atau kaedah. Jika Asif Bin Barqiya hanya menggunakan niat, tentu Nabi Sulaiman sendiri boleh melakukannya kerana Nabi Sulaiman adalah tinggi darjatnya di sisi ALLAH SWT jika di bandingkan dengan Asif Bin Barqiya. Pada hari ini, saintis sibuk untuk mencari atau meniru kaedah yang dilakukan oleh Asif Bin Barqiya iaitu teleportasi. Saintis menamakan projek ini sebagai Philadelphia Experiment. Mereka mengatakan projek ini berjaya tetapi itu hanyalah propaganda semata-mata kerana ia tidak berjaya langsung.

Merujuk kepada surah Al-Furqaan ayat 44,

(Setelah itu) dikatakan kepadanya: “Dipersilakan masuk ke dalam istana ini.” Maka ketika ia

melihatnya, disangkanya halaman istana itu sebuah kolam air, serta dia pun menyingsingkan

pakaian dari dua betisnya. Nabi Sulaiman berkata: “Sebenarnya ini adalah sebuah istana yang

diperbuat licin berkilat dari kaca”. (Mendengar yang demikian), Balqis berdoa: “Wahai

Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri dan (sekarang aku menegaskan

bahawa) aku berserah diri memeluk Islam bersama-sama Nabi Sulaiman, kepada Allah Tuhan

sekalian alam ”

Di sini kita dapat lihat bahawa teknologi kaca pun sudah ada pada zaman Nabi Sulaiman. Jadi teknolgi yang kita kecapi pada hari ini tidaklah sehebat jika dibandingkan dengan kaum yang terdahulu seperti kaum A’ad dan Thamud. Maha Suci ALLAH.

Pada pendapat saya, kisah sejarah yang kita belajar pada hari ni telah dirosakkan oleh kaum yang tidak bertangungjawab dan tidak ingin mempercayai kewujudan ALLAH SWT.

Wallahu’alam.

Jika korang nak tambah lagi pengentahuan berkenaan perkara ini boleh lah korang baca di blog redzuan-ridz.blogspot.com/

Sekian. Wassalam.

Maha Suci Allah SWT.....!

c**^^** **^^** **^^** **^^**
Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..
Perkongsian ilmu amat digalakkan, semoga bermanafaat buat semua pembaca, untuk teruskan membaca, silalah berkunjung ke teratak hamba. arizwanmerahs. damai tanpa perang.
arizWanmerahshttp://www.blogger.com/profile/02407384074787546856noreply@blogger.com8tag:blogger.com,1999:blog-7194938013465430694.post-19772640106382835152012-01-27T02:28:00.000+08:002012-01-27T06:02:30.598+08:00Bagaimana Mahu Menawan Kemarahan....?

Assalamu Alaikum saudara2ku sekalian,

Di bawah ini adalah artikel lama aku yang teringin sangat aku naikkan semula untuk tatapan kita bersama, semoga ada manafaatnya, insyaAllah....

Dengan Nama Allah SWT....

Suatu ketika aku telah ditanya oleh seseorang tentang bagaimanakah hendak menahan emosi kemarahan yang bagkit dalam dirinya. Sebenarnya sudah ramai yang bertanya hal sedemikian, dan setiap kali ditanya, aku telah pun memberi beberapa tips bagaimana hendak menawan kemarahan yang telah menguasai diri kita ini. Namun tidak ramai yang berjaya dalam mempraktikkannya. Kenapa boleh terjadi demikian?

Sebenarnya bukanlah sesuatu hal yang mudah untuk kita 'menawan' kemarahan yang sedang membara dalam diri kita ini. Ianya sangat sulit melakukannya apatah lagi ketika didalam keadaan marah itu sedang menguasai diri kita. Ketika ada orang yang sedang mempermain2kan kita, menghina kita dan memperbodoh2kan diri kita. Kemarahan amat mudah bangkit apabila maruah diri kita tercabar, pangkat dan darjat kita diinjak2 orang. Ia juga terus membara apabila buah fikiran kita tidak mendapat perhatian..

Apabila kita marah, emosi jadi tidak terkawal, otak tidak berkerja dengan baik, tindakan kita jadi tidak keruan, anggota tubuh jadi tidak seimbang, tangan bergementaran siap untuk dihayunkan kemuka, darah mengalir naik terus ke ubun2, sumpah seranah sudah berada di hujung lidah untuk dilontarkan pada mereka yang berkenaan.

Marah itu umpama Api yang menyala. Ia bakal merebak dan terus membara kemerata2, apa saja yang ia sentuh, atau apa saja yang menghalang kemarakannya, akan dijilat dan dimamahnya sehingga tiada sisa lagi yang ditinggalkannya.. Ia kian besar dan terus membesar sehingga tidak dapat dikawal lagi. Begitulah api kemarahan yang terbit dalam diri kita ini, ia mudah merebak dari seorang ke seseorang yang lain, jika tidak dihapuskan segera, ia mampu menghancurkan dunia ini..

Namun demikian, aku bukanlah bermaksud hendak menghapuskan kemarahan, tetapi aku hendak 'menawan'nya saja. Apabila kita bisa menawan kemarahan, kita sudah pasti dapat mengendalikannya agar ia tidak mendatangkan keburukan pada manusia dan dunia ini. Api jika ia kecil, sangatlah berguna...

"Sebaik-baik orang adalah yang tidak mudah marah dan cepat mereda, sedangkan seburuk-buruk orang adalah yang cepat marah dan lambat mereda" (H.R. Ahmad). Dalam riwayat Abu Hurairah dikatakan "Orang yang kuat bukanlah yang kuat dalam bergusti, namun mereka yang bisa mengendalikan dirinya ketika marah" (H.R. Malik).

Baiklah. Aku rasa cukuplah setakat itu huraian tentang apa yang dimaksudkan kemarahan itu. Sekarang ini adalah cara2 untuk kita hendak mengawalnya,

Pertama; Hendaklah membaca Ta'awwudz. Rasulullah saaw bersabda "Ada kalimat kalau diucapkan nescaya akan hilang kemarahan seseorang, yaitu "A'uudzu billahmina-syaithaani-r-rajiim" yang ertinya "Aku berlindung kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk" (H.R. Bukhari Muslim).

Kedua; hendaklah berwuduk. Rasulullah bersabda "Kemarahan itu dari syaitan, sedangkan syaitan tercipta dari api, api hanya dapat dipadam dengan air, maka kalau kalian marah maka berwuduklah" (H.R. Abud Dawud).

Ketiga; Hendaklah kamu duduk. Dalam sebuah hadis dikatakan "Kalau kalian marah maka duduklah, kalau tidak hilang juga maka bertiduranlah" (H.R. Abu Dawud).

Keempat; Hendaklah kamu diam. Dalam sebuah hadis dikatakan "Ajarilah (orang lain), mudahkanlah, jangan mempersulit masalah, kalau kalian marah maka diamlah" (H.R. Ahmad).

dan yang kelima; Hendaklah kamu bersujud, ertinya bersholat sunnah paling kurang dua rakaat. Dalam sebuah hadis dikatakan "Ketahuilah, sesungguhnya marah itu bara api dalam hati manusia.Tidakkah engkau melihat merahnya kedua matanya dan tegangnya urat darah dilehernya? Maka barangsiapa yang mendapatkan hal itu, maka hendaklah ia menempelkan pipinya dengan tanah (sujud)." (H.R. Tirmidzi)

Demikianlah halnya yang dapat aku sampaikan dalam posting aku kali ini. Moga2 ada manafaatnya buat kita semua.

Wallahu a'lam..

Maha Suci Allah SWT......!!

Perkongsian ilmu amat digalakkan, semoga bermanafaat buat semua pembaca, untuk teruskan membaca, silalah berkunjung ke teratak hamba. arizwanmerahs. damai tanpa perang.
arizWanmerahshttp://www.blogger.com/profile/02407384074787546856noreply@blogger.com5tag:blogger.com,1999:blog-7194938013465430694.post-48988340257900366322012-01-05T22:38:00.002+08:002012-01-27T06:10:19.844+08:00Bertempur dengan Iblis dan Jin Ayah PinAssalamu Alaikum,

saudara2ku yang dihormati. Bertemu kembali diruang maya ini, masih ingatkah lagi kisah Ayah Pin yang heboh diperkatakan beberapa tahun lalu? Pasti nama ini takkan dilupakan kerana ia melibatkan masalah akidah dan kesucian agama islam yang kita anuti. Apatah lagi si Ayah Pin ini masih bebas bersama para isterinya dan berkemungkinan besar masih menjalankan aktiviti penyebaran ajaran songsangnya itu. Dibawah ini adalah sebuah kisah yang diceritakan oleh Tuan Haji Lokman seorang pakar perubatan dari Darul Syifa Al-Hidayah, Terengganu, kisah yang tidak diperbesarkan oleh akhbar perdana. Silakan membaca dan semoga ada manafaatnya...

Oleh : Hj Lokman A. Hamid

Pada tahun 2005, terdapat satu kumpulan ajaran sesat yang bergelar Kerajaan Langit (Sky Kingdom) yang bertapak di Besut, Terengganu. Pengasas kepada Kerajaan Langit ini iaitu Arifin Mohamad atau lebih dikenali sebagai Ayah Pin.

Kumpulan ini telah disenaraikan sebagai kumpulan ajaran agama sesat oleh Kerajaan Malaysia. Ajaran agama sesat ini berkampung di Kampung Batu 13, Hulu Besut, Terengganu

Ayah Pin menyifatkan dirinya sebagai “Tuhan” kepada segala agama. Ayah Pin berjaya memperalatkan dan mempengaruhi pelbagai lapisan masyarakat, agama dan status penduduk di negara ini untuk menyertai ajaran agama sesat yang disebarkannya.

Dia membangunkan kawasan Kerajaan Langit dengan beberapa struktur besar untuk melambangkan kuasa tuhan yang diamanahkan kepada dirinya untuk melindungi dan mamayungi umat manusia.

Antara bangunan dan struktur yang dibina di kawasan seluas 6 ekar di Hulu Besut termasuk cerek gergasi, pasu, payung seperti Grand Stand F1, bulan sabit, telaga, rumah bulat, rumah nasyid, dewan perhimpunan, wakaf, replica kapal bahtera nabi noh, jambatan, sebuah makam Mohamad Ya dan sebagainya.

Ada yang memaklumkan kos pembinaan struktur dan bangunan ini melebehi RM5 juta. Mengikut lapuran, Kerajaan Langit telah bertapak di tempat ini sejak pertengahan tahun 1980han tetapi pada hakikatnya kumpulan ini wujud di negara ini sejak tahun 1970han lagi.

Anggaran jumlah pengikut-pengikut ajaran sesat ini ditaksirkan sebanyak 23 ribu pengikut dari dalam dan luar negara.

Selepas bertahun-tahun bergiat dengan ajarannya di Malaysia, akhirnya ajaran yang memesongkan orang ramai itu telah dihidu oleh pihak berkuasa. Akhirnya pengikut-pengikut Ayah Pin telah ditahan dan disoal siasat serta didakwa di makhamah.

Ayah Pin telah menghilangkan diri dari pihak berkuasa sehingga hari ini dan ada yang mengatakan dia bersembunyi di Selatan Thailand. Kawasan Kerajan Langit di Besut itu turut dimusnahkan pada bulan Ogos 2005. Di sini saya ingin menceritakan penglibatan saya dalam permusnahan kawasan Kerajaan Langit di Besut itu.

Terlebih dehulu saya ingin menceritakan sejarah Perubatan Syifa Al-Hidayah di negeri Terengganu. Sejak tahun 2003, saya telah mula mengunjungi ke Kuala Terengganu sekali sebulan untuk mengubat pesakit-pesakit dari Pantai Timur.

Sahabat saya Ustdz Mohd Shukri Ali yang bertugas sebagai Pegawai Ugama di Istana Terengganu adalah orang yang bertanggung-jawab membawa saya ke Terengganu.

Dahulu semasa saya mula-mula berubat di Kuala Terengganu, saya berubat di kediaman Ustadz Mohd Shukri yang pada masa itu menetap di kuarters istana berhampiran dengan pantai Batu Buruk.

Pada suatu pagi Sabtu pada penghujung bulan July 2005, Mufti Terengganu kebetulan dia sahabat kepada Ustadz Mohd Shukri, berjumpa saya di kediaman Ustadz Shukri.

Dia mohon pertolongan dari saya agar dapat membersihkan benda-benda ghaib yang menjaga tempat kawasan Kerajaan Langit di Besut. Mengikut katanya sudah banyak kali jentera-jentera dan kakitangan Jabatan Kerjaya hendak masuk ke kawasan itu untuk merobohkan struktur-stuktur dan bangunan-bangunan di tempat itu tetapi mereka menemui pelbagai halangan yang pelik-pelik.

Saya pada masa itu tidak tahu sangat perihal Kerajaan Langit ini tetapi kerana desakan Ustadz Mohd Shukri saya bersetuju dengan syarat saya diiringi oleh 7 orang tafiz.

Permohonan saya untuk mendapat tafiz tidak menjadi masalah dan dalam beberapa jam sahaja, Mufti Terengganu dapat mengumpul 7 orang tafiz diiringi dengan 3 orang Ustadz iaitu tenaga pengajar mereka.

Kami berkumpul selepas waktu asar di sebuah surau di Kuala Terengganu dan saya memberitahu mereka surah-surah yang perlu dibaca semasa di sana dan juga memberi taklimat apa yang mereka harus lakukan apabila tiba di sana nanti.

Saya juga “scan” setiap tafiz dan tenaga pengajar yang akan mengiringi saya untuk memastikan tidak ada yang lemah semangat atau bermasalah.

Selepas solat magrib dan selepas makan malam nasi bungkus, kami bertolak ke Besut menaiki bas Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). Selalunya perjalanan dari Kuala Terengganu ke Besut mengambil masa 2 jam sahaja. Rupa-rupanya Raja iblis iaitu sahabat Ayah Pin telah tahu tentang perancangan kami dan mereka pun membuat persiapan juga untuk menghalang kami tiba di tempat itu.

Kira-kira dalam 50 km dari kawasan itu, terdapat sekatan jalan atau “road block” bukan oleh pihak polis atau JPJ tapi road block oleh kuncu-kuncu jin dan iblis Ayah Pin.

Bas yang kami menaiki terpaksa berhenti dan patah balik untuk mencari jalan alternative yang lain. Sekiranya kami tidak menghiraukan sekatan jalan itu, jin-jin itu berupaya untuk menganiayakan kami dengan berlakunya kemalangan-kemalangan yang mereka boleh lakukan.

Ada suatu ketika bas yang kami naik diserang oleh jin-jin Ayah Pin dan saya bernasib baik membawa bersama adek-adek tafiz ini yang sungguh bersemangat membaca ayat-ayat Al-Quran dan bersama dengan pertolongan dari Allah swt, menolong saya melawan jin-jin tersebut. Kami terpaksa mengambil jalan yang jauh untuk sampai ke Besut.

Kami sampai di Besut dalam jam 2 pagi. Kami mengambil masa lebih dari 6 jam untuk sampai ke Besut bandingkan dengan perjalanan yang biasa nya makan masa 2 jam untuk sampai ke sana.

Bila sampai di kawasan itu, saya terperanjat melihat betapa ramainya polis-polis dari Bukit Aman dan Kuala Terengganu menjaga keselamatan dan membuat pemantauan di kawasan itu.

Bila sampai di tempat itu, saya rasa agak pelik melihat cerik besar, pasu besar, bahtera kapal nabi noh dan lain-lain struktur. Walau pun tempat itu tidak ada lampu sebab bekalan elektrik telah lama diputuskan oleh pihak berkuasa, kami disinari oleh cahaya bulan mengambang pada malam itu.

Setelah membuat tinjauan atau “quick survey” di kawasan itu, saya mendapati ada beratus ekor jin dan iblis dalam kawasan itu. Tetapi yang ketara sangat ialah 12 ekor jin yang mewaklili beberapa agama-agama di dalam dunia ini. Jin-jin ini lah yang telah membantu Ayah Pin mendirikan ajaran agama sesat Kerajaan Langit ini.

Saya memilih dewan perhimpunan yang masih tersergam disitu untuk bertempur dengan 12 ekor jin itu. Saya mengarahkan semua tafiz-tafiz yang mengiringi saya untuk masuk ke dalam dewan itu.

Untuk pengetahuan semua, ada golongan orang yang cuba membakar dewan perhimpunan itu dua atau tiga hari sebelum itu dan terdapat banyak serpihan-serpihan kaca di lantai dewan itu.

Dengan bercahayakan bulan yang mengambang pada malam itu dan lampu suloh dari pihak polis, kami membaca surah-surah Al-Quran. Satu demi satu jin saya bertempur sehingga jubah saya basah kuyup dengan peluh badan. Hampir 3 jam saya bertempur sehingga saya berguling-guling di atas lantai dewan itu.

Dengan keizinan Allah swt dan pertolongan dari Nya, dan dibantu dengan laungan dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari adik-adik tafiz yang ada dengan saya pada malam itu, saya dapat mengalahkan kesemua jin-jin Ayah Pin kecuali se-ekor jin yang dapat melarikan diri. Selepas itu saya mengarahkan beratus-ratus jin-jin yang berada di sekitar kawasan itu berpindah atau pergi dari kawasan itu.

Masa itu sudah hampir waktu subuh. Kami semua bersiap sedia untuk berjemaah subuh. Saya menyuruh seorang dari adek tafiz melaungkan azan subuh. Pada pagi itu, pertama kali dalam 25 tahun azan subuh berkumandang di tempat itu.

Syukur Alahamdulilah pada Allah swt. Menitis air mata saya bila terdengar azan subuh di kawasan itu dan berakhirlah kekuasaan jin-jin Ayah Pin di tempat itu.

Selepas mengerjakan solat, saya sujud bersyukur pada Allah swt kerana memberi saya hidayah dan kekuatan menangani jin-jin tersebut.

Selepas matahari terbit kami semua bersiap sedia untuk pulang ke Kuala Terengganu.

Perjalanan balik ke Kuala Terengganu aman tanpa sekatan road block atau apa-apa halangan. Kami diberitahu tepat jam 8 pagi, pihak JKR datang dengan jentera-jenteranya merobokan semua struktur-struktur dan bangunan-bangunan di kawasan itu.

Pada hari Isnin, 2 August 2005 tersebar meluas cerita di dalam setiap akbar di negara ini mengenai kawasan pentadbiran Kerajaan Langit telah dirobohkan dan dimusnahkan.

Tetapi apa yang berlaku pada malam sebelum kawasan itu dirobohkan tidak ramai yang tahu cerita sebenarnya sampai lah hari ini saya memilih untuk memberitahu kejadian sebenar yang berlaku.

Terima kasih Allah kerana atas pertolongan Mu kami berjaya menumpas ajaran sesat yang sudah lama berleluasa di negara ini. Amin Ya Rabbal Alamin.

c

Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..
Perkongsian ilmu amat digalakkan, semoga bermanafaat buat semua pembaca, untuk teruskan membaca, silalah berkunjung ke teratak hamba. arizwanmerahs. damai tanpa perang.
arizWanmerahshttp://www.blogger.com/profile/02407384074787546856noreply@blogger.com1