Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

PeNGiKuT NaN SeTia..

Sabtu, 5 Mei 2012

Adakah Kanak:kanak Harus diheret ke SAF paling belakang?


Assalamu Alaikum,

dengan izin Allah SWT aku kembali lagi menulis di blog yang telah sekian lama kutinggalkan ni. Aku yang selama ni perasan sibuk tiba2 saja tergerak untuk menulis kembali, itu pun kerana ada suatu perkara yang tersangat mengganggu jiwa ragaku setelah usai bersholat jumaat siang tadi.. Apakah perkara tersebut? Sila ikuti tulisanku yang seterusnya di bawah ni..



Pada hari ini aku rasa agak tertekan dgn sikap seorg pengawal masjid yg telah menghalau kanak2 yg berada di saf org dewasa.

Adakah dia belum tau lagi hadis sahih dari Rasulullah saaw tentang dibenarkan kanak2 berada dibarisan hadapan?

Apakah dia masih lagi mengamalkan hadis daif berkenaan dengan hal ini? Baiklah biar aku paparkan disini hadis daif yg dia dan yang serupa dengan dia telah baca atau korang tak pernah lihat dan baca pun, mungkin perbuatan tu sekadar ikut-ikutan saja.. Aku dulu pun sama juga suka beramal ikut-ikutan tanpa merujuk mana2 hadis pun.. Tapi skrg ni insyaAllah apa2 amal yang aku dlm keraguan akan aku usaha cari hadisnya..

''Jauhilah masjid2 kamu dari kanak-kanak kamu, orang gila, jual beli kamu, pertengkaran kamu ketinggian suara kamu perlaksanaan Hudud dan mempamerkan pedang kamu. Jadikan tempat membasuh dan wudhu' berdekatan dengan pintunya dan mewangikannya pada hari Jumaat" [Riwayat Ibn Maajah #750].

Menurut Ibn al-Jauzi Munziri, Haitaimi, Ibn Hajar al Asqalani dan Busyairi. Syeikh Abdul Haqq al-Ishbeli hadif ni DAIF. Maka hadith ni tak bolehlah dijadikan dalil untuk melarang kanak-kanak dari pergi ke masjid.

Sekarang mari baca pula hadis yg menjadi rujukan aku;

Ini hadis pertama diriwayatkan oleh Imam Bukhari rh. ; “Daripada Anas bin Malik katanya neneknya, Mulaika telah menjemput Rasulullah saaw. untuk makan makanan yang disediakannya. Lalu Rasulullah saaw. makan sebahagaian darinya kemudian bersabda:

“Bangunlah, saya akan mengimamkan sembahyang kamu. Lalu sayamendapatkan sekeping tikar kami yang berwarna hitam kerana sudah lama digunakan kemudian saya merenjiskannya dengan air. Rasulullah saaw.berdiri, seorang anak yatim berdiri bersama saya dan nenek di belakang kami. Baginda bersembahyang mengimami kami sebanyak dua rakaat.”

Hadis kedua juga diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari (nombor 823);‏ ‏Daripada Ibn Abbas katanya:
“Saya datang dengan menunggang keldai betina, pada ketika itu belum lagi baligh (hampir baligh. Rasulullah saaw. sedang bersembahyang dengan tidak menghadap dinding. Lalu saya ,melalui di hadapan beberapa saf dan saya turun dan membiarkan keldai itu memakan rumput. Saya masuk ke dalam saf dan seorang pun tidak membantah saya.''

Kedua-dua hadis ini, Imam al-Bukhari memasukkan di bawah tajuk: Bab: Wuduk kanak-kanak, bilakah mereka wajib mandi dan bersuci, kehadiran mereka untuk sembahyang berjemaah, sembahyang hari raya dan jenazah dan bagaimana saf-saf mereka.

Hadis seterusnya; ''Jadikan dibelakangku mereka yang di kalangan kamu yang alim dan matang" [Hadith Riwayat Muslim, #432]

Sekarang mari kita baca apa kata ulama, Syeikh Ibn Baaz rh semasa menjelaskan hadith ni mengatakan bahawa ini bermakna orang yang alim dan matang digalakkan datang awal dan melakukan solat dihadapan jemaah- jemaah lain. Cuba korang fikir masak2 hadith ni tidak menunjukkan larangan kepada kanak-kanak untuk duduk di saf awal. Korang yang salah datang lambat2 ke masjid, lepas tu halau kanak-kanak ke saf jauh ke belakang, ada ke patut?

Malah Imam al-Nawawi rh. juga menjelaskan bahawa adalah harus bagi seorang kanak-kanak berdiri diantara dua orang dewasa agar dia dapat mempelajari pergerakan solat dari mereka. Al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani juga menjelaskan bahawa Ibn Abbas bersama-sama dengan jemaah bersolat jenazah semasa Nabi saaw melakukan Haji Wadaa' sedangkan beliau belum baligh.

Dan lagi, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz rh mengatakan bahawa perbuatan ini (menghalau kanak-kanak ke belakang saf) menyalahi hadith sahih dimana Abdullah bin Umar ra, meriwayatkan bahawa Nabi saaw bersabda; "Tidak boleh seorang lelaki menyuruh seorang lelaki yang lain berdiri dari tempat duduknya, kemudian dia pun duduk (menggantikannya ditempatnya" [Hadith Sahih Riwayat al-Bukhari, al-Jaami' al-Sahih, no: 6269]. Syiekh bin Baaz rh menegaskan bahawa jika kanak-kanak itu telah duduk disaf depan, mereka tidak boleh dipindahkan ke saf yang yang belakang, dan makmum tersebut pula menggantikan tempat mereka. Adalah menjadi hak kepada sesiapa saja yang sampai awal untuk duduk disaf yang hadapan. Syiekh Ibn Utsaimin rh. pula mengatakan bahawa pandangan mengalihkan kanak-kanak yang telah duduk di saf awal perlu dikaji semula. Beliau berpandangan bahawa kanak-kanak datang awal ke masjid dan duduk di saf yang awal perlulah dihargai perbuatan mereka. Mereka mempunyai hak untuk duduk dimana-mana ruang yang dibenarkan didalam masjid.

Kedua-dua Syiekh ni menyatakan beberapa implikasi kepada perbuatan mengalihkan kanak kanak ini, berkemungkinan akan mengakibatkan perkara berikut :
1. Kanak-kanak akan patah semangat untuk pergi ke masjid.
2. Kanak-kanak akan membenci orang yang memindahkan mereka
3. Ibn Utsaimin mengatakan bahawa kanak-kanak ini akan ingat peristiwa yang berlaku keatas mereka. Perbuatan ini juga akan menjejaskan semangat berlumba-lumba untuk pergi ke masjid. Ibn Utsaimin menyatakan bahawa jika kanak-kanak yang di tempatkan di bahagian belakang, ada kemungkinan juga mereka akan bermain-main dan membuat bising kerana tiada orang dewasa disebelahnya.

Maka sekali lagi aku tegaskan disini kepada korang yang masih beramal dengan hadis daif tersebut di atas,sebagai Dalil yang Haq, Rasulullah saaw telah meletakkan Ibn Abbas di sebelahnya di dalam Solat Berjamaah dan Baginda saaw tak pernah menempelak, menghalau & menengking anak yang sudah berada di dalam Saf (berada di dalam Saf hadapan, bersama orang dewasa), seperti yang kerap berlaku di kebanyakan Masjid di negara kita ini. Lebih menyedihkan lagi ialah sesetengah jemaah (orang dewasa) mencadangkan supaya kanak-kanak ditempatkan di dalam satu saf yang berlainan (lazimnya di bahagian belakang, agak jauh dari Saf bersama orang dewasa). Lepas tu mula buat kecoh kanak-kanak di belakang tu buat bising hingga mengganggu para jemaah.. Di atas salah satu sebab ni lah Baginda Rasulullah saaw sendiri menggalakkan kanak-kanak (anak-anak) mereka berada hampir dan bersama ibubapa atau penjaga mereka, supaya mereka tidak mengganggu Solat berjamaah yang sedang dilakukan.

Maka pada korang yang masih enggan merubah hala pandang korang seeloknya segera lah bertukar ke Mazhab Hanafi kerana hanya ulama dari Mazhab ni yang mengamalkan hal yang diperbincangkan ni, yakni melarang kanak-kanak dari berada dalam saf orang dewasa, itu pun dorang tak lah main halau-halau gitu...

Ingatlah jika nak beramal dengan Mazhab yang lain, wajiblah mempelajari dan beramal keselurhan segala ajaran Mazhab tersebut. Ini memang tak salah,

yang salahnya adalah kita ambil Safie sikit, Hanafi sikit, Hambali sikit dan yang parahnya ambil ajaran Syiah sikit yakni dalam bab Nikah Muta'ah..... Amboi! Amboi! Sukanya dia...

Emm.. Ok lah dah melalut-lalut pula aku ni..

Semoga tulisan aku kali ni bermanafaat buat semua. Jika ada yang tersinggung perasaan, harap dapat dimaafkan..

Wallahu a'lam



c**^^** **^^** **^^** **^^**   Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, terimakasih saya ucapkan kerana telah sudi meluangkan masa di sini, semoga kehadiran kalian berakhir dengan manafaat. Walau bagaimanapun, saya tetap insan yang lemah, segala kesilapan saya silalah ditegur, dikritik dan dinasihati ..

Ikutiku di Twitter

Ikut Melalui Email

Related Posts with Thumbnails