Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

PeNGiKuT NaN SeTia..

Isnin, 13 Februari 2012

Bukti Teknologi Canggih Manusia Zaman Silam

Dengan Nama Allah SWT..

Assalamu Alaikum,

saudara2ku sekalian, bertemu kembali di arena maya ini dengan harapan korang semua sentiasa mendapat perlindungan dari Pemelihara kita yang Pengasih dan Penyayang. Dibawah ini adalah sebuah artikel yang aku salin semula dari blog Irwan007.. Ku paparkan disini sekadar buat pengentahuan aku sendiri dan juga korang semua. Selamat membaca, semoga ada manafaatnya buat semua..



Oleh; Irwan007


Mafhum firman Allah: At-Taubah 009:70. Bukankah telah datang kepada mereka berita orang-orang yang terdahulu daripada mereka, iaitu kaum Nabi Nuh dan Aad dan Thamud dan kaum Nabi Ibrahim dan penduduk negeri Madyan serta negeri-negeri yang telah dibinasakan? (Semuanya) telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka dengan membawa keterangan yang jelas nyata, (lalu mereka mendustakannya dan Tuhan pula membinasakan mereka), Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.

Jonathan Gray dalam bukunya berjudul Dead Men’s Secret ada mencatat: “Pada 17 November, 3398 SM, sejumlah 2 bilion manusia, bersama teknologi canggih mereka, pupus daripada muka bumi. Kaum hebat yang hilang ini telah mengalahkan kita dari sudut pendaratan ke bulan, komputer dan perang nuklear. Anak-cucu kaum canggih ini (yang terselamat dari taufan Nuh a.s. dengan menaiki bahtera) tersebar dari banjaran Ararat (Gunung Judi) di Armenia untuk memulakan semula tamadun yang kurang canggih dari sudut teknologi, tapi masih punya sedikit pengetahuan dari tamadun asal mereka.

Teori evolusi (ciptaan Darwin) tidak dapat bertahan bila berdepan dengan fakta ini. Bukti-bukti wujudnya bandar-bandar maju dan teknologi maju zaman silam sukar dinafikan. “Orang gua” boleh memakai baju seperti kita? Manusia tahu rahsia terbang sebelum kurun ke dua puluh? Tamadun silam telah melakukan pembedahan jantung? Tamadun silam menggunakan elektrik yang kini sudah tidak diketahui teknologinya untuk menerangi bandar-bandar mereka (fluoroscopy). Sebenarnya senarainya tidak mengenal tandus, dan ia menjurus kepada kewujudan satu tamadun hebat, dan bukti ini tidak lagi boleh dinafikan. Bukti arkeologi dan antropologi menunjukkan bahawa suatu kejadian besar telah berlaku di planet bumi di zaman silam. Suatu kejadian yang amat besar hinggakan ia telah memusnahkan hampir segala-galanya yang berada di permukaan bumi. Dari seluruh dunia, ciptaan-ciptaan silam yang dianggap “mustahil” telah muncul satu demi satu, dan sebahagiannya dari teknologi yang sama maju dengan apa yang ada pada kita sekarang ini. Hampir semua catatan kaum zaman silam menceritakan kisah yang sama, iaitu pupusnya “Zaman Emas” (Golden Age), dan bahawa satu malapetaka telah memusnahkan tamadun yang maju tersebut. Kajian masa kini mendapati bahawa catatan-catatan silam ini selaras dengan fakta yang sebenar”.

Sebuah tapak bernama Medzamor di Soviet Armenia telah dilaporkan dalam laporan saintifik yang diterbitkan pada tahun 1969. Ia adalah sebuah tapak yang menjadi bukti satu kemajuan teknologi silam yang misteri. Medzamor adalah sebuah tapak yang dipelopori oleh bijakpandai zaman silam. Mereka ini mempunyai ilmu pengetahuan tinggi dan layak dipanggil ilmu pengetahuan saintifik dan industri. Koriun Megurtchian dari Soviet Union telah menemukan sebuah kilang logam skala besar di tapak ini. Kira-kira 4,500 tahun lampau, satu kaum yang berteknologi tinggi telah menggunakan lebih 200 buah relau untuk menghasilkan berbagai pasu bunga, pisau, mata panah, cincin, gelang dan lain-lain lagi. Tukang-tukang di Medzamor memakai penutup mulut serta sarung tangan bila melakukan kerja-kerja membentuk berbagai bekas yang dibuat dari tembaga, lead, zinc, besi, emas, timah, manganese dan 14 jenis bronze. Mereka juga telah menghasilkan berbagai jenis cat metalik, seramik dan kaca. Pakatan saintis dari Soviet Union, Amerika, Britain, Perancis dan Jerman mengesahkan bahawa beberapa “tweezers” yang ditemui di sana telah dibuat dari besi (steel) bermutu tinggi dan ianya diambil dari lapisan bumi yang berusia 1,000 tahun SM.

Pada tahun 1965, seorang ahli arkeologi bernama Dragoslav Srejovic telah menemui binaan misteri di sebuah tapak yang sekarang ini dikenali sebagai Starveco, terletak di Sungai Danube, sempadan antara Yugoslavia dan Rumania. Apabila menggali tebing sungai Yogoslavia, pada mulanya Srejovic menemui sebuah jalan kaum Rom, di bawahnya pula terdapat serpihan-serpihan tembikar proto-Greek, di bawahnya lagi terdapat berbagai artifak Neolithic dan Mesolithic. Bila terus menggali, Srejovic bertemu pula sesuatu yang lebih mengejutkan, iaitu lantai simen. Lebih spesifik lagi, ianya adalah campuran batu kapur, pasir dan air. Simen ini dianggap oleh pengkaji sebagai satu kemajuan kimia dan binaan itu dianggap ribuan tahun lebih maju berbanding zamannya. Permukaan simen itu telah dibina dengan begitu teliti dan ia merupakan tapak asas binaan rumah-rumah. Srejovic mendapati bahawa tapak-tapak simen tersebut ada berlapis-lapis, menunjukkan bahawa bangunan-bangunan telah dibina dan dibina semula di situ untuk jangkamasa yang tidak diketahui. Namun terdapat satu persamaan iaitu arah rumah-rumah yang dibina kemudiannya adalah serupa dengan arah rumah yang dibina sebelumnya. Tamadun yang ada mempunyai persamaan dengan tamadun yang disangka paling awal iaitu di Timur Tengah yang hanya bermula beribu-ribu tahun setelah Starveco.

Pada tahun 1847 Henry Layard, seorang ahli arkeologi British telah menemui satu cermin optik ketika membuat penyelidikan di Nimrud, ibu negara Assyria. David Brewster seorang ahli fizik telah meneliti artifak itu dan memaklumkan pada tahun 1853 bahawa ia adalah cermin optik yang bagus buatannya. Sebenarnya terdapat 75 cermin optik seperti ini telah ditemui di kawasan-kawasan bermula dari tengah Turki membawa ke Crete hingga ke Troy.

Pada tahun 1956, sebuah kepingan kaca buatan manusia seberat 8.8 tan telah ditemui di Beth She’arim, barat-daya Galilee. Sebenarnya kaca seberat itu pun pernah dihasilkan di zaman moden, tapi amat jarang, dan jika dihasilkan pun, ia hanya untuk tujuan khas, contohnya untuk membina cermin teleskop yang amat besar. Malah telah ditemui juga dalam piramid Dahshur yang telah dibina oleh Snefru (2613-2498 SM), sebuah kepingan kaca berwarna ungu seberat 35 tan.

Kepingan tembikar (clay tablet) yang ditemui di Babylon telah mencatat mengenai ujian kehamilan. Ianya melibatkan proses memasukkan satu kapas yang berisi herba ke faraj wanita berkaitan, dan apabila dikeluarkan semula dan diletakkan larutan alum, maka kapas itu akan bertukar warna merah jika wanita itu sedang hamil. Kaum Maya di Amerika Selatan pula tahu bagaimana untuk menebuk (drill) gigi dan menampalnya menggunakan penampal logam.

Manusia telah menjahit pakaian mereka seawal 20,000 SM. Alat-alat yang mereka gunakan juga sudah ditemui. Kerja-kerja menggali tiga tapak perkuburan di Sunghir, Rusia pada tahun 1964 menunjukkan bahawa mereka yang ditanam di situ telahpun memakai topi, baju dan seluar. Kerja menggali sebuah busut zaman silam di Catal Huruk, tengah Turki telah menemukan sisa tekstil, dipercayai dari pakaian seorang gadis. Manusia yang tinggal dalam Gua Spirit di utara Thailand telahpun menanam kekacang dan sayuran lain sekitar 9,000 SM.

Teknologi melukis peta telahpun bermula sekurang-kurangnya 12,000 tahun lampau. Sebuah peta telah ditemui di Mezhirich, Ukraine pada tahun 1966 diukir di atas gading gajah purba (mammoth). Ianya berusia 10,000 SM dan ia menunjukkan sebuah sungai dengan sederetan rumah-rumah. Jag tembikar telah ditemui di Gua Ishigoya, di Honshu, Jepun. Usianya 10,000 SM. Lain-lain bekas tembikar juga ditemui di situ, dan usianya pula 11,000 SM. Boomerang adalah alat memburu yang mempunyai sifat unik dan aerodinamik, boomerang yang pertama ditemui telah berusia 21,000 tahun dan ianya ditemui di Poland, bukan di Australia.

Lampu minyak telahpun digunakan seawal 20,000 tahun lampau. Ia mungkin telah digunakan untuk menyuluh operasi pembedahan otak manusia, yang telahpun bermula pada zaman yang sama. Begitu juga penggunaan pelali (anesthetics) seperti penggunaan mandrake secara terkawal, yang akan menyebabkan pesakit tidak bergerak dan tidak merasa sakit.

Lombong tembaga (rujuk kisah Zulkarnain) zaman silam telah ditemui di Serbia, Lake Superior di California, Arkansas, New exico, Missouri, Illinois, Indiana, Georgia, New Jersey dan Ohio. Relau untuk mencairkan besi di zaman silam juga telah ditemui. Lebih menarik, manganese telah dilombong di Broken Hill, Zambia. Bukti “carbon dating” mendapati bahawa lombong ini telah berusia 28,130 tahun.

Ahli arkeologi yang menggali tapak di New Caledonia dan Isle of Pines di barat-daya Pasifik telah menemui lebih dari 400 silinder yang dibuat dari simen. Diameternya 40 hingga 75 inci, panjangnya hingga 100 inci. Silinder ini telah ditatah dengan silica dan kerikil besi. Kegunaannya tidak diketahui. Ujian karbon mendapati bahawa usianya sekitar 13,000 tahun.

Terdapat 170,000 batu saluran air bawah tanah di Iran. Terdapat pula satu tangki air di Sri Lanka yang mana keluasan permukaannya adalah sebesar Tasik Geneva. Yang terbesar dari sistem ini bernama Parakrama Samudraya atau Laut Parakrama. Ia adalah tangki air yang amat besar hinggakan biasanya ramai orang terkeliru kerana menganggapnya sebuah lautan. Pada tahun 1932 Kapten G.E.H. Wilson telah menulis mengenai satu tamadun silam di Rift Valley, Afrika Timur. Kesan-kesan tamadun ini merentangi Tanganyika, Ethiopia, Uganda, Kenya dan Utara Zimbabwe. Mereka ini ada membina terusan, sistem saliran, jalanraya dan telah juga memesongkan aliran air sebuah sungai.

Pada tahun 1940, Froelich G. Rainey dan Magnus Marks telah menggali tapak Neolithic berdekatan Ipiutak di Arctic Circle. Mereka menemui kesan 600 rumah, dan dijangka sebanyak 200 rumah lagi akan ditemui. Mereka telah menemukan sebuah metropolis zaman silam. Artifak dan kerja tangan yang ditemui di situ adalah bermutu tinggi. Mereka berpendapat bahawa manusia yang membina rumah-rumah ini bukanlah bangsa Eskimo tapi datang dari tempat lain.

Pada tahun 1988, penyelam-penyelam skuba diketuai oleh Kihachiro Aratake telah menemui struktur batu yang amat besar di dasar laut berhampiran pantai Yonaguni, barat-daya Okinawa. Struktur ini berada 75 kaki di bawah paras laut. Ianya 600 kaki panjang, 450 kaki lebar dan 90 kaki tinggi. Orang tempatan menganggap ianya adalah semulajadi. Profesor Masaki Kimura dari Universiti Ryuku, Okinawa telah meneliti struktur ini dan mendapati bahawa ianya mempunyai 5 lapisan yang jelas, dan memutuskan bahawa ia tentu telah dibina oleh manusia.

Saya boleh teruskan catatan-catatan penemuan teknologi silam ini, namun saya fikir cukuplah catatan-catatan di atas untuk berfungsi memperbetulkan persepsi kita yang mungkin menganggap manusia zaman silam itu adalah manusia “kuno”. Pada hemat saya, semuanya yang telah dicatat di atas dapat membuatkan kita merenung betapa lalainya kita dalam mengkaji makhluk yang bergelar anak-anak Adam ini. Semakin hari semakin banyaklah bukti yang akan terserlah. Itu sudah tentu.

Mari kita sama-sama renungkan mafhum firman Allah: Yusuf 012:109. Dan tiadalah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki dari penduduk bandar, yang kami wahyukan kepada mereka. Maka mengapa orang-orang (yang tidak mahu beriman) itu tidak mengembara di muka bumi, supaya memerhatikan bagaimana akibat orang-orang kafir yang terdahulu dari mereka? Dan (ingatlah) sesungguhnya negeri akhirat lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, mengapa kamu (wahai manusia) tidak mahu memikirkannya?

Sama ada anak-anak Adam zaman ini mahu percaya atau tidak, hakikatnya jelas, iaitu sebenarnya tamadun sentiasa lahir dan mati, kemudian diganti dengan tamadun yang lain. Malah, apabila kita sentuh tamadun sesuatu kelompok anak Adam, ianya bermula dari bawah, kemudian tamadun itu mengalami kemajuan yang pesat, lantas sebahagian orang dalam kelompok itu menemukan teknologi yang mampu memusnahkan, dan terjadilah peperangan yang dahsyat hingga melenyapkan tamadun tersebut bersama masyarakatnya dan ilmu-ilmu yang ada pada mereka. Sebenarnya sesuatu tamadun itu musnah kerana kederhakaan mereka terhadap Allah, sepertimana yang terjadi kepada kaum Luth, penduduk Pompeii, kaum ‘Ad, kaum Tsamud dan banyak lagi. Dalam artikel ini kita fokus terhadap kemajuan teknologi yang telah terdaya dicapai oleh sesebuah tamadun silam dan mengapa manusia zaman ini sukar percaya bahawa terdapat tamadun yang amat maju teknologinya di zaman silam.

Saya berpendapat bahawa antara dua tamadun yang bersilih-ganti, terdapat satu jangkamasa (period) kemuraman teknologi dan kemuraman ini mungkin berlangsung lebih dari 1,000 tahun. Maksudnya, tamadun yang baru lahir perlu bermula dari bawah, dan ini memerlukan masa yang agak lama. Olehkerana tamadun sebelum itu telah pupus bersama umatnya, generasi tamadun yang kemudian telah kehilangan bukti-bukti kewujudan tamadun silam yang maju itu. Akibat dari kecuaian untuk mengkaji tamadun-tamadun silam dengan bersumberkan agama, anak-anak Adam yang hidup di tamadun mutakhir menganggap umat zaman dahulu berfikiran kolot serta amat mundur. Maka timbullah anggapan bahawa semakin kita menggali sejarah, makin jelaslah bahawa manusia zaman silam itu mundur, hinggalah dianggap bahawa mereka hanya menggunakan batu sebagai senjata dan peralatan-peralatan. Apabila dilakukan kajian yang lebih terperinci, barulah manusia moden tahu bahawa sebenarnya sebelum mereka telah ada tamadun berteknologi tinggi, malah teknologinya lebih canggih berbanding yang ada pada mereka. Sebahagian dari pengkaji ini tidak mahu menerima hakikat ini (akibat pengaruh teori Darwin), lantas mencari “alasan” bahawa sebenarnya teknologi canggih zaman silam itu bukan dipelopori oleh anak-anak Adam di planet bumi tapi ianya telah diajar oleh “alien” dari “outer space”. Ini semua berpunca dari kelalaian manusia itu sendiri kerana tidak mengkaji apakah yang telah diberitakan dalam kitab-kitab terutamanya Al-Qur’an.

Antara detik ketika yang amat jelas terjadinya “sempadan waktu antara dua tamadun” ialah ketika berlakunya taufan atau banjir besar Nuh a.s. Dan jangan lupa, besar kemungkinan juga telah berlaku sekali lagi pemisahan tamadun ini apabila Zulkarnain membina tembok yang memisahkan kaum Yakjuj dan Makjuj dari penghuni atas muka bumi.

Bagi kes pertama, iaitu wujudnya “sempadan waktu antara dua tamadun” ketika berlakunya taufan Nuh a.s. kita dapat saksikan sekarang bagaimana manusia moden tidak dapat menjelaskan berbagai misteri di sebalik berbagai penemuan berkaitan teknologi silam. Contohnya, manusia moden tidak tahu mengapa dan bagaimana piramid dibina. Mereka juga jadi hairan bila menemukan berbagai lukisan atau artifak yang berbentuk pesawat-pesawat terbang dalam gua-gua yang diyakini tidak pernah didatangi apatah lagi dihuni oleh manusia moden. Mereka hairan lagi bila menemukan bangunan-bangunan teguh lagi canggih yang telah tenggelam di dasar-dasar laut. Bahkan mereka hairan bagaimanakah umat terdahulu membina tembok-tembok batu dengan memotong batu-batu besar sebegitu jitu, dan bagaimanakah batu-batu itu dilekatkan antara satu sama lain. Sebahagian pengkaji mengambil jalan mudah dengan memberi alasan bahawa itu adalah “teknologi dari angkasa lepas”.

Bagi kes kedua, iaitu terbinanya tembok pemisahan tamadun antara kaum Yakjuj Makjuj dan anak-anak Adam yang berada di atas muka bumi, ianya berlaku mungkin sekitar 1,000 hingga 2,000 tahun setelah taufan Nuh a.s. Pada hemat saya, bagi kes pertama, mungkin kesemua umat silam berteknologi tinggi itu telah pupus kerana banjir Nuh a.s. telah menenggelamkan kesemua daratan dan “mungkin” juga mana-mana tempat kediaman di bawah bumi. Saya catat “mungkin” setelah mengambilkira berita mengenai “dabbatul ‘ard” iaitu binatang-binatang besar (sebagaimana dinosaur) yang akan muncul ke permukaan bumi di akhir zaman. Mungkin tidak meleset jika saya catat di sini bahawa dalam kes kedua ini, ada sebilangan kecil dari kaum Yakjuj dan Makjuj ini yang sekali-sekala datang ke permukaan bumi melalui jalan-jalan yang masih tidak diketahui oleh kita semua. Tapi mereka ini datang ke permukaan bumi hanya dalam tempoh yang singkat untuk tujuan tertentu, contohnya untuk mencuri sesuatu, atau menculik haiwan atau manusia, dan beberapa tujuan lain yang tidak kita ketahui. Tapi di manakah lubang-lubang tempat keluar-masuk kaum Yakjuj dan Makjuj ini? Sudah pasti bahawa lubang utama tempat mereka datang ke permukaan bumi telah ditembok oleh Zulkarnain. Namun mereka mungkin punya lubang-lubang lain untuk keluar, dan ini hanya diketahui oleh segelintir dari mereka. Mungkin yang segelintir ini adalah dari golongan yang paling maju teknologinya berbanding yang lain, dan mereka mempunyai pesawat-pesawat terbang yang canggih.

Ada juga pendapat yang menyatakan mungkin kaum Yakjuj dan Makjuj ini telah dikepung dengan tembok dan mereka sebenarnya berada di dimensi lain, bukan di alam nyata. Saya berpendapat bahawa mereka ini adalah makhluk alam nyata, dan kaum Yakjuj dan Makjuj adalah anak Adam a.s., bukan dari golongan jin. Mereka hidup beranak-pinak sebagaimana anak-anak Adam di permukaan bumi, tapi mungkin rupa mereka agak berlainan kerana beberapa faktor. Pertama kerana makanan yang mereka makan adalah terdiri dari haiwan atau tumbuhan yang kurang mendapat cahaya matahari. Kedua kerana faktor oksigen dan kandungan galian yang terdapat pada air yang ada di bawah bumi. Andai ditemui makhluk yang botak, atau tiada berbulu roma, matanya agak besar, kulitnya agak kehijauan, maka ada kemungkinan mereka ini datang dari satu tempat yang jarang terdedah kepada cahaya matahari dan mungkin inilah gambaran kaum Yakjuj dan Makjuj yang masih menjadi misteri hingga ke saat artikel ini ditulis. Telah banyak laporan (sama ada benar atau tidak, sukar untuk ditentukan) terserempaknya anak-anak Adam di atas muka bumi ini dengan makhluk yang seperti itu (digelar Grey). Mereka ini didakwa datang menaiki pesawat-pesawat terbang. Pesawat-pesawat terbang ini (kebanyakannya berbentuk piring terbang atau curut) biasanya dilihat berlegar-legar di sekitar empangan air, sungai atau laut, dan ianya boleh terbang dengan amat laju. Ada yang melihatnya masuk ke dalam laut, dan muncul dari dalam laut. Ini semua perlukan kajian yang selanjutnya dari pakar-pakar.

Apa pun rupa kaum Yakjuj dan Makjuj tidaklah sepenting hakikat bahawa mereka ini benar-benar wujud. Malah, hampir pasti bahawa mereka inilah yang selama ini didakwa oleh Barat sebagai “extra-terresterials” atau makhluk dari angkasa lepas jika benar kisah-kisah “close-encounters” ini berlaku. Apa yang mereka makan ketika berada di bawah tanah juga bukan persoalan yang boleh menyebabkan kita menjadi golongan skeptik. Ini kerana dalam bumi sendiri terdapat cukup banyak makanan yang boleh dimakan. Cacing, sebagai contoh, adalah salah satu makanan yang dianggap berkhasiat untuk manusia, dan ia telah dicatat dalam kitab-kitab lama. Cuma kita sebagai Muslim di atas muka bumi mempunyai pilihan makanan-makanan yang jauh lebih menyelerakan dan suci, bukan semata-mata bersih.

Besar kemungkinan bahawa kaum Yakjuj dan Makjuj adalah saki-baki keturunan anak Adam yang masih mewarisi sebahagian besar dari teknologi tamadun maju sebelum berlakunya taufan Nuh a.s. Dengan menggunakan teknologi-teknologi tersebut mereka telah melakukan banyak kerosakan di muka bumi pada zaman silam dan mereka masih membangunkan teknologi hingga ke saat ini. Untuk memahaminya kita boleh kiaskan dengan apa yang kita lihat dilakukan oleh Amerika pada waktu sekarang. Mungkin inilah gambaran yang dilakukan oleh kaum Yakjuj dan Makjuj ke atas kaum yang meminta pertolongan dari Zulkarnain agar dibina tembok pemisah tersebut. Kini kaum Yakjuj dan Makjuj mungkin masih melakukan kerosakan di bawah bumi, cuma kita mungkin tidak tahu bahawa mereka yang menyebabkan berlakunya sesetengah gempa bumi dan tsunami di permukaan bumi akibat ledakan bom atau ujian-ujian senjata yang mereka lakukan di bawah sana.

Untuk renungan bersama: Yunus 010:13. Dan sesungguhnya Kami telah membinasakan umat-umat yang terdahulu daripada kamu semasa mereka berlaku zalim padahal telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka membawa keterangan-keterangan dan mereka masih juga tidak beriman. Demikianlah Kami membalas kaum yang melakukan kesalahan.

Wallahua’lam.


Artikel asal korang boleh baca di irwan007.wordpress.com/




Komen dariku;

Aku juga terfikir gak mungkin makhluk Alien, yakni yang datang dari luar bumi itu sebenarnya tidak ada. Yang ada hanyalah makhluk super genius berasal dari planet bumi juga. Dan makhluk super genius itu mungkin darahnya bercampur manusia + jin, atau manusia + iblis, atau ketiga2nya sekali... Ini cuma tiori aku aje ar.. :)




Dibawah ini pula adalah komen seterusnya dari para pembaca blog tersebut;

>>>>>>>>DAJJAL TERLEPAS DARI RANTAI IKATANNYA

Kekasih Allah ialah Nabi Muhammad saw. Tiba-tiba ada satu hari Dajjal bangun dari tidurnya, dia lihat rantai yang mengikat kedua tangan dan kakinya sudah cair bagaikan garam terkena air. Besi yang mengikatnya menjadi karat seakan-akan berumur 63 tahun, yang merupakan keseluruhan umur Nabi Muhammad saw.

Dajjal yang mengaku diriya sebagai tuhan baru ini mendapati dirinya bebas dari ikatan yang pada dulunya amat kuat itu. Tiba-tiba binatang berbulu lebat itu berada di hadapannya dan berkata/’Selamat tinggal, wahai orang yang paling jahat di muka bumi. Engkau menuju ke dunia yang penuh kepalsuan, sementara aku menujur kepada kerajaan Allah. Tuhanku, Tuhanku dan Tuhan bagi segala-galanya. Aku menuju Barzakh yang hanya diketahui oleh Allah swt.” “Ke mana?” tanya Dajjal “Apakah engkau tidak ingat? Sesungguhnya ajalku akan tiba apabila sampai waktu untuk engkau Keluar! Saat engkau keluar bersama dengan tenggelamnya pulau ini. Keluar menuju dunia yang fana. Segala ukuran adalah milik Tuhan semesta alam ini, yakni Allah. Tiada tuhan selain Dia. Sementara itu, engkau hanya seorang hamba yang diciptakan.

Engkau telah memilih qadarmu sendiri. Laknat Allah akan menimpa ke atasmu dan atas orang yang melindungimu di rumahnya.” Binatang itu pun pergi ke hutan belentara. Dan Dajjal yang sesat itu menaiki perahunya ke negeri baru yang belum pernah dia dengar dan sampai sewaktu di zaman Fir’aun sebelum Nabi Musa.>>>>>>>
>>>>>>>http://tawakkaltu.blogspot.com/2007/09/dajjal-terlepas-dari-rantai-ikatannya.html



najmuddin says:
assalamulaikum.saya ni bukan apa, saya amat berminat dengan perkara2 macam nih,lagi2 yang berkaitan dengan teknologi.saya boleh bersetuju jika teknologi itu datangnya dari manusia pada zaman dulu.tapi kalau teknologi itu asalnya dari yakjuj makjuj saya tak boleh nak terima.kenapa pula yakjuj makjuj.padahal Allah AzzaWajjalla telah pun berfirman dalam al-quran bahawa yakjuj dan makjuj akan keluar dari seluruh pelosok dunia melalui tempat2 yang tiggi.jika begitu yang termaktub dalam al-quran.kita sebagai manusia tidak boleh menafikannya.ada bantahan?
lagipun dalm al-quran pun ada termaktub bahawa yakjuj dan makjuj akan muncul pada akhir zaman

saya pun percaya bahawa ada makhluk lain yang sama2 menetap di alam semesta ni yang besar ni.kita tak boleh nak menafikan ni sebabnya kita punya ilmu terhad.cuba kita fikirkan balik. mungkin makhluk yang digelar alien tu pun menyembah Allah seperti kita .tapi teknologinya mendahului kita.saya rasa juga mereka tidak sempurna seperti kita kerana kitalah makhluk Allah yang paling sempurna sekali.

ada kemungkinan ufo yang banyak dilihat di barat tu datang sebab nak tengok setiggi manakah teknologi yang telah kita kecapi.
saya bukan apa, saya ingin menyuarakan pendapat saya yang tak ada sorang pun yang nak dengar waktu saya bercerita mengenai ufo di sekolah
saya juga telah memebaca sebuah buku mengenai dajjal.dalam buku tu terkandung yang ufo mungkin salah satu daripada fitnah dajjal.semua yang melalui segi tiga bemuda akan disedut.mungkin itu salah satu agenda dajjal untuk mengelirukan umat manusia
ustaz saya pun pernah cakap yang teknologi jin tu 1000 tahun lebih maju daripada kita.dalam banyak2 jin, jin ifrit la yang paling pintar


aiza says:
salam,saya tidak terkejut dgn rencana di atas.mmg benar apa yg diutarakan mengenai tamadun yg musnah dan akan wujud tamadun yg lain selepasnye dan begitula seterusnya.kite akan melalui seperti tamadun terdahulu kerana kemungkaran yg dilakukan manusia terhadap Allah SWT. baru2 ni suami saya ada bercerita berkenaan tamadun ini.



xde alien..Allah telah berfirman:Tidak Aku ciptakan Jin dan Mnusia melainkan untuk beribadat kepadaKu..
Ader Allah sbut makhluk lain mksudnye ALIEN..xde kan..Die pencipta,Die pentadbir,Dia lah Raja Segala Sesuatu..Dia lebih mngetahui yg ader di dlm terang,di dalam gelap..pndanglah pada realiti..Yakjud n Makjud itu anak2 adam A.S..lihat hari ini..Bangsa apa yg tidak terkalah,Tamadun apa yg mengusai dunia sehgga tidak ad yg dapat mnjatuhkan..Lihat Bnagsa apa melakukn kerosakan di sana sini..Bangsa apa yg membunuh sana sini..Merosakkan Alam,,Mencetuskan Perang..Pertumpahan Darah..Merosakkn gunung..Mncemarkan air di muka bumi,Merosakkn hutan..Dan bangsa apa yg mengunakan tasik galilee hari ini..dlm istilah lain..meminum tasik galilee shgga kering..Kerajaan Zionis mngunakan tasik itu bgi mnghijaukn padang pasir di israel..paras tasik Galilee semkin lama smkin rendah..Buknkah apabila yakjud makjud mncul ..Mereka akn minum tasik tersebut..Lihatlah hari ini.


suib says:
kita cuma manusia biasa. kita mempercayai apa yang nyata atau yang tidak memeningkan kepala. Sains dan ugama adalah dua dunia yang berbeza. Manusia diberi akal dan fikiran.Menyembah allah ialah satu agama dan mencipta ialah sains dan fizik. Bumi berusia 150 billion tahun. Tuhan telah mencipta makhluk awal dan makhluk akhir. Tuhan telah mencipta langit dengan seluas-luasnya dan bumi yang sekecil-kecilnya dan menaburkannya dengan makhluk merata. Perkataan Alien itu ialah sebenarnya makhluk. Sekiranya anda diberi oleh allah umur yang sepanjang-panjangnya dan pesawat yang selaju-lajunya untuk mencari penghujung langit sudah tentu anda tidak akan menjumpainya melainkan allah. Allah mencipta kita untuk menyembahnya. Manusia tercipta bersama-sama sains.


rimau_malaya says:
Salam kepada semua yang telah memberikan komen di atas. Saya tertarik dengan topik yang di bincangkan mengenai teknologi pada zaman dahulu. Di sini saya ingin berkongsi dengan semua mengenai teknologi zaman Nabi Sulaiman. Pernahkan anda mendengar kisah istana Balqis yang ingin di pindahkan oleh Nabi Sulaiman? Dalam surah An-Namli, ayat 38-40

“Hai pembesar-pembesar siapakah diantar kamu sekelian sanggup membawa singgahsananya kepada ku sebelum mereka datang kepada ku sebagai orang-orang yang berserah diri.”

“Berkata Ifrit (yang cerdik) itu dari golongan jin, aku akan datang kepada ku dengan membawa singgahsana itu kepada mu sebelum kamu berdiri dari tempat dudukmu; sesungguhnya aku benar-benar kuat untuk membawanya lagi dapat dipercayai. Berkatalah seorang yang mempunyai ilmu dari al-Kitab; “Aku akan membawa singgahsana itu kepada mu sebelum matamu berkedip.”

“Maka tatkala Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di hadapannya, ia pun berkata; “Ini termasuk kurniaan Tuhanku untuk menguji aku, apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan nikmat-Nya) . Dan barang siapa bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri. Dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia.”

Di sini dapat di lihat bahawa Nabi Sulaiman bertanya dengan bersahaja kepada pembesar atau pegawai kerajaannya pada waktu itu. Tidak ada sebarang perancangan yang terperinci yang berlaku pada waktu ini.Pada mulanya Ifrit memberitahu Nabi Sulaiman bahawa beliau boleh membawa istana itu pada kadar sebelum Nabi Sulaiman berdiri dari tempat duduk beliau. Tetapi seorang imuwan dan ahli kitab menyatakan bahawa beliau iaitu Asif Bin Barqiya boleh memindahkan istana Balqis pada kadar sekelip mata.Jika dilihat semula, Asif Bin Barqiya dengan yakin dan bersahaja mengatakan beliau boleh memindahkan istana Balqis itu pada kadar yang amat pantas. Jadi, apa yang saya boleh katakan bahawa teknologi pada zaman Nabi Sulaiman telah melangkaui teknologi yang kita kecapi pada masa kini. Ada yang mengatakan bahawa Asif Bin Barqiya hanya menggunakan niat tetapi niat yang berkaedah iaitu menggunakan cara atau kaedah. Jika Asif Bin Barqiya hanya menggunakan niat, tentu Nabi Sulaiman sendiri boleh melakukannya kerana Nabi Sulaiman adalah tinggi darjatnya di sisi ALLAH SWT jika di bandingkan dengan Asif Bin Barqiya. Pada hari ini, saintis sibuk untuk mencari atau meniru kaedah yang dilakukan oleh Asif Bin Barqiya iaitu teleportasi. Saintis menamakan projek ini sebagai Philadelphia Experiment. Mereka mengatakan projek ini berjaya tetapi itu hanyalah propaganda semata-mata kerana ia tidak berjaya langsung.

Merujuk kepada surah Al-Furqaan ayat 44,

(Setelah itu) dikatakan kepadanya: “Dipersilakan masuk ke dalam istana ini.” Maka ketika ia
melihatnya, disangkanya halaman istana itu sebuah kolam air, serta dia pun menyingsingkan
pakaian dari dua betisnya. Nabi Sulaiman berkata: “Sebenarnya ini adalah sebuah istana yang
diperbuat licin berkilat dari kaca”. (Mendengar yang demikian), Balqis berdoa: “Wahai
Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri dan (sekarang aku menegaskan
bahawa) aku berserah diri memeluk Islam bersama-sama Nabi Sulaiman, kepada Allah Tuhan
sekalian alam ”

Di sini kita dapat lihat bahawa teknologi kaca pun sudah ada pada zaman Nabi Sulaiman. Jadi teknolgi yang kita kecapi pada hari ini tidaklah sehebat jika dibandingkan dengan kaum yang terdahulu seperti kaum A’ad dan Thamud. Maha Suci ALLAH.

Pada pendapat saya, kisah sejarah yang kita belajar pada hari ni telah dirosakkan oleh kaum yang tidak bertangungjawab dan tidak ingin mempercayai kewujudan ALLAH SWT.

Wallahu’alam.


Jika korang nak tambah lagi pengentahuan berkenaan perkara ini boleh lah korang baca di blog redzuan-ridz.blogspot.com/

Sekian. Wassalam.

Maha Suci Allah SWT.....!


c**^^** **^^** **^^** **^^**   Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..

8 ulasan:

  1. Assalamualaikum,

    kepada najmudin, (org pertama yg komen)

    Jika Yakjuj Dan Makjuj dikatakan mll hadis turun dr tempat yang tinggi, maka perlu kita ingat mereka mungkin turun dari langit bukannya datang dari tanah.
    Mereka akan datang ke bumi apabila sudah tidak ada azan dilaungkan. Maka sbab itulah mereka menggunakan UFO untuk turun ke bumi. "Ingatlah ketika mereka (yakjuj Makjuj) mengorek, selepas datangnya malam maka mereka pun berkata bahawa mereka akan menyambungnya esok. Namun apabila mereka datang semula tempat yg dikorek mula tutup semula. Apabila sampai janji Allah, selepas mereka mengorek dan mereka mengatakan insyaallah kita akan korek semula besok. Dan apabila menjelang esoknnya. Maka mereka pun mendapati lobang tersebut masih terbuka maka mereka pun meneruskan perjalannannya. Apabila mereka datang, mereka datang dari tempat yang paling tinggi dengan banyaknya, 1 manusia di bumi sama seperti 1200 yakjuj makjuj. Mereka melakukan kerosakkan di muka bumi allah.

    Mungkin mereka sedang mengorek Black Hole (lubang Hitam) atau mencari dan mengorek lubang ke dimensi kita ini.

    Dan kepada tuan punya blog. Sebagai panduan ok. sebenarnya manusia tidak dapat berjimak dgn jin atau iblis. Sebab? Allah tidak akan memberi kita nampak rupa jin atau iblis kerana itu adalah janji yg diminta oleh para jin dan iblis supaya tidak dapat dilihat oelh mata manusia. Ingatlah Allah tidak memungkiri janjiNya. Yang kita tengok hantu adalah jelmaan mereka dalam bentuk solid seperti guna topeng dan sbginya.

    Seperti Aiza diatas mengupas firman allah : Allah telah berfirman:Tidak Aku ciptakan Jin dan Mnusia melainkan untuk beribadat kepadaKu.. Ya mmg benar hanya makhluk yg di hisab amalnnya adalh jin dan manusia. Jika korg kata alien tu jin maka korg salah sebab Manusia sampai akhir zaman pun tidak akan dapat melihatnya kecuali org yg dikehendaki spt Nabi Sulaiman AS ( Wallahualam, samada baginda pernah melihatnya atau tidak.)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikum Salam saudara Siv5515, terimakasih di atas komen yang bernas ini. Sangat bagus untuk orang2 yang pakar dalam bidang sains angkasa membuat kajian lanjut.. Perihal Black Hole ni rasanya masih lagi banyak misterinya.. Perihal Alien dianggap Jin yang saudara kata tak betul tu, saya setuju..

      Di kesempatan ini saya teringin nak tahu pendirian saudara berkenaan teknologi canggih manusia silam, adakah saudara setuju dengan teori ini yang mana dengan teori ini telah menafikan teori yang mengatakan ianya adalah teknologi dari luar planet bumi atau dengan kata lain teknologi yang diperkenalkan Alien? (kerana ada disebutkan dalam banyak artikel, orang2 dizaman itu berkata, ada 'dewa' sekian2 telah membawa mereka ke suatu
      tempat dengan menaiki pesawat terbang yang cangih.. Maka persoalanya, siapa 'dewa' yang dimaksudkan tu? Atau perkataan 'dewa' ni mungkin hanya tokok tambah dari penyokong2 teori 'Alien' saja kut?)
      Jika saudara membaca komen balasan dari saya ini, sudi2kanlah berkongsi pendapat ya..

      Wassalam.

      Padam
    2. Oh ya, ada seperkara lagi saudara Siv5515, berkenaan komen saudara yang ni;


      "Dan kepada tuan punya blog. Sebagai panduan ok. sebenarnya manusia tidak dapat berjimak dgn jin atau iblis. Sebab? Allah tidak akan memberi kita nampak rupa jin atau iblis kerana itu adalah janji yg diminta oleh para jin dan iblis supaya tidak dapat dilihat oelh mata manusia. Ingatlah Allah tidak memungkiri janjiNya. Yang kita tengok hantu adalah jelmaan mereka dalam bentuk solid seperti guna topeng dan sbginya."

      Saya pernah dengar seorang gadis yang dikahwinkan dengan pemudi 'bunian', kejadian di Pantai Remis, Perak pada tahun 80an lalu, berita ni masuk akhbar tabloid yang saya dah lupa namanya, mungkin cerita bohong. Berita kedua, Dalam 'siri bercakap dengan Jin', Tamar Jalis mendakwa, datuknya tu ada isteri nombor dua yang asal dari makhluk Bunian. Mungkin sekadar nak kasi syiok cerita siri tu kut.. Berita ke tiga, Muhammad Isa Dawud mendakwa boleh bercakap dengan Jin, jika dah becakap tu, mungkin boleh tengok Jin gak kut? Seterusnya, seorang wanita yg terkenal dengan gelaran 'bomoh kuning' mendakwa berkahwin dengan lelaki bunian. Kejadian di Siputeh, Perak. Bukti, ibu saya dan saya sendiri pernah dengar suara lelaki bunian tersebut yang dijangka berada disebelah wanita tersebut.. Kejadian berlaku pada tahun 1985 lalu ketika saya berumur 18 tahun. (maaf ya kejadian ni ketika saya berada dizaman 'jahiliah' dulu.. )

      Maka kesimpulannya, mungkin ada tambahan pada ayat saudara diatas tu yakni, "kecuali kepada manusia2 yang kami ingin melihatnya.." maka Allah SWT pun izinkan. (oh ya ada tak sumber ayat2 yg saudara tulis ni?)

      Jadi soalan dari saya untuk saudara, apa pendapat atau teori saudara berkenaan hal ini?

      Ok lah ini saja, harap kita dapat berdiskusi dengan baik dan semoga bermanafaat buat semua yang membaca artikel ni..

      Padam
  2. TAMBAHAN ;

    Sebenarnya ada banyak kisah2 manusia berkahwin dengan bunian ni.. Adakah Bunian ni termasuk dalam golongan Jin? Atau mungkin kah mereka tu adalah satu golongan manusia misteri?? Sebab ramai juga yang menyebutnya sebagai 'orang bunian'...

    PEMBETULAN;
    Maka kesimpulannya, mungkin ada tambahan pada ayat saudara diatas tu yakni, "kecuali kepada manusia2 yang kami benarkan mereka melihat akan kami.." maka Allah SWT pun izinkan. (oh ya ada tak sumber ayat tulisan saudara yg telah saya petik kat atas tu?)

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum,

    Pd Pndpt saya,

    Manusia tlh dianugerahkn akalfkran utk kita gunakn ktka hdup didunia.
    Sy amt stuju bhwa manusialah yg mmbina tek. tsbut.

    Kenapa?
    Utk mmudahkan kita hidup didunia. Spt org Melayu, dikatakn Pelaut terhebat didunia.
    Smuanya dinyakan oleh manuskrip lama Cina,India,Mesir, bhkan penjajah Portugis.Org Melayu
    amat hebat membina meriam, namun skrg diseleweng kita berperang guna keris shja. Apa ini smua.
    Itulah yg saya bljar ktika mghadapi ujian SPM. Dgn idead2 mengarut maka saya mendpt A dlm matapljran Sejarah.
    Buktinya org melayu slalu main bedil ketika raya bg mngenang ilmu kita yg lama ditinggalkan. Congkak pulak umpama kapal
    @ sampan bg memberi clue bgmana sifat kita skrg.

    Sebenarnya apa yg ingin disampaikan org2 dulu amat berbeza.
    Apabila saintis mula mentafsir, mrka katakan org dulu dibantu gol dewa.
    Namun sbnrnya org dulu ingin katakan bhwa mrka tlh membina pesawat canggih krna mrka mahu generasi slps itu
    tahu org dulu sudh pandai mmbina kapal terbang. Mrka pernah ke bulan,marikh dan sbgnya. Namun apabila Ribut Geomatrik
    yg baru2 ini mula melanda kita kembali stlh kian lama mnyepi,maka tidak ada gunalah ciptaan mrka lagi.

    Jika kita hncur dan sbgnya. Dan Andainya masih adalagi peradaban baru akan muncul. Adakah apabila mrka melihat bangunan tinggi kita itu
    kita bina dgn mndapat bantuan org2 Alien. Sbb apabila mrka lihat mainan patung power rangers,robot transformers,Patung Liberty city (seolah2 obor2 itu membawa maksud
    org dilangit / luar angkasa membwa cahaya bg penduduk bumi), sudah pasti mrka ingat kita jadi moden akibat mendapat pertolongan alien.

    Berkaitan Jin Pulak,
    Muhammad Isa Dawud ada bercakap pasal Jin. Saya telah khtam membaca tulisannya (he2 biasalah darah masih muda). Beliau menyebut dia berinteraksi dgn kaedah islam.
    Iaitu dgn merasuk jin itu ke dlm bdn manusia, maka interaksi pun bermula. Jin yg berinteraksi Dgn Muhammad Isa Dawud
    itu sendiri menyatakan bhwa air mani manusia akan mati apabila bercampur dgn mrka punya. Oleh itu, bcalah bismillah sblm berjimak dikhuatiri akn berlakunya hal sedemikian.

    Pasal kahwin tu Wallahualam. Hanya Allah SWT saja tahu. Sbb ada juga manusia terlalu taksub spt baru2 ini kahwin dgn mayatlah,kahwin dgn
    ssma jenis (gay @ lesbian),kahwin dgn anjing pun ada. Namun tidak slh dikatakan perkataa taksub itu masih tebal didlm manusia. Skrg anak2 mudi org
    melayu taksub dgn lagu2 korea,drama,movie dan sbgnya hingga suka pakai bju meraka pun ada (yang hanbok tu) adus2.

    Pasal suara tu pun ada juga benarnya tp mungkin sbg kwn buknya suami kpd wanita tersebut. Jwpannya hanya Allah saja tahu. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikum Salam.

      terimakasih saudara Siv5515 kerana sudi menjawab pertanyaan saya. Segala penjelasan dari saudara amat berguna bagi saya dan pembaca2 yg lain.. Semoga bermanafaat..

      Sudi2lah datang lagi ya.. meskipun blog ni hanya di kemas kini jarang-jarang sekali.. hehee..

      Wassalam.

      Padam
  4. panjangnya artikel teknologi zaman dulu..adakah mungkin orang islam dapat menguasai semula semua teknologi tu pada zaman sekarang?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalam saudara @ROJAK, ya panjang ni, rajin2lah membaca ya krn membaca tu jambatan ilmu :)

      Kesemua teknologi canggih yg pernah dicapai oleh umat dahulu tu insyaAllah akan dapat dicapai semula umat manusia zaman kini tetapi bukan oleh orang islam tetapi oleh Dajjal laknatullah bersama kuncu2nya.. KIni telah terbukti dgn terbinanya teknologi HAARP, adalah singkatan dari High Frequency Active Auroral Research Program sebuah alat pengubah cuaca milik AS dan bukan itu saja, ada banyak lagi..

      Namun ketahuilah orang Islam tak perlukan semua ni, kerana kita ada teknologi lebih canggih dan hebat lagi mengatasi semua teknologi2 tersebut yakni teknologi zikir dan doa.. InsyaAllah..

      Padam

Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, terimakasih saya ucapkan kerana telah sudi meluangkan masa di sini, semoga kehadiran kalian berakhir dengan manafaat. Walau bagaimanapun, saya tetap insan yang lemah, segala kesilapan saya silalah ditegur, dikritik dan dinasihati ..

Ikutiku di Twitter

Related Posts with Thumbnails