Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

PeNGiKuT NaN SeTia..

Isnin, 5 Disember 2011

Dia.. yang TERAKHIR keluar dari NERAKA....!



saudara-saudaraku sekalian. Apa khabar korang semua? Harapanku semuanya sentiasa berada di dalam Pemeliharaan Pemelihara kita yang Maha Agong.. Pada artikelku kali ini aku hendak ketengahkan sebuah hadis yang kupetik dari kitab mukhtabar Sahih Al Bukhari berkenaan dengan 'dia yang terakhir keluar dari neraka'..


Diberitakan oleh Abu Hurairah ra bahawa ramai orang bertanya kepada Rasulullah saaw, tanya mereka, "Dapatkan kami melihat Tuhan kita nanti di hari kiamat?"




Jawab Nabi, "Masih sangsikah kamu untuk dapat melihat bulan purnama pada malam empat belas yang tak berawan."




Jawab mereka, "Tidak ! Ya Rasulullah !"




Tanya Rasulullah, "Masih sangsikah kamu untuk dapat melihat matahari di tengah hari yang tidak berawan?"




Jawab mereka, "Tidak!"




Sabda Nabi saw, "Sesunguhnya kamu akan melihat Allah (Tuhanmu) seperti itu. Pada hari kiamat itu akan dikumpulkan seluruh manusia. Lalu Allah berfirman, 'Siapa yang menyembah sesuatu (selain aku), maka ia hendaklah mengikut sembahannya itu.'




Di antara mereka itu ada yang mengikut matahari, ada yang mengikut bulan, ada yang mengikut bermacam-macam thagut (berhala).




Maka tinggalah umat Islam, termasuk orang-orang munafik.




Allah akan datang kepada mereka dan berfirman, 'Aku adalah Tuhanmu!'




Jawab mereka, 'Kami akan tetap di sini sampai tuhan kami datang. Apabila tuhan kami datang, kami akan mengenalNya.'




Maka datanglah Allah kepada mereka lalu berfirman, 'Aku tuhanmu !'




Jawab mereka, 'Ya, Engkaulah tuhan kami.'




Allah akan memanggil mereka dan sebuah jambatan akan dibentangkan merentasi neraka jahanam. Aku (Muhammad) adalah orang pertama di antara para rasul beserta umatnya yang mula-mula melintasinya. Tidak seorang pun di kala itu yang berkata-kata kecuali doa para rasul. Doa

mereka ketika itu adalah 'Ya Allah ! Selamatkan ! Selamatkan !'(Allahuma salim salim )"




"Di dalam mereka jahanam itu terdapat kaitan-kaitan seperti duri kayu Sa'dan. Tahukah anda duri Sa'dan itu?"




Jawab orang ramai, "Tahu !"




Sabda Nabi saw, "Rupanya seperti duri kayu Sa'dan tetapi besarnya hanya Allah saw sahaja yang tahu. Manusia akan terkait kerana amalnya. Di antaranya ada yang jatuh terkait sesuai dengan amalnya, tetapi ada pula yang terkait sedikit saja, kemudian terlepas."




"Apabila Allah SWT, menghendaki akan rahmat kepada penduduk neraka, maka disuruhNya malaikat mengeluarkan orang-orang yang pernah menyembah Allah. Mereka segera mengeluarkannya, yang masing-masing didahinya dengan tanda-tanda sujud. Allah SWT mengharamkan api memakan tanda bekas sujud. Maka keluarlah mereka dari neraka. Seluruh tubuh anak adam akan dimakan api kecuali bekas sujud."




"Para malaikat mengeluarkan mereka dari neraka dalam keadaan hangus. Lalu menyiram mereka dengan air kehidupan. Maka tumbuhlah badan mereka seperti tumbuhnya benih di tanah bekas banjir."




"Setelah Allah SWT mengadili mereka masih ada ketinggalan seorang antara surga dan neraka. Dialah orang terakhir dari isi neraka yang akan masuk ke dalam syurga."




"Dikala mukanya menghadap ke neraka dia berdoa, 'Wahai tuhanku ! Palingkanlah mukaku dari neraka ini. Baunya sungguh menyakitkan aku, dan panasnya membakarku.'




Allah bertanyanya, 'Sekiranya permintaanmu Aku kabulkan, apakah engkau hendak meminta lagi yang lain.'




Jawabnya, 'Demi kebesaran Engkau, tidak akan kuminta lagi.'




Maka diperkenakan oleh Allah permintaan tersebut dengan perjanjian tersebut. Lalu dipalingkan Allah mukanya dari neraka.




Tetapi setelah mukanya dihadapkan ke syurga dan dilihatnya keindahan syurga, diamlah ia seketika. Kemudian ia berdoa'a pula, 'Ya Tuhanku, bawalah aku ke dekat pintu syurga.'




Allah bertanya, 'Bukankah engkau telah berjanji denganKu, yang engkau tidak akan membuat permintaan lagi?'




Jawab orang itu, 'Wahai, tuhanku ! Jangan jadikan aku makhluk yang paling malang.'




Jawab Allah, 'Sekiranya permintaanmu Aku kabulkan, apakah engkau hendak meminta lagi yang lain.'




Jawabnya, 'Tidak ! Demi kebesaranMu, aku tidak akan meminta yang lain lagi."




Lalu diperkenankan Allah permintaannya dengan perjanjian, dan dia dibawa ke pintu syurga.




Setelah sampai di pintu syurga, dia terlihat keindahan syurga, kegemilangan dan kegembiraan yang ada di dalam syurga. Dia terdiam pula seketika.




Kemudian dia bermohon pula, 'Wahai, Tuhanku ! Masukkanlah aku ke dalam syurga !'




Kata Allah, 'Kasihan kamu, hai anak Adam! Alangkah penipunya kamu ! Bukankah kamu sudah berjanji tidak akan meminta lagi setelah kamu peroleh.'




Jawabnya, 'Ya tuhan ! Janganlah kiranya aku dijadikan maklhluk yang paling malang.'




Allah 'Azza wa Jalla tertawa mendengar ucapannya itu. Kemudian Dia mengizinkannya masuk ke syurga.




Berkata Allah, 'Mintalah segala yang kamu inginkan.' Lalu dia memohon segala yang diinginkannya sehingga puas. Kemudian Allah berfirman, 'Mintalah tambahan ini dan itu.'




Diingatkan oleh Allah kepadanya berbagai macam keinginnya sampai dia puas.




Firman Allah pula, 'Semua ini untukmu dan ada lagi tambahannya sebanyak itu pula.'"










Petikan dari Sahih Bukhari : kitab Azan







--







Dia yang terakhir keluar dari neraka.. Tentunya dengan Rahmat Allah SWT... Dia yang telah dibaham api neraka berjuta-juta-juta tahun lamanya, yang entah berapa billion kali bersalin kulit setelah rentung terbakar, serta bermillion seksaan dan kesengsaraan, kini berpeluang untuk keluar dari neraka jahanam itu. Alangkah beruntungnya dia! Inilah harganya apabila masa hidup di dunia dulu menjadi 'orang yang percaya' adanya Allah SWT yang mencipta dirinya. Yang lidahnya ada ucapan 'tiada tuhan selain Allah'..








Maka pada ketika dan saat ini bercucuranlah air mata 'orang-orang yang tidak percaya' itu. Mereka itu tidak akan pernah menjejakkan kaki ke syurga.. Alangkah meruginya orang-orang ini..!








Betapa pada hari tersebut, terserlahlah NILAI yang teramat tinggi ucapan 'tiada tuhan selain Allah'. Dia yang terakhir yang lidahnya pernah menyebut ucapan yang bernilai ini melangkah kaki ke syurga, sedangkan mereka yang lidahnya tidak sudi menyebut kalimah yang amat bernilai ini, tetap saja di neraka yang apinya menyala-nyala membakar mereka buat selama-lama-lamanya... Na'uzubillahi Minzalik...! Semoga kita terhindar dari seksa yang tiada hujungnya..










Maha Suci Allah SWT...!




c**^^** **^^** **^^** **^^**   Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..

6 ulasan:

  1. Balasan
    1. Terimakasih ya, semoga kita sama2 mendapat manafaat, insyaAllah

      Padam
  2. Besarnya kebesaran kalimah LAILAHAILLALLAH....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benar! Kalimah Haq ini tak ternilai harganya krn itu kebanyakan umat Islam hanya mampu melafazkannya sekadar dibibir saja, belum menusuk ke dalam jiwa.. Marilah kita sama2 usahakan agar ia melekat kedalam hati kita, insyaAllah..

      Padam
  3. dia memang manusia yang luar biasa aku sungguh tertarik dan kalau aku dapat berjumpa dengannya boleh kah aku memberi ucapan "apa khabar tuan" serta berharap munking suatu hari nanti dapat berjumpa dan kemudian memberi hormat.

    walau apapun Nabi muhammad mesti diutamakan penghargaan dan penghormatan yang mempunyai sifat-sifat terpuji yang membuatkan aku menyukai dan bangga dengannya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih @Hanafia, artikel diatas sebenarnya mahu menyatakan betapa bernilainya seorang yg didalam hatinya ada iman walau sebesar zarah, betapa orang2 yg tak percaya menyesalinya kerana didunia dulu mereka tak pernah mahu mengakuinya.

      Buat kita yg masih berada didunia ni yg percayakan janji2 Allah SWT, teruskanlah berdoa dan berusaha agar seberapa besar iman dapat kita miliki agar diakhirat nanti mendapat syurga yang lebih besar dari 10x dunia tu.. Dan hendaklah risau dan bimbang akan seksa neraka yg kita takkan sanggup hadapinya walau hanya sesaat...

      Wallahu A'lam..

      Padam

Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, terimakasih saya ucapkan kerana telah sudi meluangkan masa di sini, semoga kehadiran kalian berakhir dengan manafaat. Walau bagaimanapun, saya tetap insan yang lemah, segala kesilapan saya silalah ditegur, dikritik dan dinasihati ..

Ikutiku di Twitter

Related Posts with Thumbnails