Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

PeNGiKuT NaN SeTia..

Selasa, 1 November 2011

Iskandar Zulkarnain









Assalamu Alaikum,




Saudara-saudaraku sekalian yang dirahmati Allah SWT, semoga korang semua sihat wal'afiat dan gembira selalu. Dalam artikel kali ini saya akan paparkan buat korang semua sebuah watak dan kisah yang yang telah dimunculkan oleh kitab suci umat islam yakni Al Quran yang mulia. Inilah watak yang tidak kurang popularnya yang tidak habis-habis dikaji oleh para ahli sejarah sehingga kehari ini. Iskandar Zulkarnain, suatu nama yang tidak asing lagi dikalangan umat islam dan juga penganut Kristian serta masih lagi diperdebatkan siapakah dia yang sebenarnya. Namun dalam artikel ini, saya tidak akan memperdebatkannya, hanya sekadar mahu mengambil pelajaran dan menafaat yang ada didalam kisahnya.

Dia dilahirkan diMacedonia. Kepadanya dikurniakan Allah otak yang pintar, fikiran yang panjang dan berbagai-bagai ilmu pengetahuan: Ilmu perang, ilmu politik dan ilmu teknik dan kimia. 

Dari semenjak dia masih kecil, hatinya sudah tidak enak melihat perang yang selalu timbul antara Timur (Kerajaan Persia) dengan Barat (Kerajaan Rum). Perang yang tidak henti-hentinya dan tahun ke tahun, malah dari abad ke abad, yang telah menewaskan ribuan manusia dan merosakkan bumi, menghancurkan banyak harta benda. 

Untuk menghindarkan perang antara Timur dengan Barat yang sudah bertradisi ini, dia ingin mendirikan sebuah kerajaan besar yang meliputi Timur dan Barat. 

Padanya terdapat segala syarat untuk menyampaikan. maksud dan tujuan hidupnya yang maha besar itu. Selain dia seorang yang baik, berakhlak yang tinggi, berilmu pengetahuan tentang ketenteraan, tentang pemerintahan dan teknik, akan dapat membawa dia sampai dipantai cita-citanya. 

Mula-mula sekali dengan tenteranya yang lengkap kuat, dia menuju ke Barat (Maghribi atau Moroko), tempat terbenamnya matahari. Disitu dilihatnya matahari itu terbenam dimatair yang bertambah hitam, iaitu Lautan Atlantik sekarang ini. 

Disitu didapatinya satu bangsa yang terlalu engkar dan kafir, hebat sekali kerosakan dan kejahatan yang ditimbulkan bangsa itu. Bukan saja merosakkan permukaan bumi dan mengacaukannya, tetapi juga sudah menjadi tabiat mereka suka membunuh orang-orang yang tidak bersalah sekalipun. 

Sebelum melakukan tindakan, terlebih dahulu Iskandar Zulkarnain menadahkan tangannya ke langit, memohon petunjuk kepada Allah, tindakan apa sebaiknya yang harus dilakukan terhadap bangsa yang begitu kejam. Apakah bangsa itu akan digempurnya habis-habisan atau akan dibiarkan begitu saja? 

Tuhan menyuruh Iskandar Zulkarnain membuat pilihan salah satu diantara dua tindakan: Digempur habis-habisan sebagai balasan atas kekejaman mereka selama ini atau diajar dan dididik dengan propaganda, agar mereka kembali kepada kebenaran dan meninggalkan segala kejahatan. 

Akhirnya Iskandar Zulkarnain memutuskan akan menggempur mereka yang derhaka dan jahat sehebat-hebatnya dan membiarkan serta melindungi orang-orang yang baik diantara mereka. Pada bangsa itu, Iskandar Zulkarnain lalu mengucapkan kata-katanya yang ringkas: Siapa yang aniaya, akan kami seksa dan dikembalikan kepada Tuhan agar Tuhan memberi seksa yang lebih hebat lagi. Adapun orang-orang yang sholeh dan baik, akan kami lindungi serta diberi ganjaran-ganjaran dan kepadanya kami hanya akan perintahkan kewajipan-kewajipan yang ringan saja. 

Tenteranya segera bergerak, menewaskan setiap orang yang kejam, melindungi setiap orang yang baik. Akhirnya negeri itu dapat diamankan dan ditenteramkan, serta diatur sebaik-baiknya, penuh dengan kehidupan bahagia dan makmur. 

Kerana kewajipannya terhadap bangsa dan negeri itu sudah selesai, Iskandar Zulkarnain dengan tenteranya lantas menuju ke arah Timur (India). Dilihatnya matahari terbit atas bangsa yang masih hidup telanjang (Bangsa Hindustan). 

Bangsa dan negeri itupun dapat ditaklukkannya, diamankan dan ditenteramkannya, serta diatur sebaik-baiknya sehingga setiap orang dapat merasakan hidup aman dan tenteram, bahagia dan senang pula. Bangsa itu dapat dikeluarkannya dari lembah kesesatan dan kejahilan. 

Selesailah sudah kewajipannya terhadap negeri dan bangsa itu. Ia lalu menuju ke utara, ke negeri Armenia melalui Persia dan Azerbaijan. Dengan kemenangan demi kemenangan yang dicapainya selama dalam perjalanan itu, akhirnya dia sampai ditempat yang ditujui. Didapatinya di situ satu bangsa yang hidup antara dua buah gunung, iaitu Gunung Armani dan Gunung Azerbaijan. Iskandar Zulkarnain tidak mengerti akan bahasa yang dipakai bangsa ini. 

Bangsa ini didapatinya hidup selalu dalam ketakutan dan kekhuatiran, kerana negeri mereka berbatasan dengan bangsa Yajuj dan Majuj yang terkenal kejam dan kuatnya. Bukan sekali-dua kali saja tetapi sering sekali bangsa Yajuj dan Majuj itu datang menyerang mereka, menghancurkan apa saja yang didapatinya dan membunuh siapa saja yang dijumpainya. 

Kedatangan Iskandar Zulkarnain ini, mereka sambut dengan segala kehormatan dan kegembiraan, kerana mereka tahu bahawa Iskandar Zulkarnain adalah raja yang terkuat dan raja yang seadil-adilnya dimuka bumi ini. 

Kepada Iskandar Zulkarnain dimintanya pertolongan, untuk melindungi diri mereka dari serangan Yajuj dan Majuj. Mereka memohon agar antara negeri mereka dengan negeri Yajuj dan Majuj diadakan dinding raksasa yang tidak dapat ditembusi dan untuk keperluan ini, mereka sanggup membayar upah dan kerugian kepada Iskandar Zulkarnain. 

Mendengar permohonan ini, Iskandar Zulkarnain menjawab: Saya tidak mengharapkan upah dari kamu. Nikmat dan pemberian Tuhanku adalah lebih berharga dari upah itu. Hanya kepadamu saya minta kaum pekerja dan alat-alatnya, besi, tembaga, arang batu dan kayu. 

Setelah semua itu terkumpul, Iskandar Zulkarnain mulai bekerja dengan pentolongan para pekerja. Mula-mula dinyalakan api dengan kayu dan arang batu, diambilnya besi, lalu dihancurkannya dengan api itu. Kepada hancuran besi itu dituangkannya tembaga, sehingga menjadi satu dengan besi. Dengan bahan campuran inilah didirikannya dinding raksasa antara negeri itu dengan negeri Yajuj dan Majuj, dinding besi raksasa yang tidak dapat ditembus dan dilubangi oleh sesiapa. 

Kepada bangsa itu Iskandar Zulkarnain lalu berkata: Dinding ini adalah rahmat dari Tuhan kepadamu, hanya Tuhanlah yang dapat menembus dinding ini, bila tiba masa yang dikehendakiNya. 

Dengan jalan begitu, maka aman dan tenteramlah negeri itu. Setelah Iskandar Zulkarnain dapat menaklukkan negeri-negeri lainnya ditimur, barat, diutara dan diselatan, maka kerajaannya kini meliputi: Moroko, Rom, Yunani, Mesir, Persia dan India, sehingga merupakan sebuah kerajaan yang amat luas, yang belum pernah terjadi sebelumnya, dimana penduduknya kini hidup dengan aman tenteram dan makmur. 

Cita-cita Iskandar Zulkarnain telah dapat dicapainya, berkat pertolongan Allah, kerana dia selalu berlindung diri kepadaNya. Tetapi sayang setelah Iskandar Zulkarnain meninggal dunia, kerajaan yang besar dan bahagia itu menjadi berpecah-belah, kerana perebutan kekuasaan para pengikutnya yang ditinggalkannya. 

Iskandar Zulkarnain yang bererti raja Timur dan Barat, telah dapat mempersatukan kerajaan Timur dengan kerajaan Barat, menjadi suatu kerajaan yang adil dan makmur, berkat ilmu dan pengetahuannya, serta berkat dasar ketuhanan yang selalu dipegangnya teguh dalam mendirikan kerajaan besar itu. 

Cita-cita Iskandar Zulkarnain yang suci murni dan besar itu, untuk sementara telah dilanggar oleh manusia yang berkuasa sesudahnya. Tetapi pada saatnya nanti cita-cita ini akan menjelma lagi serta menjadi kenyataan, sehingga akan berdiri nanti sebuah negara yang terdiri atas Timur dan Barat, yang adil dan makmur. 

Kita sedang menunggu berdirinya negera itu, menunggu-nunggu kedatangan Iskandar Zulkarnain abad ini dan saya pasti ianya akan muncul tidak lama lagi beserta akan berdirinya sistem pemerintahan islam yang dinanti-natikan umat diseluruh dunia..






Wallahu A'lam.






Saudara-saudaraku sekalian, untuk menambah lebih pengentahuan, korang boleh baca artikel yang berkaitan misteri Iskandar Zulkarnain ini di laman sesawang cahyaiman.






Maha Suci Allah SWT....!




c **^^** **^^** **^^** **^^**   Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..

8 ulasan:

  1. Salam Saiful

    Apa yang dapat kita pelajari di sini ialah orang yang beriman, bertakwa pasti Allah menolongnya, memberikannya kekuatan dan sebagainya.

    BalasPadam
  2. Bro..
    Tq atas usaha utk manambah maklumat ttg Zulkarnain..
    Ini punye Iskandar Zulkarnain dr Macedonia ni tak tepat bro. Dlm Quran pn tak sebut Iskandar Zulkarnain. Hanya Zulkarnain je. Tambahan pula Alexander dr MAcedonia ni mmg pagan n homosex.

    Semasa Yahudi tanya pd Rasullulah SAW ttg Zulkarnain ni. Sudah tentu Yahudi ni tau bahawa Zulkarnain ni ada berjasa n ternama dikalangan Yahudi. Tambahan bukan pagan, homosex, makan babi dll. Yg penting akidah dia akidah Tauhid.

    Blh baca dlm ni.. http://en.wikipedia.org/wiki/Zulkarnain

    TQVM

    BalasPadam
  3. Assalam kak Werdah, benarlah begitu, selagi kita memelihara iman dan amal, pasti akan ada bantuan Allah SWT.. Terimakasih.

    BalasPadam
  4. Assalam. Terimakasih saudara Tanpa Nama krn sudi memberikan komen dan pendapat disini. Juga terimakasih krn berikan pautan yang berkaitan.

    Sememangnya ada banyak versi kisah Iskandar atau Zulkarnain ini serta ia masih diperdebatkan. Terbaru adalah buku tulisan Afarezz Abd Razak,'Benarkah Iskandar bukan Zulkarnain?'yang menegaskan lagi bahawa Cyrus the Great adalah tokoh yang dimaksudkan Al Quran, bukannya Alexander. Tetapi ini dibantah oleh seorang penulis sejarah Indonesia, yang tetap mengatakan bahawa Alexander itulah Zulkarnain yang dimaksudkan krn sejarahnya hampir bertepatan dengan yang telah diceritakan dalam Al Quran. Cuma yang tak sama, Alexander ini dikatakan orang terkenal dengan sikap kejamnya, penganut agama pagan, homesexsual dan banyak lagi.. Jadi inilah masaalahnya. Apakah sikap pribadi Alexander ini sekadar cerita 'acuan' dari pihak Yahudi?


    A. Yusuf Ali, salah seorang ulama yang terlibat dalam menterjemah dan mentaksirkan al-Quran ke dalam bahasa Inggeris, menyimpulkan Alexander adalah Zulkarnain yang pernah menjejakkan kaki ditanah Jawa serta melahirkan keturunan Merong Maha Wangsa yang terkenal dikalangan bangsa Melayu..


    Saya sebenarnya tidak peduli siapakah Iskandar yang sebenarnya. Boleh saja Cyrus the great, boleh juga Alexander the great. Apa yang penting adalah pengajaran dari kisah tersebut dan juga persedian kita menghadapi keluarnya Yajuj dan Majuj dari tempat kurungan mereka itu..


    Wallahu A'lam.

    BalasPadam
  5. mashallah,menarik coretanya

    BalasPadam
  6. Terimakasih @anak Pendang sekeluarga. Semoga ada manafaatnya buat kita semua..

    BalasPadam
  7. KAN ISKANDAR ZULKARNAIN NI ADA SBELOMNYA KEDATANGAN NABI S.A.W.... BERMAKNA SEBELUM NI MMG LA ISKANDAR ZULKARNAIN TU BUKAN ORANG ISLAM,,TAPI TUHAN NYA TETAP ALLAH.... START DARI NABI MUHAMMAD BARU LAH AGAMA ISLAM BERMULA DARI WAHYU ALLAH...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahyu Allah telah bermula sejak Nabi Adam, yakni ugama yang mengEsakan Allah SWT.. Cuma belum lagi dinamakan sebagai ISLAM..
      Wallahu a'lam.
      Terimakasih diatas komen engkau..

      Padam

Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, terimakasih saya ucapkan kerana telah sudi meluangkan masa di sini, semoga kehadiran kalian berakhir dengan manafaat. Walau bagaimanapun, saya tetap insan yang lemah, segala kesilapan saya silalah ditegur, dikritik dan dinasihati ..

Ikutiku di Twitter

Related Posts with Thumbnails