Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

PeNGiKuT NaN SeTia..

Ahad, 7 Ogos 2011

Air Mata Nur 'Gereja' vs Air Mata Umar Al Khattab...





Assalamu Alaikum,

saudara2ku sekalian, kita baru dikejutkan dengan sebuah berita penyerbuan pihak JAIS keatas sebuah Gereja di Petaling Jaya. Ekoran dari peristiwa tersebut maka tersebarlah cerita2 susulan yang membabitkan aktiviti pihak gereja yang menjalankan Usaha Dakyah mereka ke kalangan umat Islam di Malaysia. Ini cerita lama sebenarnya..  sudah makan belasan tahun dah. tapi baru sekarang ni pihak jabatan agama ambil tindakan, itu pun atas dasar 'politik'.. Mmmm... ^__^

Seorang wanita yang merupakan salah seorang 'mangsa' mereka telah bercerita sedikit panjang perihal hidupnya yang akhirnya membuahkan hasil pihak yang berkaitan;

"Saya tiada pilihan melainkan menerima bantuan makanan dan wang daripada pihak gereja,” kata wanita yang mahu dikenali sebagai Nur, 40, yang mendakwa sering mendapat cemuhan segelintir pihak kerana mendapat bantuan daripada gereja untuk menyara kehidupannya sekeluarga.

Menurut ibu kepada empat cahaya mata itu, dia kini tidak dapat bekerja kerana menghidap pelbagai penyakit, terutama asma, kencing manis, darah tinggi dan buasir.

“Saya sedar tidak sepatutnya menerima bantuan daripada gereja, namun saya terdesak kerana memikirkan hidup anak yang mahu bersekolah dan makan. Oleh itu, saya terpaksa mengambil bantuan itu,” katanya ketika ditemui di rumah di Ampangan, di sini, semalam.

Nur yang pernah bekerja sebagai pembantu akaun mendakwa, dia terpaksa berhenti kerana masalah penyakit itu dan pernah beberapa kali pergi ke jabatan berkaitan, namun dicemuh umpama peminta sedekah.

“Saya sedih kerana pihak berkenaan yang sepatutnya membantu enggan melayan saya, sebaliknya saya ditolak ke sana sini hanya kerana bantuan berjumlah RM70.

Yang membuatkan saya sedih adalah ketika mengenangkan nasib anak yang kadangkala tidak makan, malah yuran tuisyen dan sekolah mereka juga sudah lama tertunggak,” katanya yang reda dengan keadaan itu.

berita lanjut silat baca sini.


Berkaitan dengan berita yang 'menyayat hati' di atas, sudah tentu pihak gereja dengan sedaya upaya menafikan keterlibatan mereka dalam kegiatan menghasut umat islam, meskipun pelbagai bukti dapat dikesan dengan jelas dan nyata. Namun demikian kita patut juga merenung2kan apa yang pihak JAIS dan badan2 yang serupa dengannya telah buat bagi kemaslahatan umat Islam di negara ini? Kita dah baca kisah wanita di atas kata, untuk beri dia sumbangan rm70 pun liat nak MAMPOSS!

Apa jadi dengan wang Baitul Mal itew? Kemana hala tujunya, banyak sangat prosedur sehingga wanita yang seperti Nur ini jadi mangsa pihak yang berminat dan berkepentingan dalam meluaskan jajahan takluk mereka itu..

Dikesempatan ini, biar aku ceritakan asal mulanya wang Baitul Mal diujudkan dalam membela kesejahteraan umat islam;


Khalifah Umar Bin Khattab, sering keluar malam kesekeliling kota untuk memantau keaadaan rakyatnya, maka pada suatu malam beliau sampai ke sebuah khemah buruk, terdengar suara tangisan kanak2 dari dalamnya. Dek kerana keinginan tahunya dengan suasana tersebut, beliau mendekati khemah itu lantas memberi salam;

'Assalamu'alaikum, ' salam Umar Bin Khattab. 'Wa'alaikum salam,' jawab seorang perempuan tua dengan lembutnya sambil mempersilakan masuk. Alangkah terkejutnyanya Umar menyaksikan tiga anak yang terus menangis sambil memegang perut diatas tilam yang lusuh. Melihat keadaan seperti itu air mata Umar Bin Khattab mengalir begitu saja tanpa sedar. Kemudian dia bertanya kepada perempuan tua itu. 'Mengapa mereka menangis?'

'Mereka kelaparan, kedua orang tuanya sudah tiada sementara saya sudah tidak sanggup lagi untuk membeli makanan untuk mereka. Sejak kedua orang tua mereka meninggal sudah tidak ada lagi yang menjenguknya, ' ucap perempuan tua dengan wajah bersedih. 'Bukankah ibu sedang menanak makanan?' tanya Umar keheranan. Lalu perempuan itu menjawab, 'Saya sedang membohongi mereka, bukan gandum yang saya tanak melainkan batu agar mereka berhenti menangis.'  Umar mengelang2kan kepalanya.

'Batu?' ujar Umar tak lagi mampu menahan perih didadanya, hatinya terluka bagai disayat menyaksikan penderitaan yang dialami anak-anak yatim piatu dan seorang nenek tua itu. Air mata itu tak terbendung lagi, Umar Bin Khattab bergegas  minta diri meninggalkan mereka. Ketika di rumah, Umar segera mengambil air wudhu untuk sholat dan berdoa, 'Ya Allah, ampunilah hambaMu ini yang telah melalaikan mereka, Izinkan hamba menebus semua kesalahan.'  Dengan secepatnya Umar Bin Khatttab mengambil sekarung gandum, sekantong roti dan susu segar untuk diserahkan kepada anak-anak yatim piatu dan nenek yang memerlukannya. Tak lama kemudian ketiga anak itu disuapinya oleh neneknya. Anak-anak terlihat lahap makannya. Nenek itu bercerita, ketika kedua orang tua masih hidup cinta dan kasih sayangnya kepada mereka bertiga senantiasa disuapi. Setiap suapannya dihiasi dengan senyuman yang indah dari ayah dan ibunya. Sejak peristiwa itu Umar Bin Khattab berjanji tidak akan pernah ada lagi penduduk dinegerinya yang kelaparan.

Dari kisah Umar Bin Khattab ini memiliki pesanan adanya rasa bersalah dalam dirinya sekiranya terdapat rakyatnya dalam kelaparan.. Perasaan bersalah inilah yang kemudian ditebus oleh Umar dengan tekadnya untuk memperbaiki sistem yang ada. Maka dimasa Umar Bin Khattab inilah Baitul Mal sebagai lembaga negara berfungsi dengan baik untuk membantu rakyatnya yang miskin pada waktu itu.


Maka hendaknya fungsi Baitul Mal pada hari ini dapat juga berfungsi dengan baik sebagaimana dimasa lalu. Tetapi bilakah masanya ianya akan menjadi kenyataan?




Wallahu A'lam.


Maha Suci Allah SWT....!


**^^** **^^** **^^** **^^**   Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..

7 ulasan:

  1. Salam....

    kesian kat Nur atas kesusahan hidup. Rasanya tak salah pun pihak gereja bg bantuan... apa plak bukti gereja menyebarkan dakwah? Nur dh murtad ke? lgpun, pihak masjid pun pernah jg beri bantuan sumbangan wang macam tu kat agama lain.. so, tu pun kira dakwah juga ke?

    ntah apa2 la...

    BalasPadam
  2. Salam.
    Kita jgn rujuk pada si Nur seorang saja, masih ramai lg yg keadaannya lbh parah dr si Nur ni, dah lupa ke kisah seorang gadis yg bernama Aisyah, yg terus murtad hgga ke hari ini? Kejadian hmpr 10 tahun lalu..

    Namun artikel saya ni lbh menumpukan persoalan, apa yg pihak jabatan agama islam dah buat selama ni? Susah sgt ke nak pantau rakyat yg islam yg sgt perlukan bantuan sara hidup mereka.

    Buat mereka yg berkenaan renung1kanlah kisah khalifah Umar yg tlh saya ceritakan dlm artikel ni, sebuah kisah yg telah biasa kita dengar tapi jarang yg ada ambil ikhtibar...

    BalasPadam
  3. Allah sentiasa ingat akan hamba2Nya didunia ini. Diberikan rahmat yang melimpah ruah tapi sayang kita sebagai umat tidak pernah mensyukuri rahmatNya.

    BalasPadam
  4. Benar @Rayman, sgt sedikit hamba2 Allah yg brsyukur, krn tak dpt melihat nikmat itu. Iman goyang dek krn kesempitan hidup.

    Maka itulah sebabnya org2 brharta dr kalangan kita harus bantu mrk yg susah. Hasilnya bkn sekadar melegakan kehidupan mrk, malah yg lebih penting lg, mrk trselamat dr kekufuran.

    Nabi pernah brsabda, mahfumnya lbh krg; "kemiskinan boleh membawa kpd kekufuran." maka itulah sebabnya Islam ada wang zakat. Setiap harta org mukmin ada hak utk yg miskin.

    Harus diingat, bukan hal 'kemiskinan' itu yg nabi bimbangkan, ttp 'kekufuran' yg bakal lahir dr mrk lah yg dibimbangkan.

    Wallahu a'lam.

    Trimas @Rayman Benar @Rayman, sgt sedikit hamba2 Allah yg brsyukur, krn tak dpt melihat nikmat itu. Iman goyang dek krn kesempitan hidup.

    Maka itulah sebabnya org2 brharta dr kalangan kita harus bantu mrk yg susah. Hasilnya bkn sekadar melegakan kehidupan mrk, malah yg lebih penting lg, mrk trselamat dr kekufuran.

    Nabi pernah brsabda, mahfumnya lbh krg; "kemiskinan boleh membawa kpd kekufuran." maka itulah sebabnya Islam ada wang zakat. Setiap harta org mukmin ada hak utk yg miskin.

    Harus diingat, bukan hal 'kemiskinan' itu yg nabi bimbangkan, ttp 'kekufuran' yg bakal lahir dr mrk lah yg dibimbangkan.

    Wallahu a'lam.

    Trimas @Rayman

    BalasPadam
  5. mula2 kristen bagi bantuan lama2 terhutang budilah orang susah yg terima bantuan. kalau terhutang budi dengan pihak islam takpela jugak mudah2an semakin kuat keyakinan kita pada islam tapi kalau situasi ini diterbalikkan? terhutang budi dengan kristen dan...murtad? minta dijauhkanlah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mudah-mudahan Allah SWT selamatkan dan pelihara diri kita dan semua umat Islam. Terimakasih saudaraku..

      Padam
  6. DULU (ZAMAN KHILAFAH): pemimpin menjaga kebajikan rakyat dalam diam..

    SEKARANG: pemimpin buat baik untuk tunjuk di media massa..

    huhuhuu..

    BalasPadam

Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, terimakasih saya ucapkan kerana telah sudi meluangkan masa di sini, semoga kehadiran kalian berakhir dengan manafaat. Walau bagaimanapun, saya tetap insan yang lemah, segala kesilapan saya silalah ditegur, dikritik dan dinasihati ..

Ikutiku di Twitter

Related Posts with Thumbnails