Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

PeNGiKuT NaN SeTia..

Rabu, 27 Julai 2011

72 jam berterusan.. Agar mereka tahu RUMAH yang sebenarnya...





Assalamu Alaikum,


wahai saudara2ku sekalian yang sentiasa didalam Rahmat Allah SWT,


Korang tentu tahu bahawasanya cara yang paling mudah untuk korang menjadikan seekor ayam itu kenal dan tahu rumahnya adalah dengan cara mengurungnya selama (paling kurang..) 3 hari berterusan didalam kandangnya. Setelah melepasi waktu itu, korang lepaskanlah ayam2 korang itu, maka korang akan mendapati ayam2 korang itu akan kembali pulang apabila petang menjelma, dan seterusnya bertelur dan berkembang biak disitu. Jikalau korang tidak mengurung ayam2 itu mengikut batas waktu yang telah ditentukan tadi, maka aku hampir pasti bahawa ayam2 tersebut tidak akan kembali pulang sebagaimana yang korang semua harap2kan.


Bagaimana pula dengan Manusia? Sudah pastilah ayam2 yang kita bicarakan tadi bukanlah Manusia.. Manusia memang tidak sama dengan Ayam. Akan tetapi cara yang serupa dapat korang lakukan juga. Tidak mahu percaya? Mari kita buat suatu ujian tentang ini. Korang akan kuberikan satu tugasan, tidaklah berat sangat, korang hanya perlu ajak kawan2 korang beriktikaf di mana2 Masjid atau Surau yang berdekatan atau yang jauh2 pun bolehlah.. Kurung mereka disitu selama 3 hari penuh atau lebih tepat lagi, selama 72jam berterusan, agar mereka kenal dan tahu bahawa Masjid itu adalah Rumah Utama mereka. Setelah selesai, lepaskanlah mereka berpergian kemana2 saja yang mereka suka. Lihatlah hasilnya....


Kemana saja langkah mereka menghala, mereka akan berusaha menemukan Masjid atau Surau atau yang sewaktu dengannya., biarpun betapa sibuknya mereka dalam mengerjakan tugas2 harian, sentiasa didalam fikiran mereka akan ke Masjid apabila sudah masuk waktunya.. Yang demikian itu adalah kerana hati mereka telah tergantung di masjid.....







Wallahu A'lam.




Maha Suci Allah SWT....!







**^^** **^^** **^^** **^^**   Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..

3 ulasan:

  1. salam,tak berapa setuju la bero...manusia ni senang lupa n manusia kurang fitrah(naluri) berbanding binatang,binatang wat sekali terus ingat tp manusia asik lupa..manusia kena sentiasa diingatkan baru la kenal rumah sebenar..tu ada dalam surah al-asr

    BalasPadam
  2. Salam #cerahjeff, tak mengapa jika ko tak setuju, memang benarlah kata2mu bahawa manusia ni mudah lupa, ditampah lagi sering ditipu syaitan yg kuat menipu tu.. Memang tak bleh blah ar..

    Oleh kerana itulah tertib untuk mendidik jiwa2 manusia ni harus dilakukan berulang2 kali, inilah yg membezakan dengan haiwan contoh cam ayam tadi tu, jika telah dikurung sekali dalam sangkar tu, tak perlu diulang2 lagi mengurungnya gitu..

    Makanya, usah jemu2 mengajak teman2mu kemasjid, sekali mereka tak mau turut, dilain hari mungkin dah suka pula.. InsyaAllah.. Wallahu A'lam.

    Terimakasih kerana sudi mengomen disini..

    BalasPadam
  3. gantungkan hatimu di masjid...nice entry tuan bl0g...^_^

    BalasPadam

Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, terimakasih saya ucapkan kerana telah sudi meluangkan masa di sini, semoga kehadiran kalian berakhir dengan manafaat. Walau bagaimanapun, saya tetap insan yang lemah, segala kesilapan saya silalah ditegur, dikritik dan dinasihati ..

Ikutiku di Twitter

Related Posts with Thumbnails