Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

PeNGiKuT NaN SeTia..

Selasa, 2 November 2010

Jangan tertipu kenikmatan dunia ..



As Salam saudara-saudaraku yang dimuliakan,

Kelazatan syurga boleh diperoleh melalui amal salih, iman di hati

SETIAP orang mesti mempunyai impian. Mungkinkah impian itu tercapai di dunia ini? Apakah ada lagi yang lebih hebat daripada itu semua?

Percayalah sebenarnya dunia adalah tempat segala kekurangan. Jika engkau kaya, tidak semestinya engkau bahagia. Yang ramai anak belum tentu lebih bahagia daripada yang tiada anak.

Beristeri cantik bukan jaminan hati boleh senang, mungkin lebih membuat engkau resah dan gelisah. Sesungguhnya dunia tidak sempurna dan siapakah agaknya di dunia ini yang terlepas daripada musibah dan ujian?

Semua insan mesti merasai sakit, susah, putus asa dan gagal. Di manakah kita boleh terlepas daripada ketidaksempurnaan ini? Tempat itu ialah di syurga Allah, destinasi yang pelik tetapi benar! Yang tak pernah ada seorang pun melihatnya kerana terlalu cantik.

Tiada telinga yang pernah mendengarnya kerana banyak rahsia kehebatannya. Tiada pernah hati berasa kerana tempat ini terlalu ajaib. Tidak dapat dibandingkan dengan dunia yang murah dan tidak bernilai.

Pada suatu hari Rasulullah saaw pernah berjalan bersama sahabatnya, mereka melihat bangkai seekor kambing yang dikerumuni lalat kerana bau busuk. Kemudian Rasulullah saaw bersabda: "Dunia tidak ubahnya seperti bangkai ini di sisi Allah."

Bolehkah kita bandingkan kenikmatan dunia dengan kesempurnaan syurga Allah? Jauh sekali penilaiannya. Terlalu singkat akal orang yang mahukan hidup di dunia sepuas-puasnya kerana dia tidak akan pernah puas di atas tempat yang penuh dengan kekurangan ini.

Orang bijaksana tidak akan tertipu dengan kenikmatan dunia yang bagaikan fatamorgana. Kalau pun ada ia sangat singkat dan bagaikan pukauan saja.

Carilah bahagia yang kekal abadi dan nikmat tertinggi serta kelazatan yang tidak ternilai. Seperti hadis Rasulullah saaw menceritakannya: "Ada batu bata daripada emas, ada batu bata daripada perak, catnya minyak kasturi yang harum, kerikilnya mutiara dan yakut, dan pasirnya safran. Siapa yang memasukinya akan merasai nikmat, tidak bersedih hati, kekal dan tidak mati, bajunya tidak basah dan keremajaannya tidak sirna." (Hadis Riwayat Imam al-Tirmizi, Ahmad, Ibnu Hibban, al-Darimi dan Ibnul Mubarak).

Sabdanya lagi: "Golongan pertama kali masuk syurga bagaikan rembulan pada malam purnama, yang berikutnya bagaikan bintang berkilauan yang cahayanya paling terang. Mereka tidak membuang kotoran, tidak membuang hingus dan tidak meludah. Sikat rambut mereka terbuat daripada emas, keringat mereka berbau kasturi. Pendupaan mereka kayu gaharu yang harum. Isteri mereka bidadari, akhlak mereka sama. Bentuk mereka sama seperti bapa mereka Adam yang tingginya enam puluh hasta menjulang ke langit." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Bukankah syurga itu impian yang paling baik? Cita-cita yang paling hebat dan angan-angan yang paling indah. Satu bentuk kejayaan yang tiada bandingannya. Apabila malaikat melaporkan perbuatan hamba-hamba Allah dalam satu majlis zikir. Allah bertanya, padahal Dialah yang Maha Mengetahui: "Apakah yang mereka minta?" Malaikat menjawab: "Syurga-Mu ya Allah."

Allah bertanya: "Apakah mereka melihat syurga-Ku?" Malaikat menjawab: "Tidak, ya Allah." Allah bertanya: "Bagaimana jika mereka melihat syurga-Ku? Malaikat menjawab: "Sudah tentu mereka bertambah tamak beribadat dan memintanya dengan penuh kesungguhan." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Bagaimana dengan kita yang masih diulit mimpi mengharap dunia yang tidak berharga ini? Mengejar ke seluruh penjurunya hingga lupa tanggungjawab diri, anak dan isteri. Sukakah kita terus ditipu hingga melupakan syurga, kampung halaman kita suatu ketika dulu?

Belajarlah daripada Asiah, seorang isteri yang beriman hingga sanggup meninggalkan segalanya untuk mendapatkan sebuah rumah di syurga.

Jika engkau lapar dan haus ketika berpuasa, ingatlah kesabaran itu semata-mata untuk mendapatkan rumah engkau di syurga. Jika rasa hati disakiti, buat apa berdendam kerana esok kenikmatan syurga akan menghapuskan kesakitan itu.

Jika letih menjadi isteri di sisi suami yang cerewet dan anak yang mengganggu kesenangan, cubalah bersabar untuk mendapatkan ganjaran berada di sebuah rumah, seperti rumah Asiah. Dan memiliki setalam hidangan seperti hidangan Khadijah yang dikirim khas dari dapur syurga.

Semua diperoleh dengan amal salih dan iman di hati. Jika engkau merancang kehidupan yang sempurna di dunia, kenapa tidak merancang kehidupan yang sempurna sampai ke akhirat? Padahal di sanalah puncak kebahagiaan kita.


ditulis oleh seseorang yang aku dah lupa namanya dan lokasinya....



**^^** **^^** **^^** **^^**   Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, terimakasih saya ucapkan kerana telah sudi meluangkan masa di sini, semoga kehadiran kalian berakhir dengan manafaat. Walau bagaimanapun, saya tetap insan yang lemah, segala kesilapan saya silalah ditegur, dikritik dan dinasihati ..

Ikutiku di Twitter

Ikut Melalui Email

Related Posts with Thumbnails