Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

PeNGiKuT NaN SeTia..

Jumaat, 6 Ogos 2010

Mayat Lijah Masih Elok...

















Salam Alaikum,

Dengan Nama Allah SWT...


Setelah sekian lama saya tak menulis, hanya menerbitkan artikel2 pilihan yang menarik perhatian saya dan mengharapkan ada sesuatu yang dapat menafaatkan sekalian pembaca yang saya hormati, kini dalam entri kali ini, sebenarnya, saya masih juga tidak menulis, hanya saya paparkan sebuah kisah yang diharapkan benar2 dapat melahirkan sebuah pendoman buat semua.. Selamat membaca.




Di sebuah kampung, Kampung Tok Betek, Kota Bharu, Kelantan ada sepasang suami isteri. Suami bernama Draman, isterinya Lijah dan mereka mempunyai tiga orang anak. Mereka hidup serba kekurangan tetapi ia menjadi bertambah-tambah sempit kerana Draman kaki judi. Pantang ada duit, ke meja judilah dia. Walaupun hasil berkebun tidak seberapa,  tetapi duit yang tidak seberapa itu pun digasaknya untuk berjudi.

 Betapa sengsaranya Lijah. Makan pakainya dengan tiga anak lintang-pukang. Hampir tiap hari petik pucuk pokok di keliling rumah untuk dibuat ulam. Mujurlah dia rajin bertanam sayur dan membela ayam itik, adalah lauk untuk dimakan.

 Draman pula, walaupun ada memberi wang untuk keperluan harian kepada Lijah, tetapi apabila angin berjudinya datang menggila, dia akan meminta semula. Tidak kiralah wang tersebut sangat-sangat diperlukan oleh Lijah untuk membeli beras dan keperluan harian, andainya Draman mahu, dia akan mendapatkannya walau dengan apa cara sekalipun. Seandainya Lijah enggan memberi balik, siaplah. Akan lebam-lebamlah badannya dikerjakan Draman. Jiran dan seluruh penduduk kampung ini memang sudah arif dengan kepala angin serta panas baran Draman itu.

 Orang kampung selalu juga dengar cerita Draman menengking-nengking isterinya. Kalau nasib tidak baik, Lijah dipukulnya, ditendangnya. Orang kampung simpati sangat dengan nasib Lijah tu. Dia wanita baik, cuma nasib tidak menyebelahinya. Bak perumpamaan, antara Lijah dengan Draman bagaikan hitam dengan putih. Amalan hidup bagaikan langit dengan bumi. Orang kampung kagum pada Lijah. Biar dipukul biar ditendang, Lijah menahan segala sakit lebam dengan tabah. Dalam pada itu Lijah tidak putus-putus mengajak Draman supaya bertaubat. Tetapi tiada perubahan. Draman tidak langsung mengendahkannya. Malah makin naik anginnya bila dinasihatkan begitu. Apalagi, kena maki hamunlah jawabnya si Lijah.

"Dollah!! Oh Dollah!! laung Saad, jiran Draman pada suatu petang. Dollah segera menjengah daripada tingkap dan bertanya kepada lelaki itu akan tujuan kedatangannya hingga termengah-mengah bagai dikejar dek harimau.

"Lijah, Dollah! Di...di...dia dibunuh Draman!" balas Saad tergagap-gagap.

"Hah? Lijah kena bunuh?"

"Mayat Lijah masih lagi di dalam rumah. Draman pun ada sana. Dia dah menyerah diri kepada polis, mengaku membunuh Lijah," tambah Saad. Katanya, Draman jugalah yang menunjukkan kepada polis di mana mayat Lijah berada serta bagaimana dan mengapa dia melakukan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu.

 "Ada satu hal lagi saya nak beritahu. Tetapi tak boleh sekarang," kata Saad.

"Kenapa?" tanya Dollah.

"Engkau tengoklah sendiri," tambah Saad. Dollah bergegas pergi. Dirumah Lijah orang kampung berhimpit-himpit, yang sudah masuk seperti tidak mahu keluar. Yang di luar pula berasak-asak ke depan. Orang terlalu ramai. Dalam pada itu kedengaran orang bercerita tentang sesuatu yang luar biasa tentang mayat Lijah. Jenazah Lijah dikebumikan malam itu juga. Tanah perkuburan diterangi jamung dan pelita. Keranda berisi jenazah Lijah diusung membelah lautan manusia yang memenuhi tanah perkuburan. Orang kampung yang memenuhi perkuburan itu terus-menerus bercerita tentang mayat Lijah.

 Lewat malam semua orang kampung sudah pulang kerumah masing2. Disebuah warung orang masih bercerita, Draman telah memaklumkan kepada polis bahawa kejadian tersebut tercetus pagi itu apabila dia meminta wang daripada Lijah untuk berjudi. Bagaimanapun Lijah enggan memberinya kerana hendak menggunakan wang itu bagi membeli keperluan dapur. Macam biasa, Draman memaki hamun isterinya. Bila disuruh tinggalkan judi, bertaubat, sembahyang, lagilah Draman marah. Masa itulah dia pukul Lijah dan ambil pisau, tikam. Entah berapa kali, dia tak ingat. Mungkin dekat 20 kali. Lepas itu Draman kelar-kelar badan Lijah.  Mayat Lijah yang berlumuran darah kemudiannya dibungkus dan digulung pula dengan tikar mengkuang. Selepas itu Draman menyerah diri kepada polis.

Mayat Lijah masih elok. Tak ada darah langsung pada badan, kain dan tikar. Malah luka pun tak ada. Memang pelik. Kesan luka tikaman itu sebaliknya licin dan digantikan dengan kesan putih seperti panau bunga. Polis pun seolah-olah tak percaya, baju Lijah koyak rabak kesan ditikam, tetapi badannya tak ada luka langsung. Setitik darah pun tak ada. Draman menangis. Dia menyesal bunuh Lijah. Bila tengok mayat Lijah begitu elok, tiada cacat cela dan mukanya manis, dia minta ampun, minta maaf. Dia cium tangan dan kaki Lijah.

Kenapa mayat Lijah begitu luar biasa?

Orang kampung telah menemui anak-anak Lijah selepas pengebumian selesai. Tujuannya adalah untuk mengetahui amalan wanita itu hinggakan mayatnya begitu istimewa. Anak-anak Allahyarhamah memberitahu, ibu mereka setiap hari membaca surah Yasin selepas bersholat, sekurang-kurangnya sekali. Setelah itu Allahyarhamah letakkan kitab surah tersebut dibawah bantal sebelum melelapkan mata.


Begitulah kisahnya. Wallahu a'lam..

2 ulasan:

  1. Salam.
    Bila kita mendekati Allah, maka Allah juga akan mendekati kita. Bergembiralah mereka yang dapat menjauhi larangan Allah dan melakukan suruhan Allah.

    BalasPadam

Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, terimakasih saya ucapkan kerana telah sudi meluangkan masa di sini, semoga kehadiran kalian berakhir dengan manafaat. Walau bagaimanapun, saya tetap insan yang lemah, segala kesilapan saya silalah ditegur, dikritik dan dinasihati ..

Ikutiku di Twitter

Related Posts with Thumbnails