Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

PeNGiKuT NaN SeTia..

Selasa, 24 Ogos 2010

Konspirasi? Bazooka Penaka Dr Burhanuddin Al Helmi

Suruhanjaya Reid pada pandangan Dr Burhanuddin Helmi.


NEGARA INI MILIK MUTLAK BANGSA MELAYU

Bagi Dr Burhan, perlembagaan merdeka yang digubal oleh Suruhanjaya Reid (SR) ini tidak diterima sepenuhnya terutama yang berkaitan dengan kerakyatan, bahasa dan kedudukan orang Melayu. Dalam rapat umum di Padang Malaya pada 17 Mac 1957, Dr Burhan telah menyatakan bahawa syor-syor dalam SR itu ternyata merugikan bangsa Melayu dan terbabas dari keadilan. Nama bangsa Melayu telah terhapus dan jaminan kedaulatan bangsa Melayu dan agama Islam telah ditinggalkan. Dr Burhan, atas platform sebuah parti politik yang disertainya ketika itu (atas jemputan) telah mengekemukakan satu memorandum kepada SR untuk dipertimbangkan, antara lainnya adalah:

A. Bahawa negeri ini adalah NEGARA MELAYU dan hak BANGSA MELAYU yang telah dibuktikan oleh sejarah dan diakui oleh undang2 dari satu ka-satu masa. Maka tugas Surohanjaya Perlembagaan ini pada perenggan yang kelima cheraian 5 untuk mengawal kedudukan Bangsa Melayu di- negeri ini janganlah di-lihatkan dari segi yang lain daripada hakikat yang tersebut di atas. Sa-barang perchubaan, sama berpelembagaan atau tidak-nya, hendak mengubah HAKIKAT ini adalah salah dari segi hak manusia dan undang2.

B. Jadi dari itu tugas yang kelima tersebut jangan-lah di-tafsirkan hendak memberi ke-istimewaan KECIL bagi BANGSA MELAYU, sa-baleknya adalah tugas SR itu menetapkan bahawa KEDAULATAN BANGSA MELAYU DI-NEGERI ini IA-LAH MEREKA MEMPUNYAI KEDAULATAN MUTLAK DI DALAM-NYA.

E. Persatuan ini, oleh sebab yang di-atas, menuntut supaya SR ini berpegang kepada hak manusia yang menegaskan bahawa lemah atau kuat-nya sa-sa-orang atau sa-suatu bang-sa itu bukan-lah menjadi ukuran kepada berhak atau tidak-nya mereka dalam sesuatu.

F. Bahwa negeri ini dari satu masa ka-satu masa telah membukakan pintu-nya kepada bangsa2 asing yang telah tertarik kepada kekayaan negeri ini dan telah mendapat ni'mat hidup di-dalamnya dengan tiada terganggu walau sedikit pun hingga-kan pada masa ini daripada bangsa Melayu yang ada-lah bumiputra bagi negeri ini. Sasiapa yang datang ke negeri ini dapat melihat, bahwa tiada sa-buah negeri pun atau satu bangsa pun yang telah menerima baik dan memberi layanan penoh kepad orang2 asing lebeh dari Negeri Melayu dan Bangsa Melayu.

G. Jadi tuntutan berkenaan hak kera'ayatan sama ada berupa jus soli atau berupa kelonggaran sharat2 kera'ayatan yang dikemukakan oleh orang asing itu bukanlah-lah diasaskan atas kesempitan hak hidup ma'mor yang dirasai mereka, tetapi adalah di-terbitkan oleh PERASAAN TAMA' HALOBA kepada kuasa yang telah pun di-dapati mereka pada masa ini.


MENGAMBIL KESEMPATAN DAN KHIANAT AKIBAT TAMAK HALOBA

Baiklah tuan-tuan, dimanakah punca mereka mendapat kuasa itu? Tidak lain dan tidak bukan apabila ada segelintir mereka yang mengkhianati Dato Onn dan kemudiannya diterjemahkan pada pilihanraya 1952. Dato Onn menginginkan KEMERDEKAAN MUTLAK dengan satu suara sahaja iaitu SUARA UMNO - SUARA MELAYU. Malang sekali pandangan jauhnya tidak dicapai oleh orang UMNO lalu beliau menubuhkan IMP.


“Sokong yang diharap, sokong itu membawa rebah. Pagar yang diharap,pagar itu memakan padi. Perkataan itu saya tidak mengubahnya.” - kata Dato Onn dalam ucapan terakhirnya sebagai YDP UMNO (Mohamed Abid, 2003, 192)


" At the beginning of 1952, a temporary alliance between the Selangor State branch of the MCA and the Kuala Lumpur branch of UMNO was brokered by Tun H S Lee and Yahya bin Dato Abdul Razak with the sole aim of jointly contesting the Kuala Lumpur Municipal elections in February 1952.  It was done without the prior knowledge4 of the national leadership of both parties.  The common objective was to defeat the Independence of Malaya Party (“IMP”) set up by Dato Onn Jaafar in 1951.  The partnership proved a great success, winning 9 out of the 12 seats (MCA captured 6 with UMNO taking 3).  The IMP only secured 2 seats and this defeat proved to be the beginning of its end...

The proposals set out in the 20-page Alliance memorandum were debated vigorously in private between April and September 1956 by a core group from UMNO, MCA and MIC under Tunku’s chairmanship.  The product was a “give and take compromise” which became the “social contract”between the races."


YANG DITAKUTI AKHIRNYA DI AKUI

Apabila Perikatan menang piliharaya dengan berkongsi suara maka terjadilah apa yang berlaku hari ini. Apa yang ditakuti oleh Dato Onn dan Dr Burhan (mereka mempunyai pandangan yang sama terhadap HAK MUTLAK BANGSA MELAYU cuma masa dan perlaksanaan yang berbeza) akhirnya diterjemahkan sendiri oleh TAR dalam Akhbar Malaya (padahal siapa yang mempengerusikan private meeting itu?):

...orang Melayu sedia memberi hak-hak yang munasabah dan patut kepada orang bukan Melayu. Orang Melayu telah memberi pengorbanan yang banyak daripada hak-hak sebagai bumiputra Tanah Melayu kepada bangsa-bangsa yang BUKAN MELAYU. Belum ada satu bangsa anak negeri yang telah berbudi sebegitu banyak seperti yang diperbuat oleh bangsa Melayu. Sungguhpun ada jaminan hak-hak istimewa Melayu dalam Perjanjian Persekutuan tetapi ini tidak sekali-kali mencegah atau menyekat bangsa-bangsa yang BUKAN MELAYU daripada mencapai kesenangan dan kekayaan, dan lagi sehingga sekarang hak-hak istimewa itu masih belum lagi menghasilkan keadaan yang setaraf diantara orang Melayu dan orang BUKAN MELAYU...


KUOTA BUMIPUTERA BETUL KE MELAYU YANG MINTA?

Manakala berkenaan kuota pula Dr Burhan mengangap ini adalah satu PENGHINAAN kepada bangsa Melayu, dan dengan terang dan jelas menyatakan bahawa:

Penentuan kuota ini juga menunjukkan bahwa bangsa Melayu merupakan bangsa yang kecil dan lemah, yang patut diberikan pertolongan, yang sama kedudukannya dengan kaum yang patut diberikan pertolongan, yang sama kedudukannya dengan kaum curasian, dan samalah dengan puak-puak yang lemah di negeri ini. Dr Burhan menganggap ini adalah satu PENGKHIANATAN BESAR yang telah dilakukan oleh SR. Suruhanjaya ini telah melupakan bahawa sejarah dan hak kemanusian negara ini telah menegaskan bahawa BANGSA MELAYU PEMILIK NEGARA INI.

Suruhanjaya Reid bukan diterima bulat-bulat oleh orang Melayu ketika itu. Dan secara realitinya, yang berikut inilah suara sebenar yang mewakili UMAT MELAYU ketika itu, yang mana kita sebagai pewaris negara bertuah ini patut hayatinya bersama.


MENYANGGAH SURUHANJAYA REID

Usaha menyanggah SR ini telah dijalankan dengan mengadakan Kongres Melayu Kedua yang bertempat di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 4- 7 Mei 1957. Kongres ini terpaksa di adakan kerana tunjang Parti Perikatan ketika itu telah dianggap serong dan terpesong dalam perjuangannya. "Crooked," - kata Dato Onn.

UMNO telah gagal membela nasib orang Melayu dan terpaksa tunduk kepada tuntutan MCA dan MIC dalam perikatan dengan mengekemukan syor-syor yang tidak menjaga kepentingan2 Umat Melayu kepada SR. Kongres ini diadakan untuk membincangkan perkara Perlembagaan bagi Malaya Merdeka kelak. Dalam Kongres Melayu Kedua ini Dr Burhan dilantik menjadi pengerusi Kongres, manakala Dato Onn dilantik menjadi Bendahari dan Ahmad Boestamam sebagai Setiausaha Kehormat. Walaupun menjadi pengerusi kongres, idea utama banyak di utarakan oleh Dato Onn. 

Dalam kongres ini Ahmad Boestamam masih lagi merajuk dengan Dato Onn (yang mengeluarkan perintah menahannya sewaktu pentadbiran Inggeris dahulu), dan meninggalkan kongress pada hari kedua dengan alasan tidak diberi mandat untuk menyokong kongres. Jika begitu halnya patut dia menolak menjadi SU Kehormat pada hari pertama lagi. Bantahan tidak puas hati terhadap SR ini turut disuarakan oleh UMNO Terengganu dan UMNO Penang yang hari ini umpama hidup segan mati tak mahu.

Resolusi yang diluluskan dalam kongres ini telah dibawa oleh Dato Onn Jaafar dan Dr Burhanudin al-Helmi ke London bagi merundingkan hal kemerdekaan negara yang diketuai oleh TAR tetapi telah ditolak oleh Perikatan. Akhirnya Persekutuan Tanah Melayu merdeka dan Perlembagaan yang digubal oleh SR diterima pakai.


SIAPA YANG TERKENYEH-KENYEH?

Oleh itu Umat Melayu sekalian. Adakah pada asalnya orang kita terkenyeh-kenyeh hendakkan kuota dan hak keistimewaan Melayu? Siapa yang 'undermine' Melayu sehingga kita bagaikan peminta sedekah di bumi bertuah ini? Oleh kerana kontrak sosial yang tidak munasabah itulah punca mengapa Melayu hari ini nampak lemah tidak berdaya menongkah arus dan seakan telah kehilangan arah.

Maka jika Dato Onn tidak mampu mengucapkannya, maka biarlah Dr Burhanudin al-Helmi yang bercakap bagi pihaknya.

Demi MARUAH dan SURVIVAL Umat Melayu.

HAB.



Kias Tersirat: Dato Onn bin Jaafar (revisit)




*Menyahut saranan Dr Rais:
"Ekoran itu, orang Melayu mesti bersatu untuk menghadapi perkara seperti ini. Jadi bila kita kuat, orang lain tidak boleh cuit... samalah seperti yang saya katakan apabila tiang condong, kura-kura pun nak naik. Orang Melayu harus bersatu dan ketepikan perkara remeh dan menyuarakan apa yang hak. Jika ini tidak dilakukan, orang seperti Soi Lek akan terus menggugat perjuangan asas," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, terimakasih saya ucapkan kerana telah sudi meluangkan masa di sini, semoga kehadiran kalian berakhir dengan manafaat. Walau bagaimanapun, saya tetap insan yang lemah, segala kesilapan saya silalah ditegur, dikritik dan dinasihati ..

Ikutiku di Twitter

Related Posts with Thumbnails