Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

PeNGiKuT NaN SeTia..

Selasa, 15 Jun 2010

Siapa Yang ZALIM Sebenarnya? Yahudi Atau Engkau...??

Dengan Nama Allah Yang Maha Suci...


Salam Alaikum saudara2ku yang dihormati,


p/s: sebenarnya artikel ini malas saya tulis, namun keadaan agak mendesak saya untuk menulisnya..  


Sejak beberapa hari yang lalu, aku sering diajukan dengan pertanyaan;

"kenapa tak mahu pergi 'berjihad' di Palestin? Tidakkah engkau sedar bahawa rakyat Palestin sana tu sangat perlukan sokongan dari engkau, tidakkah engkau perhatikan betapa zalimnya puak zionis Israel tu yang telah sekian lama meratah kebebasan bangsa Palestin tu? Dimanakah hilangnya 'persaudaraan' dalam agama yang sering engkau laung2kan tu?"

Aku tak menjawab sebaliknya bertanya pula, "pada pandangan engkau, siapakah yang zalim sebenarnya? Puak zionis Israel tu kah? Atau engkau sendiri yang zalim??"

Nampaknya persoalan yang aku ajukan ini telah 'berjaya' memerah padamkan wajahnya lantas menempelak aku dengan nada yang sedikit tinggi, "apa sebenarnya yang hendak engkau perkatakan ni hah??"


Ya, apa sebenarnya yang hendak aku perkatakan disini ya..? Akan aku berikan sedikit pencerahan, biar terang sesuatu yang masih 'kabur' ini..


Saudara2ku sekalian, aku tidak mewakili mana2 pihak dalam memperkatakan hal ini. Engkau boleh saja menyokong atau menolak apa2 yang bakal kuperkatakan ni. Namun sebelum apa2 tindakan yang bakal engkau kerjakan, berfikirlah terlebih dahulu, tidak rugi orang2 yang mempergunakan pemikirannya.

Berita terbaru yang aku dengar, Faizal Tahir sanggup pergi berjihad di Palestin. Ini sangat bagus dan harap2 beliau benar2 menginginkannya. Rata2 semua mereka yang berjuang menegakkan kalimah Allah SWT ada  berniat sebegini, bererti mereka benar2 mahukan rejim zionis yang zalim itu tumbang dan terhapus dari mukabumi ni. Dan yang lebih bagus lagi dengan berniat hendak menegakkan agama Allah SWT dimukabumi ni, inilah sebaik2 niat yang harus engkau tanamkan dalam lubuk hatimu.

Namun demikian, pada masa dan ketika ini, berjihad dibumi Palestin itu bukanlah yang utama dalam kehendak Allah SWT. Ada yang lebih utama dari hal ini, hal yang menyangkut maruah umat islam itu sendiri. Kita mengatakan rejim zionis Israel itu telah berlaku kejam, ganas dan zalim terhadap rakyat Palestin yang seagama dengan kita. Maka kita merasakan maruah kita dah tercalar, bak kata pepatah; cubit peha kiri peha kana terasa sakitnya. Begitulah adat orang bersaudara. Namun demikian kita sebenarnya tidak menyedari bahawa yang mencubit malahan yang mencalar serta mencakar peha kiri kita itu adalah tangan kiri kita sendiri, bukannya tangan orang lain. Mengertikah engkau? Dek kerana inilah pertolongan Allah SWT tiada tiba jua buat membela nasib umat islam dihari ini..

Hari ini seluruh umat islam mengutuk rejim zionis itu, ada yang berkempen untuk memboikot barangan Israel.  Melelehlah air liur kita, kering sudah tekak kita kerana terpekik terlolong, kesannya amatlah sedikit, mereka itu nampaknya sudah 'kebal' dengan itu semua. Tak makan saman punya olang.. Namun apa yang kita tidak sedari adalah, umat islam itu sendiri adalah lebih zalim dari puak zionis Israel tersebut. Kekejaman puak itu kita dapat melihat tetapi kekejaman puak kita sendiri kita tidak dapat melihat, meskipun ianya sudah terang lagi bersuluh...!

Kebanyakan dari umat islam dihari ini tahu mengutuk saja, tetapi tidak mahu mengerti apa sebenarnya yang harus dikutuk, bangsa yahudi itukah? Atau perbuatan zalim mereka itu yang harus dikutuk? Di Israel terdapat sekurang2nya lima buah markas jemaah dakwah dan anak2 muda Yahudi itu sendiri yang menjadi pembela agama islam, bukan saja itu malah ada diantara mereka telah keserata dunia demi menyebarkan berita gembira buat orang2 yang beriman. Nampak lebih islamik dari kita yang sering berbangga2 dengan keislaman kemelayuan diri. Beberapa tahun lepas jemaah dari Israel ni telah sampai di Singapura untuk berdakwah di negara itu..

Hari ini sekiranya kita mampu berperang dengan Israel, sudah pasti kita telahpun menghantar bala tentera kita ke Israel dengan semangat yang waja kita menghantar puak zionis itu ke NERAKA! Kita pun menghancur luluhkan negara haram Israel, jadilah ia seumpama padang jarak padang terkukur. Tidak ada lagi sisa2 yang tertinggal..

Maka buat mereka yang gugur dalam peperangan besar ini, mati syahid insyaAllah.. Maka berakhirlah sudah siri kekejaman rejim zionis Israel diatas mukabumi ini. Bebaslah rakyat Palestin ini sebagaimana bebasnya umat islam yang lain. Bersukarialah mereka diatas mukabumi ini sesuai dengan kehendak mereka selama ini. Tiada lagi penindasan, tiada lagi penderitaan. Tiada lagi berguna cabang lastik dan batu-batuan yang menjadi senjata mereka selama ini. Hidup bebas bagaikan bebasnya helang yang terbang di udara..

Namun adakah dengan kebebasan ini menjamin kebanyakan dari mereka untuk terus mengingati Allah SWT? Hanya sedikit dari mereka yang bersyukur, selainnya akan hidup sebagaimana berhidupnya umat islam yang lain dinegara2 sekular. Anak2 muda mereka akan bebas bergaul, berkaraoke, bersukaria, akan terbit beberapa rancangan realiti seumpama Akedemi Fantasia, Palestin Idol dan sebagainya sebagaimana 'pemuda islam liberal' yang lain. Para peniaga mereka menjalankan perniagaan impot-ekspot tanpa kenal halal dan haram, para politikus mereka bergelumang dengan acara fitnah memfitnah, tikam menikam belakang, jatuh menjatuhkan, rasuah dan perjudian dalam mainan politik demokrasi ciptaan sikafir.

Persoalannya, berbaloikah pengorbanan kita serta mati kita dalam memperjuangkan rakyat Palestin itu sekiranya teori yang diatas ni benar2 terjadi dalam kehidupan mereka?

"Alaa.. tu hanya sekadar teori engkau saja.."

Mungkin yang sebaliknya terjadi, yakni setelah rakyat Palestin itu bebas dari cengkaman rejim zionis Israel itu, mereka akan menubuhkan sebuah negara islam yang bersistemkan islam sepenuhnya. Bangunnya pemerintahan berkhalifah pertama diakhir zaman ni yang menghidupkan kembali perundangan islam, hukum hudud dan keseluruhan  rakyatnya taat perintah Allah SWT dan kehidupan yang berteraskan sunnah rasulullah, puji dan salam atasnya dan keluarganya.

Yang ni pun teori jugak lah kan?


Saudara2ku, segala apa tindakan umat islam dan yang disumbangkan ke rakyat Palestin adalah baik demi kesejahteraan mereka, tindakan mengutuk rejim zionis Israel tidaklah dapat merubah apa2 pun. Tetapi yang lebih baik lagi adalah, dalam keperihatinan kita membela nasib rakyat Palestin tu, jangan lupa usaha dan 'kerja' kita ke atas umat islam itu sendiri, termasuk ke atas umat islam Palestin agar kesemua kita dapat kembali taat segala perintah Allah SWT dan mengamalkan cara kehidupan yang telah ditunjukkan rasulullah, puji dan salam atasnya dan keluarganya. Hanya inilah satu2nya cara yang dapat kita menegakkan kembali kalimah Allah SWT diatas mukabumi ni, tiada lain cara lagi. Dan dengan tertegaknya kalimah Allah SWT ni, maka nusrah Allah SWT akan sampai kepada kita, bukan saja 5000 para malaikat, malah berbelas ribu pun tak mustahil akan turut berperang bersama2 umat islam ini.. Percayalah...!



Kata Kunci; janganlah engkau menzalimi jika tidak mahu dizalimi..



Maha Suci Allah SWT....!

8 ulasan:

  1. just nk kongsi..

    Allah akan memakbulkan doa makhlukNya selagi mereka tidak berkata, "kita dah berdoa tp Allah xmakbulkan juga".

    Agi satu,, sentiasalah bersangka baik terhadap org lain..

    BalasPadam
  2. then ape yg patut kiter buat.. tutp mata pekak kan telinga??

    BalasPadam
  3. Assalamualaikom w.b.t.

    Pada istimak Malaysia yg lalu salah seorang ulamak pernah berkata di dalam bayannya (tak silap saya Bayan Maghrib) bahawa:

    Untuk mendapatkan bantuan dan nusrah Allah ke atas umat ini perlu kepada dua perkara iaitu:

    1. Sabar
    2. Taqwa

    Alhamdulillah, kita telah bersabar dengan berdoa untuk keselamatan umat. Dan pihak yg ditindas pula telah berdoa dan bersabar dalam menahan kesusahan. Namun dalam diri kita masih belum ada taqwa yg sebenarnya yg dikehendaki oleh Allah s.w.t.

    Apabila sabar dan taqwa wujud maka barulah bantuan Allah ke atas umat akan sampai.

    Natijah Taqwa ialah menunaikan kehendak dan perintah Allah yg diperlukan ketika itu. Sebagai contoh apabila kita berhadapan dengan masalah dan kesulitan Allah perintahkan kita sabar dan solah. Solah adalah natijah dari taqwa dan sabar. Sabar yg dimaksudkan adalah bersabar dari menuju dan meminta kepada makhluk.

    Taqwa memerlukan kekuatan iman. Dan iman perlu diwujudkan dan diusahakan. Allah berjanji akan memberikan bantuan dan bahkan kerajaan kepada org2 Islam apabila org2 Islam beriman dan bertaqwa:

    "Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dikalangan kamu dan beramal soleh bahawa Ia akan melantik kamu menjadi pengganti(kalifah) dimuka bumi sebagaimana Ia melantik khalifah sebelum kamu. Demi sesungguhnya ia akan memangkinkan agama yang ia redha untuk mereka dan menukar keadaan takut mereka menjadi aman".(an Nur:55).

    Ya memang benar Allah akan memakbulkan doa apabila kita bersangka baik dengan Allah. Dan Allah akan sentiasa memakbulkan doa2 org Islam. Doa kepada kesejahteraan umat bermula apabila kita ada fikir dan risau kepada diri dan umat. Untuk dapat fikir dan risau ialah dengan kita membuat pengorbanan (mujahadah) untuk agama.

    Pengorbanan untuk agama adalah sepertimana pengorbanan nabi dan sahabat2 nabi. Nabi dihantar atas maksud kalimah LaailahaillAllah iaitu membawa seluruh manusia kepada mentauhid dan membesarkan Allah, membawa dari kesempitan dunia kepada keluasan akhirat dan mengeluarkan dari azab kepada keselamatan Islam.

    ...sambung...

    BalasPadam
  4. ...sambungan...

    Satu jemaah telah dibentuk dan dihantar ke Israel dan ketika melalui imigresen, salah seorang pegawai Israel menyatakan bahawa kunci Baitulmaqdis tidak akan jatuh ke tangan org Islam selagi bilangan yg bersolat Subuh dan bersolah Jummat adalah sama.

    Saya pernah menyertai "Larian Gaza", satu program untuk menyokong rakyat Palestin menentang Israel yg dianjurkan oleh sebuah universiti. Apabila tiba waktu Asar, ramai peserta masih membuat persiapan dan bersembang. Hanya segelintir sahaja yg pergi menunaikan solat berjemaah di masjid yg hanya 10 kaki dari tempat aktiviti. Adakah program seumpama ini akan dpt menarik rahmat dan bantuan Allah?

    Membuat demonstrasi untuk menarik perhatian seluruh dunia pada saya adalah tidak wajar. Usaha yg sebenarnya untuk lakukan adalah dengan membuat amalan yg menarik rahmat dan perhatian Allah.

    Untuk mengalahkan kebatilan ialah dengan menunaikan perkara yg hak. Kebatilan seumpama kegelapan dan hak adalah cahaya. Kebatilan tidak boleh dikalahkan dengan kebatilan.

    Atas maksud itu jemaah-jemaah perlu dibentuk untuk membuat usaha dakwah dikalangan penduduk Palestin dan seluruh dunia. Untuk itu tuan-tuan dikehendaki melapangkan masa seluruh hidup (tinggalkan rumah dan keperluan) untuk agama. Namun kerana umat pada hari sentiasa sibuk dengan urusan dunia mereka, maka diminta untuk cuba belajar-belajar mengurangkan kesibukan itu dengan membuat pengorbanan bermula selama 3 hari dan kemudian ditingkat kepada 40 hari beberapa kali dan belajar kerja dakwah di tanah hindustan (India, Pakistan dan Bangladesh) dan kemudian barulah jemaah sempurna Luar Negara dapat dibentuk untuk membuat usaha agama di seluruh dunia.

    Usaha ugama adalah usaha "long term" sebab umat ini telah disibukkan dgn urusan dunia dan dijauhkan dari ugama pun secara "long term". Sebab itu latihan demi latihan diperlukan untuk membentuk umat ini mengamalkan agama sepertimana dizaman nabi dan sahabat2.

    Sepertimana ramai yg katakan kita kena bersangka baik, maka marilah kita kembali bersangka baik dan jangan memperlekehkan dan mengutuk usaha dakwah yg ada ini dengan tohmahan dan fitnah yg mengikut hawa nafsu. Setiap org ada cara mereka untuk membantu rakyat Palestin. Dan bantuan yg sewajarnya pada pendapat saya ialah membentuk jiwa saya, setiap rakyat Palestin dan setiap umat untuk beriman ,bertaqwa dan menjadi daie kepada seluruh manusia yg lainnya.

    Akhir sekali saya meminta maaf atas kekasaran bahasa dan kesilapan yg tidak disengajakan. Pihak pemilik blog bolehlah membaiki ulasan ini jika perlu.

    Sekian,
    Wassalam...

    BalasPadam
  5. Salam Captain, trimakasih krn sudi berkongsi ilmu disini. Sentiasa bersangka baik dengan Allah SWT, pemelihara kita yg Maha Agong..

    Salam saudara tak bernama, kita telah diberi Allah SWT mata dan telinga bukan untuk digunakan atas hal yg sia-sia. Sabar dan Takwa itu senjata ampuh umat islam yg kita telah lupakan. Allah SWT telah beri pilihan, berusaha atau menerima saja seadanya. Kerja para nabi tu ada atas bahu kita. Jika kita buat 'kerja' maka kita kan terima upahnya. Jika tak mahu buat, kita takkan dapat apa-apa. Hari ni kita semua malas benar nak buat, maka tiadalah 'ganjaran' dari Allah SWT, ertinya tiada bantuan Allah SWT atas umat ini. Salah siapa sebenarnya jika kita umat islam sering saja kena sepak terajang sikafir tu? TAk guna juga kita memaki hamun sikafir tu dgn harapan mereka akan bersikap 'baik' terhadap kita, jika dimasa yg lain kita pulak yg 'bersikap' jahat dgn mereka.. Apa patut kita buat? Jika kita dapat beri bantuan kemanusiaan, kita bantulah, jika tak dapat, kita berdoa saja, tetapi yg pentingnya kita kena buat 'kerja' kita, yakni tegakkan 'agama' dalam diri umat islam. sampaikan kepada rakyat Palestin tu, bahawa amalan agama wajib diutamakan dlm kehidupan mereka yg bakal menyelamatkan mereka dari siksaan azab diakhirat, apalah sangat azab dunia yg sedang mereka hadapi..


    Salam Pengembara Lara, trimakasih atas perkongsian ilmu yg sangat bermanafaat tu.. Secara tak langsung dah memberi jawapan kepada persoalan komen2 diatas ni..

    BalasPadam
  6. Salam ziarah....
    =)
    Nice....
    thanks sudi mengunjungi blog http://atokkau.blogspot.com....
    Pengisian blog anda amat menarik untuk dikongsi....
    Follow laa saye....
    I follow u....
    =)

    BalasPadam
  7. Salam Muhd Izwan Ikhmal, terimakasih kerana sudi bertandang di sini. Semoga bermanafaat hendaknye..

    BalasPadam
  8. Segala puji hanya bagi Allah, kami memuji-Nya, memohon pertolongan dan ampunan kepada-Nya. Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri-diri kami dan kejelekan amal perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petunjuk, tidak ada yang dapat menyesatkannya. Dan Barangsiapa yang Allah sesatkan, tidak ada yang dapat memberinya petunjuk.

    Aku bersaksi bahwasanya tidak ada sesembahan yang berhak diibadahi dengan benar kecuali Allah saja, tidak ada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahwasanya Nabi Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya.

    Assalaamualaikum warohmatullaahiwabarokatuh,

    Disini saya ingin bertanya kepada semua umat Islam di negara kita ini.. Hidup kita harus ikut apa? Syariat yg di tinggalkan Rasulullaah atau ikut nafsu manusia semata?? Umat islam di Malaysia khususnya berasa sangat bangga apabila dapat mengadakan demonstrasi anti Isarel yang telah diadakan baru2 ini yang diketuai oleh ahli2 agama dan para2 ustaz sendiri. Cuba kita tanyakan kembali pada diri kita tentang hukum ber'demonstrasi itu sendiri berkaitan dgn syariat Agama Islam????

    BalasPadam

Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, terimakasih saya ucapkan kerana telah sudi meluangkan masa di sini, semoga kehadiran kalian berakhir dengan manafaat. Walau bagaimanapun, saya tetap insan yang lemah, segala kesilapan saya silalah ditegur, dikritik dan dinasihati ..

Ikutiku di Twitter

Related Posts with Thumbnails