Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

PeNGiKuT NaN SeTia..

Rabu, 30 Jun 2010

Kenali Yahudi, Kita Hendaklah Kutuk Perangainya




Sesungguhnya, orang Yahudi ada perangai yang amat buruk. Maka munasabahnya mereka serang orang yang ingin membuat kebajikan, rombongan yang hendak menolong orang dalam kesusahan dan yang mahu menghulur bantuan kepada penduduk Palestin di Gaza. Allah Subhanahu wa taala (SWT) menceritakan perangai mereka itu di dalam Al-Quran.
Firman Allah SWT,



(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku" (4). Bapanya berkata: Wahai anakku! Janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu, kerana aku khuatir mereka akan menjalankan sesuatu rancangan jahat terhadapmu. Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia (5). Dan demikianlah caranya Tuhanmu memilihmu dan akan mengajarmu takbir mimpi serta akan menyempurnakan nikmatNya kepadamu dan kepada keluarga Yaakub sebagaimana Dia telah menyempurnakannya kepada datuk nenekmu dahulu: Ibrahim dan Ishak. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (6). Demi sesungguhnya! (Kisah) Nabi Yusuf dengan saudara-saudaranya itu mengandungi beberapa pengajaran bagi orang-orang yang bertanya (tentang hal mereka untuk mengambil iktibar) (7).


Berpandukan kisah yang dipaparkan di dalam al-Quran  di atas, Nabi Yusof alaihimus salam (AS) yang mempunyai 12 adik-beradik itu telah bermimpi dan mimpinya itu diberitahu kepada ayahnya, Nabi Yaakub (nabi daripada golongan Yahudi).

Ayahnya pula mendengar cerita dari Nabi Yusof itu lalu menasihati Nabi Yusof, agar atak payahlah menyebut cerita mimpinya itu kepada adik-beradiknya, nanti mereka akan sabotaj, atau berusaha untuk mengkhianati Nabi Yusof. 

Ini satu kisah peangai orang Yahudi yang asalnya dari keturunan Nabi Yaakub adalah sama dengan perangai (sifat) adik-beradik Nabi Yusof yang boleh kita fahami daripada cara jawapan adik-beradik Nabi Yusof yang mereka berkata, “kita buang jauh-jauh Nabi Yusof itu agar kita jadi baik, atau kita bunuh saja Nabi Yusof untuk kita jadi orang soleh.”

Akhirnya, adik-beradik Nabi Yusof itu bertemu dengan Nabi Yusof dan adik-beradiknya mengaku bahawa Nabi Yusof berada di pihak yang benar.


Maka, perangai Yahudi ini masih ada sampai sekarang. Mereka bunuh Arab, bunuh Palestin dan serang Iraq. Sampai pula orang Amerika sendiri turut dibunuhnya. 
Sedangkan mereka tahu, apa yang mereka buat itu adalah tidak benar, malah mereka tahu bahawa mereka di pihak yang salah.


Pernah dalam kes serangan ke atas Iraq dan pembunuhan Saddam Hussein, bekas Presiden Amerika Syarikat mengaku yang tindakan itu atas sebab maklumat salah – kononnya Saddam Hussein ada menyimpan senjata pemusnah. Hakikatnya mereka sudah tahu, mereka menerima maklumat yang salah. Soalnya, kenapa lepas itu mereka serang juga Iraq, ttidak padan dengan itu, mereka buru pula Saddam. Akibatnya, keadaan di Iraq tidak aman sampai sekarang.


Nyatalah, betapa perangai Yahudi itu akhirnya akan berdepan dengan pengakuan bahawa Islam di pihak yang benar. Natijahnya, kebenaran berada di sebelah Islam.
Perkara yang sama dialami oleh golongan pejuang Islam hari ini. Ada pihak yang mengaku Islam, tetapi berjuang sekular. Malah asyik melawan Islam. Sedangkan mereka tahu berjuang atas landasan sekular itu salah dan berjuang Islam itu adalah benar.


Sehubungan itu, keputusan ahli-ahli yang berhormat membawa dan meluluskan usul dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan tempoh hari (8 Rejab 1431/21 Jun lalu) memang betul dan kena pada masanya. Sesungguhnya, ia sebagai tanda kita mengutuk perangai Yahudi yang dilaknat Allah SWT.



Artikel asal boleh dirujuk di blog Tok Guru ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, terimakasih saya ucapkan kerana telah sudi meluangkan masa di sini, semoga kehadiran kalian berakhir dengan manafaat. Walau bagaimanapun, saya tetap insan yang lemah, segala kesilapan saya silalah ditegur, dikritik dan dinasihati ..

Ikutiku di Twitter

Related Posts with Thumbnails