Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

PeNGiKuT NaN SeTia..

Rabu, 23 Disember 2009

Syahidnya Abu Bashir ra...



















 Ketika jema'ah telah dibentuk dan siap untuk dikeluarkan, seorang kanak-kanak berlari-lari mengejar ayahnya. Sambil menangis tersedu-sedu dia memeluk kaki sang ayah lalu berkata, "Ayah... ibu sakit, ayah... ibu sakit..."  

Sang ayah hanya dapat memandang anaknya dan dengan sedikit pujukan dia telah meninggalkan anaknya. "Saya harus tetap keluar.." tekadnya dan menyambung, "kerana ini adalah perintah Allah dan RasulNya".


Telah menjadi kehendak Allah SWT semua yang hidup akan mati. Tidak ada satu kuasa makhlukpun yang akan dapat menyelamatkan, memuliakan, menghinakan, menyihatkan atau mematikan seseorang kecuali dengan izin Allah SWT. Ibu dari sang anak dan isteri dari sahabat tersebut meninggal dunia. Sementara dia berada jauh dari mereka.


Masa berlalu....


Terdengar berita jema'ah para sahabat yang dikirim Rasulullah saaw sampai ke Madinah Al Munawarah. Berkejaranlah kanak-kanak dan keluarga mereka untuk menyambut suami, ayah, abang, keluarga mereka. Tak ketinggalan kanak-kanak tersebut telah berada diantara kawan-kawannya turut berlari berkejaran menyambut kedatangan ayahnya. Dengan gagah dia duduk bersama ayahnya memasuki Madinah menuju Masjid Nabi. Duduk dipangkuan sang ayah menjumpai Rasulullah saaw untuk memberikan laporan. Seakan tak mahu berpisah lagi dengan satu-satunya tempat dia bermanja sekarang, ayahnya.


Rasulullah saaw mendengar semua laporan dan kemudian Beliau memutuskan supaya sebahagian dari mereka keluar lagi termasuk Abu Bashir. "Ya Rasulullah, apakah engkau telah mendengar bahawa anak ini baru saja kematian ibunya?" tanya Abu Bashir ra. 

"Pergilah engkau, semua keluarga di Madinah ini adalah keluarganya," jawab Rasulullah.


Maka berangkatlah Abu Bashir ra meninggalkan sang anak dengan keyakinan bahawa Allah SWT Maha Pemelihara. Meninggalkan seorang anak yang seharusnya bermanja, bermain dengan riang dan berada dalam kehangatan kasih sayang orang tua. Si anak secara bergilir berpindah dari satu rumah ke rumah yang lain, dengan rindu dan sedih menanti pulangnya sang ayah. Setiap hari selepas maghrib dia keluar dan memandang langit yang terbentang luas dengan bulan yang termenung sediri.


"Wahai bulan sesunguhnya kita sama. Aku sendirian di atas bumi ini dan engkau sendirian di langit sana," ucap sang anak lirih"...


Masa berlalu...


Kepulan debu naik ke udara, suara derap lari kuda memenuhi angkasa. Satu demi satu wajah penunggangnya dilihat, dicarinya, "Dimanakah ayah?" Ah... mungkin terlalu cepat kuda bergerak. Anak itu berlari memasuki masjid meninggalkan rakan-rakan sebaya yang telah berjumpa dengan ayah mereka. Dia berdiri di hadapan berharap berjumpa ayah yang tercinta. Rasulullah saaw meraihnya, mendudukkannya di pangkuan Beliau sambil mendengar laporan dari sahabat-sahabatnya yang baru pulang. Kaum Muslimin telah memperoleh kemenangan dari Allah SWT.

"Ya Rasulullah, sesungguhnya Abu Bashir, ayah anak itu telah syahid..."

Suasana pun berubah menjadi pilu ketika anak tersebut mulai menangis, Rasulullah menghiburnya,

"Wahai ghulam... Apakah engkau tidak suka apabila aku menjadi ayahmu, 'Aisyah menjadi ibumu dan Fathimah menjadi kakak mu...?" .....




Maha Suci Allah SWT....!

4 ulasan:

  1. Salam Saiful. Walaupun sudah beberapa kali membaca cerita ini, hati saya tetap tersentuh dan sebak. Cerita-cerita begini bagus jika dibacakan kepada anak-anak kita. Wallahualam.

    BalasPadam
  2. Allah telah beri diri, masa dan harta orang mukmin dengan balasannya syurga...
    sahabat Nabi SAW semua faham,
    kita tak faham lagi.

    BalasPadam
  3. Salam Mybabah, kisah2 para sahabat penuh dengan semangat juang, kepatuhan mereka kepada Allah dan Rasulullah, ketakwaan/ketakutan mereka terhadap azab neraka, pengharapan mereka terhadap kenikmatan syurga yang dijanjikan.. Kasih sayang yang luar biasa terhadap sesama mereka, cerita2 yang sebegini memang tidak ada lagi dimasa kini melainkan sedikit saja, mungkin hanya satu dalam seribu.. Biar pun diulang2 seribu kali, semangat mereka,tetap akan meresap masuk ke dalam jiwa orang2 yang dahagakan kebenaran..

    Apa yang penting adalah; kita mahu genarasi kita yang bakal mencorakkan dunia alaf baru menjadi bersemangat dan berkualiti sebagaimana para2 sahabat.. Inilah harapan saya..

    BalasPadam
  4. Salam ziarah76; Allah telah beli diri, masa dan harta orang mukmin dengan balasannya syurga...

    Dalam hal ini, kebanyakan diantara kita masih tidak mengetahui.. Maka kita yang telah Allah SWT pilih untuk bayan (memberikan penerangan) haruslah bersungguh2 menyampaikan, jangan ada rasa jemu. Hidayah tidak semestinya turun didepan mata kita, tetapi mungkin jauh di ujung2 dunia sana. Ini adalah kerana jiwa kita masih lemah untuk menerimanya, ditakuti akan timbul sifat riak/takbur yang sangatlah merbahaya itu... :)

    BalasPadam

Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, terimakasih saya ucapkan kerana telah sudi meluangkan masa di sini, semoga kehadiran kalian berakhir dengan manafaat. Walau bagaimanapun, saya tetap insan yang lemah, segala kesilapan saya silalah ditegur, dikritik dan dinasihati ..

Ikutiku di Twitter

Related Posts with Thumbnails