Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

PeNGiKuT NaN SeTia..

Jumaat, 25 Disember 2009

Lima Tahun Setelah Tsunami..

Sabtu Disember 19, 2009

Acheh

Oleh BILL TARRANT. Susunan NORUTUL ILHAM








Keadaan selepas dan sebelum kejadian Tsunami di Acheh



SEKALI pandang, kapal itu kelihatan seolah-olah merupakan sebahagian daripada bangunan yang memang ada di persikataran kampung di pinggir Banda Aceh walhal ia terdampar di situ berbatu-batu jauhnya dari kawasan pantai ekoran gempa bumi dahysat yang mencetuskan bencana tsunami paling buruk berlaku dalam pada zaman ini.

Beberapa pelancong kelihatan berlegar di sekitar kapal PLTD Apung I seberat 2,600 tan itu sambil mendengar penerangan daripada pemandu tempatan tentang bencana yang berlaku pada pagi Ahad 26 Disember 2004, apabila bumi bergegar selama hampir 10 minit.

Dalam kekalutan suasana dengan orang ramai lari bertempiran meninggalkan rumah mereka, ombak tinggi menggunung melepasi pokok kelapa yang mara sama pantas dengan kelajuan jet pejuang, menghancurkan kehidupan penduduk di penjuru barat pulau Sumatera ini dan kawasan sekitar Lautan Hindi, mengorbankan sekurang-kurangnya 226,000 nyawa.

Bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Colin Powell yang meninjau kawasan persekitara Banda Aceh dari udara pada Januari 2005, mengibaratkan bandar raya itu "seolah-olah dilanda serangan senjata nuklear. Hancur musnah segala-galanya".Sesungguhnya gempa berukuran 9.15 pada Skala Ritcher, iaitu yang kedua paling hebat pernah dicatatkan, adalah 1,500 kali lebih kuat jika dibandingkan dengan ledakan bom atom di Hiroshima.

Kali pertama penulis menjejakkan kaki di sini empat tahun lalu, kapal PLTD Apung I yang terdampar di situ itu kelihatan janggal di tengah-tengah kehancuran dan kemusnahan yang saujana mata memandang. Mangsa-mangsa yang selamat kelihatan berlonggok di dalam khemah-khemah yang diuruskan oleh badan-badan amal.

Sekarang, pemandangan dari bahagian atas dek kapal itu menunjukkan persekitaran baru yang tersusun rapi, dibina hasil bantuan kira-kira US$6.7 bilion yang mengalir masuk ke Aceh. Kanak-kanak bermain riang di atas buaian di Taman Pendidikan Tsunami yang terletak bersebelahan tapak kapal itu.

"Secara keseluruhannya, saya berpendapat kita berjaya membina semula tempat ini dengan lebih baik, dan saya rasa penduduk di sini lebih bersedia untuk menghadapi masa depan yang baik," kata bekas Presiden AS, Bill Clinton selaku wakil khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk usaha pemulihan bencana tsunami ketika ditemubual di New York.

Sebuah muzium tsunami baru berbentuk sebuah kapal bernilai AS$7.2 juta akan dibuka pada minggu ini tidak berapa jauh dari tapak kapal PLTD Apung I.

Semua kesan saki-baki bencana gempa bumi mahupun tsunami tidak langsung kelihatan.

Dari segi luaran, memang jelas pembinaan semula Aceh tampak lebih baik, tetapi apa yang dilihat bukanlah keadaan sebenar.

Salawati adalah salah seorang mangsa terselamat yang kini memulakan kehidupan baru. Keadaannya boleh dikatakan lebih baik berbanding dahulu. Ketika wartawan Reuters pertama kali menemuinya beberapa hari selepas tsunami melanda, dia dan sanak-saudaranya tinggal di khemah-khemah yang dipacak di atas tapak rumah mereka yang musnah. Dua daripada tiga anaknya korban dalam bencana itu.

Anak lelaki tunggalnya yang masih hidup sering dihantui mimpi ngeri saban malam bahawa satu lagi gelombang besar akan melanda dan menghapuskan seluruh ahli keluarganya. Mujurlah igauan itu semakin berkurangan.

Program penempatan manusia PBB membina semula rumah-rumah mangsa. Agensi binaan Indonesia (BRR) membawa Salawati ke Jakarta untuk mengikuti latihan dalam industri makanan. Sekarang dia menghasilkan produk serunding ikan yang sangat digemari di sini.

"Serunding saya nombor satu di Aceh,'' katanya sambil menunjukkan sijil sebagai bukti. "Saya bercita-cita untuk mengeksport ke seluruh Indonesia dan luar negara."

Pun begitu, dia tidak begitu ghairah tentang rumahnya. Berukuran 36 meter persegi, rumah itu lebih kecil daripada rumahnya yang asal. Sebuah lagi rumah yang dibina di perkarangan rumahnya nampak goyah dan sebab itu salah seorang saudaranya yang sepatutnya enggan berpindah dan menyewa di tempat lain.

Perasaan ini dikongsi bersama oleh kebanyakan penduduk Aceh. Semua orang berasa kagum melihat jalan raya-jalan raya, pejabat-pejabat, sekolah-sekolah dan masjid-masjid yang baru dibina. Begitupun, tidak ramai yang suka dengan rumah-rumah mereka walaupun ia kelihatan cantik.

Maimun, yang tinggal di sebuah rumah dibina oleh sebuah badan amal tidak jauh dari tapak kapal PLTD Apung I memberikan penjelasannya. "Rumah saya boleh tahan, tetapi jika saya sendiri yang bina ia mungkin lebih baik daripada ini."

Kuntoro Mangkusubroto, ketua BRR yang menyelia usaha-usaha pemulihan Aceh bersetuju dengan sentimen itu. Beliau yang sangat dihormati dan dianggap sebagai "raja" pembaharuan di Pejabat Presiden Indonesia berkata, sekiranya berpeluang melakukannya semula, beliau akan meminta penduduk Aceh membantu membina rumah-rumah mereka sendiri.

"Apabila mereka tinggal di berek (tempat tinggal sementara), mereka dapat bantuan makanan, susu dan ubat secara percuma... tetapi bila mereka mendapat rumah, mereka bertanya 'kenapa saya harus bayar bil elektrik dan air'," katanya.

Pihak kerajaan mengambil pendekatan itu selepas gempa bumi yang dahsyat melanda Yogyakarta pada 2006. Penduduk yang kehilangan rumah dan harta benda diberi bantuan secara langsung serta maklumat mengenai piawaian yang dipatuhi untuk membina semula rumah mereka. Hasil kajian dijalankan mendapati ramai yang berpuas hati dengan cara itu walaupun mutu bangunan itu diragui.

Pasukan Palang Mereka Turki membina ratusan rumah yang kemas dan tersusun, lengkap dengan taman bunga kecil yang indah di bandar persisiran Lampuuk, di mana gelombang tsunami melanda paling jauh di pedalaman sehingga 7 kilometer dari pantai. Di lereng-lereng bukit yang curam terdapat tanda ombak setinggi 10 meter.

Bill Clinton dan bekas Presiden George H.W. Bush melawat bandar ini untuk membantu mengutip derma untuk pembangunan semula Lampuuk, di mana satu-satunya bangunan yang terselamat ialah Masjid Baiturrahim yang berusia 125 tahun.Pada hari ini, satu barisan lori sampah bergerak melalui jalan utama bandar ini yang diberi nama baru "Jalan Bill Clinton/George Bush", mengangkut bahan-bahan binaan untuk membina jalan-jalan baru di bandar itu yang mempunyai pejabat-pejabat baru, sebuah sekolah, klinik, kedai runcit dan kedai cenderamata.

Rumah-rumah di situ mempunyai tandas dan bekalan air paip. Masjid Baiturrahim sudahpun dibaik pulih dengan indah. Penduduknya kelihatan lebih makmur berbanding mereka yang tinggal di lain-lain tempat yang penulis kunjungi di Indonesia.

Walaupun sampah sarap dan kesan-kesan runtuhan sudah dibersihkan, kehancuran emosi masih kekal bagi sebilangan penduduk. Di sebuah kedai kopi tepi jalan, sekumpulan pemuda kelihatan kehilangan punca. Boleh dikatakan semuanya tidak mempunyai pekerjaan dan masih bujang.

Bencana tsunami telah mengorbankan lebih banyak bilangan wanita kerana tidak ramai yang tahu berenang, kalau ada pun sibuk memimpin tangan anak-anak mereka ketika melarikan diri daripada ombak yang melanda.

"No job. No women, no cry (Tiada pekerjaan. Tiada isteri/teman wanita, tiada tangisan)," kata Andi Rahman, 30. "Anda tahukan lagu nyanyi Bob Marley itu? Kumpulan-kumpulan pembantu bina rumah-rumah, dan kerajaan memberikan latihan pekerjaan, tetapi tiada siapa yang datang membawa teman wanita untuk membantu kami," katanya sambil tersenyum. -

REUTERS


Kota Kuala Muda

Tsunami ubah kehidupan
Oleh OPAT RATTANACHOT




Nelayan yang pernah menjadi mangsa tsunami kini meneruskan aktiviti harian mereka seperti biasa di Kampung Tepi Sungai, Kuala Muda, Kedah.


KUALA MUDA 24 Dis. - Perasaan sedih dan hiba akibat musibah tsunami terus melekat di hati warga Kota Kuala Muda dekat sini, meskipun sudah lima tahun ia berlalu.

Rata-rata penduduk yang mempunyai pengalaman ngeri berdepan dengan ombak tsunami merasakan peristiwa itu bagaikan baru berlaku semalam.
Namun di sebalik kenangan hitam sepanjang hayat itu, ramai mangsa berpendapat setiap musibah atau tragedi pasti ada hikmah tersendiri.

Ekoran kejadian itu mereka kini menikmati kehidupan yang lebih baik dengan pelbagai pembangunan rancak menghiasi kawasan tersebut.

Tinjauan Utusan Malaysia di pesisir pantai Kota Kuala Muda mendapati, penduduk menjalankan kegiatan harian seperti biasa dengan suasana meriah di jeti pendaratan ikan yang menjalankan urusan jual beli hasil nelayan.

Tidak jauh dari kompleks itu pula, tersergam indah 126 unit deretan rumah penempatan semula bagi mangsa-mangsa tsunami yang bertaraf banglo dinamakan Taman Permatang Katong.

Bagi mangsa tsunami, Awang Ismail, 65, kebanyakan penduduk kawasan berkenaan kini menikmati kehidupan lebih selesa berbanding sebelum kejadian tsunami.

"Sebelum tsunami, kebanyakan kami bekerja sebagai nelayan dan hidup daif di rumah usang tepi pantai.

"Namun tsunami merubah segala-galanya. Daripada hidup ala kadar, kini kami tinggal di rumah banglo yang disediakan kerajaan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Taman Permatang Katong, dekat sini baru-baru ini.
Awang yang sebelum ini tinggal di Kampung Kepala Jalan memberitahu, dia berterima kasih kepada kerajaan atas keprihatinan membina rumah baru yang selesa untuk mangsa tsunami.

"Kalau diharapkan duit sendiri, kami tidak mampu membina rumah selesa begini. Tetapi atas keprihatinan kerajaan, kami diberikan subsidi pembinaan rumah dan hanya membayar balik RM50 sebulan," katanya.

Isteri Awang, Faridah Md. Rejab, 60, berkata, walaupun peristiwa tsunami sudah lima tahun berlalu, dia masih tidak dapat melupakan kejadian itu yang nyaris mengorbankan nyawanya.

Lebih menyedihkan, katanya, peristiwa tersebut berlaku pada hari melangsungkan perkahwinan anak sulung mereka, Mohd. Fahzan, 30.

"Masa itu kami jemput lebih 1,000 tetamu. Ketika mereka asyik menjamu selera kira-kira pukul 1.15 petang, ombak besar datang dan semua tetamu lari lintang-pukang," katanya.

Bagaimanapun, kata suri rumah itu, dia tetap bersyukur kerana dapat diselamatkan walaupun hampir 10 nyawa melayang di rumah kendurinya itu.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Tepi Sungai, Ismail Othman, 53, memberitahu, selepas dilanda tsunami, beberapa agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil memberikan pelbagai bantuan.

"Daripada rumah sampai bot serta peralatan mencari makan seperti jala dan pukat turut diberikan," katanya.
Malah katanya, bantuan yang disalurkan terus melimpah ruah sehingga sekarang.

"Keadaan sudah banyak berubah, pesisir pantai Kota Kuala Muda yang dahulunya daif kini ada macam-macam projek pembangunan. Antaranya adalah Memorial Peringatan Tsunami dan projek pembesaran tebing pantai serta kompleks perikanan serba moden yang sedang berjalan," jelasnya.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Mangsa Tsunami Kota Kuala Muda, Yusoof Awang, 44, pula berkata, dia bersyukur kerana keadaan hidup kebanyakan mangsa tsunami di situ jauh lebih baik berbanding di Aceh, Indonesia.

"Apabila dikenang nasib mangsa di sana, kita di sini harus insaf serta bersyukur kerana menikmati kehidupan yang lebih baik dan sempurna," katanya.



Friday December 25, 2009
Rebuilding lives


Five years ago, the world learnt of the destructive capacity of an earthquake-generated wave. Tsunami 5 revisits the once-ravaged sites.

TOMORROW marks the fifth anniversary of one of the greatest natural disasters known to the modern world.

Christmas day in 2004 seemed like any other in every part of the world, but on Boxing Day, tectonic plates along the Sunda faultline off the Sumatran Coast shifted following a devastating underwater earthquake measuring 9.2 on the Richter scale.

Millions of litres of sea water from the Indian Ocean raced in different directions, smashing into the coasts of Bandar Acheh, Sri Lanka, India, Thailand and even Malaysia.


First hand account: CNN’s Bangkok-based correspondent Dan Rivers reports from tsunami-ravaged Bandar Acheh in 2004.


The Sumatra tsunami is unlike anything ever seen ... perhaps even imagined. No Hollywood movie could have fathomed the destruction the colossal waves brought. But five years on, life has returned to the places once devastated by the tragedy which killed nearly 230,000 people.

CNN’s Tsunami 5 captures the journey of recovery and rebuilding. The documentary is presented by the news service provider’s Bangkok-based correspondent, award-winning journalist Dan Rivers.

Rivers, speaking from Bangkok, reveals that Tsunami 5 is a mix of sorrow and joy. But some of the harrowing scenes from five years ago still haunt him somewhat.

“I was definitely not prepared to see the level of destruction. When I was deployed there, I was shocked to see bodies stacked up everywhere,” he says.

As a field reporter, Rivers often finds himself in the compromising situation of having to decide between doing his job and helping the injured, and the Sumatra tsunami was perhaps the most difficult to deal with.

Nearly a week after the killer waves struck, Rivers was one of the first people to arrive at the scene in an aid-relief helicopter, as depicted in the documentary.

“It is a real dilemma. Obviously, I’m there to report, but given the situation, you end up helping where you can.
“I am not an aid worker, so I just do what I can ... I handed out food even. It was a really distressing situation. Rest assured that the reporting brings help.

“With news of the situation getting out to the world, people are able to react and organise aid. The response to the tsunami was unprecedented – US$7bil (RM24.5bil) came through. Knowing that the reporting we did played a part allows me to draw some gratification.”

While every self-respecting journalist aspires to be at the centre of a phenomenal piece of news, the experience can be a double-edged sword.

“It does feel that way, sometimes. The journalist in us wants to be there but the experience can be truly unpleasant. There were just so many bodies strewn all over the place. It was total chaos.”

If not for the tragedy itself, reporting at the scene of the catastrophe proved to be just as calamitous. Sleeping on hard floors on the governor’s compound was merely one such difficulty. There were serious logistic problems to be dealt with, too.

“We couldn’t get fuel for our vehicles, and power supply was also a serious issue.”

Apparently, power was more often off than on. As a consequence, many of the foreign news crews converged at a local satellite station to transmit their news but even that proved to be a daunting task.

“We were queuing up at the place, but even at the station there were constant power disruptions.”

While Rivers has witnessed some horrific sights, the Sumatra tsunami is the worst he’s seen. “I’ve seen the destruction by Cyclone Nargis in Myanmar, where the situation was worsened by the Junta initially not allowing aid through.
“I’ve also covered the earthquakes in Padang and Kashmir, but the tsunami is still the worst I’ve seen.

“In Acheh, almost 90% of the city was destroyed, except for that one mosque,” he says, referring to that lone mosque that was left standing after the waves swept through the city.

In the documentary, Rivers speaks to Fitri, a young woman who was three months pregnant when the wave hit. She was rescued by a fishing boat after floating in the sea for nearly 10 hours.
Rivers revisits her and meets her boisterous four-year-old son. While she’s glad she survived the ordeal along with her child, she’s sad that the little boy never got to meet his father, who perished in the tragedy.

There are similar tales of despair in the documentary, such as one in which a local official describes how heart-wrenching it was for him as a grandfather to dump the lifeless bodies of young children into mass graves.

“The tragedy affected the entire society – there isn’t a single person who didn’t lose a loved one or someone they knew,” Rivers says.

But it’s not all tales of sorrow. Life has returned to these places and Rivers got to experience first hand how the people there have moved on.

“It was a mixed bag of emotions for me. I saw some truly terrible things there, but it was reassuring to see the rebuilding in Acheh and Thailand. It just goes to prove that even in the face of the worst tragedies, people are able to move on. But I really couldn’t imagine it five years ago.”

The human spirit is one of resilience, and Rivers is one of the privileged people to experience that, and he tips his hat to the tsunami victims.

“Many of the people affected were fishermen, and they are used to a hard life. The first thing they did after working on repairs for their homes was to get their fishing boats up and running because that is their livelihood. They didn’t stop to feel sorry for themselves. I don’t think I, or many of us, would be able to do that.”

While the tsunami was purely an act of nature, it is a stern warning that man must learn to treat his environment better.
“I think all of this has highlighted the frailty of life ... even a big city like Acheh could be wiped out within minutes.

“While this was beyond our control, we have to be aware that sea levels will rise and there are more catastrophes ahead. I think what we should learn from all of this is respect nature.”

While Rivers was not affected by the tragedy personally, Dec 26 will always be a day that’s firmly etched in his memory.
“It’s a subject I hold dearly. There was so much emotion involved in the reporting of it. I followed it days after the disaster, then returned three months later, six months later and now, five years later.”

According to scientific study, the Indian Ocean rim still holds the threat of another great earthquake, one capable of similar if not worse destruction.

It may not happen for decades yet, and while there’s little that can be done to quell Mother Nature’s fury, lets hope the world is at least better prepared ... should it happen again.


> Catch Tsunami 5 on CNN (Astro channel 511) tomorrow at 10.30pm and its repeats on Dec 27 (5.30pm), Dec 28 (9.30pm) and Dec 29 (1.30am).






artikel diatas dipetik dari laman cari forum


ulasan                                                                         






Salam..



Kita sebagai umat Islam mesti yakin bahawa segala bencana yang terjadi adalah musibah dan ujian buat manusia bagi mengingatkan kita bahawa semua makhluk diatas muka bumi ni tidak memiliki kuasa apa2 pun.. Hanya Allah SWT lah Yang Maha Berkuasa dan Dia lah Penentu Segalanya.. Kita sebagai HambaNya WAJIB taat atas segala PerintahNya dan Menjauhi Segala LaranganNya...

Disebalik ujian2 ini, ada HIKMAH yang hendak Allah SWT berikan. Kita perhatikan Aceh kini lebih tenang dan damai, tiada lagi pergolakan yang serius seperti sebelum bencana menimpa. Kebanyakan penduduk Kota Kuala Muda mendapat keselesaan yang lebih dari dulu. Inilah antara hikmah2 yang dapat diperhatikan. Sebenarnya masih banyak lagi, jika kita rajin2memikirkannya..


Maha Suci Allah SWT.....!

5 ulasan:

  1. mse tsunami ni..
    ayah sahabat sya keje bawak lori..
    bawak barang ke balik penang..
    shari sblum kjadian rseny..
    beliau patah balik even mse 2 beliau da sampai separuh jambatan da..
    pak cik 2 ckp..die dpt rse smthing y buruk akn jd..
    then..tsunami melanda negara kite..

    BalasPadam
  2. Salam ziesya, harap gembira selalu.

    perasaan tu, bak kata orang lama, 'mendapat alamat'; maksudnya dia telah menerima 'gerak hati'. Ianya pernah dialami oleh semua orang sebenarnya, cuma kita jek yg tak sedar.. Segalanya datang dari Allah jua. Wallahu a'lam.

    BalasPadam
  3. Salam Merah. Hakikatnya sebagai manusia setiap orang akan terpaksa menempuh saat-saat getir masing-masing. Jika ini berlaku secara individu, tiada yang ambil pusing melain ia digembar-gemburkan di dada-dada akhbar. Jika ia berlaku secara besar-besaran spt tsunami di Aceh, peristiwa itu akan diingat orang, meskipun individu-individu yang mangsa ada yang tidak dihiraukan. Iktibar yang patut diambil ialah setiap individu perlu bersedia menghadapi musibah yang mungkin menunggu di hadapan atau mengejar dari belakang. Wallahualam.

    BalasPadam
  4. Salam mybabah, benarlah kata2mu, setiap dari kita haruslah bersedia untuk menghadapinya. Bersedia dengan Iman dan Amal baik, itu yg penting. Bencana boleh terjadi secara tiba2 tanpa amaran awal, dan yg pasti datang pada tiap2 diri insan itu adalah MAUT! Bersedialah!

    BalasPadam
  5. semoga Allah pelihara kita semua

    BalasPadam

Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, terimakasih saya ucapkan kerana telah sudi meluangkan masa di sini, semoga kehadiran kalian berakhir dengan manafaat. Walau bagaimanapun, saya tetap insan yang lemah, segala kesilapan saya silalah ditegur, dikritik dan dinasihati ..

Ikutiku di Twitter

Ikut Melalui Email

Related Posts with Thumbnails