Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

PeNGiKuT NaN SeTia..

Rabu, 10 Jun 2009

Mengenal Ulama Akhirat...


gambar sekadar hiasan..











Salam Alaikum,

Saudara2ku yang dikasihi, hari ini telah kita dengar banyak suara2 yang kedengarannya mengkondem para ulama. Rasa tidak puas hati terhadap para ulama ini telah mengakibatkan rasa kurang selesa buat sesetengah pihak. Ini bakal menimbulkan suasana yang tidak baik dikalangan masyarakat umum. Hari ini izinkan saya untuk kita menilai semula siapakah ulama yang sebenar2nya.. Agar dengan sedikit pengentahuan ini, dapatlah kita memelihara lidah kita yang celupar ini dari menanggung dosa akibat mengeji ulama waris para ambiya..


Menurut Imam Al-Ghazali rahmatullah alaih telah berkata, ulama yang mementingkan 'keduniaan' adalah lebih buruk berbanding dengan orang2 yang jahil dari sudut 'kemasyarakatan' dan dia akan 'terperangkap' dalam azab yang lebih pedih berbanding si jahil. Ulama yang berjaya dan cemerlang dan yang hampir dengan Allah swt. ialah Ulama Akhirat yang mempunyai beberapa tanda pengenalan;




  1. Tidak mencari dunia dengan ilmunya yakni yang menjadikan ilmu agamanya itu untuk mencapai kesenangan hidup dunia.
  2. Perbuatannya tidak bercanggah (bertentangan) dengan percakapannya, yakni setiap perkataan yang lahir dari lidahnya, dia sendiri bisa mengamalkannya dalam kehidupan sehariannya.

  3. Dia menyibukkan dirinya dalam ilmu yang memberi manafa'at di akhirat dan menguatkan semangat untuk mengerjakan amalan-amalan yang baik. Dia mengelakkan diri daripada ilmu yang tiada bermanafa'at atau kurang bermanafa'at bagi dirinya di akhirat.

  4. Dia tidak memberi perhatian kepada makanan dan minuman yang enak-enak. Dia bersederhana dalam hal tersebut.

  5. Dia menjauhi sultan-sultan dan ahli-ahli kerajaan. Sepatutnya sultan dan ahli kerajaan yang menemui ulama untuk meminta nasihat.

  6. Tidak tergesa-gesa mengeluarkan fatwa. Biasanya fatwa yang di keluarkannya adalah muktamad.

  7. Dia sangat mementingkan ilmu Tasauf (ilmu kebersihan jiwa).

  8. Keimanan dan keyakinannya sentiasa terkait dengan Allah dan dia memelihara kepentingannya. Maksudnya, lidahnya terpelihara dari ucapan yang salah sewaktu di timpa bencana atau pun sewaktu menerima ganjaran dunia.

  9. Setiap kelakuannya dan diamnya sentiasa mencerminkan perasaan takut terhadap Allah SWT yakni dia bersifat tenang, berperibadi mulia dan rendah diri.

  10. Sentiasa mempersoalkan amalan agamanya. Amalan yang mana di benarkan syariat dan yang mana tidak. Amalan yang mana paling penting untuk di amalkan dan yang mana pula perlu di tinggalkan. Dan sentiasa memerhatikan perkara2 yang bisa merosakkan amalannya.

  11. Dia meneliti (mengkaji) ilmu yang baru di terimanya secara mendalam. Maksudnya, dia tidak akan menerima pendapat seseorang hanya kerana ramai yang menyokong atau bersetuju dengan orang tersebut selagi pendapat tersebut belum di pastikan 'benar dari Rasulullah saaw. dan para sahabat beliau'.

  12. Dia bersikap keras terhadap bida'ah dan menjauhkan diri darinya, sekalipun orang ramai sepakat mengamalkan perkara bida'ah tersebut..




Demikianlah secara ringkas apa yang di sampaikan Imam Ghazali rah. alaih. dari kitabnya 'Ihya Ulumuddin' terjemahan 'Jiwa Agama'.



Wallahu a'lam.



Sekian. Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, terimakasih saya ucapkan kerana telah sudi meluangkan masa di sini, semoga kehadiran kalian berakhir dengan manafaat. Walau bagaimanapun, saya tetap insan yang lemah, segala kesilapan saya silalah ditegur, dikritik dan dinasihati ..

Ikutiku di Twitter

Ikut Melalui Email

Related Posts with Thumbnails