Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

PeNGiKuT NaN SeTia..

Selasa, 14 April 2009

Ngor Kee Ming dan Sepotong Ayat Al Quran

Oleh amri el wahab






Kesucian Al Quran wajib di pelihara oleh Umat


Saya terpanggil untuk menyuarakan bantahan saya.Pertama mari kita lihat dari sudut mana yang di kata kan orang bukan Islam tidak boleh sesuka hati membaca dan menterjemah kan Al Quran sesuka hati.



1. Apa kah tujuan Ngor memetik dan membaca serta menterjemahkan sepotong ayat Al Quran ketika itu?



2. Ada kah tujuan dia berdakwah? Tentu sekali tidak........



3. Dia bercakap di atas pentas politik, maka tujuan dia ada lah semata mata untuk tujuan politik ia itu untuk memancing undi ketika berkempen hari itu.



4. Maka di sini kita lihat dia telah mempergunakan ayat Quran sebagai alat mainan politik nya untuk tujuan meraih undi.



4. Bukan kerana dia berminat dengan Islam tetapi semua pemerhati tahu bahawa ianya bermotif politik.



5. Begitu murah kah maruah dan nilai Umat Islam hingga orang bukan Islam boleh beli dengan surah Al Quran "senjata" Umat Islam sendiri???



6. Sudah pasti Ngor tidak akan ulang membaca surah ini di hadapan rakan rakan parti nya atau pada kaum cina untuk tujuan tarik mereka kepada Islam selepas ini.



7. Biasa nya orang Melayu mudah jadi hairan dan seronok apabila melihat orang Cina boleh baca walaupun sepatah ayat Al Quran.Sekali pun bacaan nya lintang pukang.



8. Persoalan nya, ada kah Al Quran boleh di pergunakan oleh orang bukan Islam ikut sesuka hati? Lebih lebih lagi dalam berpolitik?



9. Walhal orang Islam sendiri di larang mempergunakan atau memperalatkan Al Quran untuk tujuan keduniaan saperti umpama nya untuk meraih undi dalam berpolitik, apatah lagi bagi orang bukan Islam.



10. Orang Islam sendiri pun tidak boleh membaca Al Quran sesuka hati. Mengapa?
Sebab sebelum membaca dia kena pastikan dia sudah belajar membaca Al Quran. Kalau dia belum pandai dan ingin baca juga, kena lah dia baca di hadapan orang yang mahir Al Quran atau guru.



11. Kalau bacaan Fatihah tidak betul dalam solat maka solat tidak sah. Begitulah betapa teliti nya syarat syarat membaca Al Quran.



12. Di larang membaca Al Quran dengan tidak tahu hukum hukum tajwid.... dan hukum hukum yang berkenaan dengan nya.



13. Maka bagaimana dengan Ngor? Tidak mengapa kah dia baca surah yang bunyi nya pun lintang pukang? Dan menterjemahkan nya ikut rentak ceramah nya malam itu?



14. Tidak di nafikan orang bukan Islam boleh baca Al Quran dengan tujuan hendak belajar dan berjinak dengan Islam, namun dia kena baca di hadapan seorang yang mahir.



15. Bukan baca saperti Ngor, berdiri di atas pentas saperti tuan guru dan orang orang Islam di bawah pentas saperti anak murid nya pula.(Terbalik kan?)



16. Mana maruah orang Islam di situ ketika itu? Sebalik nya apa yang terjadi pada hari itu, penyokong penyokong beragama Islam turut bersorak dan bertepuk tangan.Malang........dan memalukan..............!!!



17. Orang Islam wajib melarang orang bukan Islam mempergunakan Al Quran sesuka hati lebih lebih lagi untuk tujuan kempen politik.



18. Kalau hari itu nama ALLAH tidak di larang di gunakan oleh bukan Islam sudah tentu hari ini nama ALLAH juga akan di salah gunakan untuk tujuan politik.



kredit untuk; http://hembusan-amal.blogspot.com/

3 ulasan:

  1. salam alaikum saudara,

    sayang sekali orang yg dikatakan hendak memperjuangkan islam di bumi Malaysia mengiyakan perbuatan bukan islam menggunakan ayat quran sesuaka hati. Kononnya ' dakwah' mereka telah sampai. kononnya jangan berburuk sangka. Ayat quran bukan seperti ayat di dalam buku teks ..

    Penerangan saudara sendiri telah jelas bahawa umat Islam sendiri tidak boleh sewenang-wenangnya mempergunakan ayat ayat Allah demi tujuan duniawi yang palsu.bagi saya hatta sesiapa pun termasuk wakil bn atau pas atau mana mana umat islam sendiri tidak wajar dibenarkan sesuka hati menggunakan ayat Allah untuk kepentingan mereka sendiri.Inilah antara keagungan dan kesucian ayat ayat Allah yg patut dipertahankan oleh kita berbanding dengan kitab agama yang lain.janganlah nak bersikap terbuka sampai 'terkangkang' habis semua..

    Aduhai, apa nak jadi dengan orang islam di sini pun tak tahulah. Semoga Allah menyelamatkan kita daripada kehancuran kerana kebodohan kita sendiri ameen.

    BalasPadam
  2. Saiful,

    Salam perjuangan..semuga sentiasa lurus dan telus.

    Seri

    BalasPadam
  3. Salam sahabatku Seri, doakanlah agar saya di sini sentiasa berada di atas landasan yang Benar pimpinannya dari Pemelihara saya.. Terimakasih kerana sudi berkunjung ke rumah baru saya ni hehee..

    BalasPadam

Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, terimakasih saya ucapkan kerana telah sudi meluangkan masa di sini, semoga kehadiran kalian berakhir dengan manafaat. Walau bagaimanapun, saya tetap insan yang lemah, segala kesilapan saya silalah ditegur, dikritik dan dinasihati ..

Ikutiku di Twitter

Ikut Melalui Email

Related Posts with Thumbnails