Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

PeNGiKuT NaN SeTia..

Selasa, 28 April 2009

Islam dan Politik Tidak Boleh diPisahkan?

Oleh Amri el Wahab


Saya ingin bertanya, benarkah Islam dan Politik tidak boleh dipisahkan? Perkataan ini selalu di sebut-sebut oleh orang politik. Kalau benar, jenis politik yang bagaimana?


1. Apa yang saya lihat politik yang di amalkan oleh orang orang politik Islam di Malaysia adalah politik ciptaan dari ideologi barat dan ianya jauh dari nilai-nilai murni Islam.


2. Salah satu perkara dalam pengamalan politik ini ialah membenarkan dan menghalalkan taktik maki hamun, carut mencarut, hasut menghasut, cabar mencabar, fitnah memfitnah, kata mengata, jatuh menjatuhkan dan segala malapetaka yang sewaktu dengannya.




3. Bahkan salah satu idea politik barat ialah "you tell lies ten times to make your lies looks like truth". Berbohonglah hingga sepuluh kali dan akhirnya orang akan percaya kepada anda!




4. Maka "pembohongan" juga adalah salah satu taktik mainan politik.




5. Mereka kata "politic is a dirty games".




6. Orang politik yang ingin "survive" dalam arena politik hendak tidak hendak terpaksa terlibat dengan "the dirty games" atau permainan kotor ini.




7. Tidak kira siapa, hatta ahli agama sekalipun kalau terlibat dan tidak berhati hati, pasti akan terlibat dan bergelumang dengan permainan kotor ini.




8. Cara amalan politik jenis ini yang di gunakan oleh orang politik Islam di Malaysia adalah sangat bertentangan dengan nilai nilai murni Islam itu sendiri.




9. Maka dari sudut apa yang saya sebutkan tadi, saya percaya bahawa kata-kata yang selalu di sebut oleh orang politik Islam dengan mengatakan *Islam dan politik tidak boleh di pisahkan* adalah tidak benar sama sekali.




10. Mana mungkin politik jijik jenis ini sebahagian dari Islam??




11. Tentu sekali politik Islam yang sebenar datangnya dari langit yang diwahyukan oleh Tuhan dan ianya bersih dan suci dari gejala-gejala kekejian politik ciptaan manusia kaparat.




12. Orang politik Islam yang hendak mempertahankan penglibatannya dalam arena politik Malaysia mungkin kena jujur dan berkata "Politik Islam dan Islam tidak boleh di pisahkan". Dan katakanlah juga politik barat (Iblis) yang diamalkan mereka kenalah di pisahkan dari Islam!!! Wahai saudara2ku, pengamal2 politik KEPARAT, ape di tunggu lagi???!!

2 ulasan:

  1. salam merah,

    saya sokong saudara 200 peratus..memang betol ada orang sanggup berbohong bepuloh kali semata mata mahu mengiakan kata-katanya..

    malahan ada jugak yang main serkap jarang dan sanggup menokok tambah kata-kata orang lain demi kepentingan politik sendiri..

    lebih teruk ada yang sudahlah tidak faham, tidak mahu bertanya lepas tu asyik guna kenyataan sendiri untuk memburukkan orang lain meskipun orang tersebut langsung tidak terlibat..

    pendek cerita kalau seseorang itu sememangnya berdosa maka Allah tentu akan menurunkan bala terhadapnya manakala jika dia di fitnah tentu akan dilindungi Allah setiap masa..

    salam ziarah dan semoga berbahagia selalu,

    insyaallah..

    BalasPadam
  2. [url=http://vonmertoes.net/][img]http://bariossetos.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
    [b]discount microsoft office home, [url=http://vonmertoes.net/]software for resellers[/url]
    [url=http://hopresovees.net/][/url] adobe photoshop elements 6 for mac free games software downloads
    ahead nero [url=http://hopresovees.net/]academically discounted software[/url] buying educational software
    [url=http://hopresovees.net/]software offices[/url] city software store
    [url=http://hopresovees.net/]coreldraw graphics suite[/url] biggest discount software
    bible software academic [url=http://hopresovees.net/]order software to[/b]

    BalasPadam

Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, terimakasih saya ucapkan kerana telah sudi meluangkan masa di sini, semoga kehadiran kalian berakhir dengan manafaat. Walau bagaimanapun, saya tetap insan yang lemah, segala kesilapan saya silalah ditegur, dikritik dan dinasihati ..

Ikutiku di Twitter

Related Posts with Thumbnails