Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

PeNGiKuT NaN SeTia..

Khamis, 26 Mac 2009

SELOKA PAK PANDIR

Salam'alaikum,
Hari ni aku nak rehat dari memori lampau, hari ni aku nak ajak koworang berseloka, untuk berhibur hati dan jiwa yang bergelora.. Bergelora kerana macam2 hal, belum lagi hal dunia, tapi sekadar hal dalam negara, jangan sebut pasal hal akhirat, lagi ler haru biru jiwa koworang kan??
Moh kita rehatkan minda jap, tapi bukan betul2 rehat, sambil rehat kita merenung2 isi seloka yang aku paparkan kat bawah ni... Bukan seloka kosong tau, masih ada isinya. Namun terserah kat koworang samada nak ketawa, tersenyum, tersengeh ker, atau tersedih, terkesal, terkecewa atau ape2 je lah.. Sukati koworang, aku tak kisah..
***********************************
Pandai Pak Pandir!
Anak dipijak dagang dijunjung Kucing dibunuh,
tikus dibela Harta habis badan tergadai!
Mendengar gelegak dagang,
Tak sedar bertelanjang;
Mendengar guruh di langit Air tempayan dicurahkan
Mulut kena suap pisang, Buntut kena cangkok onak,
Gunting makan di hujung Pak pandir juga yang menanggung..
Apa didengar gelagak dagang?
Gelagak rambutan jantan Orang berbunga, dia berbunga
Orang berbuah, dia haram.
Kilat memancar hujan tak lalu..
Awak juga kecundangan....
------------------------
MAKSUD SELOKA PAK PANDIR
Pak Pandir mengutamakan orang asing tetapi anak sendiri terbiar dan tidak diberi perhatian sewajarnya. Pak Pandir membunuh kucing tetapi tikus yang kotor dan tidak berguna dibela. Semua harta miliknya tergadai kerana percaya akan cakap orang asing. Pak Pandir akhirnya tidak memiliki apa-apa lagi. Dirinyapun bertelanjang. Apa-apa sahaja yang ada dibazirkan semata-mata mendengar berita yang belum pasti.
Sebenarnya, Pak Pandir ditipu dalam baik tanpa disedarinya. Akhirnya, dia terpaksa menanggung nasib malang. Pak Pandir suka mendengar kata-kata manis orang luar sebagaimana sifat pokok rambutan jantan yang boleh berbunga tetapi tidak boleh berbuah.
Sesuatu yang diheboh-hebohkan belum tentu berlaku, sebagaimana kilat memancar di langit tetapi hujan tidak turun.
kacang untuk;
http://www.megasutra.com/modules.php?name=News&new_topic=36

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, terimakasih saya ucapkan kerana telah sudi meluangkan masa di sini, semoga kehadiran kalian berakhir dengan manafaat. Walau bagaimanapun, saya tetap insan yang lemah, segala kesilapan saya silalah ditegur, dikritik dan dinasihati ..

Ikutiku di Twitter

Related Posts with Thumbnails