Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

PeNGiKuT NaN SeTia..

Isnin, 11 Ogos 2008

Islam Bukan Sekadar Di Peluk!

Islam Bukan Sekadar Di Peluk!

Oleh Sang Kalembai




Kenapa agak nya dengan tiba-tiba setengah orang Melayu/Islam marah-marah dengan Majlis Peguam kerana menganjurkan satu Forum yang bertajuk Memeluk Islam.
Khabarnya yang dijemput hadir termasuk juga orang Islam boleh dikira sebagai sarjana dalam bidang agama dan undang-undang memberikan pandangan mereka.
Bukan kah itu satu perkara yang baik, supaya mereka-mereka yang tidak mengetahui falsafah Islam dan perundangan akan dapat bertanya dan bertukar fikiran.

Di mana silapnya? Mungkin kerana “mind set” yang dibina oleh orang yang membantah forum itu, bahawa forum itu akan menyentuh soal-soal yang tertulis dalam perlembagaan, tetapi pihak penganjur sudah menjanjikan perkara itu tidak dibincangkan.
Persoalan yang dibahaskan oleh pihak peguam khasnya mereka yang terlibat dalam isu-isu perundangan soal tidak serumahnya memeluk Islam di kalangan individu bukan Islam, yang mungkin terdiri dari seorang anak, seorang suami atau seorang isteri.
Apa yang kita perhatikan selama ini, bahawa terdapat individu bukan Islam yang memeluk agama Islam dengan tidak terlebih dahulu memaklumkan kepada keluarganya. Maka bila berlaku kematian dia menimbulkan masalah kepada keluarga si mati.
Bagaimana isu mati di dalam Islam di kalangan individu bukan Islam bukanlah satu isu besar tetapi yang lebih besar ialah soal kebajikan keluarga yang ditinggalkan oleh individu yang memeluk agama Islam dan ini agak isu yang mungkin hendak dibincangkan dan bertukar fikiran supaya satu titik pertemuan penyelesaian dapat diperbuat dari segi budaya, sosial dan undang-undang nya.
Katakan seorang individu yang memeluk Islam kerana perkahwinan lain dengan orang Islam, di mana dia meninggalkan isterinya dan anak-anak yang masih beragama asal.
Jika dalam keluarga Islam mungkin tidak menjadi masalah kerana undang-undang mencukupi untuk pembelaan kepada isteri yang di aniayai tetapi bagaimana dengan bekas isteri yang tidak beragama Islam?
siapa yang hendak membelanya dan perlulah satu undang-undang dibuat bahawa setiap pendaftaran perkahwinan bukan Islam, walau pun berlaku kepada kedua pihak yang bertukar agama kepada Islam, undang-undang membenarkan perkara itu boleh didengar di Mahkamah Sivil atau Syariah. Itu sebagai satu contoh agaknya isu tertunggak yang belum selesai.
Bagaimana pun orang-orang Islam kena menerima hakikat bahawa Islam sebuah agama wahyu dan Al Qan sudah melengkapkan segala dan jika tidak ada pertunjuk dari al-Quran, boleh dirujuk kepada hadis dan jika tidak ada juga di dalam hadis rujuklah kepada sunnah nabi dan akhirnya kesemuanya keputusan diperbuat berdasarkan kepada sandaran hujah-hujah yang lain seperti fatwa.
Maka kesimpulan yang perlu juga orang Islam mengambil perhatian ialah kebajikan kepada mereka-mereka yang memeluk agama Islam dengan keluarga yang ditinggalkan dalam agama yang asal.
Sudah pasti kita juga tidak akan menerima jika kita tidak beragama Islam dengan hati terbuka jika segala harta sepencarian kita hilang begitu sahaja sekiranya suami atau bapak kita memeluk agama Islam kerana kita memahami bahawa segala harta Islam yang tidak dituntut akan terserah ke Baitul Mal atau dengan senang hati dia mewakafkan harta itu.
Maka ini perkara-perkara yang perlu kita selesaikan untuk menjadi Islam bukan satu ugama penindas dan tidak berlaku adil kepada yang bukan Islam.
Bagaimana pun orang-orang Islam berhak untuk menentang sebarang forum atau percakapan yang boleh menggugat ugama Islam ke peringkat melekehkannya seperti yang cuba hendak dihalalkan oleh beberapa orang yang berselindung di Majlis Peguam.
Tidak sewajarnya isu beberapa individu Islam yang bertukar ugama lain diperalatkan menjadi modal satu perjuangan yang menunjukkan bahawa Islam itu tidak adil. Islam memang membenarkan setiap individu yang bernama manusia memilih agamanya sendiri tetapi dia tidak berlaku waktu ini kerana kebenaran itu hanya berlaku di zaman permulaan Islam sahaja.
Itu sebabnya Islam mengeluarkan istilah “murtad” dandari segi hukum Islam seorang murtad boleh dikenakan hukum bunuh kerana dengan keadaan murtad itu dia boleh mendorong perpecahan dan juga bencana kepada masyarakat dan yang terpenting dia sudah pasti menjadi musuh Islam kerana setiap agamanya baru di anuti, digambarkan oleh sebagai agama yang lebih baik dari Islam seperti yang dilakukan oleh beberapa orang sudah murtad.


Kesimpulan nya yang terjadi dalam forum anjuran Majlis Peguam itu bukan niatnya tetapi istilahnya yang menggunakan perkataan memeluk Islam jika dia menggunakan perkataan seperti Forum Keadilan Mereka Sebelum dan Selepas Memeluk Islam mungkin tidak memberangsangkan kemarahan orang-orang Islam dan tidak menghadirkan orang-orang yang dikira hadir dalam forum tersebut bagi tujuan memburukkan Islam.
Majlis Peguam sewajarnya pergi membuat kajian di Sabah dan Serawak kerana di sana terdapat beberapa kes perbandingan isu soal memeluk Islam (meminjam istilah Majlis Peguam). Dalam tahun 70an beribu-ribu orang di masukan Islam yang terdiri dari mereka yang tidak beragama dan juga sudah beragama Kristian.
Tetapi tidak terdapat kes atau berita ada perebutan mayat mereka yang sudah memeluk ugama Islam, walau pun terdapat dalam keluarga mereka bermacam-macam anutan agama, dan khasnya di Sabah adalah satu perkara biasa jika ada mereka mengaku mempunyai hubungan keluarga seperti sepupu yang berlainan agama.
Kenapa di Sabah, masyarakat boleh menjadi tenteram dan aman sejahtera dalam soal beragama, setiap mereka walau tidak berpendidikan tinggi dan tinggal di luar bandar masih lagi mempunyai budaya dan beradab?
Tidak ada seorang rakyat Sabah yang beragama Islam kerana cinta dan sayangnya dengan lelaki atau perempuan tidak beragama Islam keluar dari Islam. Bagaimana harta-harta peninggalan si mati yang beragama Islam tidak menjadi isu bertelingkah keluarga. Mungkin kerana mereka ada Mahkamah Anak Negeri.


Sang Kelembai: Teringat kata-kata Allahyarham Tun Datu MustaphaDatu Harun bila dimajukan soalan apakah tindakannya kepada mereka yang telah memeluk ugama Islam masih lagi mengamalkan cara hidup yang tidak Islam, seperti berjudi, minum arak dan ada antaranya makan babi,
Jawapan beliau ialah “Kita tidak berapa peduli dengan apa yang dilakukan, kerana dah beri pelajaran agama melalui USIA (United Sabah Islamic Association) yang penting bahawa anaknya yang bakal lahir, adalah anak Islam dan yang kita hendakkan ialah meramaikan generasi Islam di Sabah. Dan inilah ditakuti banyak orang bukan Islam di mana-mana.


Penyelamat Umat Itu bakal Datang, Tidak Lama Lagi....!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, terimakasih saya ucapkan kerana telah sudi meluangkan masa di sini, semoga kehadiran kalian berakhir dengan manafaat. Walau bagaimanapun, saya tetap insan yang lemah, segala kesilapan saya silalah ditegur, dikritik dan dinasihati ..

Ikutiku di Twitter

Related Posts with Thumbnails